Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, February 04, 2013

Kesihatan Aqil Hamzah

Kebelakangan ni Aqil selalu demam. On off. Kalau demam dah ok, batuk dan flu pulak menjelma. Gitulah keadaan kesihatan Aqil.Dah masuk 2 minggu ni. Risau tengok keadaan dia.Rabu minggu lepas demam dia dah ok, pergi school macam biasa. Malam tu tetiba suhu Aqil panas, 39! Pipi ngan bibir dia merah,Ya Allah, memang gelabah sangat. Terus ke Demc. Dalam masa 10 hari, 2 kali ke Demc. Doc suspect viral fever. Terus buat blood test kat Aqil. Kena amik darah kat jari..sebotol kecik penuh.Masa kena amik darah tu punyalah Aqil meraung..huwaaa..tak sampai hati tengok dia gitu. Sobs. 

Alhamdulillah keputusan blood test Aqil ok, takde pape masalah. Syukur. Doc bagi ubat demam dan antibiotik, ubat demam yang masukkan dalam montot sekali untuk standby.Bila demam dah ok, batuk dan flu plak menjelma lepastu. Alahaii..kesian betul tengok baby yang batuk dan selsema meleleh je. Kebetulan hari Sabtu lepas kami ke rumah mak dekat Wangsamaju, teruslah kami ke klinik Wangsa. Dekat je dengan rumah mak rupanya.Jumpa Dr Nadir Khan yang bagus untuk kanak2 yang ada masalah batuk berkahak, memang recomended oleh ramai parents. Cer google kalau nak tau pasal Dr ni :)

Klinik Wangsa. 

Pukul 9 klinik bukak, kami sampai pukul 930 dah ramaiiiii..penuh! Bila jumpa Dr Nadir, dia check paru2 Aqil ok..takde bunyi. So dia ajar macam mana nak buat percussion, cara nak buang kahak. Baringkan anak, steamkan muka dia dalam 10-15 minit untuk cairkan kahak, then tepuk2 belakang anak. Cupped hand. Masa dia buat demo tepuk2 kat Aqil, seriau gak melihatnya. Kuat kot!! Aqil dah melalak2. Tapi Dr Nadir  kata, dont worry, anak menangis masa buat ni biarkan je. Bukan sakit ke apa. Tak sakit. Ni cara nak keluarkan kahak tu. Bila anak menangis, dia termuntah dan kahak akan keluar sekali. Sebelum tu Dr Nadir ada bagi consultation pasal batuk berkahak ni. Dia kata ubat2 semua tu hanya membantu untuk melegakan sakit, bukan menghilangkan. Macam batuk berkahak, kita kena buang kahak dalam badan anak barulah dia sihat sepenuhnya, kalau tak batuk berkahak ni akan datang balik. Berbalik2.

Balik tu gigihlah mama Aqil ni buat apa yang Dr ajarkan tu. Masa steamkan Aqil je (buh air dalam rice cooker), Aqil dah nangis2. Tak selesa kena sedut asap panas. Muka Aqil berpeluh2. Tapi hingus pun meleleh keluar dengan banyaknya masa steam ni.Bagus! Part tepuk2 plak, aku rasa aku failed part ni. Cuba nak buat sekuat Dr Nadir buat tapi tak sampai hati wooooo. So Aqil tak nangis pun masa tepuk tu. Maybe dia ingat mama nak popok2 dia je. Huhu. Jadinya kahak tak terkeluar pun. Haihhhhhh. Kena hati kental nak buat percussion ni kat anak.

So, sekarang batuk berkahak Aqil still ada lagi. Dengan flu nya. 4 hari lepas badan Aqil dedar2.Tapi yang aku perasan, dia akan demam malam je. Bila malam malam mulalah badan dia panas. Risau tengok keadaan Aqil ni. Huhuhu. Mak suggest jumpa ustaz untuk mintak air. Berubat secara syifa'. Kesian tengok Aqil asik makan ubat je.Hari Sabtu baru ni, kami jumpa ustaz..minta air penawar. Dan ustaz suruh minum air bercampur madu untuk hilangkan kahak. Kita berusaha, doa, tawakkal, Allah yang menyembuhkan sesungguhnya Dia Maha Penyembuh. InsyaAllah..harap Aqil sihat lepas ni.

Mujur Aqil jenis aktif je. Even batuk kuat, hingus meleleh..tetap aktif. Kita lah kesian nengok dia. Lagipun dia duk taska kan, kenalah sihat, taknaklah batuk selesema ni berjangkit kat bebudak lain.Cumanya sekarang ni dia takmo makan sangat. Puas lah pujuk, pasangkan toys story ke monster inc ke kat Ipad, baru nak bukak mulut. Upin Ipin dah tak layan. Demam mintak "upah" ni. Macam2 akal nak dapat.  Nak tumbuh gigi pun ye kot. Mama pun kenalah kental, kuatkan hati masa jaga anak sakit ni. Banyakkan bersabar. Yelah, anak tak sihat..dengan crankynya dengan takmo makan ubat nya. Sabar..pujuk dengan macam2 cara.Dah jadi mama kena banyak bersabar :) Cepat sembuh ye Aqil Hamzah. Nak birthday ni kena sihat2 ok sayang!

