Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Tuesday, August 07, 2012

Rimas dan risau.


Tengah kami sekeluarga jalan2 dekat shopping mall,tetiba datang anon (tak kenal siapa), "Eee...comelnya, debabnyaa!" lepastu picit2 pipi Aqil. Hoh..terkejut kami. Tapi sengih2 jela dekat si anon tu. Takkan lah nak marah. Tak reti. Jalan2 lagi anon lain pulak datang. Picit2 pipi Aqil. Sampailah 4-5 orang anon dok picit2 pipi Aqil. Kami dah mula rimas. Aqil dahla pantang betul orang picit2 pipi dia, lagilah dia rimas. Kesian kat Aqil. Meronta2 tiap kali kena cubit pipi. Tapi dia tak nangis lah. Yang lagi extreme, masa tu kami tengah belek2 barang, tetiba adik (ke kakak ke bantai jela panggil adik) penjaga kedai tu, geram2 ngan Aqil. Memula pegang2 tangan, pegang2 pipi pastu tetiba tanya " Kak, boleh saya sayang dia?". Aku ni tetiba blur, apa maksud sayang dia ni?. Senyum jela. Lepastu tetiba dia cium pipi Aqil. Ok..itu maksudnya sayang. Huhuhuhuhu.Memula macam tak kisah lah, tapi bila dah banyak kali terasa geram dan risau pun ada.Yela..orang tak dikenali cubit2 pipi anak kita. Kalau yang kita kenal tak kesahlah. Memanglah diorang tak buat pape, geram sangat ngan Aqil agaknya sampai tercubit2 pipi dia. Tapi aku kalau geram ngan baby orang yang tak dikenali masa jalan2 kat shopping mall ke kat mana ke, takdelah berani nak cubit2 pipi dia. Walupun lah baby tu comel tahap babydoll, gebu mulus tapi tahan jela geram simpan dalam hati..Korang pernah alami situasi gini? How to avoid lah? Nak je tulis note kat stroller or carrier Aqil " Dilarang mencubit2 pipi anak saya". Boleh? Hahaha. Budget baby retis betol :P


Am I too paranoid? Rasanya semua parents akan paranoid pasal anak dia kan. Ke korang jenis tak kisah pipi korang dicubit2 oleh anon?



 Rimaslah Aqil mama nak pergi jalan2 kalau macam ni. Baik duk umah je tengok Upin Ipin. Huuu



Thursday, October 20, 2011

Kejam di tempat orang, kejam lagi di tempat sendiri.


Dunia semakin kejam. Sangat kejam. Semua pun dah sedia maklum tahu pasal kes si kecil Yuen dekat China yang kena gilis dengan van & lori sampai koma dan meninggal tu, peliknya 18 orang yang lalu lalang boleh buat bodoh je dekat Yuen yang terkulai dekat jalanraya tu. Buat tak nampak seolah2 yang kena gilis tu anak ayam. Aku masa tengok video macam tak tahu nak cakap apa, sedih ada, hairan ada,geram pun ada.Macam, "Eh..video ni prank ke apa? Budak dah nyawa2 ikan macam tu pun takde orang peduli?Kenapa diorang sangat hati kering macam tu?" Ok,maybe warga kat situ terlalu sibuk sampai tak nak amik tahu benda2 macam ni. Bagi diorang kes macam ni takde apa2.Haih..bagi aku ini adalah sangat kejam!

Itu kejam dekat sana, yang dekat Malaysia ni?Sama kejamnya. Malah boleh dikategorikan LAGI kejam mungkin. Memula kes pelajar kena bunuh & bakar oleh teman lelaki sebab ajakan seksnya ditolak, lepastu bapa tiri dera anak sampai meninggal waktu maknya dekat hospital baru lepas lahirkan anak.Lagi pulak kes bayi umur 23 hari kena liwat dengan ayah sendiri,bayi kena campak dari tingkat 2 masuk longkang, dan baru2 ni remaja 16 tahun kelar mati bayi sendiri sampai terburai isi perut (Ahhh..tak sanggup nak tengok gambar bayi ni dekat fb). Bila baca semua berita2 ni terfikir kenapa diorang sangat tergamak buat macam ni. Yang si pesalah laku ni pulak semuanya Melayu. Islam. Kenapa tergamak sangat ye? Kenapa menjadi sangat kejam? Salahkan mak bapak sibuk kerja? Alasan lapuk, even diorang sebagai mak bapak pun lagi sanggup dera, liwat anak sendiri.Tak cukup didikan agama? Kasih sayang? Terlalu bebas? Entahlah..pokok pangkalnya dari dalam diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Iman.

Yang kes2 buang bayi ni, makin hari makin ganas. Dah tahap gila! Kerajaan? Dulu je gah ada kempen "Kami Prihatin", hari2 keluar iklan dekat tv pasal bayi kena buang. Tapi rasanya makin menjadi2 lagi ada. Mungkin kempen tu tak berkesan, jadinya buatlah sesuatu yang lain untuk banteras kes gila ni. Penatlah hari2 baca suratkhabar pasal kes buang bayi. Sedih tau tak,sedih! Meruntun jiwa keibuan ni.Kalau bebudak umur 7-12 tahun baca suratkhabar pasal kes liwat, buang anak semua ni, apa agaknya yang diorang fikir kan? Takut jugak nanti Allah terlalu murka dan turunkan bencana malapetaka dekat kita.Takut sangat.

Ya Allah, lindungi aku,keluargaku,sahabat2ku dari semua kekejaman ini :(

( Lepas baca blog Mazidul tadi, mahap..remaja 16 tahun yang kelar anak dia tu bukan beragama Islam)

P/s: Kegeraman yang tak boleh dibendung lagi, terus meletus pagi ni.



Monday, July 18, 2011

Sekarang...

1.Saya amat takde mood nak update blog.Walaupun tersangat banyak cerita yang mahu dikongsi bersama.Tapi bila buka je blogspot ni, takde mood.


