Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, October 30, 2012

Aqil's first haircut! :D

Alkisahnya semalam, kami bawak Aqil ke barber shop untuk gunting rambut dak kecik tu.Pergi dekat kedai feveret ayahnya je.Wiiiii. Mama excited!!(Pehal mama excited ntah, gunting rambut je pun.Hohoho). Rambut Aqil dah terlalu panjang,tak sekata pulak tu. Kiri kanan rambutnya panjang betul,lepastu kalau ngamuk mulalah dia tarik2 rambut2 dia yang panjang tu.Rimas pulak menengoknya.

Sampai2 sana, ramai orang.Tunggu la kami kejap sambil baca paper.
Aqil pun nak baca :) 


Kita tak sabar nak gunting rambut ni mama.Yeay!

Lebih kurang 20 minit menunggu, terasa lama pulak.Keboringan melanda. Terus cakap kat encek hubby nak ke pasaraya deret barber shop ni jugak, selang beberapa kedai je,nak beli sikit barang2 dapur. Aqil duduk dengan ayahnya. Sampai je dekat pasaraya tu, baru je nak amik sayur tetiba encek hubby call. "Sayang,cepat.Aqil dah nak potong rambut ni". Lohhhh..kejap betul. Tak sampai 5 minit. Terus mama dia ni lari berdesup ke barber shop balik. (Mesti orang yang tengok pun pehal la minah ni lari tetiba. Hahaha)

Sesampai je kat barber shop tengok rambut Aqil dah botak separuh!!! Alaaaaa..kenapa botak ni. Mula lah mulut ni mengomel kat encek hubby. Sebab asalnya kami nak potong rambut dia biar ada rambut sikit, macam ala2 abang askar gitu. Takdelah botak terus. Tapi acik gunting rambut tu yang suggest potong botak gitu,encek hubby pun ok je.Sebab katanya senang,lagipun rambut budak cepat panjang. Mama pun terpaksa lah pasrah. Takkanlah nak ditampalnya balik rambut Aqil kan. Aqil steady je duduk kat seat tu. Acik tu letakkan kayu biar tinggi. Ayahnya kata masa memula potong tadi dia diam je. Pandang cermin. Heehe.Goodboy! :)

Masa ni dia macam nak nangis dah. Mebi sebab geli kot potong belah belakang tu.Sekejap sangat!! Acik tu zaass zasss rambut Aqil pakai mesin terus dah licin. Tak samapi 5 minit pun.


Masa ni dah start nangis manja.Alololo,ngape nangis sayang. Tak macho tau .


 Dah siap! :)
RM5 je. 


Tadaaa!! Aqil's new look! :)

Terus nampak macam muka dia kecit. Macam dah kurus pun ada. Dah macam abang2 :)

Dun worry sayang, mama cover kebotakan awak tu pakai topi comey ni ok. So that u still look comel. Hehehe

*Aqil pasrah jela*

Harap rambut baru tumbuh cepat, lebat ,sekata dan tak professor lagi :)

Say goodbye to rambut panjang yang boleh ikat tocang!! :D

Monday, October 29, 2012

Kita dah 8 bulan tau :)



Kita dah 8 bulan 23 haribulan lepas. Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah. Kita membesar dengan sihat, aktif dan ceria. Berat kita sekarang dah 10.2 kg. Sama macam berat seguni beras. Hehehe. Mama dengan ayah memang kuat sebab boleh dokong kita hari2. Tapi diorang tak pernah mengomel ke, komplen ke kita ni berat. Atok mama kata, jangan sesekali komplen anak berat. Nak kata anak berat pun tak boleh,gemuk apatah lagi, cakap semangat. Ye..kita semangat dan comel. Eh eh :D

