Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label aktiviti mencandat sotong. Show all posts
Showing posts with label aktiviti mencandat sotong. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Cuti-Cuti Terengganu: Aktiviti Mencandat Sotong ;)

Minggu ni takde wordless wordnesday pulak. Ada longest entry je, ye..entry kali ni sangat panjang ye. Harap bersiap sedia.Hee.Ni sambungan dari entry lepas. Lebih kurang pukul 5.30 petang kami bertolak ke tempat mencandat yang amik masa 1 jam jugak.Jadinya, sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam.Alhamdullilah, cuaca petang & malam tu sangat baik ;)



Cantik kan matahari & awan ni.


Budak eksaited. Ngee ;)

Lebih kurang pukul 6.30 petang,sampailah kami kat tempat mencandat. Banyakkk rupanya bot2 lain kat situ yang datang mencandat. Kiranya memang lubuk sotong lah.


Nampak tak bot2 lain tu?

Sesampai je kat sana, kami masing2 diberi ini. Tak perlu pakai rod, tali tangsi ni je.Dengan 3 biji rapala (umpan palsu). Inilah yang digunakan untuk mencandat sotong.



Sebelum tu abang bot tu explain la cara2 nak mencandat.


Memula lepaskan tali tu sampai ke dasar laut.


Lepastu, tarik tali tu.
(Ayu lah pulak aku duduk mencandat macam tu.Haha)


Then, lepas. 

Tarik lepas, tarik lepas.Kena buat macam ni untuk tarik perhatian si sotong. Kalau statik je memang sotong tak berminat nak makan umpan kita.Kalau terasa macam berat 2 kali ganda tu maksudnya sotong dah sangkut lah tu.

Lenguh jugak lah tangan nak menunggu sotong ni makan. 10 minit lepas tu tetiba encik hubby dah eksaited tarik tali ke atas bot. Beliau berjaya mendapat sotong! Woahh! Semua kagum. Haha

Double pulak tu.
Good start sayang! :)


Tak lama lepastu, kakak sebelah pulak dapat sotong.



 Dan mereka2 pun dapat juga!

Semua happy2 dapat sotong. Mana sotong aku nih?? Masa tengok ramai dah dapat sotong, encik hubby pun dah 5 ekor sotong dah dapat, terus beruasaha gigih. Buat aksi tarik lepas tali dengan bersungguh2. Geram kan, kita sorang je belum dapat lagi. Hehe. Sekali tetiba rasa berat..haaa..mesti ada sotong nih!!


Gigih menarik tali ke atas!


Weheeee!! 


Akhirnya berjaya mendapat sotong pertama!! Walaupun kecit je. 
Alhamdullilah.Happy gila masa dapat sotong nih :D
Perasan tak atas tudung aku tu macam kena percikan air? Actually, masa kita angkat je sotong naik atas udara, sotong2 ni akan memancut2 kan air @ dakwat untuk melindungi diri dia. Banyak pulak tu air dia.Siap berbunyi lagi..Pstttt!! Psttt!! 


30 minit lepas tu dapat sotong kedua. Weee :)


Nah!! Amik ni..sotong ketiga yang berjaya ditumpaskan.
Masa mencandat, tetiba terasa beratttt sangat, ingatkan dapat 3 sotong sekaligus . Sekali tarik naik atas. Woahhhh!!!Besarrrr gila kot. Macam sotong gergasi!! Habis baju, tudung semua kena dakwatnya

Masing2 pun happy2 je mencandat. Tangan memasing gigih tarik lepas, tarik lepas tali.  Pukul 10 malam macam tu abang bot tu tanya nak makan ke tak. Soklan bonus tu. Haruslah kami nak makan. Lapar tau. Abang bot tu masak nasi ( pakai rice cooker) dan goreng sotong2 yang fresh dari laut tu.Adalah 20 ekor digorengnya.Goreng macam tu je, no garam, no bawang, no serbuk kunyit. Rasanya?? Sedappp! Manis2 kenyal gitu.


Nyummmaayyy!! Amik 2 ekor sotong sebab share dengan encik hubby.
Tapinya encik hubby makan sikit jela pulak, dia dah start rasa pening2 lalat dah masa ni. Terpaksalah isterinya ni menghabiskan semua.