2. Twitter pun sama juga. Takde mood nak mentweet apa2.


3. Tapi saya rajin membaca. Setiap update dari member blogger saya akan baca, twitter pun sama. Hanya buka dan baca. Hehe


4. Selera makan amatlah kurang. Kalau bangun pagi, punyalah bercinta nak fikir nak makan apa. Semuanya kelihatan tidak menyelerakan.Sampai perut berbunyi2 pun, susah juga nak suapkan makanan. Akibatnya saya turun 2-3 kg.Ishh.Nasi kandar ke laksa ke chicken chop ke durian ke, semua makanan kegemaran saya,semuanya takde perasaaan (T_T)


5. Amat sensitif dengan bau2an. Especially bau bawang, yang tengah dipotong ke, di goreng ke.Memang tak boleh terima. Belum lagi bau yang bergoreng2, tak suka betul. Jadinya, minyak angin memang peneman setia hidung sekarang.Oh, bau peti ais rumah saya sekarang pun saya tak suka. Erghh!


6. Bukan sahaja deria bau je sensitip, tapi emosi pun sekali ganda sensitif. Tengok drama apa2 pun kalau ada babak2 sedih, kompem air mata sederas air terjun. Get easily annoyed too.Janganlah ada orang buat pasal dengan saya, saya akan menyampah dengan orang tu berhari2, tapi lepastu ok balik. Hehe. (perangai yang tak bagus ni)


7. Cepat letih. Takde mood saya nak pergi jalan mana2 sekarang sebab saya tahu lepastu saya kompem akan melepek keletihan.


Banyak perubahan drastik yang berlaku pada diri saya sekarang, yang kekadang saya pun kompius. Macam bukan diri sendiri je.Tapi tulah kan, lain orang lain ragamnya. Harapnya perubahan2 yang negatif ni tak berlarutan lah dan semoga yang negatif2 ni berubah menjadi positif nanti. Doakan yang terbaik untuk saya ye kawan2 ;)




Orang yang banyak bersabar dengan perubahan drastik dan melayan segala kerenah saya sekarang.Tenang je bila dengan beliau. Terima kasih ya Allah sebab temukan saya dengan lelaki yang paling baik ini ;)




Tuesday, May 17, 2011

Best ke mencarut?

Kenapa ye seseorang itu mencarut? Ada yang kata sebab bengang gila.Kononnya.Ada pulak kata saje suka2.Suka2 nak mencarut. Borak2 sikit..bla..bla..bla..pund*k! Bla..bla..sial..cam kim*k.Kira hobi lah tu mencarut2 tu. Heh! Style cakap gaya murahan.Borak ntah apa2 pun nak jugak mencarut. Ataupun mulut dia memang celupar? Kes tak kena ganyang cili dengan mak masa kecik2 dulu ni, sebab tu mulut pun dah sebati ngan mencarut. 


Apa kes bukak topik mencarut ni? Haa..kesnya hari ini aku tak pasal2 telah dicarut oleh seorang customer yang sangat "baik" ni. Alkisahnya petang tadi aku ke Fradoo, alang2 tengah cuti lama ni kan, tolonglah parents kita selagi ada peluang. Nak di jadikan cerita, masa tengah ramaiiiiiii sangat umat customer kat Fradoo tu (Alhamdullilah) sampai seat pun tak cukup + dengan super busynya aku (sila imagine keserabutan aku masa tu), datanglah 2 orang customer ni. Sorang rilek2 je, kawan dia sorang lagi ni pulak gaya brutal habis, dengan badan besarnya, dengan jambangnya, dengan spek mata hitamnya.Memang legend habis lah. Aku gelarkan dia sebagai B la ye. Datang2, order "Kak,nak order abc 3". "Duduk mana?".Aku tanya diaorang dengan maksud seat diorang kat mana. Si B jawab "Ntahlah, kitorang pun tak tahu  nak duduk mana". Aku cakap balik "Kena cari seat dulu, kalau tak macam mana kami nak hantar" dengan nada cakap biasa2 je. Tapi agaknya si B tu ingat aku semacam serius, tetiba tak pasal2 terus mengamuk. "Hak alah..K*makk betullah!! Tak nak hantar cakap la tak nak hantar!! Bla..bla..bla.." Mulut mencarut2, membebel2 terus blah. Yang si kawan tu terkebil2, senyum2 kambing terus blah jugak ikut kawan dia si B tu. Aku macam apehal mamat nih!Dalam hati ada sedikit panas lah.Terkejut pun ada jugak sebab yela tetiba je dia nak meroyan. Tapi sebelum si B tu blah aku sempat jugak sound dia "Perlu ke nak mencarut!!!?" 


Ye,persoalannya di sini.Perlu ke nak mencarut?? Kira cukup hebat la tu kalau mencarut. Badan besar, muka ganas lepastu marah2 mencarut tu kira gengster habislah tu.Ingat orang takut lah.Dik, kalau kau marah sangat sekali pun, tak payah la nak mencarut. Penat je kau belajar tinggi2, tapi bila kau dah mencarut, cakap ntah2 apa2, orang akan nampak kau macam orang cetek akal. Orang tak bijak. Yang cakap bukan guna otak.Paham? Nasihat akak, kalau datang ke Fradoo, time peak hour, cepat2lah cari seat dulu, lepas tu baru datang buat order ok. Takde lah nanti bila kami tanye seat kat mana,jawab tak tahu.Lepastu tetiba nak meroyan2 mencarut2. Kami tak buat service tunjuk tempat duduk macam Pizza Hut buat tu ye dik. Yang sambut customer, tanya berapa orang nak makan, lepastu tunjuk tempat duduk, "Silakan duduk".Takde.Apa2 pun, buat adik B yang sentap tadi,akak nak minta maap bebanyak kalau cara cakap akak tadi agak terrrkasarr sampai menyentapkan hati adik yang lembut tu. Tak pasal2 adik emo. Ye, akak tau..customer is always right kan? ( tangan di dada, mata ke atas)

Tak cukup dengan maki hamun tu, 40 minit lepas tu si B datang balik, lalu sebelah aku, jelinggg baik punya sambil mulut terkumat kamit. Aik? Tak habis lagi dia punya emo tu.Aku tengok je dia. Dalam hati nak tergelak pun ada.Sampaii tempat parking pun dia pandanggg je lagi. Lagak gengster habis. Betul2 tak puas hati dia ni. Haha. Lantak kau lah sana. Asal kau bahagia.Haihh~
















Ahhhhhhh..sejuk sikit hati  lepas makan ni;)
Adik gengster..nak sikit tak?
Muahaha.

