Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Great Times & Great Friends~





Saya tak perlu kawan yang beribu tapi dari yang jenis batu api, pendengki, busuk hati, bercakap buruk pasal saya dan family saya, penuh dengan unsur2 negatif dalam diri dia dan sebagainya. Sangat tak perlu.Shuh! Shuh! Cukuplah kawan yang hanya boleh dibilang dengan jari tapi dari yang jenis sangat baik hati, memahami, menjadi diri sendiri,persahabatan yang kekal sampai mati ;).Great friends, great parents,great hubby,great siblings,great family, great family-in-laws. I am blessed to have them in my life. Terima kasih Allah ;)



P/s:Salam Maal Hijrah. Smoga kita sentiasa dalam lindunganNya :)

Tuesday, March 15, 2011

Kawan ;)

Apa beza kawan & kawan sejati? Kawan, rasanya semua orang pun ada kawan kan.Tapi kawan sejati?? Hmm..susah nak cari. Kawan ni pula ada banyak kategori. Kategori baik = kawan baik.Kawan baik ni, yang sangat baik dengan kita. Baik yang jujur. Bukan baik yang bersebab.Bila kita berkawan dengan mereka, kita dapat rasakan the warmness of their friendship.Betul2 ikhlas. Kita pun rasa sangat sayang dengan kawan kategori ini.Tak kiralah baru kenal ke, dah lama kenal ke, tapi bila mereka masuk kategori kawan baik ni, automaticly kita akan sayang mereka.Anggap mereka macam adik beradik sendiri.Even kalau duduk berjauhan pun, ada rindu dalam hati ;)

Kategori lain pula ialah kawan kategori busuk hati = kawan jahat. Ehh..ehh..ada tau kawan jahat, yang busuk hati dengan kita, tapi still jugak kita yang baik hati ni labelkan dia sebagai kawan. Kategori yang macam ni tak tahulah nak cakap mana eh, kekadang dia sangat baik dengan kita tapi pada masa yang sama dia ada perasaan tak puas hati dengan kita. Tak tahulah tak puas hati kenapa, tapi ada jelah perasaan tak puas hati dia tu. Pelik. Merangkap kawan talam bermuka jugaklah ni. Mintak di jauhkan la ye dengan kawan sebegini.


Yang ni pula kategori kejap ada, kejap tak ada = kawan chipsmore namanya. Kawan kategori ni..hmmm..ibarat bila dia susah takde duit, dia akan datang cari kita, tapi bila kita pulak takde duit..dia pun hilang entah ke mana. Tak pun kawan yang dah lamaaaaa tak jumpa, tetiba dia ajak jumpa konon rindu segala, sekali dah jumpa dia kenalkan kita dengan bisnes MLM dia.*Sigh. Biasanya kategori macam ni tak memberi kesan pun dalam hidup kita. Dia datang, lepastu pergi. Kita pun tak rasa apa2.

Kawan sejati pulak macam mana?Kategori ini yang persahabatannya kekal selamanya. InsyaAllah.Kawan yang biasanya dia boleh jadi semua untuk kita. Jadi kawan, jadik adik beradik, jadik tukang bagi nasihat, tukang dengar, tukang simpan rahsia, tukang marah, tukang nangis,tukang sokong.Eh,semua jenis tukang lah. Yang memang kita sangat2 serasi bersama dan orang yang paling kita percaya. Tanpa ragu2 kita luahkan segalanya kat dia. Yang kadang2 dengan adik beradik sendiri pun kita susah nak buat macam tu. Yang bila masa senang dia ada, kalau masa susah lagilah dia ada bersama. Yang kalau gaduh pun ( uishh..tipulah kalau kawan tak ada salah faham kan), kita saling maaf memaafi. Senang nak maafkan kawan kategori ini.Sebab kita sayang dia sangat ;)

Dan terima kasih Tuhan sebab temukan saya dengan kawan2 yang baik.Tak terhingga syukurnya bila ditemukan dengan kawan sejati yang seorang ini.Yang saya kenal 12 tahun lalu. Masing2 berhingus lagi. Zaman masing2 duk fanatik dengan cinta monyet masing2. Hahaha. Dari sekolah, universiti, kerja & berkeluarga,dia akan tetap jadi diri dia. Dan saya tetap menjadi saya. Sebab tu lah kami ngam together ;)


