Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, October 23, 2012

Corat-coret Memuah piknik :)


1. Lokasi piknik kami memang best. Recommended! Sesuai untuk buat family day. Berpiknik2. Selesa, bersih, cantik dan sungai nya memang indah. Admission fee ialah RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kekanak. Ada chalet, dorm, banglo jugak untuk yang nak bermalam. Berminat? Cer tengok2 website Kalumpang resort ni :)

2. Keri,selain berbakat mengambil hati baby2 (bukan kak Baby ye), beliau juga ada bakat dalam meniru bunyik baby merengek."Keekkk..kkekkkk" dengan suara nyaring. Serius ingatkan Aqil nangis ,rupanya bunyi tu dari dia. Teringin sangat nak makan kek rainbow sampai camtu jadinya. Ciann. Dan macam bunyik suster ngensot pun ada.Hahaha

3. Makanan adalah banyakkkk dan sedap! Mihun goreng & koslow dari Kak Masy, puding laici & ayam BBQ dari Wawa memang terbaikkkk! Sandwich sardin dari diri sendiri..err..oklah. So so je. Hahaha. Bagus jugak piknik ni, menambahkan ilmu pengetahunku dalam masakan. Sempat belajar dari kak Masy camne nak masak mihun sedap tu dan tanya Wawa resepi perapan ayam BBQ & puding laici tu. Senang yo ruponyo. Boleh la eden cubo.Hehehe 


 Oh, Keri sponsor air minuman.Mekasey uollss!  :D

4. Aqil sempat tido dalam 40 minit gitu. Segala tilam nipis, kipas kecit diangkut demi keselesaan baby manja itu. Bukan apa, takut dia tak selesa kang, cranky2..kesian baby kan.

Sleep like a boss!

5. Xiyad minum susu baring sebelah Aqil, masa tu Aqil dah bangun, tengah rilek2. Aqil nampak Xiyad tengah syok layan minum susu pakai botol, tak semena2 pulak dengan pantasnya Aqil gi amik botol si Xiyad,masukkan dalam mulut dan minum susu Xiyad. Slumberrrr!! Minum beria pulak tu..Xiyad krik..krik.. krik je tengok Aqil amik botol dia. Huuu.

Xiyad kepasrahan. Aqil syok minum botol orang. Padahal dia bukannya suka minum susu pakai botol.Agaknya dia rasa sedap kot susu Anmum tu.Lepastu bila ditarik botol tu nak bagi ke Xiyad balik punyelah dia melalak. Bagi kan botol air dia terus senyap.


 Ok, sesi anak2 minum air.Xiyad tengok Aqil minum pakai botol tu cam best je.

Aku pergi tengok ayam panggang kejap.Tak sampai seminit,datang balik,sekali tengok botol air Aqil dekat mulut Xiyad..botol susu Xiyad dekat mulut Aqil. Hahahaha. Ntah bila masa diorang tukau sesama sendiri ntah.Comel je! :D

6. Ada satu kejadian cemas!! Kak Masy nyaris hanyut dek arus sungai.Dia cuba nak tahan diri dekat batu2 tapi takut hanyut maka dia jeritlah nama Anul a.k.a Hemy untuk tarik selamatkan dia.Dan Hemy berjaya tarik Kak Masy.Syukur.Ramai pulak tu yang tengok masa tu.Tetiba je Kak Masy jadi perhatian orang ramai. Hahaha. Femes yu kejap.Adoyai kakak ku..lawak pulak bila diingatkan balik.Dahla disebalik batu besau.Dah macam suara bunian.Mujur Anul ada tau.Hahahaha (Ok2..dah, jangan banyak gelak kan kakak,kang termasuk kategori adik durhaka :P)

7.Tengah tekun Hemy memanggang ayam,tetiba dia dikerumuni oleh sekumpulan budak2. Rasanya bebudak dari kampung tu jugak.Memasing buat muka kesian nak kan ayam tu.Huuuu. Lepastu jenis tak putus asa pulak tu, diorang tungguuuu je kat situ dengan harapan Hemy bagi ayam tu kat diorang. Bukan tak nak bagi, tapiii..takut tak cukup. Sudahnya kami bagi sandwich sardin,berebut masing2. Bila dah dapat, diorang cakap terima kasih dan terus pergi. Alahai..kesian, mesti diorang lapau lepas mandi sungai. 

Lebih 10 orang!!

8.Xiyad manjang dengan sengih nampak gigi dia tu. Tapi bila Kak Masy buat je dia ikut. Orang lain buat dia takmo ikut pulak. Geram tau!!


Ngeeee!! 
Ni yang tahap medium. Kalau tahap advance dia menyegih nampak gigi siap terkerut2 hidung, terpejam2 mata. Tak dapat capture dia buat gitu.

9. Masa nak balik tu, time kemas2 barang,terasa badan Aqil macam dah dedar.Dah start cranky2. Kak Masy dukung kan kejap sambil popok, terus Aqil tertido. Syabas kak, memang terserlah ciri keibuan mu ;)

Pasni dah tau camne nak dokong tidokan baby 10 kg ok :D

10. Suamiku berjaya membuat kelaka bila dia pakai tshirt dengan kain pelikat je masa nak balik tu.Kain pelikat ok. Ingatkan dia memain je kot dalam pelikat tu ada sarung seluar ke kan, rupanya memang kain pelikat semata. Padahal dah siapkan dah seluar untuk dia, tapi dia bawak kain pelikat pulak. Dia kata dia lepas mandi sungai memang pakai kain pelikat je. Oh myyyy  T_T. Begitu rupanya. Baru ku tahu. Huhuhuhu.Dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai di restoran pau Yik Mun yang femes kat Tanjung Malim tu. Semua orang heran tangok dia pakai pelikat.Lelaki melayu terakhir sungguh :P


5 comments:

sweethOneY said...

Meriahnyaaaaaaaa suka tengok geng korang ni !!

Err Ena.. yang budak kampung tu memanglah macam kesian, tapi macam ermmmm takde orang ajar ke jangan mintak makanan orang ? Macam tak sopan je.

CaDLyNN said...

aqil bam bam...

Masy said...

hahaha lenguh ya Rabbi, Allah Taala saje yg tahu tp demi Aqil, kakak redooo.. sedap betei nampak dia tdo, rasa nk join je hahahah

Amir rilek je.. ade dia kesah pakai kain pelikat! rugi x dpt folo korg gi Tg Malim, takpelah.. mebi nextime..

mekasih mekasih!

❀aRaBeLLa❀ said...

*Baca point no 6 gelak2 sampai kuar air mata*
Maap kak baby maaap..
Tapi macam lawak..disebalik avatar tuiter yang ganas tu kan...

teringat citer Anul ke kak Zona masa kat Bali ,kak baby pun minta tolong sbb kena tarik dengan penjual...
Ampun lagi sekali kak baby..hahaha

HEMY said...

hahaha budak2 tu mmg jahanam nye perangai..tp budak kan..

dok tepi aku "sdapnye ayammm..bang nk satu bang"..masalahnya bagi satu bukan cukup..yg lain mesti mintak..

tp mujur aku saja uji tgglkn ayam tu, depa tak rembat..hahahaha









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015