Monday, March 28, 2011

Stress..

Debar2.Rasa macam banyakkkk benda nak buat lagi. Hari Khamis baru cuti kawen. (T_T). Ye, saya tahu..lambat cutinya tapi sekarang saya tengah busy untuk R&D day Rabu ni. Tak boleh nak tinggalkan kerja yang tak siap macam tu je.Kalau lah badan ni boleh di klon kan sekelip mata. Klon Erina 1, pergi amik bunga pahar yang dah siap kat Sungai Buloh nun. Klon Erina 2, pergi fitting baju dekat Banting sana. Klon Erina 3, hias bilik pengantin cantik2. Klon Erina 4, pergi buat spa & scrub badan. Klon Erina 5, pergi buat manicure & pedicure. Klon Erina 6, pergi tempah hand bouquet. Klon Erina 7, siapkan hantaran, hias bagi comel2. Klon Erina 8, pergi pasang inai cantik2 kat jari & tangan tu. Klon Erina 9, pergi tolong siapkan doorgift. Klon Erina 10, pergi siapkan jahit manik baju pengapit. Majlis besar saya lagi 4 hariiii je ni. Sempat ke ni??? Stress...stresss! Jerawat pulak tumbuh seketul cantik je kat dahi ni. Triple stress! Ya Allah ya Tuhanku, permudahkan la segala urusan ku ini.





Thursday, March 24, 2011

Gunakan setiap peluang yang datang..

Sebab mungkin peluang itu hanya datang sekali je dalam hidup kita. Betul tak? Harini aku pergi interview dekat Kementerian Pendidikan Tinggi. Last minute dapat tahu pasal inteview ni. Jadinya harini aku cuti.Perasaan adalah happy masa dapat tahu pasal interview ni. Dapat tak dapat kerja tu belakang kira, yang penting dapat peluang pergi inteview. Tak pernah di interview oleh kerajaan lagi.Hehe

Sekarang dah start usha2 vacancy dekat company lain memandangkan peluang dekat Sime Darby ni masih samar2 lagi. Kawan2 yang sama join Sime Darby Management Apprenticehip Programme (MAP) ni dulu pun ramai dah chow kerja kat tempat lain. Tapi memang masa mula2 join program ni pun diorang (Sime Darby) dah bagitahu awal2, this is not a job-guarantee program.So, aku macam tak letak harapan menggunung la. Just buat yang terbaik & termampu je. Kalau dapat absorb dalam Sime Darby, rezeki. Kalau tak, mungkin rezeki kat tempat lain ;)

Dah la masa nak bangun pagi tadi punyalah liat bukan main.Kata hujan lebat kan,so sejukkkk je rasa. Syok berselubung dalam selimut. Tapi fikir harini ada inteview, gigih gak celikkan mata. Siap2. Seawal 7 pagi dah bertolak dari rumah.Kang bertolak lambat sikit kang kompem jem. Kak Masy, akak nampak kita eh pagi tadi?Kita nak pergi inteview ni lah. Hehe. Sampai2 sana ramai jugak candidate dah sampai.Dah start cuakebebeh dah aku time tu.

Dan Alhamdullilah,everything went well. Inteviewer pun sangat baik. Hehe. Sekarang hanya mampu berdoa. Kalau dapat kerja ni memang rezeki pengantin baru lah. Kalau tak, stay jelah dekat Sime Darby sampai habis kontrak . Kawan2, doakan aku ok ;)


Sekian sahaja luahan perasaan bakal pengantin lagi 8 hari ni.
Very the chubby kan? Ahhh..tak nak fikir pasal diet dah.
Nak fokus pasal kawen je.
Lalalalala~   

(^_^)

Wednesday, January 12, 2011

Kisah sang kancil dan kerbau

Marah. Semua orang mestilah pernah marah kan. Itu menunjukkan yang seseorang itu adalah manusia normal. Tapi..yang menjadikan seseorang manusia itu tidak normal apabila dia tidak mampu mengawal kemarahan dia dan memaki hamun orang sesuka hati. Lebih tidak normal lagi apabila orang yang dia marah dan maki hamun itu ialah orang yang dia TIDAK KENAL. Sighh*

Apalah yang aku membebel2 pasal marah ni kan.Sebenarnya nak share pengalaman aku hari minggu lepas. Kan ke kami (aku dan encek tunang) ke kedai kad kahwin, masa sampai tu aku tengok amoi kedai tu duk busy tengah jawab call, explain kat customer yang call  tu pasal direction nak kedai dia. By the way, kedai kad ni branch baru dan baru je bukak awal bulan Jan haritu kalau tak silap. Bagi orang Shah Alam yang dah familiar dengan jalan2 kat Shah Alam, bagi aku kedai tu senang je nak cari, ikut je alamat. Lepas 5 minit macam tu, orang tu call lagi, penat la amoi ni nak explain. Aku rasa amoi ni pun tak berapa familiar dengan jalan kat sini lagi, dia pun macam susah nak explain. Penat pulak aku tengok amoi ni explain. Ye..penat. Kesian pun ada jugak.


Lepastu customer tu call lagi dan lagi . Last sekali, agaknya amoi tu pun dah tak tahu nak explain macam mana, dia mintak tolong aku yang jawabkan, tolong bagi direction. Sebab kebetulan time tu, amoi ni sorang je, assistant dia takde pulak.Aku pun cakaplah dengan lelaki tu, baru je aku cakap "Hello". Dia dah meroyan dah.Seorang lelaki. Pung pang pung pang!. Bengang la tu. Aku tanya dia sekarang dekat mana..aku bagi direction dari tempat dia. Dah dekat dah pun.Lepastu dia meroyan lagi. Dengan nada yang sangat kasar, dan KUAT gila, sampai aku kena jarakkan ganggang telefon tu dari telinga (sambil mata terkenyit2 tahan high tone dia tu), dia cakap lebih kurang ayat macam ni."Ko cakap dekat budak tadi (refer kepada amoi), kalau tak reti jawab call, tak payah kerja kat sana!! Bodoh! Macam mana oleh kerja kalau kedai sendiri pun tak tahu..bla..bla..bla..pung..pang..pung..pang! Aku dah pusing banyak kali tak jumpe!! Bla..bla..bla..bla!!" Dah puas maki hamun lebih kurang 2 minit,dia letak phone. Aku macam..ok..lantak kau lah labu. Bingit telinga aku tau.Hmmm...dalam hati aku " Eiii..panas baran gila lelaki ni. Macam ni ke nak kawen" (geleng2 kepala).

