Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label life hubby wifey. Show all posts
Showing posts with label life hubby wifey. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Teh Garam??



Alkisah pada satu malam yang aman damai ni, encek hubby tengah kusyuk baca buku diari hamil. Baca perkembangan bayi dari minggu ke minggu sambil senyum sorang2 (entah apa yg dia seronok sangat baca tu kan..hehe) sampailah ke bab persediaan berpantang. Saya tengok dia kusyuk baca 1 resepi ni. Tanya dia " Nanti masa unny dalam pantang, sayang nak masak kan?"." InsyaAllah, boleh" encek hubby jawab. Alololo..tomeynye! Pastu dia sambung balik kusyuk baca resepi tu. Sekali tetiba encek hubby tanya " Sayang, teh garam tu apa??" sambil kerut2 kening. Haaa..teh garam? Ape tu?Saya pun baru festime dengar. "Mana sayang? Mana yang tulis teh garam tu". "Niiii.." encek hubby tunjuk.







1/2 sudu teh garam.

Encek hubby ingat 1/2 sudu "teh garam". Hoho. Sakit perut ketawa. Adoyai suami ku..comel sungguh!


Friday, October 07, 2011

Terima kasih sayang.


Petang semalam semangat masak mee goreng basah sebab tetiba tekak teringin. Bubuh rencah sotong, udang, fishball, sawi. Hasil yang memberangsangkan. Nampak sedap, rasa pun boleh tahan sedap. Tapi rasanya kalau buat mee goreng tak basah lagi sedap kot. Hehe.Sambil2 makan, layan NCIS, makan sama2 ngan encek hubby depan tv. Sebab teringin kan, terus amik sepinggan penuh.Lagi sesuap je mee goreng nak abis, tetiba rasa nak termunt...Err, kenapa ni? Terus lari pergi dapur dengan niat nak buat milo panas tuk cool down kan perasaan nak munt.. tu. Tetiba rasa nak termunt..lagi..tahan!! Keluar dapur, sandar kat dinding, tarik nafassss panjang2, lepas. Rasa lega sikit. Encek hubby tanya, kenapa?  Tak sempat jawab tetiba tersembur segala isi perut. Terus berlari pergi sinki dapur. Sambung kat situ. Masa lari ke sinki nasib tak tergilincir terpijak munt..sendiri. Syukur tak jatuh. Uhuu..

Encek hubby cepat2 datang urut2 belakang. Habis segala yang dimakan semua terkeluar balik.Sakit perut sebab dah lama dah tak kena macam ni. Huu. Sedih tengok makanan2 tu. Dah habis tu, nak bersihkan segala apa yg patut, kat lantai, kat sinki. Encek hubby kata tak pe, biar dia yang bersihkan, dia suruh saya pergi mandi sebab habis kat baju seluar saya pun kena. Habis mandi pergi dapur tengok encek hubby tengah bersihkan lantai,tertunduk2 lap  lantai, siap lap semua2 yang kena tu pakai kain buruk. Rasa terharu tengok apa yang dia tengah buat. Sedih. Rasa bersyukur sebab ada dia.Dia banyak tolong saya sepanjang mengandung ni.Ringan tulang. Lepas dah bersih2kan semua tu dia boleh sambung makan balik mee goreng dia tadi. Hehe. Kalau jenis orang penggeli tu mesti tak lalu nak sambung makan balik kan. Terima kasih banyak2 sayang.



Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan lelaki ini dalam hidup saya.
:')


P/s: Jangan makan kenyang sangat.


Monday, June 06, 2011

Kisah beg mekap

Di suatu malam, lepas encik hubby selesai mengetip kukunya, beliau meletakkan balik ketip kuku dalam beg mekap isterinya,tempat beliau amik ketip kuku tu tadi. Sebelum tido, si isterinya ni amiklah beg mekapnya tu dan letakkan atas meja sambil2 kemas sikit2 atas meja tu.Tetiba encik hubby bersuara dengan suara suram..

Encik Hubby: Alaaaaa..tak perasan ke, ingat kan dah perasan ( buat muka monyok)

Si isteri: Hmmm..perasan apa eh sayang?