Kita suka makan. Bubur campur ayam atau ikan dengan labu tu memang feveret kita.Tapi kita suka makan yang blended je. Nak yang bebetul hancur. Taknak yang ada keras2. Kalau kita makan yang ada keras2 sikit, kita rasa macam ada something kat tekak kita pastu kita rasa nak termuntah. Huhuhu. Mama ada try bagi kita makan bubur blend yang tak berapa nak hancur sangat,kita makan pastu kita termuntah. Kita tak suka. Huhuhu.Sorry mama. Nanti kalau kita dah sedia, kita makan bubur yang tak hancur2 sangat eh. Kita still minum susu mama lagi..emmm..dapnyaa!! Baiknya Allah sebab masih bagi rezeki kat kita rasa susu mama lagi :) 

Kita sekarang suka main lari2 dalam walker. Kalau nampak ayah dah balik, cepat2 kita kejar ayah. Lepastu kalau mama tengah masak, kita suka diri tepi pintu dapur tengok mama masak. Kita tawaf, eplore 1 rumah. Kawan2 mama selalu tanya mama kita dah pandai apa sekarang. Mama cakap kita dah pandai mengaji, membaca ngan berlari. Hahaha. Mama dah boring asek kena tanya soklan yang sama je. Nanti kalau mama jawab, dah pandai meniarap. Diorang compare pulak ngan anak masing2 yang dah pandai merangkak lah,menyusur lah,bertatih lah. Yelah. Lain baby lain perkembangannya kan. Mana boleh banding2kan.Mebi kita ni lambat sikit sebab tengoklah badan kita, taf!!.Kita kalau boleh bercakap, kita nak cakap kat aunty2 tu "Whateverrr". Hehehehe.Kita tak kisah pun kalau kita pandai meniarap dan bergolek je, yang penting kita aktif dan sihat.Nanti2 kita pandai la. Ntah2 kita terus nak berjalan je kan ;)

Kita sekarang tido dah lasak. Pusing2. Pastu kita tak suka sempit2. Ada sekali tu kita ngamuk, tolak2..tendang2 ayah sebab kita tak selesa. Kita susah nak pusing2 masa tido. Last2 ayah tido bawah. Ahhh..barulah kita selesa tido.Huuu. Sorry ayah.Cian ayah kena tido bawah.Mama sekarang tengah nak ajar kita tido dalam babycot. Tapiiiii..susahla kita nak ngempeng memalam. Kalau kita tido ngan mama senang je. Kalau kita nak susu, kita pusing je dah dapat nenen Huhu..kita nak tido ngan mama!

Oklah, kita nak gi mamam ni. Nanti mama sambung tulis entyry pasal raya AidilAdha pulak ye. Boboi :D

Tuesday, October 23, 2012

Corat-coret Memuah piknik :)


1. Lokasi piknik kami memang best. Recommended! Sesuai untuk buat family day. Berpiknik2. Selesa, bersih, cantik dan sungai nya memang indah. Admission fee ialah RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kekanak. Ada chalet, dorm, banglo jugak untuk yang nak bermalam. Berminat? Cer tengok2 website Kalumpang resort ni :)

2. Keri,selain berbakat mengambil hati baby2 (bukan kak Baby ye), beliau juga ada bakat dalam meniru bunyik baby merengek."Keekkk..kkekkkk" dengan suara nyaring. Serius ingatkan Aqil nangis ,rupanya bunyi tu dari dia. Teringin sangat nak makan kek rainbow sampai camtu jadinya. Ciann. Dan macam bunyik suster ngensot pun ada.Hahaha

3. Makanan adalah banyakkkk dan sedap! Mihun goreng & koslow dari Kak Masy, puding laici & ayam BBQ dari Wawa memang terbaikkkk! Sandwich sardin dari diri sendiri..err..oklah. So so je. Hahaha. Bagus jugak piknik ni, menambahkan ilmu pengetahunku dalam masakan. Sempat belajar dari kak Masy camne nak masak mihun sedap tu dan tanya Wawa resepi perapan ayam BBQ & puding laici tu. Senang yo ruponyo. Boleh la eden cubo.Hehehe 


 Oh, Keri sponsor air minuman.Mekasey uollss!  :D

4. Aqil sempat tido dalam 40 minit gitu. Segala tilam nipis, kipas kecit diangkut demi keselesaan baby manja itu. Bukan apa, takut dia tak selesa kang, cranky2..kesian baby kan.

