Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Monday, June 17, 2013

2 orang ayah dihatiku.


Haji Abu Bakar Bin Yusof. Bapaku yang tercinta. Seorang ayah yang sangat2 rajin. Dari aku kecil lagi, ayah memang sentiasa rajin dengan kerja2nya. Susah nak tengok ayah duduk berehat2 santai. Susah. Macam2 kerja ayah buat demi membesarkan kami adik beradik. Nadi ayah ialah berniaga. Memang ayah suka berniaga. Sekarang ayah memang sentiasa di gerainya, Fradoo Abc. Walaupun ayah orangnya nampak garang (bila tak senyum), suara ayah besar (bekas tentera memang suara besar), tapi ayah sangat baik. Pemurah. Suka tersenyum sama macam Aqil. Ramai cakap Aqil Hamzah ada iras2 tok ayah dia. Dahi luas sama macam tok ayah, Ayah sama macam ayah2 yang lain, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 nya. Ayah tak pernah berkira dalam soal belanja anak cucunya. Masa Aqil  ada dulu, tok ayah selalu bagi Aqil, "duit saku", biasanya pada hari Jumaat. Bukan pada Aqil je, pada semua cucunya. Memang pemurah. 

Kalau nak ceritakan pasal pengorbanan ayah pada kami anak2 nya, memang tak kan cukup satu entry ni. Terlalu banyak. Dulu masa kami kecik2, ayah garang sikit. Memanglah..nak membesarkan anak2 yang tengah degil, kenalah garang sikit. Kalau tak kerana garang ayah, takdelah kami jadi "manusia" sekarang ni :). Sekarang umur ayah 58 tahun. Dah tua dah ayah. Memang jelas nampak umur ayah dari kedut2 dahinya. Tapi ayah tetaplah tak duduk diam, tetap jugak aktif ke kedai. Setiap minggu balik ke Muar, tengok kebun2 nya. Kami yang kadang2 letih tengok ayah. Tapi itulah ayah..rajin.

Ayah jenis susah nak menangis. Rasanya 2 kali je seingat aku pernah tengok ayah mengalirkan airmata. Masa Aqil pergi, ayah sebolehnya taknak tunjuk kesedihan dia. Ingat lagi waktu ayah melawat Aqil di HDW, aku tau ayah risau, ayah sedih. Tapi dia cuba untuk tenangkan diri dia dan tenangkan kami dengan cerita2 kelakar dia. Masa Aqil dah pergi, aku berborak dengan ayah pasal Aqil, nampak mata ayah berkaca2. Ayah tak menangis. Tapi aku tau dihatinya sedang menangis. Ayah sama juga macam aku yang rindukan Aqil. Aqil rapat dengan tok ayahnya. Tiap kali nampak atok ayah dia balik, cepat2 merangkak ke tok ayah..depakan tangan. Mintak tok ayah dukung.Ayah sangat penyanyang. Mungkin dia tak berapa tunjukkan kemesraan sayangnya pada kami sebab kami dah besar panjang tapi ayah tunjuk sayangnya kepada cucu2 dia. Cucu2 ayah pun rapat dengan ayah. Ayah selalu cakap, takpelah..kita redha pemergian Aqil. Satu hari nanti kita pun akan pergi juga. Cuma lambat atau cepat..kita tak tahu :')

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku seorang ayah yang hebat. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badannya dan sentiasa di dalam lindunganMu Ya Allah.

Kenangan tok ayah bersama Aqil :')

Masa hari raya tahun lepas :')


Masa pergi Sabah akhir tahun lepas 






Sama kan muka Aqil dengan tok ayah :')


Amir Fozy Bin Osman. Suami ku tersayang, ayah kepada Aqil Hamzah.Seorang ayah yang sangat baik dan penyabar. Dari saat Aqil Hamzah dalam perut lagi, sabar dia melayan karenah isterinya yang dia tau perubahan hormon sebab pembawakan budak iaitu anaknya. Tak pernah mengeluh sepanjang membesarkan Aqil. Aqil memang sangat2 rapat dengan ayahnya. Setiap kali ayahnya balik, terus "melekat" je dengan ayahnya. Manja sangat. Bila Aqil dah tak ada, baru kami sedar kenapa Aqil rapat dengan ayah nya bila ayahnya ada. Sebab dia nak bahagikan kasih sayangnya sama rata dengan mama dan ayahnya. Seharian dengan mama di rumah dari saat dia bangun tido, puas bermanja2 dengan mama.Jadi bila ayah balik kerja, masa untuk bermanja2 dengan ayah pula. Aqil memang anak yang baik :')