Amoi tu rasa gelabah serba salah. Sikit2 cakap sorry.Tak pasal2 aku pulak kena marah.It's ok lah. Small matter. Aku cakap,nanti u bagilah sikit diskaun. Boleh? Haha.Memain je ;p. Encek tunang tanya ok tak? Ok tak? Haiyoo..takda apa2 la syg. Kalau kena marah dengan awak baru saya tak ok. Hehe.Riak wajah encek tunang bertukar macam ada sedikiiiiit bengang. Yela, tunang dia kena tengking kot. Mau tak bengang.Tapi lepastu ceria2 balik. Eh, nak pilih kad kawen kenalah ceria2 kan ;)

Masa tengah pilih2 kad, tetiba datanglah customers. Lelaki & perempuan. Dan ye, dialah lelaki yang menengking aku tadi. Datang dengan tunang (maybe). Aku suruh amoi tu pergi layan lelaki tu dulu sebab kitorang tengah busy membelek design kad lagi.Aku jeling2 tengok lelaki tu.Dalam hati ada sedikit menyampah.Dah settle semua, kami pun balik.Masa on the way balik,borak2 dengan encek tunang pasal kes tadi. Aku tanya dia, kalau dia tengah marah, sesuka hati ke nak marah orang, even tak kenal orang tu? Encek tunang cakap mestilah tak, kalau marah pun dia akan senyap je (tapi dia akan buat muka marah. Takottt!). Dan memang betul, dia memang jenis macam tu. Kalau marah = senyap.Bagus macam tu. I love u! *tetiba

Encek tunang sambung lagi, dia cakap..mesti lelaki tu ingat yang aku ni pekerja kat situ jugak,dan bukannya customer, sebab tu dia sesuka hati marah2 maki hamun kat aku. Helloooo..even pekerja kedai pun, still jugak manusia kan, manusia yang dia TAK KENAL, manusia yang ada perasaan. So tak perlulah nak marah2 tengking orang macam tu.Kalau tetiba ada orang yang kita tak kenal, datang maki hamun kita, mestilah kita tak suka kan. Kalau kena dekat orang tak penyabar, panas baran..mahu jadi perang mulut. Silap2 kena tumbuk! 

Tapi tu la kan, aku pun pelik dengan manusia kategori tak normal macam ni. Sesuka hati nak marah orang,yang bukan disebabkan oleh kesalahan orang tu. Contohnya masa aku keje kat Streamyx dulu, orang call maki hamun "Vavi lah! Vodohla! Streamyx tuuuuuttt. Tetttttt! Tuuuuut! Awak makan gaji buta ke? Tuuuut! Pergi mampos!". (Ye, aku selalu je dapat cutomer meroyan macam ni). Padahal aku customer service je pun, bukannya aku yang buat line streamyx tu jadik jahanam. Apa salahnya call, cakap elok2, ngadu apa masalahnya.Tak rugi kan? Kita pun senang hati nak tolong. Ye paham..kekadang pressure, tension tak dapat buat kerja kalau line internet problem.Tapiii..tak perlulah nak lepaskan geram dekat customer service exec tu. Diorang pun manusia, bukan kuda. Eh, kuda pun ada perasaan tau.Eyy..jangan ingat orang yang jawab call korang kalau korang call customer service center itu ialah budak2 lepas spm, zero kosong tak tau apa2. Majority yang kerja situ degree holder ok. Lepasan universiti.Sila hormat orang.

Oh sambung balik pasal lelaki yang tengking aku tu, semalam aku pergi balik kedai kad tu, nak hantar gambar untuk buat bunting (baca=banting).Amoi tu cerita, lelaki tu tanye dia, aku ke yang jawab call dia semalam, yang bagi direction tu. Amoi tu cakaplah..ye, sebab sorang lagi assistant takde, dia sorang2 je. Dan secara automatiknya muka lelaki tu berubah. Tertunduk malu. Amoi tu lah yang cerita. Hahaha. Padan muka hang! Kan dah malu.Eee..kalau aku jadik tunang dia, mesti lagi malu!

Jadi kesimpulan yang aku boleh buat kat sini. Tak perlulah nak sesuka hati nak maki hamun orang yang kita tak kenal, yang kita kenal apatah lagi. Ye, semua orang pun ada perasaan marah, tapi kalau marah, janganlah melampiaskan kemarahan kat orang  lain.Apa kata kalau marah, pergi masak ke, buat senaman ke, berkebun ke. Buat benda yang kita happy.Ada jugak faedah. Macam aku kalau marah( muka akan bertukar sedikit bengis),aku tidur. Bangun2 mood dah ok balik dah. Takpun nangis.Lepas tu ok.Takde pulak nak meroyan tak tentu pasal marah2 orang.Cubalah banyak2 kan bersabar.Lepastu belajar hormat dekat orang lain. Kalau kita tak hormat orang, jangan bengang pulak bila orang tak hormat kita balik kan. What you give, you get back. Contoh macam lelaki tu la, dia dah tengking2 maki hamun orang, last2 dia dapat apa? MALU! Booooooo!!! Booooo sama dia.Boooo!!




P/s: Design kad kahwen ku dirijek oleh mama. Mama tak berkenan.Too childish katanya. Haha. Kenalah pilih design baru lagi harini. Gugugu

P/s lagi: Sorry. Terpanjang pulak entry luahan perasaan aku ni. Ngee


Thursday, December 02, 2010

Terima kasih dan selamat tinggal..

Kau memang baik. Selalu bersama aku saat suka mahupun duka.Saat susah dan senang. Saat hujan dan panas.Kau sentiasa di sisi aku selama ini. Untuk jangkasama yang agak lama. Kau memang peneman setiaku. Tak ada siapa yang sanggup berbunyi tak kira masa untuk mengejutkan aku. Kau je yang sanggup. Takde siapa yang sanggup melayan aku sehari suntuk berfacebook, takde siapa yang sanggup menangkap gambar aku dan juga orang lain setiap waktu, tapi kau sanggup. Kau memang luarbiasa. Kau memang banyak berjasa dengan aku selama ini. Merapatkan silaturrahim aku antara keluarga, teman2 dan juga kekaseh hati.Tanpa kau hidup ini gelap. Gelap!