Sleep like a boss!

5. Xiyad minum susu baring sebelah Aqil, masa tu Aqil dah bangun, tengah rilek2. Aqil nampak Xiyad tengah syok layan minum susu pakai botol, tak semena2 pulak dengan pantasnya Aqil gi amik botol si Xiyad,masukkan dalam mulut dan minum susu Xiyad. Slumberrrr!! Minum beria pulak tu..Xiyad krik..krik.. krik je tengok Aqil amik botol dia. Huuu.

Xiyad kepasrahan. Aqil syok minum botol orang. Padahal dia bukannya suka minum susu pakai botol.Agaknya dia rasa sedap kot susu Anmum tu.Lepastu bila ditarik botol tu nak bagi ke Xiyad balik punyelah dia melalak. Bagi kan botol air dia terus senyap.


 Ok, sesi anak2 minum air.Xiyad tengok Aqil minum pakai botol tu cam best je.

Aku pergi tengok ayam panggang kejap.Tak sampai seminit,datang balik,sekali tengok botol air Aqil dekat mulut Xiyad..botol susu Xiyad dekat mulut Aqil. Hahahaha. Ntah bila masa diorang tukau sesama sendiri ntah.Comel je! :D

6. Ada satu kejadian cemas!! Kak Masy nyaris hanyut dek arus sungai.Dia cuba nak tahan diri dekat batu2 tapi takut hanyut maka dia jeritlah nama Anul a.k.a Hemy untuk tarik selamatkan dia.Dan Hemy berjaya tarik Kak Masy.Syukur.Ramai pulak tu yang tengok masa tu.Tetiba je Kak Masy jadi perhatian orang ramai. Hahaha. Femes yu kejap.Adoyai kakak ku..lawak pulak bila diingatkan balik.Dahla disebalik batu besau.Dah macam suara bunian.Mujur Anul ada tau.Hahahaha (Ok2..dah, jangan banyak gelak kan kakak,kang termasuk kategori adik durhaka :P)

7.Tengah tekun Hemy memanggang ayam,tetiba dia dikerumuni oleh sekumpulan budak2. Rasanya bebudak dari kampung tu jugak.Memasing buat muka kesian nak kan ayam tu.Huuuu. Lepastu jenis tak putus asa pulak tu, diorang tungguuuu je kat situ dengan harapan Hemy bagi ayam tu kat diorang. Bukan tak nak bagi, tapiii..takut tak cukup. Sudahnya kami bagi sandwich sardin,berebut masing2. Bila dah dapat, diorang cakap terima kasih dan terus pergi. Alahai..kesian, mesti diorang lapau lepas mandi sungai. 

Lebih 10 orang!!

8.Xiyad manjang dengan sengih nampak gigi dia tu. Tapi bila Kak Masy buat je dia ikut. Orang lain buat dia takmo ikut pulak. Geram tau!!


Ngeeee!! 
Ni yang tahap medium. Kalau tahap advance dia menyegih nampak gigi siap terkerut2 hidung, terpejam2 mata. Tak dapat capture dia buat gitu.

9. Masa nak balik tu, time kemas2 barang,terasa badan Aqil macam dah dedar.Dah start cranky2. Kak Masy dukung kan kejap sambil popok, terus Aqil tertido. Syabas kak, memang terserlah ciri keibuan mu ;)

Pasni dah tau camne nak dokong tidokan baby 10 kg ok :D

10. Suamiku berjaya membuat kelaka bila dia pakai tshirt dengan kain pelikat je masa nak balik tu.Kain pelikat ok. Ingatkan dia memain je kot dalam pelikat tu ada sarung seluar ke kan, rupanya memang kain pelikat semata. Padahal dah siapkan dah seluar untuk dia, tapi dia bawak kain pelikat pulak. Dia kata dia lepas mandi sungai memang pakai kain pelikat je. Oh myyyy  T_T. Begitu rupanya. Baru ku tahu. Huhuhuhu.Dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai di restoran pau Yik Mun yang femes kat Tanjung Malim tu. Semua orang heran tangok dia pakai pelikat.Lelaki melayu terakhir sungguh :P