Mungkin sebab kami kawan baik, jadi muka kami pun orang kata macam nak sama?Jodoh kuat ni. Lol


Erina & Nazliah & Baby Luqman ;)

Babe, ingat tau..nanti kita preggy sama2. Weehee~

(^_^) 


Tuesday, February 08, 2011

Kami setelah 10 tahun meninggalkan sekolah (edisi panjang)

Ini adalah kami yang sekarang
(ulang tayang gambar sebelum ni)

Dari kiri: Fatien,Aku, Nazliah, Zira dan Hanin.
Kami sekelas since form 4.4 Anggerik, masa form 5. 5 Anggerik


Nak tengok gambar kami 10 tahun lepas?









Nah!
Kami 10 tahun yang lalu.Hahaha

Masa ni form 4.Join Kem Ibadah dekat Masjid Shah Alam
Dari kiri: Aku lah tu weh!!, Zira, Nazliah,Ipah, Fatien, Hanin, Ayu
 Tengoklah aku masa form 4, dengan gumuknya,dengan spek nerd nye.
Serius dah macam makcik2 pun ada. HOMAIGOD!


So hari Ahad haritu, satu gathering kecil2an diadakan ;) Tempatnya dekat Serai Empire, Subang Jaya. Jumpa balik lah kami semula. Beramai2.Bukan lah maksud lepas sekolah kami terus tak jumpa, memang berjumpa, tapi semalam jumpa sebab nak kenal dengan sorang ahli baru ni. Baby Harith ;)


Gathering kali ni memag lain dari lain sebabnya, memasing bawak hubby & baby. Sangat comel ok. Memasing dengan busy nak melayan karenah baby masing2, dengan gilir2 bf (breastfeed) baby masing2. Aku tengok diorang semua macam "Eeeee..bestnyeee!! Cepat2lah aku dapat baby nanti!". Boleh gitu? Haha. Lepastu borak2, macam tak percaya ye yang kitorang dah 10 tahun tinggalkan sekolah. Kalau lepas2 sekolah terus kawen, mesti memasing anak dah 10 tahun  kan ;p


Jom kita berkenalan dengan baby2 comel ni. Rasa nak geget sorang2!


Hai. Nama saya Khalid ;)
Umur saya 7 bulan.





 Hai.Saya Luqman ;)
Umur saya 5 bulan.
(ni pic masa pergi rumah dia dulu)
Sekarang dah bam2!


Haiii..saya baby Harith ;)
Umur saya 2 bulan.
Si kecit comel2!

Itulah dia si Harith ;) Orang baru. Baby boy Hanin. Dari sehari2 nak visit dia tak sempat2, alih2 sampai mama dia dah habis pantang, Harith pun dah 2 bulan, baru sempat jumpa dia. Huhu. sorry baby, aunty Ena sangat2 sibuk.Ye..baby2 semua adalah boy. Tomey2 je ;) Oh seronoknya hidup dikelilingi baby2 kecit ni.Hehe.


Dan mereka bersama keluarga2 mereka yang tersayang ;)

Fatien & Family ;)


Nazliah & Family.


Hanin & Family

(^_^)

So sweeet kan memasing dengan family memasing. 
Gathering tahun depan tambah satu lagi pic family macam ni ok
Eceh..aku dah berangan dah ni.Haha
InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin  ;)


Rasa macam tak puas je jumpa diorang haritu, kalau boleh rasa macam nak borak lama2 je lagi tapi apakan daya, baby masing2 dah keluarkan alarm. Banyak benda jugaklah aku belajar masa gathering haritu. Yang pertama, mak ngan ayah tak boleh makan sekali, kena sorang makan, sorang lagi pegang baby. Gilir2. Yang kedua, kalau boleh carik meja yang sembunyi2 sikit, sebab nanti senang nak bf (breastfeed) baby (nasib kebetulan haritu aku reserved meja hujung2). So masa diorang nak bf, just pusing menghadap dinding pastu bf kan baby diorang. Senang ;) .Yang ketiga, jangan sesuka hati bagi baby diorang makan, kena mintak izin mak ayah baby dulu. Haha. Yang ni aku bagitau sebab aku dah terrrbuat ok. Slumber je lah pulak aku suap si baby Khalid macaron. Dengan niat nak suh baby Khalid rasa kemanisan macaron tu.Sekali mama dia tak bagi daa.Hahhaha. Ampunn Fatien.Ampun! Nasib baik mama Fatien tak marah. Hee.Pheww~ Suka2 hati aku je kan nak bagi baby orang makan benda pelik2. Haha. Dan yang last sekali, senangnye laaaa kalau bf. Tak payah susah2 nak bancuh susu baby kalau dia mengamuk lapar. Pakai nursing cover tu, sumbat nenen (nenen? ;p). Terus senyap! Lepas kenyang. Tido. Senang sangat tengok diorang bf baby diorang.