2 hari lepas, sewaktu aku dan kau sama2 menunggu char kueh teow sedap yang di order di kedai depan rumah, kau duduk elok digenggaman ku. Sambil aku berpeluk tubuh, kau baik budi duduk dalam genggaman aku. Tapi entah mana silapnya, kau terlepas dalam genggaman ku tak semena2. Gedegangg! Kau terus gelap. Dalam fikiranku mungkin kau hanya pengsan, nanti sedar la tu, tapi aku silap. Rupanya2 kau dah tenat.Aku panik!! Rasa nak menangis.


Sesampai je di rumah. Aku terus buka baju pink kau secara rakus! Nak tengok kot2 ada cedera parah. Memang parah! Kau cedera dengan amat teruk sekali. Tak sangka walau jatuh dari tempat tak berapa tinggi tapi kecederannmu amat serius. Aku goncang badan kau, dengar macam ada bunyi benda bergerak dalam tu. Tulang kau patah!! :( Sedih teramat masa tu. Air mata dah mula bertakung. Aku bukak2 badan kau, lepastu pasang balik, bukak lagi, pasang balik, berkali2,bagi renjatan elektrik. Kau tetap gelap. Gelap tak bernyala lagi.


Mengadu pada encek tunang akan kondisi dia. Encek tunang kata bersabarlah. Mungkin dah sampai masa dia. Nak rawat dia mungkin tak berbaloi, lagipun insurans dah lama mati. Ada rezeki nanti dalam 4 bulan lagi mungkin dapatlah pengganti baru. InsyaAllah.Huhu (T_T). Yang baru tak mungkin sama macam dia. Dia satu dalam beribu.






Selamat tinggal sayang. Berehatlah kau dengan aman selamanya :(
Terima kasih atas segala jasamu selama ini.


Keadaan kau sangat parah. Sampai berlubang (T_T)


Amcam?Boleh jadi penulis novel cinta dramatik tak? Huhu. Gitu lah alkisahnya BB kesayangan ku. Akhirnya sampai jugak masanya untuk berehat selamanya. Unexpected betul. Jatuh dari tangan pun, impak sangatlah dahsyat. Pengajarannya disini ialah, kat mana2 pun kecekelakaan boleh berlaku. Jadi sentiasalah beringat dan berwaspada.Sedih memanglah sedih,sangat2 sedih, tapi nak buat camna. Tahap tertinggi aku bersedih pun bukan dia dapat hidup balik. Patutlah kebelakangan ni dia selalu buat hal, kamera rosak lah, tak dengar lah. Mungkin tu sign dia akan tinggal kan aku kot. Huhu. Buat masa sekarang, pakai hp back-to-basic. Hasil belas ehsan Caca. 


Berwall paperkan kucing (T_T)

Semalam start pakai hp ni, jari kekok nak menaip sms. Yang paling tak tahan, semalam asik dengar bunyik ringtone nokia basic je yang "Nenene ne nenene ne nenene" (ala..yang ringtone nokia femes tu). Ingatkan siapalah yang malas sangat nak jawab hp tu, rupenye bunyi hp sendiri. Sadisnyaaaa. Huhu. No more lagu fergie ke, lagu taylor swift ke. Takde2, jangan nak mengada.

Kepada encik tunang, harap awak paham keadaan saya yang sedikit murung kebelakangan ini. Bukan senang nak terima kehilangan benda yang kita sayang. Tapi kalau awak taknak saya murung lama2. Silalah hadiahkan saya pengganti nye. Tak dapat Blackberry, Nokia C3 pun jadilah. 

Yang macam ni ok :D
Yeayy!
Aik? Dah tak sedih pulak.
Hehe



Monday, November 29, 2010

Dia tumbuh tang sini, tang situ, tang sini.

Jerawat bermaharajalela sekarang.Tumbuh cam cendawan selepas hujan.Why this happened to me? Why?? Why u must tumbuh wahai jerawat? How dare u!!! Jangan nak over boleh? Haha. Tengah stress dengan kondisi muka sekarang ni. Stress. Tapi..kalau lagi stress lagi la naik jerawat kan. Hmm..salah satu cara nak nak redakan stress ialah dengan memakan coklat. Jadi, lepas makan coklat, stress akan kurang, jerawat pun akan kurang kan? ;)


 See. See.
Muka kekonon stress.



Makan habis semua satu kotak. Boleh?
Terima kasih bakal mak metua syg sebab bagi coklat ni. 
Sangat membantu untuk meredakan stress.(dan juga jerawat. Harap2)

Coklat menyebabkan jerawat. Sape cakap? Nah..baca ini.



P/s: Mungkin sebab perubahan hormon? Or maybe ni jerawat yg baik hati takmo muncul sebelum majlis tunang. Jadi, dia muncul secara berjemaah lepas majlis tunang.(T_T)

Monday, October 18, 2010

Nyawa

"God grant me the serenity to accept the things I cannot change,
 the courage to change the things I can and the wisdom to know the difference"


Dalam hidup ni, kita kena belajar menerima perkara yang kita tak boleh ubah. Menerima dengan tenang dan redha. Contohnya kematian, kematian yang pasti. Kita tak boleh ubah kematian yang dah ditentukan oleh Allah. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang, contohnya ahli keluarga, mak, ayah, pasti sedihnya tak dapat kita bayang. Tapi kita kena sabar, kuat, terima dan redha. Setiap kali dengar cerita member2 yang kehilangan mak atau ayah mereka, kematian secara tiba2 atau yang dah sakit lama, mesti aku sebak. Sebak sangat. Kadang2 si pencerita lagak biasa2 je, tapi aku yang over sebak. Berlinang airmata. Sebab aku pasti, mama & ayah akan tinggalkan aku jugak satu hari nanti.Mereka kata memang sedih,sangat sedih tapi lama2 boleh terima dengan tenang. Tapi kadang2 rindu yang teramat. Mereka kata lagi, yang di atas sana pun tak mahu pemergian dia ditangisi lama2. Apa yang boleh kita buat ialah doa. Doa jelah yang menghubungkan mereka dengan yang tiada,yang sekarang dah berada di alam yang lain.  Putus doa, putuslah jugak hubungan antara mereka.