Monday, October 22, 2012

Memuah Piknik :)

Setelah dirancang selama lebih kurang sebulan, akhirnyaaa..memuah piknik bersama geng memuah di Kalumpang Resort berjalan dengan lancarnya. Syukurrr :) (Alaaa..kalau starting dah bahasa novel, sampai habis entry lah ni bahasa novel je kang. Lantakkk. Hahaha)

Hari Sabtu, seawal jam 10 pagi kami dah keluar rumah. Sempat buat mihun goreng & sandwich lagi pagi tu.Tapi disebabkan kekomfiusan jalan (mahapkan saya.ngee), dekat pukul 11pagi jugak kami sampai. Kami disini ialah Kak Masy, Keri, Aqil dan mama Aqil. Ayah Aqil datang lewat sebab beliau keje. Huuu.Selang 10 minit lepastu Hemy & family pun sampai. Just nice la memasing tiba lebih kurang waktu yang sama.

 Aqil bersama acik Yiyis dan opah Masy nya. 
Kak Masy terus naik pangkat jadi opah lepas jadik mak sedara Amir.
Hohihohi


Sesampai je kat sana, terus register nama, bayar admission fee, sewa pondok & tempat BBQ semua, dan terus kami ke pondok. Wakaf Kasturi nama diberi, pondok yang paling besauuu sekali kat situ. Memang besau, boleh muat 50 orang gamaknya.Sooo happy!

Acik Yiyis yang rajin melayan si Aqil. Memang geng lah.


Aqil macam biasa keterujaan tengok air sungai.
Macam dah tak sabau nak berenang je gayanya.



 Us. 3 pasang je yang berjaya untuk join.
Serius ni kalau lagi ramaii, komfem lagi meriah.

Tapi takpelah, mereka yang lain pun bukan sesaje tak mau join..masalah yang tak boleh nak elak. Kita hanya merancang ye dak, walaupun dah rancang lama mana pun tapi sebaik2 perancangan adalah dari Dia :) Cuaca pun Alhamdulillah sangat indah, sungai pun cantik sangat. Memang gerammm! Rasa nak berendam sekali. Tapi..bila dah jadi mama ni kan, apa2 pun anak yang paling utama. Kalau Aqil dah besau takpelah nak dibawak berendam sungai sama.Aqil pun still mandi air suam2 lagi. Jadi, mak2 hanya duduk di pondok dan di pinggiran sungai sajok :P

Aqil & Xiyad bersama mama masing2 :)

Si Hemy & Keri ditugaskan untuk memanggang ayam. Terbaikk ayam diperap oleh Wawa ni. Memang sedap!! Dah la saiz gemuk2. Tempat BBQ yang disewa ni pun memang besar, boleh panggang 4 ekor ayam sekali gus. Memang berbaloi bayar sewa RM50.

Dalam pukul 2 mcam tu ayah Aqil sampai. Haa..teruslah bawak Aqil jejakkan kaki ke dalam sungai. Suka sangatlah sebab dari tadi tengok dari kejauhan je. 


Suka betul dia tengok air mengalir tu.


Bila jejakkan kaki, kesejukkan! Hehehe. memang kami tak bagi dia mandi, sebab sejuk sangat. Takut terkejut. Rendam kan kaki dia kejap tu pun dah menggigil2. Tapi tetap teruja suka.

Dan sebenarnya tujuan berpiknik ni untuk sambut birthday Xiyad Asytar 1 tahun, memuah junior yang pertama. Memang abang long ni.

Saya lah si birthday boy itu. Lagi 4 hari saya genap setahun :)
Moga jadi anak yang bijak, membesar dengan aktif dan sihat. Nanti boleh main gulek2 ngan Aqil :)

Wafa & suami yang tak dapat datang di saat2 akhir sempat orderkan kek birthday untuk Xiyad.Memang special keknya. Comellll!! Siap ada edible sticker Upin Ipin lagi sebab Xiyad suka tengok Upin Ipin.