Next gather nanti mesti baby dah besar sikit, dah boleh duduk atas baby chair, so senang sikit la mama2 nak bergosip.Hoho

Macarons. Si pemanis mulut ;)


Sunday, February 06, 2011

Kami setelah 10 tahun meninggalkan sekolah

 (^_^)


                                                                      

Monday, June 28, 2010

Bergumbira sebelum bertapa.

Apakah tajuk macam tu? Haha. Lantaklah. Tak tau nak bubuh tajuk apa. Hari Ahad semalam apa aktiviti kalian semua? Eceh..tanya2 pulak. Sebenarnya nak bagitau, aktiviti aku semalam ialah ke Sunway Lagoon. Lalalala. Ye..2 bulan berturut2 pergi Sunway Lagoon. Belum sempat sunburn yg dulu pulih, datang sunburn baru lagi.Sadisss.(T_T) Kali ni bergathering dengan member2 masa kerja dulu. Macam2 idea aku bagi tuk aktiviti gathering ni, ajak piknik kat Bukit Cerakah lah, karok la sebab nak elak pergi Sunway Lagoon punye pasal, last2 majority mengatakan.."Kami memilih tuk berjimba2 di Sunway Lagoon!".Huu..pasrah je lah. Lagiii best sehari sebelum ke Sunway Lagoon, bendera jepun datang melawat.Perghhh! Bulan lepas gi Sunway Lagoon tak dapat mandi, kali ni pergi pun tak dapat mandi jugak.Adakah ini sumpahan?? Pasrah lagi buat kali kedua (T_T)

Nah2. Tempek gambar banyak2. Memandangkan aku tak dapat mandi, aku main puas2 kat drypark tu. Baru rasa berbaloi bayar tiket RM60.Bulan lepas masa gi ngan family tak dapat main banyak sangat, kali ni main puas, sampai rasa nak muntah.Haa..amik ko! (@_@ )


From left: Akmal, Fara, Maria, Pudin & Lalan



Haha. Excited lebih


Kembali ke alam dinosor. Even permainan tak mencabar tapi peduliikkk!
Main jugak.Haha


Weeeeeeeeeeeeeeee!


Kayu balak sungai Rajang. Benda ni besttt! Bikin jantung stop 3 saat.
Budak2 laki dua org ni gila tau, kalo bab jerit suka je. Jerit ngade2. Padahal takde mende pun, tapi suka suki jerit bazir suara. Ishhh..siku kang! haha


Akibat permainan tadi, kami semuaa keceburrrr!! Kebasahan.


Roller coster tak mencabar.Haha


Yang tengah tu kena hukuman sula sebab berkelakuan lucah melampau.


Roller coster ni bestttt! Syok2! 

Dah puas main permainan yang suam2 kuku je thrill nya, kami ke permainan yg super duper thrill pulak!


Kapal berpusing 360 darjah di langit biru!
Weeeeewuuuuuuuu!


Adakah anda berani naik kapal damn scary ni. Saya berani!. Mari saksikan kronologi saya menaiki kapal ini.



Bersemangat beratur dengan gigih


Mencari posisi tempat duduk dengan selesa


Siap2 pasang penghadang dada dengan semangatnya.

Tiba-tiba!

Teringat kenangan dulu2, pernah naik kapal ni, lepastu dada sakit berdenyut2 2 hari akibat penghadang dada tu!

Akhirnya amik keputusan drastik.

Untuk turun dari kapal itu serta merta.

Hahahaha.

Eh..eh..tetiba Fara pun join turun kapal sama.
Dia kata tetiba cuak.