Kakak ipar aku (Along) baru kehilangan maknya yang tersayang genap sebulan lepas.Emaknya demam panas,  tiba2 kena strok , koma, dan terus pergi menemui Illahi. Ditahan di wad cuma 2 hari. Kehilangan mak secara tiba2.Sesiapa pun mesti sedih. Dia sebagai kakak sulung kepada 5 orang adik  memang kena tabah. Terpaksa tabah.Sebab kalau dia lemah, adik2 yang lain pun turut lemah. Ye, bukan senang untuk menerima kehilangan seorang emak. Tapi dia redha. Setiap kali aku dengar cerita saat2 emaknya hendak pergi, mesti aku sebak. Turut menangis sama. Bayangkan masa Aidifitri bergembira satu keluarga menyambut bersama, seminggu lepas tu, maknya pergi untuk selama2nya. Sedih. Sangat2. Sekarang, dia yang baru berumur 25 tahun menggantikan tempat emak kepada adik2.Besar tanggungjawab.Dengan adik2 yang masih belajar dan sekolah,dia terpaksa kuat.  Sebab tu Along selalu nasihat, sementara mama dan ayah masih bernyawa, sayangilah mereka.Berjasa lah kepada mereka. Tunjuk kan kasih kepada mereka setiap hari, minta maaf dengan mereka dan doakan mereka setiap hari sebabnya kita tak tahu bila masanya mereka akan pergi. Mereka hanya pinjaman sementara  dan Allah boleh ambil mereka bila2 masa sahaja kalau masanya dah tiba.Jangan sampai menyesal.Semoga Along dan adik2nya tabah menerima kehilangan ni.Dan kita sebagai anak,ingatlah, sentiasalah gembirakan hati ibu bapa kita dan janganlah sesekali buat mereka menangis kerana setitik air mata ibu bapa jatuh, keberkatan dan kebajikan anak akan hilang. Nauzubillah.






Nyawaku~

"Ya Allah Ya Tuhanku
ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, 
berkatilah kedua mereka ini,
 sihatkan tubuh badan lah mereka
 murahkan lah rezeki mereka
 panjangkanlah usia mereka
 jauhilah sebarang bahaya dan 
Kau peliharalah dan lindungi lah mereka seperti 
mereka memelihara aku sewaktu kecil"
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Amin Ya Rabbal Alamin~


Mari sama2 kita sedekahkan Alfatihah tuk arwah mak Along dan mendoakan semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah~






P/s: Sebenarnya entry ni dah lama aku taip tapi tak pernah habis2, sebab setiap kali nak sambung taip mesti jadik sebak. Dan harini berjaya jugak aku menghabiskan taip entry ni. Dengan air mata jatuh berderai2. Tak tau kenapa, kalau sentuh pasal mak ayah, mesti hati aku jadi auto sebak.Sebab tak dapat imagine macam mana kalau aku takde mama dan ayah nanti.Ahh..tak nak imagine (T_T). Ya Allah, sangat sayangkan mereka.



Wednesday, September 29, 2010

Sajak hari Rabu



Hidup ini indah.
Jangan kusutkan benda yang mudah.
Jangan cari penyakit, nanti hati sendiri yang sakit.
Jangan perasan dan jaga perasaan.
Jangan menangis, nanti tak manis.
Jangan bodohkan diri yang tak bodoh.
Buka mata dan pandang ke depan.

(^_^)



P/s: Banyak maksud tersirat ni sebenarnya.

Wednesday, July 07, 2010

Puppy Love







Anak anjing yang kasihan

Terima kasih atas pandangan dan keperihatinan kamu semua terhadap anak anjing ni. Aku dah pun menelefon PAWS dan mereka sudi tuk bekerjasama tuk mengambil anak anjing ni, cuma masanya belum diketahui lagi. Progress anak anjing ni semakin hari makin baik.Alhamdullilah. Dah boleh jalan. Goyang2 ekor balik. Comell ;) Tapi tula, kekadang dia suka merayau2. Dah malam2 kang baru ada balik.Takut je aku kalau dia kena pukul lagi. Pastu nanti takut kalau pihak PAWS datang nak angkut dia, dia hilang pulak lagi. Hmm..camno ni? Kak Zona cadangkan supaya letak dia dalam sangkar. Huu..macam kesian je kak nak kurung dia. Lagi satu, nanti dipandang serong oleh jiran2, ingat kitorang bela anak anjing ni. Sedangkan kami bagi makan pun dah ada mata yang tak puas hati. Haihh..mentaliti orang melayu.Anak anjing ni memang tak reti duduk diam. Risau tau risau.Anak anjing..duduk diam2 boleh tak? 

Monday, July 05, 2010

Anjing



Sejak minggu lepas, ada sekor anak anjing ni berkeliaran dekat area perumahan ni. Kecik je, rasanya dalam 2-3 bulan. Mesti kena buang ni sebab dia sekor je, tak pernah aku nampak kelibat mak dia pun.Anak anjing ni comel je & sangat hyperaktif.Berlari sana, berlari sini, terlompat sana, terlompat sini,main sorang2. Tapiii..tula, nasib dia sangat menyedihkan, tiap hari memang ada je budak2 nakal yang baling dia pakai batu lah, kayulah, simbah airlah. Semalam, ada sorang pakcik ni kejar anjing tu beria2 sebab nak hambat anjing tu.Ishh..sedih betul aku tengok.Mungkin mentaliti orang melayu kita dah disetkan bahawa anjing itu haram, jadi tak perlu berbuat baik kepada ia. Patut ke? Anjing sebenarnya ialah najis. Yang mana kalau terkena air liurnya atau memegang dalam keadaan basah, maka wajib samak.Najis adalah sesuatu perkara yang boleh dibersihkan.Haram kalau memakan dagingnya. 