Dibawa oleh acik Yiyis dari Puchong dengan peluh kelembutan dan kasih sayang sebab tak mau kek ni rosak. Tapi sesampai je dekat sana, Xiyad tengok kek dia terus kelepaapp!! Tangan dia dah kat atas kek. Teruja dia tengok Upin Ipin dekat kek tu agaknya. Hohihohi.Takpe, kek dia sendiri dimahapkan kalau dia yang roasakkan :D Cantikkan kek tu.Diluarnya pelangi...


Di dalamnya juga pelangiiiii!!! Cantiknya la haii..dah la rasa pun sangat sedap *makan sambil pejam2 mata menikmati*. Mekasey Wafaaa!!!


Puas makan (serius makanan adalah sangat banyak!), puas berendam, lebih kurang pukul 3 lebih macam tu (eh ke pukul 4 eh?) kami pun kemas2 dan pulang sebabnya Kak Masy & Keri pun kena balik awal. Memasing ada hal lain lepas tu. Dan2 kami pulang, hujan renyai2 pun turun. Syukurlah..hujan rahmat. Apa2 pun memang enjoy piknik kali. Memang syiokkk!! Oh, nanti nak buat entry pasal memuah piknik lagi. Stay tune!! :D



Wednesday, October 17, 2012

Bergumbira di Kid's e World! :D

Terima kasih kepada Ummi Aqilah, Puan Sue, sebab bagitau pasal tempat ni. Memang best! Disebabkan teruja, semalam jugak kami ke sini. Wihihi. Pergi dengan adik ipar,Lily dengan anaknya Intan. Bertempat di Ikano Power Center, level 2, sebelah Toys r Us. So let the picture tell the story!! :D

Here we go..
Kid's e World. It's an indoor playground :)

Macam2 ada dalam ni. Ada dua bahagian, dekat luar khas untuk babies & toddler sebab permainannya semua yang selamat dimain oleh si kecit2 ni. Dekat dalam untuk kanak2 dari 3 tahun sampailah 12 tahun. Extreme sikit games dalam tu, slide tinggi2, swing, bouncer castle..eh..macam2 lah. Oh ye,admission fee adalah RM30 for toddler & kids (weekdays), RM50 (weekend). And for babies is FREE! Yeahh! Its FREE!Wihihi. Tapinya,kami ingatkan Intan tak kena bayar,disebabkan dia dah pandai jalan,so consider as toddler, jadi kenalah bayar RM30. (tak aci tau)! Parents tak dikenakan apa2 bayaran.So mommies yang ada baby kecit boleh lah bawak diorang main2 kat sini sebab free, nanti bila diorang dah boleh jalan dah kena bayau. Hohoho. Lagi satu, wajib pakai stokin. Kalau tak, beli stokin kat sana..RM5.

Aqil dalam lautan bebola!! Masa ni dia tengok2 je keadaan sekelilng.
Tak ramai pun..ada lah 2-3 orang budak lain jugak. Yela kan..weekdays.


 Kusyuk tengok kakak Intan main :)


Wee!! Happy betul kakak Intan. 
Aqil semua bola nak dimasukkan dalam mulut.



 Seronok kakak! Aqil buat muka apa tu sayang? :P


 Elehh..senyum kecit :)


 Jom kakak, kita lumba!


Crawling2! Weee..



Ok steady naik keta..steady2.


 Naik ayam pula. Jom ayam...kita jejalan!
Aqil sekarang kalau kita panggil suh tengok kamera dia buat donno jee..posing pandang ke lain. Ala2 model lettew, geget nak? :P

Hari Ahad haritu naik kuda besau kan, nah..harini naik baby pony je. Barulah sesuai dengan Aqil.Hee


Pon! Pon!! Hai awek..nak tumpang kite tak? :P 


Alaaa..awek taknak tumpang kita lah..
*muka pasrah* 


 Eh ehh..awek nak cakap2 dengan kita lah mama...
Comel sangat baby girl ni,mix omputih..muka dia macam doll! :)

Sesi ramah mesra pulak Aqil dengan babygirl comel tu..hehe
Ooo..awak amik topi kita eh..kita amik kasut awak!