Encik Hubby: Alaaa..tak pelah kalau tak perasan, ingat nak buat suprise (muka bertambah monyok)

Si isteri: Hmm..ok2, jap eh nak cek balik. 
Si isteri nya ni pun pergilah kelebek2 dalam handbag nya dengan semangat.Kot2 ada apa2 kan.Tak ada apa2 luar biasa pun. Lepastu, si isteri cek pulak dalam walletnya kot2 ada suprise penambahan duit ke kan. Haha. Sekali tengok takde apa2 pun jugak.Tengok2 sekeliling pun takde yang lainnya.

Encik hubby: Ala..tak payah nak cek wallet tu. Memang takde pape pun(muka monyok tapi tahan gelak)

Si isteri: Apa lah sayang? Tak perasan papelah..sowiiii.Hihi

Encik suami: Huk huk. Penat je tadi cepat2 potong bebulu dekat beg mekap tu, tak perasan ke beg mekap nya tu dah takde bulu.Merajuklah

Si isteri: Terus gi amik beg mekapnya. Hololololoh...ha'ahlah, baru perasan. Patutlah nampak macam beg baruuuuuu..hehe. Thank u sayang (senyum lebar)

Encik suami: Ingatkan dia perasan tadi rupanya tak. Sama2.Baik hubby potong2 bebulu beg tu dari nanti kena beli beg baru. Jimat dah kat situ.

Holololoh, suami siapalah yang comel sangat nih. Kekonon nak buat suprise tapi isterinya tak perasan. Hahaha. Siap dapat jimatkan kos lagi. Beg mekap aku ni materialnya dari kain guni, jadi bila dah guna lelama tu kuarlah bebulu banyak kat tepi2 beg tu.Memang tak semenggah dan sangat kesian je rupenye,tapi sekarang beg mekap dah kembali seperti baruuu..no more bulu2 hodoh :D







Tak perlu nak belikan benda2 baru tuk happykan hati si isteri ;)
Buat benda2 comel ni macam ni pun (walaupun memulanya isterinya tak perasan..hahaha), dah cukup menghappykan hati isteri tau. Hati perempuan ni simple je :D



Thursday, June 02, 2011

Sudah ada kad perakuan nikah :)

Baru aku perasan, masa kami lepas nikah haritu tok kadi takde bagi apa2 surat pun tuk menyatakan yang kami ni dah bernikah. Surat sementara ke apa ke, takde. Tak taulah prosedur kat Shah Alam memang macam tu ke atau tok kadi aku memang sempoi sangat sampai lupa nak bagi surat sementara ke apa.Tak tahulah.Tapi bila dipikirkan balik bahaya kan sebab takde bukti yang menyatakan kita dah sah sebagai suami siteri.Kot2 kalau kena apa2 ke kan, nak tunjuk apa sebagai bukti kami ni suami isteri? Tunjuk inai merah dijari? Hehe

Jadinya bulan lepas (lama dah sebenarnya), kami ke MAIS untuk buat kad perakuan nikah kami ;). Prosedurnya senang je.Ambil sijil nikah dulu dekat pejabat MAIS tu jugak, then isi borang untuk buat kad perakuan nikah.


Pastikan anda bawa gambar passport suami isteri sekali

Pesal gambar passport aku putih sangat ntah. Tipu je

Lepas tu hantar borang yang dah diisi tu sekali dengan gambar kita 2 keping tu dan juga bayaran RM40. Ye, nak buat kad ni kena bayar RM 40 (untuk 2 kad). Dan selepas 3 hari  hari bekerja ..

Tadaaaaa!! Siap dah kadnya.

Sekarang tak perlu risau2 lagi ;) 
Dan tak perlu susah2 nak bawak sijil nikah ke mana2 lagi.Almaklumlah,kami ni pasangan nomad,kejap ke Shah Alam, kejap ke Lembah Beringin, kejap ke KL. Hehe.



Dan hari ini 2 Jun, genap sudah 2 bulan kami sebagai suami isteri.



Perasaan saya selepas 2 bulan bergelar isteri? Mestilah happy. Sangat.Alhamdulillah, 2 bulan yang sangat indah ;) Semoga keindahan dan kebahagian kami kekal ke akhir hayat.Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan kepada kami. Semoga kami dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan segalanya. Aminn.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015