Ayah memang sayangkan haiwan. Jadinya tiap hari ayah akan bagi anak anjing tu makan. Tapii..ayah takdelah bagi depan rumah kan, campakkk jauh2 la makanan tu. Tak salah kan bagi anak anjing tu makan? Pahala. Sebabkan ayah selalu bagi dia makan, dia dah kenal ayah. Kalau ayah balik jogging or balik dari kedai, dia dah standby tunggu ayah depan gate. Lepastu mula lah ekor dia goyang2.Hee..comel je.Pernah sekali dia nak terpa kaki ayah, nak panjat2 tapi lepas ayah marah dia, langsung dia tak buat dah. Bijak betul lah anak anjing ni.Tiap hari, ayah balik dari kedai pukul 1-2 pagi, lepastu park kereta tepi padang, lebih kurang 20 langkah jugak dari rumah aku. Selalu aku macam risau je kalau ayah balik lambat2 macam tu sebab kawasan padang tu gelap, kekadang ada orang mabuk2. Bahaya. Tapi sejak ada anak anjing ni, aku tak berapa risau dah sebab setiap kali ayah balik je, aku dah dengar dia menggong gong gong!(err..bunyi anjing). Kiranya macam bodyguard ayah jugaklah kan anak anjing ni. Bagus! 



Tapiii..sedihnya...pagi tadi lepas ayah balik jogging, anak anjing ni duduk senyap je depan gate. Monyok. Tak ceria macam selalu. Buat tak tahu je kat ayah.Dia duduk je & just angkatkan telinga bila ayah lalu. Pelik! Tiba2 dia bangun, dan jalan mengensot, sambil buat bunyi..bunyi macam mengerang kesakitan. Huuuhu. Rupa2nya dia sakit. Aku tengok je dia (dari jarak selamat) sebab nak pastikan sakit kat mana, kaki ke perut ke, kot2 ada luka ke. Bila tengok dia ngesot sambil buat bunyi sakit tu rasa sedih je. Tetiba rasa sebak. Aku rasa mesti ada orang yg pukul dia sebab takde luka2 pon macam kena langgar. Ishh..sedih tau (T_T). Bunyi dia tu. Macam sakit teramat. Tak boleh dengar! Aku pun campak makanan kat dia. Fishball 2 ketul. Kesian dia makan sambil duduk. Kalau betul lah dia kena pukul, aku doa agar orang yang pukul anak anjing tu dapat balasan setimpal! Anjing pun makhluk Allah, ada perasaan. Allah benci manusia yang menyeksa binatang.Bagi orang lain, mungkin tak kesah, takde perasaan belas kesian..alah..anak anjing je pun. Tapi bagi aku tak. Even tengok video Hero si kuceng yang kudung dua kaki sebab kena tetak pun, airmata aku boleh berjujuran. Sedih2. Tak sanggup.Jiwa pencinta haiwan sejati mungkin.

Aku merajinkan diri sekejap tuk menggoogle kisah2 anjing sebab aku teringat pada zaman nabi ada seekor anjing ni dimasukkan ke syurga. Kisah Ashabul Kahfi



"Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ashabul kahfi; (penghuni gua) dan ;ar-raqiim; (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)(al-Kahfi: 9)...

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu.Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua;Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya;. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun). (al-Kahfi: 25)

Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka;. (al-Kahfi: 18)"


Kesetiaan Seekor Anjing bernama Qitmir sendiri di sebut di dalam Al-Quran sebagai anjing yang setia kepada tuannya dan sanggup menunggu tuannya yang sedang tidur beratus tahun dengan setia dan Allah meletakkan anjing itu ke dalam syurga. Jadi, hinakah anjing? Patutkan ia diseksa?

Setelah menggoogle,rupanya banyak jugak kisah nabi mengenai anjing.Antaraya (aku copy paste je). Rasulullah pernah mengkisahkan kepada para sahabat tentang seorang lelaki yang menjumpai anjing di padang pasir yang terus menggonggong sambil makan debu karena kehausan. Lantas lelaki itu menuju ke sebuah sumur dan mengisi sepatunya dengan air sumur tersebut. Kemudian, dengan penuh kasih sayang, ia memberikan air itu kepada anjing yang kehausan tersebut. Hingga akhirnya, minumlah anjing tersebut dengan puas. Dengan adanya tindakan yang dilakukan lelaki itu, Nabi bersabda: “Kerana itu (tindakan menolong anjing yang kepayahan), Allah berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan itu serta mengampuni dosanya.” (Riwayat Bukhari). Ada juga kisah pelacur yg diampunkan dosa2nya selepas dia memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya sebagai tempat takungan air.

Dan mengejutkan, aku terjumpa blog ini juga Lelaki berjubah bersama anjing2 nya. Mengejutkan tetapi menarik tuk dibaca dan berkongi bersama anda semua. Bacalah dengan minda yang terbuka dan hentikan memandang hina dan menyeksa binatang.Kesimpulan yang aku boleh buat, janganlah kita suka hati meghina binatang, sesungguhnya binatang pun makhluk Allah dan punya perasaan. 









Mintak izin letak pic ni ok encik MKI


~Renung2kan dan selamat beramal~ 


P/s: Banyak ilmu aku dapat dari aktiviti menggoogle hari ni.

Monday, April 19, 2010

Malang memang tak berbau..

Alkisahnya, pada tengah malam semalam, sedang nyenyak2 tido, tetiba terjaga sebab nak terkucil.Mmg kebiasaannya tiap malam aku tido tutup lampu semua. Jadi bilik mmg gelap gelita.Dalam keadaan mamai2, mata pun macam bukak tak bukak,jalan huyung hayang nak menghala ke pintu..

TIBA-TIBA...

Aku terpijak sesuatu! Erkkk! Sakitnya ibu jari kaki belah kanan ni.Huuuu..Sakit! Dalam keadaan mamai terus jadi segar bugar. Huuu..aku terpijak ape ni?? Gigih bukak lampu. Tengok apakah benda durjana itu.Sekali rupa2 nya..

Gigi2nya yg tajam itu! Huhu..

Sakit ok!! Unexpected tul la. Aku ingatkan kaca ke ape ke. Rupenya benda ni.Huu. Tapi mmg salah aku gak sbb tak letak balik tmpat asal lepas digunakan. Main letak atas lantai je. Haaa..kan.Padan muka diri sendiri. Akibatnyaaaaaa..