Tapi betul, pengahadang dada tu bagi impak besar. Sakit tau kena tekanan. Dahla ketat benda tu. Huhu. Kesimpulannya, saya memang berani untuk "naik" dan duduk atas kapal sebelum ianya mula bergerak.Syabas kepada saya. Hahahaampeh!


Akhirnya, 3 org je dari kami yang naik. Lan, wan, maria.
Cayalah Maria! Dia first time naik kapal disaster ni. Memang cuak gila, siap jerit smpai takde suara dah. Hee.Cian dia ;p


Weeeeeee~


Yeahhh! Part ni yg best nih. Haha

Habis je, bila semua orang dah turun. Maria terhuyung hayang.Nangis2!
Holoh oloh holoh. Cian adik aku sorg ni. Hee. U go girl! ;)
Pasni nak naik lagi tak? Ngeeeee ;p


Dan setrusnya ke widlife park....sekali lagi (T_T). Macam dah siaran ulangan pulak
Tetiba aku kelihatan seperti sedang mengandung 5 bulan. Abaikan.Haha

Tapi yang best kali ni kau dapat gomol2 ngan haiwan kat situ. Haritu pergi ngan family tak sempat lama2 kat sini, lagi pun bawak baby Iman kan, tak boleh duk lama2 kat tmpat binatang ni. Takut asma

Nah..kekura pasrah! Agaknya aku ni org yang ke berapa ratus ribu la yg dok angkat2 dia kan.Nasiblah..siapa suruh ko comel dan pasrah. Haaha


Nah..arnab gebu pulak! Fara feeling pegang arnab sampai terpejam2 mata pulok!.Hoho

Akhir sekali.


Nah! Ulaq sawa albino. Aloloh..comeynye ko ulaq sawa..kunin gitu. Sesuai buat rantai raya ni. Baru exotic.
Tetiba feeling Brtiney bila pegang ulaq albino ni. Awww~
Hahaha.

Dan seterusnyaa..ke taman basah. Wetpark
Memandangakan aku tak boleh mandi, aku lepak kat kerusi panjang tepi pantai ala2 macam tengah buat sunbathing. Sambil2 melihat diorang mandi manda denagn seronok. Ishhhh!Nyampah ai tau. Ai hate u olls!Eceh..tetiba nak emo pulak. Blame it on hormone. Tetiba ;p


Dalam pukul 3 camtu aku mintak izin gerak dulu sebab kena jaga kedai petang tu. Kalo stay pun bukan bole mandi kan.Sob sob sob. So, terimala gamba ni sebagai penutup entry.

 Bersama jejaka2 basah.
Motip letak pic ni sebab dalam pic ni jelas kelihatan,aku semakin sehat, tembam, montel bagaikan juara.
Montel tanda bahagia. Setuju? ahaha.

Oklah,sekian terima kasih.

Friday, June 04, 2010

Rindu mereka~

Tetiba perasaan rindu datang membuak2. Bukan sikit2 punya rindu.Gila banyak punya rindu. Rindu kat kawan2 masa kerja dulu.Bukan rindu kat kerja.Kerja aku dah lupa dah.Haha. Jahat tak?Serius..even jumpa mereka tak lama, tapi perangai masing2 yg gila2 dah cukup buat kenangan tu termelekat statik je kat hati ni. Tetiba teringat zaman everytime buat assessment & lepas jawab mock call. Muka memasing cuak mcm cicak. Hahahaha.Betul la org cakap, kawan ni main peranan penting dalam hidup, kalau kawan kite tak best, hidup kita automatically akan jadi tak best, suram muram je. Kalau kawan kita best..kita akan ingat diorang sampaiiiii bila2! ;)) Mana ade orang lupakan kawan yg best kan?


Weewitttt!

Spread the loves baybeh!

Rindu kat budak2 gila nih! Hahaha..

Zaman kegemilangan. Time ni ramaiiii, sekarang batch ni dah berkurangan.Hmm..adatlah tu kan. Dapat kerja lain yg lagi bagus takkan nak tolak 


Eh..korang memang best lah!