Ayah Aqil pun seorang sangat tabah. Sama macam ayah, susah nak tengok suamiku menangis. Kali pertama aku tengok menangis semasa di hospital. Saat Aqil sakit, air mata dia tak pernah kering. Dia sangat sayangkan Aqil tapi dia redha. Sewaktu di ICU selalu dia bisikkan di telinga Aqil " Aqil kuat kan sayang, tapi kalau Aqil dah tak kuat, ayah redha Aqil pergi". Lepas Aqil pergi, tak pernah lagi tengok dia menangis. Ayah Aqil sangat kuat. Dia selalu ingatkan aku, kalaulah menangis hari2 tu akan kembalikan semuala Aqil, dia akan menangis. Tapi Aqil tak mungkin akan kembali. Aqil dah bahagia di syurga, dah tak sakit, dah gembira2 di sana, kenapa mesti menangis. Allah dah makbulkan doa dia supaya Aqil menjadi anak yang soleh..dan Aqil memang anak yang soleh.Dia sekarang ada dekat syurga. Ayah Aqil kehilangan ayahnya tersayang waktu umurnya 10 tahun, dan kehilangan anak tercinta pada umur 27 tahun. Sungguh hebat dia diuji. Allah ambil 2 lelaki kesayangannya. Tapi dia tabah dan redha. Aku juga kena setabah dia. Aku kena tabah dan kuat demi dia. Aku taknak susahkan dia, risaukan dia, mementingkan diri sendiri dengan hanya bersedih. Aku taknak "matikan" perasaan seorang ayah dengan perasaan sedihku. 

Aku bersyukur pada Allah kerana menemukan kami. Semoga Allah panjangkan umur suamiku, murahkan rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Semoga jodoh kami terus berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga kami terus sentiasa sabar, tabah dan redha menjalani kehidupan akan datang. 

Aqil dan ayah :')

Ayah yang selalu menceriakan Aqil.

Ayah yang menjaga Aqil sebaiknya2


Ayah yang sangat penyayang

Ayah yang selalu menggembirakan Aqil.


Ayah yang menjadi "cikgu" Aqil.

Ayah terbaik kepada Aqil Hamzah.
Semoga menjadi ayah terbaik untuk adik2 Aqil Hamzah juga. InsyaAllah :)

Walaupun Aqil dan takde depan mata ayah, depan mata mama. Aqil sentiasa ada dalam doa, ingatan dan hati ayah dan mama sayang. Setiap saat. Terima kasih Ya Allah untuk khalifah kecil yang bernama Aqil Hamzah ini. Penghibur kami, penyeri kami dan saham syurga kami. Al-Fatihah buat mu sayang :)


Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku 2 orang lelaki dan ayah yang hebat ini.Alhamdulillah.

Friday, October 07, 2011

Terima kasih sayang.


Petang semalam semangat masak mee goreng basah sebab tetiba tekak teringin. Bubuh rencah sotong, udang, fishball, sawi. Hasil yang memberangsangkan. Nampak sedap, rasa pun boleh tahan sedap. Tapi rasanya kalau buat mee goreng tak basah lagi sedap kot. Hehe.Sambil2 makan, layan NCIS, makan sama2 ngan encek hubby depan tv. Sebab teringin kan, terus amik sepinggan penuh.Lagi sesuap je mee goreng nak abis, tetiba rasa nak termunt...Err, kenapa ni? Terus lari pergi dapur dengan niat nak buat milo panas tuk cool down kan perasaan nak munt.. tu. Tetiba rasa nak termunt..lagi..tahan!! Keluar dapur, sandar kat dinding, tarik nafassss panjang2, lepas. Rasa lega sikit. Encek hubby tanya, kenapa?  Tak sempat jawab tetiba tersembur segala isi perut. Terus berlari pergi sinki dapur. Sambung kat situ. Masa lari ke sinki nasib tak tergilincir terpijak munt..sendiri. Syukur tak jatuh. Uhuu..