Pendarahan kecil telah berlaku.Huuuu

Terkoyak tapak ibu jari. Pedihh woo bile kena air. Nak jalan pun kena jungkitkan ibu jari kaki.Nasib badannn (-_-). Pengajarannya, jgn letak barang merata2. Uhuk


Monday, March 15, 2010

Adik cuma nak tanye je bu..














Buang tepi jalan je..ish ish






Pagi td,bukak yahoo inbox ,terima gambar2 ni dari sorg member. Ya Allah..sadisnyaa. Rasa nak menitik air mata tgk gambar2 ni. Aku tenung satu2 gambar. Tergamaknya diorang buang baby yg tak berdosa ni. Boleh dikatakan sekarang setiap hari ada kes pasal buang bayi ni, terbaru berita hari ni, mayat bayi lelaki dijumpai dekat surau. Rasa nak mencarut2 je kat org yg buang baby ni.Buang anak macam buang sampah. Bodoh piang! Buat anak beria2, pastu mengandung, bila dah keluar anak tu ,ko campak sesuka hati. Ishh.. ku malas nak emo2, kang kalau aku dah emo, berjela2 makian n carutan keluar.Tengoklah gambar yg baby yg dalam baldi tu..masyaAllah. Ni bukan binatang dah ni, tapi lg rendah dari binatang. Kenapa harus buang?? Banyak lagi cara lain selain buang baby2 ni, bagi kat pihak berkuasa ke, jabatan kebajikan ke. Oh lupe, diorg terlalu rendah tahap pemikiran smpai tak boleh fikir sejauh ni. Ade jugak bg alasan takut malu. Watdehel la..ko buat tak malu, conteng arang kat muka mak bapak tak malu, nk bela anak sendiri, darah daging sendiri..malu pulak?? Kat luar sana ramai insan2 yg susah nk dpat zuriat, yg subur senang2 dapat zuriat, di buang2 anaknya. Dunia..oh..dunia. Semoga mereka yg membuat kerja keji ni mendapat balasan setimpal. Mungkin di dunia ko lepas, tapi di akhirat, pasti!

Gambar2 ni disekalikan ngan surat bawah ni. "Surat adik untuk Ibu". Renung2kanlah...


Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....



AlFatihah tuk baby2 yg tak brdosa ni ..



Friday, January 22, 2010

Kawan datang dan pergi


Malam tadi aku belek2 album lama. Zaman sekolah dulu, zaman belajar masa dekat Sarawak dulu. Sedar tak sedar dah dekat 9 tahun aku tinggalkan alam persekolahan (eh, pesal ayat aku dah macam novel pulak ni?? ). Dalam tengah kusyuk2 aku belek sekeping demi sekeping gambar2 tu, tetiba hati aku jadik sayu bila tengok sekeping gambar ni. Gambar aku dengan salah seorang kawan baik aku (lelaki). Masa sekolah dulu, kitorang sangatlah rapat, semua benda nak dikongsi sama2. Sama2 kaki muzik (kot?), sama2 suka berborak. Tapi lama2, kami buat keputusan bodoh tuk teruskan hubungan kami, bukan sebagai kawan tapi sebagai couple (lepas habis sekolah).Alasannya, mungkin sbb dah terlalu serasi, banyak kongsi minat yg sama, kalau jadik couple, mesti takde masalah, semuanya mesti indah2 belaka.


Tapi mmg semua harapan kitorng yg masih hingusan tu tersasar jauh ke laut. Rupa2nya lepas couple, banyak halangan & dugaan terjadi. Aku mintak putus dan nak kitorng jadik macam dulu, macam bestfriend je. Tapi si lelaki kata tak boleh. Dia kata macam mana nak ulang balik jadik macam dulu sbb dia dah sayang aku lebih dari seorg kawan. Susah. Susah bagi dia, tapi senang je bagi aku. Lepas tu, persahabatan kitorang yg dah lebih 5 tahun tu rosak macam tu je. Rosak! Kami dah jarang berhubung dan sekarang, lost contact macam tu je. Hilang sorang bestfriend aku. Ish..ish..


Benda sama jadik kat aku masa kat Sarawak dulu. Terlanjur sayang dekat besfriend sendiri. Bodoh betul. Bila dah clash, try nak betulkan keadaan, kekonon nak jadik bestfriend macam tu, mmg tak dapatlah. Cuba buat macam mana pun, kitorng tetap tak boleh jadik macam dulu. Cukuplah kawan biasa2 je, bukan bestfriend. Haih..hilang lagi sorg bestfriend aku. So, kesimpulan yg aku boleh buat kat sini, jgnlah sesekali kite terlanjur sayang dekat bestfriend kita sendiri (berlainan jantina) sbb benda tu boleh merosakkan (or memutuskan) sebuah persahabatan yg best. Dan bila persahabatan tu dah rosak, don't try too hard to fix back everything. Mmg tak dapat. Jadi, kalau bestfriend, remain bestfriend je, kalau nak berkasih sayang, berkasih sayanglah dengan orang asing yg bukan kawan kita. Sbb kalau jadik apa2 pun, kita kehilangan seorang kekasih je, bukan hilang 2 sekali gus. Kekasih + kawan.


Tetiba aku terfikir, kan best kalau dapat ulang balik masa. Harap semua ni tak pernah terjadi. Mesti kitorg happy2 berkawan sekarang. Boleh lepak & hangout sama2. Share problem & ideas sama2. Tapi aku tak menyesal dengan apa yg terjadi (sedikit terkilan + sedih mungkin) sbb aku yakin & pasti semua yg terjadi ada hikmahnya. Mungkin masing2 termasuk aku, akan ditemukan dengan org yg lebih baik. Let bygones be bygones.Apa2 pun aku bersyukur dapat jadik kawan diorg (even tuk sementara), yg penting kenangan dengan diorg ni sikit sebanyak telah mematangkan aku (^_^)


Ingat..jangan bercinta dengan besfriend sendiri tau. Nanti sendiri yg rugi..



Bersyukur aku ada centahati & Lalan sebagai besfriend sekarang. Hope semua ni berkekalan sampai akhir hayat. Lan, kalau kau kahwin nanti kau tetap kawan baik aku kan?? ;)











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015