Budak yang nak tumbuh gigi.
Eh..terasa kejam plak tangkap gambar Aqil gini masa dia tengah nyenyak tdo. 
Cian ye.Hee.







16 comments:

erin said...

hehe, dh 3 gigi dia..comelnye

Izzati Asyraf said...

semoga cepat sembuh aqil..aqil kuat!

Mommy_Cha said...

Memang centu kalo budak kna batuk+flu+ade kahak. Sebab tu Mikha dulu terus admit ward 4hari. Teringat mommycha. Every 2h kena sedut gas tu. Seksa nengok nyer. Sumtimes sebab persekitaran dgn ekon,. kipas, tempat berhabuk, bulu2 jugak baby akan terus sakit cemgitu.
Sabar ye ena...insyallah nanti ok lah tu. Sbg ibu inilah cabaran hebat yg perlu ditempuhi...Bila anak kita SAKIT!

sapphire said...

alaaa knp aqil dah macam dah kurus ?? cepat2 sihat k aqil :)

CikNaa said...

kan? rase mcm xsampai hati nk tepuk kekuat.lg pulak afiq tu betul2 tulang je blkg dia..risau patah plak nanti..huhu.

Ros Anis Rusli said...

welkem gigi! hehehehe...

Masy said...

gambau last tu mcm bukan Aqil plak hehehe

HEMY said...

xiyad senyum bangga je tgok gambar gigi aqil..tang gigi je xiyad menang..yeeaaa..hahahaha

baby mcm aqil ni, dia telan kahak tu pun cara ilangkan kahak tu..ari tu la aku tny doc. kalau kecik2 dia muntah buang kahak sebenarnya sebab bila dia telan, perut dia rasa tak sedap so dia muntah..makin besar, perut dia makin ok.so bila dia telan dia tak muntah sangat dh..

of coz la buang lg cepat ilang..but telan pun akan ilang jugak. ari tu ada aku buat steam ni kt muka xiyad..tp skjp sgt..tak jadi

zonaku said...

pelik gak tgk pic gigi dia tu... kalau berjaya snap time dia sedar tu, mmg hebat la mama aqil...

cepat baik ye aqil....

D Yatie said...

hihihhi. ye nampak kejam selik bibir anak gitu. hahahaha. btw, arissa pun sama. since birth date dia hari tu batuk dan ada kahak. tadi ayah nya bawak pergi poliklinik tiba2 ad dmm. mmg tak rasa. tapi check guna termo - 38. :( sedih sebab anak jauh.

Erina Asmawani said...

Erin:
tapi bila dah mengiggit masa nenen..uiiiiiii..comey sangat! :D

Izzati:
Thank u aunty Zati. Aminnn :)

Erina Asmawani said...

Mommycha:
Tula kan..memang susah hati betul nengok anak sakit 3 berangkai macam ni. Sedih :( tapi tulah, kena kentalkan hati. Sama2 kita berdoa moga anak kita sihat sentiasa :)

Sapphire:
Aqil selalu demam aunty..nak ringankan badan, nak cepat jalan. Thank u aunty :)

Erina Asmawani said...

CikNaa:
Kannnn CikNaa..kuat sangat. Kalau doc yg buat boleh diterima lah..kalau sendiri buat..huhuhu..tak sampai hati

Anis:
Thank u aunty! :D

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Kannn..lain benor nampaknya..hehe

Hemy:
Yeaaaa! Xiyad memang juara gigi..hehe..

Ohh..baby akan telan eh..tapi Aqil sumtimes memang bunyi kahak kat dada dia, macam stuck kahak tu kat tekak dia. Harap anak kita sihat selalu.Sedih nengok diorang tak sihat..huuu

Nak steam pun kena kental..aku rasa doc je yg buat menjadi. Kita buat banyak kepada kesian..huhu

Erina Asmawani said...

Kak Zona:
hahaha..harapan lah kalau dapat snap time dia tak tdo. DIa gegetnya kita lagi ada..

thank u acik :)

Yatie:
Hehehe..masa dia tdo je ley tangkap gambar gigi dia. Alahaiii.cian kan anak demam. Get well soon Arissa :)

Lady Antz said...

kak cik, try bagi aqil mkn Manuka Honey. cuba google dan cari kat pharmacist ader tu slalu.. good for baby's health.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015