Encek hubby cepat2 datang urut2 belakang. Habis segala yang dimakan semua terkeluar balik.Sakit perut sebab dah lama dah tak kena macam ni. Huu. Sedih tengok makanan2 tu. Dah habis tu, nak bersihkan segala apa yg patut, kat lantai, kat sinki. Encek hubby kata tak pe, biar dia yang bersihkan, dia suruh saya pergi mandi sebab habis kat baju seluar saya pun kena. Habis mandi pergi dapur tengok encek hubby tengah bersihkan lantai,tertunduk2 lap  lantai, siap lap semua2 yang kena tu pakai kain buruk. Rasa terharu tengok apa yang dia tengah buat. Sedih. Rasa bersyukur sebab ada dia.Dia banyak tolong saya sepanjang mengandung ni.Ringan tulang. Lepas dah bersih2kan semua tu dia boleh sambung makan balik mee goreng dia tadi. Hehe. Kalau jenis orang penggeli tu mesti tak lalu nak sambung makan balik kan. Terima kasih banyak2 sayang.



Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan lelaki ini dalam hidup saya.
:')


P/s: Jangan makan kenyang sangat.


Wednesday, June 01, 2011

Manis macam gula ;)

Tak boleh tido. Tadi dah baring, dah siap2 untuk tido. Tapi bila pejam mata, teringat encik hubby. Peluk bantal, pusing kanan, pusing kiri, still tak boleh tido jugak. Uhuhuk. Lain nya perasaan bila takde encik hubby di sisi.Rinduuu (-_-)

Bila rerindu ni mulalah teringat semua benda2 manis yang dia pernah buat (ecehh..nak start menjiwang lah ni.Bagi can lah eh.Ngee ;p). Encik hubby sekarang pandai buat suprise tau.Sehari sebelum pergi cuti2 Terengganu haritu, encik hubby balik ke Shah Alam (masa tu aku stay dekat umah mama, Shah Alam) dengan bawak beg baju kesayangannya dia tu. Dia ada satu beg baju oldschool empat segi yang akan dia bawa ke mana2 je. Senang katanya, dalam tu boleh sumbat semua benda. Malam tu kami borak2 sambil aku kemas2 beg nak ke Terengganu,tetiba encik hubby suruh amik cardigan yang aku pesan dari beg baju oldschool dia tu.Cardigan tu tertinggal kat rumah Lembah Beringin masa tu. Buka2 je beg baju oldschool dia tu, nampak sesuatu yang berwarna pink. Berplastik. Hati dah berbunga2 dah time tu. Hihihi. Rupanya beliau saja nak suprisekan wife dia ni.Beg laptop isterinya ni dah lama dah putus talinya, jadi encik hubby hadiahkan beg laptop yang baru. Pinkkk lagiiii. Sukaa sangat tahu!Memang terkejut den dibuatnya :D







Tak sangka betul dapat beg laptop idaman ni ;)



Dan baru2 ni, beliau buat kejutan lagi..dengan menghadiahkan isterinya ini..








Eyyyyy...Thank u so much sayang ;)
Kenapa manis sangat ni?? Nanti wife u ni diabetic camne? Hee..

Happy sangat lah bila dapat suprise camni. Sebab macam tak percaya je encik hubby pandai buat suprise2 comel macam ni.Orang lelaki ni saja je taknak tunjuk manis2 sangat masa bercinta kan,tapi lepas kawen barulah dia tunjuk.Save kemanisan untuk kegunaan selepas kawen.Hehe.Semoga kemanisan ini kekal sampai kami tua dan selamanya.Aminn.Terima kasih banyak2 sayang. U r sooo sweet! Semoga awak & saya dimurahkan rezeki . Love u so muchy2.Tunggu suprise versi saya pulak ok.Weee :D






P/s: Alaaa..lagilah tak boleh tido lepas buat entry ni. Sob sob (T_T)








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015