Telur sotong!! Shedapp! :D
Mana la tak montel, atas bot yang bergoyang ni pun dia boleh lalu makan.Haha.Nak buat camne, lapar kot.

Lebih kurang pukul 1130 malam macam tu, air dah mula surut. Abang bot tu cakap, kalau time surut tak banyak sotong, better tido dulu, kumpul tenaga balik, lepastu dalam pukul 230 pagi macam tu air pasang, start mencandat balik. Badan pun dah letih jugak la time tu. Kami pun carik port untuk landing, terus tido. Leganya rasa dapat regangkan badan. Aahh..


Zzzzz...nyenyak. Bergoyang2.
Terasa macam tido atas tilam air :D

Pukul 230 pagi macam tu tetiba terdengar sorang brother ni (dia tak tido) menjerit eksaited dia dapat sotong 3 sekaligus. Kami yang tersedar ni terus macam..Wuiyoo..powerr!! Semua pun, terpisat2 bangun, capai tali masing2 & terus campak ke laut. Hahaha. Kelakar sangat  masa ni. Even memasing ngantuk gila lagi tapi sangat gigih. Ada kakak ni sambil2 mencandat..tertido tapi tangan still bergerak.Tarik lepas tali. Gigih je :D


Hasil candatan lepas pukul 230 pagi. Menjadikan total semua yang berjaya dicandat, 13 ekor. Banyak la tu kan for newbie macam aku ni.Hehe. Encik hubby dapat 21 ekor. 


Beliau siap dapat ikan lagi. Ikan mayong.Tercapai gak hasrat beliau nak bawak balik ikan :)



Inilah hasil candatan kami semua ;)
Banyak!! Hampir penuh bekas putih tu!!
Syukur Alhamdullilah.

Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu kami pun bertolak balik.

Nampak cahaya matahari baru nak terbit.
Subhanallah.Cantik kan ;)


Hasil  candatan bot lain dan hasil candatan bot kami ;) 

Sesampai je kat jeti, bot lain semua tengok hasil tangkapan kami, semua terkagum sebab hasil candatan kami sangat banyak.Hoho. Jangan pandang rendah bot ramai wanita hokey ;) Ni semua rezeki kan. Pukul 730 pagi kami sampai resort lepastu terus pengsan! Tapi bukan pengsan lama, kejap je, rehatkan badan, rugilah pulak dah drive jauh2 tapi tido je kan. Hee. Next aktiviti kami bersambung ke next entry ok :)

Selesai sudah aktiviti mencandat kami. Pengalaman yang sangat2 seronok! Terasa macam nak repeat lagi pergi sini tahun depanJom pergi candat jom! :D 





Tuesday, May 24, 2011

Cuti-cuti Terengganu : Aktiviti hari pertama ;)

Salam semua.Entry kali ni nak menceritakan aktiviti kami weekend lepas.Aktiviti yang super seronok.Weekend lepas kami berdua telah bercuti-cuti di Marang, Ganu kitee. Bestt sebab dapat pengalaman mencandat sotong.First time yaww ;) Kami bercuti ni ikut kumpulan mencandat sotong ni, jadi segala aturcara & penginapan semua dah disediakan oleh pihak penganjur. Kami just follow je.



Our first trip to Ganu ;)


Hari Jumaat tu, seawal 630 pagi kami dah bertolak dari rumah.Dianggarkan perjalanan kami ni makan masa 6 jam tolak tambah berhenti makan semua tu.Pukul 8 pagi kami berhenti dekat Petronas Bentong untuk breakfast sambil tunggu peserta2 lain.Lepas plaza tol Jabor kami berhenti lagi sementara tunggu beberapa kereta lain yang pulak.


Sementara tunggu marilah kita bergambar!
Eceh..angkat satu kaki pulak, feeling post wedding photoshoot letteww.
Mestilah tangkap gambar guna timer kan.Kalau mintak tolong orang lain tangkapkan kompem kaki statik je.Hehe


Bila semua orang dah berkumpul, kami teruskan perjalanan. Konvoi beramai2.Ikut jalan dalam, lebih cepat kata leader kumpulan. Kami lalu mana2 pun ok je, asal ikut orang, kalau drive sendiri takut sesat.Dah nama pun jalan dalam ( jalan kampung) kan, macam2 lah kami jumpa sepanjang perjalanan tu. Tak tahan siap nampak lori bawak gajah lagi. Ni mesti nak bawak gajah2 tu pergi Kuala Gandah ni.


