Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, April 18, 2011

Jutaan terima kasih ;)

Pic credit to Aie, kawan encek hubby ;)

Pejam celik dah 16 hari menjadi puan isteri.Terasa macam baru semalam je ratu sehari, berarak masuk dewan berpimpin tangan dengan encik suami.Tangan masa tu penuh inai cantik berkerawang2, sekarang inai semua dah hilang, tinggal inai dekat kuku je. Hee ;). Sebulan before wedding, tak terasa lagi apa2 pressure, tapi bila dah masuk 2 minggu sebelum wedding, hah..masa tu sangat terasa stressnya. Stress dengan kerja lah.Stress dengan mak andam lah.Stress macam banyakkk je lagi benda tak buat. Padahal semuanya ok je, cuma rasa cuak tu je lebih.Yela kan, hari kebesaran kita, nak kan semuanya yang terbaik masa hari tersebut.Bila semua majlis kedua2 belah pihak dah selesai, Ya Allah, terasa lega sangat! Perasaan lega yang tak tahu lah nak describe macam mana. Yang penting lega.Legaaaaa!! Segala apa yang telah dirancang sebelum ni selama berbulan2, semuanya berjalan lancar.Alhamdullilah ;)


Dengan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali pada family saya. Mama & ayah tercinta yang banyak menolong. Yang banyak beri support. Support dari semua segi. Kewangan, mental & emosi.Yang bertungkus lumus buat persiapan agar majlis berjalan dengan baik. Kalau boleh jangan ada yang terkurang, terlebih takpe. Kepada adik beradik tersayang, Abang & Family, Kakngah & family dan Adik & family.Semua ni merupakan tulang belakang saya. Kalau takde mereka, memang tak termampu saya nak buat semuanya.Makcik pakcik, sepupu2 kesayangan yang jugak banyak membantu. Dengan siapkan doorgiftnya,dengan pacak kan road sign nya, dengan sudi menjadi pengapit untuk 2 majlis berturut2.Macam2 lagilah. Terima kasih. Kepada kawan2 kesayangan juga tak lupa. Terima kasih banyak2 sebab banyak bagi moral support & tips2 berguna dari awal hingga akhir. Dan ye, terima kasih juga kepada family pihak encek hubby, sedara2 mara beliau semua sebab sudi hadir dan juga menerima diri ini seadanya untuk menjadi sebahagian dari family kalian ;)


Terima kasih juga kepada rakan2 yang sudi hadir memeriahkan majlis saya haritu. Kawan2 masa sekolah rendah,masa sekolah menengah, masa study diploma, study degree, masa kerja Vads,MAP,Memuah, kawan2 bloggers, semua saya nampak.Ya Allah, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bila nampak kawan2 hadir masa majlis sanding haritu. Masa kat atas pelamin, bila pandang tetamu dekat bawah, ternampak kawan2 tersayang,rasa gembira sangat hati. Happpyyyy ;) Tapi maaflah kalau saya tak sempat tegur atau sapa kalian semua. Sesungguhnya kalau boleh nak salam peluk cium semua kawan2 yang hadir, tapi apakan daya kan, mengejar masa. 


Terima kasih juga dengan ucapan tahniah2 serta doa & nasihat yang diberikan. Amin ya Rabbal alamin ;). Oh oh ye..dan juga hadiah2 yang dihadiahkan. Sangat tak sangka dapat hadiah yang sangat2 meriah macam tu. Hee. Alhamdullilah. Banyak kegunaannya dekat rumah kami.Kami sangat2 hargai ;) Berjuta juta terima kasih semua. Sangat2 bersyukur bila semuanya berjalan lancar.Dengan cuaca pun sangat baik masa majlis dikedua2 pihak berlangsung.Saya sangat bersyukur. 


Dan akhir sekali, terima kasih kawan2 sekalian sebab buat entry2 masa majlis haritu. Setiap kali baca, mesti tersenyum sorang2. Terus flashback balik masa majlis kawen haritu. Hehe. Seronok la! Jom baca entry2 mereka jom ;)

1) Entry Bila 2 hati jadi 1 dari calssmate masa study degree dulu.Ahmad Fauzi Aryann. ;)
2) Entry Selamat Pengantin Baru! Erina & Amir @ Shah Alam dari Jard :)
3) Entry Hujung minggu yang memuaskan dalam gagal dari kak Masy. Wahh..tajuk tu kak..hehe ;)
4) Entry Erina & Amer- Dah boleh pegang-pegang dah~ dari Hemy.Awww ;p
5) Entry Minggu yang bermakna? Ecewahh! dari Wafa. Ehem..ehem ;)
6) Entry Wedding yang kompius dari Keri. Ko ni tak abes2 ngan kompius ko kan. ;p
7) Entry Wedding Erina + Wedding Zai dari puan Ibu. ;)
8) Entry Erina dan Amir dari cik Izza kita ni ;)
9) Entry Wedding Erina @ Majlis Warisan Seksyen 24, Shah Alam dari Arie ;)




Thank u so much semua. Terima kasih banyak2! Hugs~;)





(^_^)

7 comments:

Masy said...

sama2 kasih :) yeayyyyy ena dah kawen. akak nak gak!!! *sambil skodeng kezen ena* hahahha

zonaku said...

hehehee..


akak x msk list sebab x buat entri.

*macam kak masy gak, exclude sesi skodeng dia*

CaDLyNN said...

kite pon ade wat jugak pasal ena tau, tp combine ngn cite len.. :p

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

TQ mention nme patik...terharu akceli..

sweethOneY said...

hehe.. linkkan kite. tq :P

selamat berbahagia!!

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
yeayyy! Pasni akak kawen pulak..*sambil kenenkan kak masy ngan kazen ena* haha

Kak Zona:
akak spesel sebab kita wat entry pasal akak..insyaAllah..pasni giliran kakak2 saya ni pula ;)

Erina Asmawani said...

Lynn:
ade eh lynn..x perasan pulak..thank u so much! ;)

Pojie:
macehhhh pojie ;)

Izza:
same2 yunk ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015