Semalam, masa aku tgh busy2 kat kedai, datang sorang member skolah aku. Lama tak jumpa dia. Last jumpa masa kenduri kahwin dia 8 bulan lepas. Orang nya maintan cantik & ceria cam yg aku kenal dulu. Sekali tetiba aku terperasan, dia datang ngan lelaki lain, bukan husband dia. Oh, kawan dia la tu kot.Aku tanyelah mana suami dia. Dia senyap senyum2 sinis. Aku tanya lagi kali kedua sebab diorang satu tmpat kerja, pergi balik kerja mestilah sesama kan, respon tetap sama, dia senyap sambil senyum2 sinis. Aku dah mula rasa lain macam.Ahhh..jgn pikir bukan2.
Aku cakap ngan dia, kalau ada bad or sad news pasal diorg aku taknak dengar. Sekali terpacul keluar ayat dari mulut dia "I dah bercerai hari Selasa lepas" sambil buat muka pura2 happy. "What???!!" Ok, aku mmg terkejut gila terasa nak pitam. Tak sangka!! Mereka adalah sgt loving couple dan bercinta bukan kejap2, tapi dari zaman sekolah lagi. 8 years beybeh. 8 years bercinta. Dia ckp lagi "I know, semua mesti terkejut kalau tahu menda ni, tapi nak buat camne, kami ada jodoh, tapi jodoh tak panjang. 8 years kami bercinta tapi marriage kami bertahan 8 bulan je". " Marriage ni macam gamble, kita tak akan tahu sesorg tu camne selagi kita tak kahwin dgn dia, lepas kahwin semua benda terbongkar. Kita pun tak tahu jodoh kita sampai mana". Gaya cakap dia sgt bersahaja tapi aku tahu dalam hati dia tgh menangis. Ya Allah, berikanlah kekuatan kat kawan aku ni. Sedangkan aku yg dengar ni pun terasa luruh hati, ni kan pulak org yg menanggungnya.
Dia sambung lagi. " Banyak prob yg menimpa after kami kahwin, semuanya bertimpa2. Dari family, masalah berbangkit, semua bercampur aduk. Senang cerita masing2 dah taknak". " I cerita ni bukan nak takut2kan awak yg bakal kahwin, tapi tula..marriage ni gamble".Ahhh..tetiba aku sentap. Kau jgn nak psycho aku weh, aku nak kawen ni. Masa tgh borak2, aku nampak dari mata dia, dia tgh pura2 tabah & happy. Aku tau dia dapat terima benda ni, redha, tapi siapa tak sedih kalau bercerai. Semua org mesti bersedih. Mungkin ini yg terbaik untuk diri dia & ex suami. Jalan terbaik. Bukan senang dia nak buat keputusan ni tapi demi kebaikan semua org.Aku tahu dia mmg seorang yg tabah!!
Lepas dia balik, aku termenung jap. Berfikir. Hidup ni mmg singkat kan. 8 bulan lepas aku jumpa dia happy2 tgh bersanding atas pelamin, tup2 sekarang dah bercerai. Member2 lain, 8 bulan lepas aku jumpa diorg happy2 time wedding, sekarang diorg happy kendong baby dalam perut. Hidup ni penuh ngan pahit & manis. Kekadang perkara yg terjadik mmg kita tak expect. Unexpected. Jodoh & maut semua di tangan Tuhan. Kita sbgai hamba hanya mampu berdoa agar dilimpahkan kemanisan & kebahagiaan hidup berpanjangan.
Bercakap pasal kawan aku tadi, aku harap dia tabah melalui kehidupan lepas ni. Bak kata dia, dia gembira ngan kehidupan dia sekarang. Bukan senang, seorg pompuan yg masih muda tapi dah memegang status janda.Dan dari apa yg jadik, apa yg boleh aku simpulkan, bercinta2 lama sekalipun tak menjanjikan perkahwinan yg bahagia. Yang penting restu ibu bapa. Itu paling penting sekali.Tetiba aku jadi takut nak kawen nih. Huuu
"Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan,dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dengan hatiku dgn ikatan pernikahan,titipkanlah kebahagian antara kami,agar kemesraan itu abadi.Dan ya Allah,ya tuhanku yang maha mengasihi.Seiringkanlah kami melayari hidup ini,ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah,seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan milik ku untuk dunia dan akhiratku.Bawalah ia jauh dari pandanganku.Luputkanlah ia dari ingatanku. Pisahkanlah kami selamanya,namun satukanlah kami sbg saudara muslim.Dan peliharalah aku dari kekecewaan.Aminnn ."
