Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, June 17, 2013

2 orang ayah dihatiku.


Haji Abu Bakar Bin Yusof. Bapaku yang tercinta. Seorang ayah yang sangat2 rajin. Dari aku kecil lagi, ayah memang sentiasa rajin dengan kerja2nya. Susah nak tengok ayah duduk berehat2 santai. Susah. Macam2 kerja ayah buat demi membesarkan kami adik beradik. Nadi ayah ialah berniaga. Memang ayah suka berniaga. Sekarang ayah memang sentiasa di gerainya, Fradoo Abc. Walaupun ayah orangnya nampak garang (bila tak senyum), suara ayah besar (bekas tentera memang suara besar), tapi ayah sangat baik. Pemurah. Suka tersenyum sama macam Aqil. Ramai cakap Aqil Hamzah ada iras2 tok ayah dia. Dahi luas sama macam tok ayah, Ayah sama macam ayah2 yang lain, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 nya. Ayah tak pernah berkira dalam soal belanja anak cucunya. Masa Aqil  ada dulu, tok ayah selalu bagi Aqil, "duit saku", biasanya pada hari Jumaat. Bukan pada Aqil je, pada semua cucunya. Memang pemurah. 

Kalau nak ceritakan pasal pengorbanan ayah pada kami anak2 nya, memang tak kan cukup satu entry ni. Terlalu banyak. Dulu masa kami kecik2, ayah garang sikit. Memanglah..nak membesarkan anak2 yang tengah degil, kenalah garang sikit. Kalau tak kerana garang ayah, takdelah kami jadi "manusia" sekarang ni :). Sekarang umur ayah 58 tahun. Dah tua dah ayah. Memang jelas nampak umur ayah dari kedut2 dahinya. Tapi ayah tetaplah tak duduk diam, tetap jugak aktif ke kedai. Setiap minggu balik ke Muar, tengok kebun2 nya. Kami yang kadang2 letih tengok ayah. Tapi itulah ayah..rajin.

Ayah jenis susah nak menangis. Rasanya 2 kali je seingat aku pernah tengok ayah mengalirkan airmata. Masa Aqil pergi, ayah sebolehnya taknak tunjuk kesedihan dia. Ingat lagi waktu ayah melawat Aqil di HDW, aku tau ayah risau, ayah sedih. Tapi dia cuba untuk tenangkan diri dia dan tenangkan kami dengan cerita2 kelakar dia. Masa Aqil dah pergi, aku berborak dengan ayah pasal Aqil, nampak mata ayah berkaca2. Ayah tak menangis. Tapi aku tau dihatinya sedang menangis. Ayah sama juga macam aku yang rindukan Aqil. Aqil rapat dengan tok ayahnya. Tiap kali nampak atok ayah dia balik, cepat2 merangkak ke tok ayah..depakan tangan. Mintak tok ayah dukung.Ayah sangat penyanyang. Mungkin dia tak berapa tunjukkan kemesraan sayangnya pada kami sebab kami dah besar panjang tapi ayah tunjuk sayangnya kepada cucu2 dia. Cucu2 ayah pun rapat dengan ayah. Ayah selalu cakap, takpelah..kita redha pemergian Aqil. Satu hari nanti kita pun akan pergi juga. Cuma lambat atau cepat..kita tak tahu :')

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku seorang ayah yang hebat. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badannya dan sentiasa di dalam lindunganMu Ya Allah.

Kenangan tok ayah bersama Aqil :')

Masa hari raya tahun lepas :')


Masa pergi Sabah akhir tahun lepas 






Sama kan muka Aqil dengan tok ayah :')


Amir Fozy Bin Osman. Suami ku tersayang, ayah kepada Aqil Hamzah.Seorang ayah yang sangat baik dan penyabar. Dari saat Aqil Hamzah dalam perut lagi, sabar dia melayan karenah isterinya yang dia tau perubahan hormon sebab pembawakan budak iaitu anaknya. Tak pernah mengeluh sepanjang membesarkan Aqil. Aqil memang sangat2 rapat dengan ayahnya. Setiap kali ayahnya balik, terus "melekat" je dengan ayahnya. Manja sangat. Bila Aqil dah tak ada, baru kami sedar kenapa Aqil rapat dengan ayah nya bila ayahnya ada. Sebab dia nak bahagikan kasih sayangnya sama rata dengan mama dan ayahnya. Seharian dengan mama di rumah dari saat dia bangun tido, puas bermanja2 dengan mama.Jadi bila ayah balik kerja, masa untuk bermanja2 dengan ayah pula. Aqil memang anak yang baik :')

Ayah Aqil pun seorang sangat tabah. Sama macam ayah, susah nak tengok suamiku menangis. Kali pertama aku tengok menangis semasa di hospital. Saat Aqil sakit, air mata dia tak pernah kering. Dia sangat sayangkan Aqil tapi dia redha. Sewaktu di ICU selalu dia bisikkan di telinga Aqil " Aqil kuat kan sayang, tapi kalau Aqil dah tak kuat, ayah redha Aqil pergi". Lepas Aqil pergi, tak pernah lagi tengok dia menangis. Ayah Aqil sangat kuat. Dia selalu ingatkan aku, kalaulah menangis hari2 tu akan kembalikan semuala Aqil, dia akan menangis. Tapi Aqil tak mungkin akan kembali. Aqil dah bahagia di syurga, dah tak sakit, dah gembira2 di sana, kenapa mesti menangis. Allah dah makbulkan doa dia supaya Aqil menjadi anak yang soleh..dan Aqil memang anak yang soleh.Dia sekarang ada dekat syurga. Ayah Aqil kehilangan ayahnya tersayang waktu umurnya 10 tahun, dan kehilangan anak tercinta pada umur 27 tahun. Sungguh hebat dia diuji. Allah ambil 2 lelaki kesayangannya. Tapi dia tabah dan redha. Aku juga kena setabah dia. Aku kena tabah dan kuat demi dia. Aku taknak susahkan dia, risaukan dia, mementingkan diri sendiri dengan hanya bersedih. Aku taknak "matikan" perasaan seorang ayah dengan perasaan sedihku. 

