Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, October 02, 2012

Toys 'R' us clearance sale!

Thanks to Mommy Fea, Ell sebab inform pasal clearance sale ni. Ate, sejak dah jadik mak2 ni kan..kalau ada sale barang2 pasal anak, tak kira lah baju ke, diapers ke, cepat je alert. Ni pulak sale pasal toys, huishh..haruslah excited. Cer kalau dulu..tak layan nye toys2 sale nih. Layan sale kasut, baju untuk diri sendiri je. Sekarang ni, mama di kemudiankan, anak di dahulukan! Hihihi :D

Hari Sabtu terjahlah kami ke sana, di The Summit , tempat sale ni diadakan.Pergi dengan adik ipar, dan Intan. Dah lama gila tak pergi The Summit ni. Sampai berpusing2 gak la nak mencari hall tempat sale ni.Sesampai je kat sana tengok punyalah ramaii yang tengah beratur nak bayar. Nak bayar je yang ramai, dalam tu takdelah ramai sangat, mungkin sebab hall tu besar dan luas, jadi tak crowded.Toys memang banyak gila!! Cumanya dah tunggang langgang la, tak bersusun. Ye la, dah 4 hari berlangsung sale ni, nak pulak weekend kan, mesti ramai dah menyerbu.

Up to 80% yo!


Macam2 brand ada. Geram je tengok Thomas & Friends, rasa macam nak beli untuk Aqil, tapi fikirkan dia baru 7 bulan. Nanti2 la dulu. Ikutkan segala robot, pistol, kereta pun nak dibelikan untuk Aqil. Huhuhu

Bukan takat toys je,baju2,bedding set, toilettries, buku2, cd kekanak pun ada.

Aqil & kakak Intan agak cranky masa awal2. Memasing lapar agaknya. Kami turun ke cafe kejap,bagi diorang makan (Aqil siap bawak bekal bubur tau ;D), mama2 pun isi perut jugak sikit, pastu naik atas balik sambung shopping. Hahaha. Boleh sambung2 pulak. Biasalah baby, lepas dah makan , kenyang senang hati mesti tidur.

Ketiduran sudah si bujang ku. Anak tido, mama senang hati nak shopping :D

Cabaran jugaklah nak belikan toys untuk anak.Semua nak amik, pastu dah amik..eh eh, anak aku kan kecit lagi, bukan reti main pun benda2 ni, letak balik.Amik letak, amik letak. Komfius betul :P

Tapi penuh gakla shopping bag gedabak ni. Bukan barang Aqil je tau, sekali ngan barang kakak Intan :)



Masa tengah beratur nak bayar berlaku adegan yang kelakar. Kami ni dahla tak bawak member card Toys'r'us, konon nak pinjam ngan orang depan. Abang depan ok je, sebab dia konfiden wife dia ada bawak member card, sekali wife dia pun tak bawak! Hihihi. Kami pinjam dengan orang depan depannya lagi. Mujur dia ada. Kalau tak pakai member card pun boleh tapi untuk items yang takde sticker Star Member je, kalau yang ada sticker tu kena pakai card untuk dapatkan discount price.

Kesimpulan yang boleh dibuat pasal Toys'r'us clearance sale ni adalah best. Walaupun banyak toys untuk kekanak 3 tahun ke atas,  tapi tetap jugak best. Price pun memang super duper murah. Hall besar & tak panas. Kaunter bayaran walaupun ada 3 je tapi laju. Oklah puas hati.Lepasni boleh pergi lagi. Eh :D

Ini lah toys Aqil yang berjaya diborong. Macam2 lah.Siap ada tepon kecit tu tak tahan. Hihihi
 Each item harganya tak lebih RM10, numbers form tu je RM15. Berbaloi2 :D


 ABC blocks comel ni RM9 je.



Buku2 kecit. RM1.50 je!!  Ni kakak Intan punya. Aqil dua hari sebelumnya baru jeeee beli dekat tesco, buku yang sama tapi harga RM4.50 each! Tsskk -_-"


Playskool touch & learn. Harga RM15, lepas diskaun jadi RM8+ sajok. Huehuehue. Aqil memang suka tengok cermin sekarang, jadi sesuai la mainan ni untuk dia :D

Mini flash cards. Yang bestnye boleh tulis2 lagi atas card ni dan boleh padam. RM 8.90 je. Saya suka! Saya Suka! *Eh, eh...mama Aqil pulak suka* :P

Ajarkan Aqil, A B C D sambil tunjuk flash card ni, teruja je mata dia tengok. Dia pun sebut jugak tapi "Ba ba ba ba"  jela pastu jelir2 lidah. (Habit Aqil sekarang jelir2 lidah).Ate, anak baru 7 bulan, takkanlah dah pandai ikut cakap A B C jugak kan. Hahaha. Fengsan mama dia.


Jadikan teether pun best!  
Aqil..Aqil...semua nak dimasukkan ke mulut -_-"

Oklah, sekian entry kali ni. Dimulakan dengan review toys'r'us clearance sale, dan diakhiri dengan review toys Aqil :D



9 comments:

PUAN SUE said...

Playskool touch & learn. TU SAME NGAN AQILAH..BL RM11 KAT CAREFOUR..HEHHE

CikNaa said...

huarggghhh...murah nye. ***berputar jap mata itam ciknaa :)

Juliet said...

Aqil, Sophea nak mintak nombor tepon! Hihihi!

sweethOneY said...

Murahnyaaaaa seb bek baby belum keluar lagi :P hehee shopping barang baby dlu.. later2 shopping menan dia plak :D tak sabarnya

Aku Bapak said...

toys'r'us x nk buat sale kt ipoh ker? hehehhe...

aTy _faRed~ said...

ade lagi tak..??? kalau ade esok nak gi terjah..!!

Erina Asmawani said...

Sue:
Sepp! Aqilah selalu sama ngan Aqil tau..kembar betul :D

CikNaa:
Tu yang baru CikNaa tengok kat sini, kalau cikNaa tengok live kompem lagi berpinau2 mata. Hehehe

Erina Asmawani said...

Juliet:
Ok2..nanti Aqil WhatsApp Fea ok. Chewahhh! Hahhaa

Izza:
Shopping barang baby yunk. Bestnye shopping barang2 newborn. Nov ni ada baby fair tau kat Mid :D



Erina Asmawani said...

Bapak:
Hehehehe..anti2 ada la tu kot bapak :p

Aty:
Sampai Ahad haritu je Aty. 26-30.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015