Tetiba pulak ada lembu melintas! 
Kusss semangat.Syukur kami tak bawak laju



Selamat datang ke Terengganu :)




Alhamdullilah.Pukul 1.45 petang macam tu kami sampai di Angullia Beach Resort.Tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam.Check in, solat, rehat2 kan badan kejap lepastu kami keluar lunch.Laparrrr!! Pukul 4 petang nak kena berkumpul balik dah. Siap2 nak pergi mencandat. 


Kami lunch dekat gerai makan dekat2 resort tu je.Masa tengah pilih2 lauk tu  macam kagum, Woaahhh..seafood!! Ikan, udang dan yang penting sekali sotong..besar2 tu. Fresh dari laut. Harga pun mesti murah ni sebab makanan laut kan.


Encik hubby amik lauk ini. Dengan air limau suam




Aku pulak amik lauk ni dengan air limau ais




Sekali masa bayar kena RM20. Haha. Takda makna nye murah. Harga sama macam makan dekat KL je.


Penat perjalanan 6 jam terus hilang bila tengok 
pantai cantik ni sebelah bilik kami.
Cantik sangat pantainya. Pasir putih & air biru.Nicee~


Bilik kami?? Oklah..lengkap semua. Tapii..bilik ni  sesuai untuk orang yang banyak aktiviti luar, kira balik bilik untuk mandi & tido je. Bukan untuk orang yang memerapppp je dalam bilik. Keselesaan boleh bagi 2.5/5.

Sementara tunggu peserta2 lain berkumpul tuk sama2 gerak ke jeti, kami jalan2 pusing resort tu kejap. Landscape resort ni cantik! Penuh dengan pokok2, so takdelah panas sangat. Dahla betul2 sebelah pantai yang cantik.Memang sejuk je mata memandang.






Ok, ni budak eksaited nak pergi mencandat. 
Buat peace pun sampai terkeluar jari kelingking. Lol

Sebelum gerak kami diminta untuk makan pil tahan muntah ni dulu. Supaya tak mabuk laut.

Walaupun kecil, kesannya amat mujarab!


Pukul 4 macam tu kami pun bertolak ke jeti Marang, lebih kurang 10 minit je dari resort

Ye, inilah jetinya. Bukan kompleks membeli belah tau ;)


Tengok je bot2 ni hati dah eksaited melampau.Ngee :D


Encik hubby yang eksaited jugak. Siap bawak joran tu

Kesemua kami ada 30 orang peserta, setiap bot boleh masuk 10 orang je.Jadi ada 3 bot lah semua yang pergi mencandat ni.Inilah bot2 kami.


Dalam hati, bila tengok je bot2 ni terus berdoa nak yang bot nombor 2 tu (TRF 65), sebab bot tu cantik compare dengan bot2 yang lagi dua tu. Alhamdullilah. Memang dapat bot nombor 2 tu. Yay!!

Jom tengok ape yang membuatkan bot kami masuk kategori cantik. 

First, catnya baruu!!! Bersih pulak tu.Suka!

Kedua, siap ada dapur. Bot lain pun ada dapur jugak, tapi dapur kami nampak lengkap ;)




Ketiga. Sebab ini!!


Cuba teka apa belakang kayu ala2 kotak empat segi ni?


Yeeee..ia ialah toilet!! Toilet bot kami bersih, nampak selesa & kuninggg lagi.Direct to the sea. Haha


Spotlite bayakkk. Cukup untuk menarik perhatian si sotong2 :D

Bot kami semua ada 7 orang wanita & 3 orang je lelaki. Yeahh!! Semangat waja kaum hawa.Tapi, jangan perlekehkan bot kami ok, even ramai wanita, tengok hasil candatan kami nanti. Pukul 530 petang macam tu bot kami pun gerak ke kawasan mencandat sotong.


Dan bermulalah perjalanan kami sebagai pencandat sotong. Wihiii.

Aktiviti mencandat akan diceritakan dalam next entry ok.
(^_^)











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015