Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, November 15, 2011

11 November 2011

Tarikh keramat. Ramai pasangan pilih tarikh ni untuk melangsungkan hari bersejarah mereka, tak terkecuali cousin kesayangan saya sorang ni.Alhamdullilah, lepas solat Jumaat,majlis pernikahan mereka berlangsung dengan lancarnya. Saya suka pergi wedding2 ni dan tolong apa2 yang patut. Bila tolong2 prepare untuk kenduri,teringat masa wedding saya dulu. It was the best moment ;)

Pengantin tengah dimakeup kan ;)

Menunggu saat bergelar isteri. Dalam hati debar2.

Dan selepas lafaz akad, ada lafaz sakinah. Ni memang wajib diadakan kalau nikah di Johor. Ya Allah, sedihnya waktu mak pengantin perempuan bacakan ayat untuk anak perempuan dia ni. Mostly semua yang hadir masa majlis nikah ni mengalirkan air mata. Mak buyung ni lagilah..jangan cakap, sikit lagi je nak teresak2 tersedu sedan. Over kalahkan pengantin ;p

Mereka dah sah sebagai suami isteri. Alhamdullilah.
Dah boleh pegang tangan!! (hahaaha)

Kepada pasangan Waheda & Asrul, tahniah buat kalian. Selamat menempuhi alam rumahtangga yg indah ini. Bersabar & bertolak ansur tu sangat penting ok dan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga ;)Sama padan kan diorang ni. So sweet ;) Muda lagi, memasing umur 24 tahun dan mereka ialah cikgu. Pasangan cikgu ok.

Dan esoknya, hari Sabtu ialah majlis persandingan mereka. Walaupun cuaca hujan lebat,jalan becak penuh tanah merah,tapi Alhamdulliah, everything went well. Dan sangat meriah. Dengan live ghazal nye, dengan acara tol2 sebelum bersanding nya ( kalau majlis persandingan dekat Johor memang wajib ada acara tol2 ni. Pengantin lelaki kena bagi tol dulu sebelum dapat naik bersanding kat pelamin. Banyak halangan nya, banyak la tol yg kena bayar.Hehe)

Pengantin cantik dalam persalinan ungu cair.
Senyum lebar tengok orang bersilat :D


Pengantin lama. Eh eh..nak jugak. Haha

Seminggu sebelum majlis kenduri ni, as requested by pengantin, nak saya tolong buatkan doorgift untuk orang sebelah (pihak lelaki) dan untuk kawan2 dia. Jadinya saya buatkan doorgift yang comel ni.Disebabkan saya suka buat choc chips cookies (dan itu pun yg paling simple, tempek2 je), jadi saya buat cookies je la ;)

Made with full of love ;)

Dan saya letak dalam bekas comel warna warni ni. Actually nak pakai bekas ikea, tapi memandangkan saya tak berkesempatan nak pergi sana, just beli dekat kedai serbaneka berhampiran je. Lagipun bekas ikea dah ramai orang guna, yang ni lain sikit kan ;)

Lepastu saya ikatkan riben. Dekat penutup tu saya lekatkan sticker tapi tak sempat pulak nak snap.Jadilah doorgift yg simple yet cute ni. Saya buat lebih kurang 150 bekas. Nasib ada assistant, kalau saya bersilat sorang mau nangis lenguh pinggang2 ni.

Masa majlis persandingan pula, kakak ipar saya buatkan oreo choc untuk pengantin. Seriously sangat cantik. Kalau dah cantik, rasanya pun op kos la sedap! Sedap sangat!

Haaa..cantik kan?? Kalau berminat nak tempah silalah terjah website beliau.Harga pula sangat berpatutan & dijamin puas hati. Sesuai dijadikan untuk doorgift & hantaran ;)
Klik sini--->I love chocolate.

Kakak kesayangan saya pula buatkan muffin ni. Ya Ampunn..muffin ni pun sedap gilak! Muffin susu topping with choc & strawberry. Saya suka rasa susu muffin ni. Enak menjilat jari. Ni bukan puji sesaja ok, ni pujian bebetul ikhlas. Memang sedap!

Tengok pun dah menggoda kan ;) Berminat nak tempah? Sila ke website beliau
Klik sini---> Lynn Chocs

Kakak2 saya ni memang suka buat choc & kek. Mula dari suka2 sekarang dah buat bisnes. Syukurlah ;) Tinggal adik dia ni je ikut jejak mereka.Saya minat baking2 ni, tapi kalau nak berbisnes secara serius tu tengok mood dulu. Maklumlah, mak buyung ni mood macam2 sikit, kalau datang rajinnya rajinlah, kalau mood tak rajin dah datang,apa pun tak boleh. Hehe.InsyaAllah satu masa nanti.

Saya pula sumbangkan kek ni buat pengantin. Tapi beli je. Heheehe. Nak jugak bagi sumbangan even bukan dari air tangan sendiri ;p

 Warna warni :D

Jadinya bila ketiga2 yang di atas ni disusun dekat meja kek pengantin, jadilah begini..

Comell!

Demikian sahaja cerita 11 November saya. Dari cerita kawen terus termasuk cerita choclate, muffin, cookies segala. Haha. Dan untuk sesiapa yg berminat nak tempah choclate & muffin tu, silalah terjah website kakak2 saya tu ok. Memangggg sedap! :D

12 comments:

pRincESs_N said...

kagum ok wat cookies tu byk2 mak yong nih...

sweethOneY said...

Samala kita mmg minat baking kalau ada rezeki mmg teringin sgt nak buat bisnes. Hehee

Ena sangat gigih ok buat doorgift tu. Cantikkkkkk

Mrs.H said...

erina, nak resepi choc cip tu...:) boleh?

peaNut said...

unik la idea buat cookies as doorgift...good idea...huhu...

Masy said...

tertekan perasaan tgk mende2 makanan ni... saye mauuuuuuuu

zonaku said...

rosak diet akak tgk pic ni ena...............!

Erina Asmawani said...

N:
datang mood rajin tu bersungguh la buatnya N.hehe

Izza:
best kan baking2 ni yunk. InsyaAllah..satu hari nanti kita wat bisnes bakery k :D

Mood rajin tgh berkobar2 masa tu. Macehhh ;)

Erina Asmawani said...

Mrs. H:
ena guna resepi yg myresepi je..try google k..senang n simple. Dijamin sedap ;)

Peanut:
boley la kitak polah tuk wedding kitak kelak ;)

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Marilah tempah kakak..jgn siksa perasaan mu ituuu ;D

Kak Zona:
Rosak diet mata je kak..hehe

CaDLyNN said...

nmpk sgt sedap...
ena..cube ajar aku wat cookies tu..huhuh

Erina Asmawani said...

senang je Lynn..

mix kan butter+ brown sugar+esen vanilla+kuning telur smpai kembang pastu campur choc chips+ badam. Gaul2 pakai tangan..tempek2 atas tray. Bakar kat oven suhu 160c tuk 20 minit. Siap! :)

CaDLyNN said...

wow! tq ena...nnti aku cube eh..hehe..mase wedding ko pon ade cookies ni kan...sgt sedapppppp...









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015