Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, May 09, 2011

Happy mother's day ;)

Walau siapa pun kita,walau sehebat mana pun kita,walau berjaya setinggi langit pun kita,tetapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup. Betapa tidak ternilainya doa dan restu seorang ibu itu. Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita mu.


Ya Allah, ku bersyukur kepada Mu kerana kurniakan ku seorang ibu yang sangat penyayang ini. Yang sangat kasihkan anak2nya. Yang sangat baik. Dia ialah cikgu, dia juga teman baik ku. Ya Allah, kau ampun kanlah dosa2 kedua ibu bapa ku, semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi olehMu. Kau panjangkanlah umur mereka agar kami anak2nya dapat membalas segala jasa2nya yang membesarkan kami dari kecil hingga hari ini. Dan Ya Allah, Kau peliharalah mereka seperti mereka memelihara kami sewaktu kecil, yang menatang kami bagaikan minyak yang penuh. Amin ya rabbal alamin


8 Mei semalam ialah Mother's Day.Kami tak celebrate apa pun sebabnya mama out station ke Kedah tapi kami adik beradik2 ada suprise untuk mama. Tunggu mama balik esok baru nak suprisekan beliau. Hehe. Tak sabar. Harap mama suka. Tak tau macam mana nak cakap kalau setiap kali nampak parents kita happy. Terasa sangat bahagia masa tu kan. Kepada mama, kami semua sangat2 sayangkan mama. Sayang yang teramat sangat! Infinity! Terima kasih untuk segalanya ma.

Sayang mama sampai ke syurga~
Muuahhh! 
Mama saya comel ada lesung pipit ;)

Tahun ni Mother's Day saya agak berlainan sikit sebab nya pertama kalinya dalam hidup ada mother in law.Jadinya saya sekarang ada 2 orang mak.Hehe. Seorang mama dan seorang mak. Alhamdullilah, mak pun sangat baik. Layan saya macam anaknya sendiri. Terima kasih mak sebab terima saya ni seadanya as menantu mak. Disebabkan first time, saya tak tahu nak wish mak mother's day macam mana, nak telefon tapi macam malu2 kucing lagi..hee..jadinya saya sms je mak. Sms bertulis macam ni "Happy mother's day mak. Semoga mak sihat selalu & sentiasa dilindugi olehNya.Love u always~"Taip sms denga penuh rasa kasih sayang ni. 

5 minit lepas tu terima sms."Tq nak take care luv u". Even 6 ayat je, dan short form mak sangat power, terasa hati sangat gembiraaaa. Happy sebab mak reply smsnya. Hehe.


Mama & mak
Ratu hatiku ;)

Selamat hari ibu juga kepada kakak ku, ibu kepada Ammar & Iman yang comel, kakak iparku, mama kepada Faris yang bijak & kepada adik iparku, ummi kepada baby yang bakal lahir 3 bulan lagi. Kepada kawan2 tersayang yang telah menjadi ibu, Happy mother's day to all of u! Mesti best kan jadi mama. Saya tak sabar.Harap2 tahun depan saya dapat jadi mama & sambut mother's day ni sama2 dengan warga ibu semua. InsyaAllah.Doakan ye ;)


4 comments:

Izzatul Azma said...

soooooo sweet gambar tu. dan sms tu pun sangat comel, even 6 words je tapi dah cukup buat hati bunga2 kannn..

CaDLyNN said...

ena...hargai ibu kite sementara ada..ena beruntung tau..
semoga ena pulak yg sambut mother's day ni tahun depan...mesti comey :)

Puan Hana said...

Izza:
Thank u yunk..nanti izza kawen wat camtu gak eh.Tula..rasa happy je masa terima sms tu.hehe..

Lynn:
sedih plak aku baca komen ko ni lynn.InsyAllah,kami akan menghargai mama sampai bebila..aminnnnn ;)

Erina Asmawani said...

lohhh..terguna akaun makcik plak..haha









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015