Dah puas main dekat luar, kami masuk dalam pulak. Main tangkap2 belon la..main dalam terowonglah..memandangkan tak banyak games untuk baby dalam tu, so tak berapa best macam kat luar.Kamera pulak habis batt, tak sempat snap games bahagian dalam.Huhu.Aqil dah cranky..penat.Pergi ke baby room dulu isi tank.Baby room Ikano sangat comel! Dekat je dengan Kid's e World ni. (Sejak jadik mama ni teruja betul tiap kali masuk baby room. Tihihi). Kakak Intan still bertenaga main2 lagi. Dah puas main, dua2 pun dah flat, pulanglah kami. Memang seronoklah. Anak2 seronok, mama2 pun seronok! :D

So, lepasni senanglah untuk those mommies yang nak shoping moping kat Ikea or Ikano, bolehlah letak anak & ayahnya main2 kat sini. Hehehe. Sekian review tentang Kid's e World. It's a fun & safe place for your kids! :D

Monday, October 15, 2012

Jalan-jalan Hari Minggu :)

Semalam petang kami ke Sunway Pyramid. Bawak Aqil jalan2 :) Dan tujuan utama kami ke sana ialah untuk tebus voucher Nandos yang dimenangi dalam satu contest ni.Hehehe. Pasal ni later2 lah cerita. Ni nak cerita pasal Aqil's wonderful time dulu.

 Ayah pakai merah, Aqil pun pakai merah :)

 Masa ni monyok je sebab baru bangun tido. Kusyuk tengok orang main ice skating.

Sesampai je depan Brands Outlet, tetiba nampak Wahhhh! Banyaknya permainan untuk kanak2. Ada keretapi lah, bumper cars,Merry Go Round,Ferris Wheel pun ada. Best2! Bermulalah sesi pujuk ayah Aqil untuk naik permainan2 kat sana. Tihihi. Tapiii..memandangkan semua macam untuk kekanak besar, ada 1 ni je yang sesuai untuk Aqil.

Are you thinking what I am thinking, mama?
Yes Aqil! Hehehe *sambil sama2 jeling ke kanan*

 Dan yeayy! Aqil dapat naik kuda Merry Go Round nih. Hehehe. Aqil rilek2 je, mama yang over tau :P
Steady je dia pegang palang tu. Macam budak besau je lagaknya.


Ok, ni bebetul nampak mama yang excited lebih, bukan Aqil. Hahaha
*Aqil usha makwe ke tu?*

:)


Weee! Mama happy, Aqil buat muka pasrah. Hahaha


Choo! Chooo!
 Ayah pun pasrah jela tolong tangkapkan gambar mama ngan Aqil. Hee


"Ayah, nanti Aqil dah besar kita naik bumper car belakang tu pulak ok" :)
Semua permainan kat sini kena bayar.Tapi harga nya takdelah mahal.Sesuai sangat untuk bawak anak2 berhibur di hujung minggu.Nak2 pulak sekarang petang2 hujan je kan, nak ke taman tak boleh. Jadi ke indoor park lah yang sesuai untuk diorang bermain2 :)

Bila dah puas main, masa untuk isi tank pula. Ke baby room lah kita! First time ke baby room Sunway Pyramid. Besttt! Lengkap semua ada. Bersih pulak tu.

Tapi ada 1 nursing room je la.



Siap ada baby cot. Senangla untuk mommies yang ada anak ramai, kot nak susukan or tukarkan diaper si baby, kakak atau abangnya boleh lah main dalam cot tu kan :)


Tempat tukar diaper, sinki, air panas & sejuk pun ada. Senang nak bancuh susu :)

Apa2 pun, Aqil kena penuhkan tank dulu. Baru senang hati nak sambung jejalan lagi.
Nom nom nom! Eh, sempat pulak usik dagu mama ye :)
*sila abaikan kandungan hembeg mama Aqil tu. Hehe*


We had a really great time. Seronok!Aktiviti seterusnya bersambung ke next entry pulak ye. Bye











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015