Eheeee..thanks dekat VADS atas pengalaman yg berharga ni. Kalau aku tak kerja sini, tak jumpalah kawan2 yg best tu kan? ;)


Wehhh korang..jam ar buat gathering. Kita jumpa kumpulkan balik batch 154. Semuaaaaaaa! Rindu gila tau tak nih!

Wednesday, May 12, 2010

Movie + makan2 + moment capturing = Best kuasa 23!

Wehuuuu~ Semalam adalah hari yg amat seronok! Baca title kat atas pun dah tau kan kenapa. Bersama2 ngan kawan tercenta aku ni telah menggembirakan diri ke Pyramid semalam. Tujuan utama tuk berjimba2 tgk movie & makan2 smpai fengsan. Hoho.Lama tak berjumpa beliau, jadi perasaan happy berganda2 ;))

Bersama Cik Bubud ;) Bakal pharmacist ni. InsyaAllah~

Semalam masa tgh bersukaria sambil2 berfikir2 nak tgk movie apa, boleh pulak kasut aku buat lawak weh. Yee..kasut pun dah pandai buat lawak sekarang. Lawak samdol! Tercabut pulak tapak dia. Masa memula tercabut sikit je, budget nak gi carik gam gajah pastu lekat, sekali on the way nak carik gam tu..boleh pulak tapaknya tercabut semua! Sadiss.Nasib dekat2 ngan kedai kasut..terus masuk carik sandal baru. Yang murah2 sudeyy.Huhu


Tengok! Samdol tak samdol lawak wedges ni, dahla baru beli. Haihh~


Nasib ada sandal RM10 ni. Save budget..hihihi
Ala2 Ipanema gitu kan..jadilah..sandal emergency nih ;)

Since movie yg kami nak tgk tu start pukul 6, jadi kami berjalan2 carik makan dulu. Memacam dalam otak ni, nak makan TGIF la, Bubba Gump la, Ayam Penyet Ria la, Tony Romas la..sambil2 tu meronda2.Selera kami mmg besar masa ni. Last2 kaki stuck dekat depan Chicken Hartz. Haha. Mmmg sesuaiii sgt tuk kami yg tgh lapar gila ni kan.RM20. All u can eat beybeh.Mmg berbaloi. Yeahh2~


Nom..nom..nom..food heaven~

My favvy!!! Potato chips kat sini mmg cedap!

Kenyang perut, suka hati ;)))

Then kami pergi tgk wayang. The Losers. OMG! Movie ni mmg bestttt. Best kuasa 23! Cerita pasal revenge. Taknak cerita banyak. Pergi sendiri tengok, siapa kata tak best aku bagi 1 shawl free. Haha. Boleh gitu? Dahla hero2nye kiut2 & kental2 belaka, nasib aku tengok ngan Bubud, kalau tgk ngan cintahati ni, mesti dok selalu cover mata aku taknak bagi tengok lebih2. Hahaa.


My feveret heroes dlm movie ni ialah

Muke cam Adam ;)

The coolest dude. Watak dia boleh bikin jatuh centa tau ;p

"Don't stop believing
Hold on to that feeling
Streetlight people "

Habis movie, mulut asek nak nyanyi lagu ni je..hehe.Lagu tema movie ni. Lagu feveret dalam Glee nih! ;p

Pas tgk wayang, kami menyinggah pula dekat FULLHOUSE.Lifestyle store & cafe. Ohh..cafe ni mmg cantik! Kami terpikat ngan deconya. All white. Ownernya ialah Korean & dia amik nama Fullhouse ni sempena cite korea Fullhouse tu. Yg Rain jadik hero tu. Kami minum2 sambil teruja. Hehe

Chocolate mint & Vanilla Strawberry. Nyummy ;)
Foods & Drinks kat sini pun mmg affordable. 
Lebih kurang Secret Recepi je.

Ada jual baju2 & accesories juga. Kawaiii~

Putih itu suci ;)

Lovelyy~ 
Waiter & waitress kat situ pun sgt ramah. Volunteer tuk snapkan gambar kami ;)

With Thomas the tuan rumah ;)

Mmg jatuh centa ngan cafe ni ;)
Anda semua sila terjah ok.
Sunway Pyramid level LG1

Wahhh..such a great day lah! Ok, itu saja aktiviti pada hari semalam. Masa tuk kemaskini ShawLover plak. Lalalala~









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015