Aku bersyukur pada Allah kerana menemukan kami. Semoga Allah panjangkan umur suamiku, murahkan rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Semoga jodoh kami terus berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga kami terus sentiasa sabar, tabah dan redha menjalani kehidupan akan datang. 

Aqil dan ayah :')

Ayah yang selalu menceriakan Aqil.

Ayah yang menjaga Aqil sebaiknya2


Ayah yang sangat penyayang

Ayah yang selalu menggembirakan Aqil.


Ayah yang menjadi "cikgu" Aqil.

Ayah terbaik kepada Aqil Hamzah.
Semoga menjadi ayah terbaik untuk adik2 Aqil Hamzah juga. InsyaAllah :)

Walaupun Aqil dan takde depan mata ayah, depan mata mama. Aqil sentiasa ada dalam doa, ingatan dan hati ayah dan mama sayang. Setiap saat. Terima kasih Ya Allah untuk khalifah kecil yang bernama Aqil Hamzah ini. Penghibur kami, penyeri kami dan saham syurga kami. Al-Fatihah buat mu sayang :)


Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku 2 orang lelaki dan ayah yang hebat ini.Alhamdulillah.

20 comments:

Masy said...

orang yg baik mmg pasangannya pun orang yg baik jugak. Ena baik, Amir pun baik, Aqil lagiiiiiiii la masyaAllah baiknyeeee dia sangat2. syukur dpt kenal org baik2 ni.. moga melekatlah kebaikan tu kat akak..

*grouphugsssss*

N.M. Noor said...

Seriously tok ayah n aqil seiras.
Alfatihah utk aqil.
Ena kuat! Hugs..

HEMY said...

mujur aku pakai spek terapi hok besar ada lubang2 kecik ni. dak opis tak nampak mata aku berkaca2..

al fatihah

Mr n Mrs Zaidi said...

ye la...Arwah aqil memang iras tok ayah dia...selamat hari bapa...al-fatihah untuk aqil..

diary_ciknaa said...

haah la ena.. arwah aqil sama betul dgn tok ayah dia..

selamat hari ayah yer..!

Mimy Hamid said...

Aqil muka tok ayah habis...sebijik...patut la manja...rapatnya aqil ngan papa dia...sorry nangis lagi..eratnya kasih sayang mereka...Al Fatihah buat Aqil

DYatie ABakar said...

Nangis lagi (sorry)... Al fatihah buat Aqil.. (sometime I don't know what is the best word to say).. cuma kte doakn semoga kalian terus sabar n tabah.. :)

~ NANA ~ said...

:(
banyak kenangan tok ayah & ayah dgn arwah aqil yer

Anismanis said...

:') semoga kalian terus bertabah hati.. comel sgt Aqil

Chekgu Azrine said...

Terharu baca...

Mmg muka aqil mcm tok ayahnya..

zonaku said...

amir n ena kuat... pasangan y baik..... moga jodoh korang kekal sampai syurga....


macam masy, akak pun syukur n bangga kenal korang... kenal #memuah... moga kita semua jadi insan y lebih baik dr sekarang.....

puan.mila said...

Mnangis jgk..ena mmg kuat dn tabah..I'm speechless..Alfatihah buat Aqil.

!k@ said...

Nangis lg..huhu...sebenarnye xtau nk komen ape... hugs...
Al fatihah utk aqil.....

Unknown said...

muka arwah same mcm atok die. awak ade atok, ayah dan mama yg baik. Alfatihah buat aqil.

Rosmawani♥ said...

Kak.cuba xnk ngis.. Nk syum.. Tp sebak jugak bca. Hehe

CaDLyNN said...

ena..semua sygkan aqil comel..
:)

semoga ena dikurniakan anak2 yg comel2 sama mcm abg aqil :)

siti.selfimage.blogspot.com said...

seronok tengok pic yg last tu. comel sungguh aqil. rupe aqil iras anak sy juga.

bylindakitchen said...

ayah kita dah takde,
tengok ayah erina cam ayah kita pulak.
sedih ;(

aqil bertuah punya tok ayah, ayah mama yang tabah.amin

Julia Johari said...

Sukar umi Qi nk baca entry mommy tanpa tangisan....semua yerrrrr berakhir dgn sebak dan tangisan...sgt sama muka arwah...al-fatihah

Unknown said...

sebak hati sy bila tiap kali bc tntg aqil,nm sm dgn ank sy,ank yg sgt comel,sungguh klau sy ditempat erina,sy x kuat spt erina,tp siapa kita nk melawan takdir DIA yang maha berkuasa,allah berikan kemanisan semasa melahirkan dia,mnyusukan dia,mendidik dia,tp allah lebih sygkan dia,sesungguhnya dia akan menunggu erina dan suami di syurga abadi,janji allah itu pasti..
aqil hamzah nm yg sgt comel,abadilah wahai anak di syurgamu,wajahmu menceriakan sesiapa pun yang melihatmu..
amin alfatihah..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015