Amin ya Rabbal Alamin
14 comments:
sebab dia ckap marriage is like gamble tu coz dia alami camtu..ikut tips aku..
time kapel ni be yourself. Aku tk call, tak meseg tu sbb aku tau..kalu dh kawin mmg kurang buat..so kalau time kapel dok gayut..ko rasa apa bila dh kawin suami ko tak buat..ko akan rasa dia berubah kan???
be yourself..marriage is not gamble. It's like a bond..samada everlasting n bertambah nilai bond tu..atau sebaliknya
skg ni banyak pulak dengar kes cerai mase muda..umur2 cam kite ni ramai da dpt title janda..aduhhh
@arabella : sebab time kapel sume hipokrit..indah je kannn...ada plak yg memang dah tak suke perangai tp kononnya sangat sayang..reda gak kawin..
yg jenis2 artis lagi la..dh kawin baru tau..eh..aku cemburu rupanya u belkon camni ngan mamat ni apa sume..
farting world!!
takutt btl word cerai ni....nanak!!
bercinta lepas kahwin lagi manis.
salam.
dah lama tak kesini. tapi tajuk ni sangat menarik sebenarnya.
bagi saya love is a gamble tapi marriage is not.
mana boleh take a gamble in marriage. ia adalah untuk selamanya mana boleh gamble2. seblom kahwin kena banyak pikir sbrnya, diri sendiri, keluarga dan banyak lagi la kan.
tapi yang paling penting seseorang tu nak kawin adalah kerana Allah, bukan sekadar kerana nafsu.
hm..susah juga sebenarnya bila bincang hal ni sebab ia boleh panjang lebar tapi se elok-eloknya seblom menjalinkan hubungan pernikahan tu kena lah bertanya kepada Allah SWT kan? supaya keputusan kita tu betol, tak nak la tersalah pilih.
saya rasa perenggan last kamu tu doa solat sunat istikharah. macam je, saya pon tak pasti..:)
neway. jika kamu ingin berkahwin kerana Allah, teruskan saja. hubungan couple yang lama tak semestinya boleh kekal. banyakkan berdoa la saya rasa, mesti dapat pertunjuk. Allah takkan sia-siakan doa seseorang yang beriman kepada-Nya. insya Allah.
wallahua'lam.
errr mana bole samakan perkahwinan dgn gamble.. tak fair tu.. tu sbb walau macamana lama skali pun kawan, sebelum buat keputusan nk kawen - baik la buat solat istikharah mintak petunjuk Allah. kadang2 apa yg kita suka x semestinya baik utk kita kan..
siannya kawan erina huhuhu. errr.. dia x peknen kan?
ZIE SGTTTTT SETUJU GILER NGAN HUJAH DR SI HEMY TUH. AILIKEE..HEHE. TOL TUH :)
salam kak rina. hey, let me guess. akak pernah sekolah dekat sek 11,s.alam kn? kalau tak salah laa..
cpt reply, xcited sgt neh..
Regards:
Fizah@eteq
Erina Asmawani:
salam.
u r welcome. good luck to you..:)
semua jodoh yang ditentukan Allah adalah tepat cuma sesetengah manusia sahaja tak pandai menghargai nikmat itu...
berkahwin kerana Allah bukan kerana nafsu; restu ibu bapa penting,baru perkahwinan diberkati Allah...
Hemy:
yup i agree with u..marriage is a bond, not a gamble.tapi 8 tahun bercinta takkan tak nampak perangai sebenar..lama tu 8 tahun. Tapi aku kureng setuju bab call n texting tu, tu kan salah satu cara berhubung sbb bukan hari2 ko jumpe gf ko kan, so x menjadi masalah. Pas kawin mmglah takyah nak sms n call bagai sbb dah depan mata. Cakap depan2 lagi syokkk. Tol x? hehehe ;)
Arabella:
tu lah, seolah2 kawin ni cam memain pulak. Huhu. Tapi tulah, jodoh semua di tangan Tuhan kan. Tak bley melawan takdir
Hemy:
Time kapel kentut gf sendiri busuk pon kate wangi, pas kawen, isteri kentut, cabut lari ;p
N:
betul tu yunk..takut..huhuk :(
Keri:
Tol tu keri. Bercinta sebelum kawin pun ade manis & baiknya jugak.Nak kenal hati budi pasangan memasing dulu.Tol tak?
Hansuke:
Salam. Terima kasih banyak2 dengan pandangan awak ni.Really appreciate it. Betul2 bg kesedaran kat saya. Tol tu, sgt setuju ngan ayat awk. Love is a gamble but marriage is not. Kahwin kerana Allah dan bukan kerana nafsu.
Yup, doa perenggan last tu mmg doa solat istikharah. Saya google. Moga doa saya termakbul. Aminnn. InsyaAllah ;)
Masy:
kadang2 apa yg kita suka x semestinya baik utk kita..betul tu kak. Ena setuju.tu la, kesian ngan dia, masa die cerita tu saya yg rase cam nak nagis. Emo :(
Dia lom peknen lagi kak..huhu
Zie:
Boleh jadik Dr. Love Hemy ni nanti ;p
Fizah:
Yup, akak penah sekolah sana dulu. penah duk hostel gak mase form 5,geng2 kak ayu, kak rahah, kak azila sume tu. adik sekolah situ gak eh ;) nice to meet u~
Hansuke:
thanks. Tapi untuk buat solat istikharah ni tak mudah kan. Kena betul2 ada kekuatan yg tinggi. Tapi yg pasti ni mmg jalan terbaik tuk membuat pilihan.
Bapak:
betul tu, setiap manusia telah dituliskan jodohnya dengan pasangan masing2. Allah maha mengetahui. Restu ibu bapa mmg sgt penting. Sgt2 penting.
cuba tanya pd diri, apekah perkahwinan satu perjudian nasib ?
ya, mungkin barangkali...
tp, tpulang kpd diri sebenarnya...
masing2 mau mengejar yg terbaik, jd pikir2 sebaik2nya sblum amek sesuatu keputusan tue... ;)
Post a Comment