Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Apam polka dot jadi pelangi ;)

Haritu sempat belajar buat apam mini polka dot dari kakak kesayangan, rupanya senang amat je buat nya. Oh, kakak kesayangan saya ni memang hebat bab2 buat kek, muffin, segala coklat ni. Di hujung jari beliau je. Resepi apam mini ni beliau ambik kat My Resepi ni je. Sebijik2.Jadi, untuk sesiapa yang nak try, klik je link My Resepi tu ok ;) InsyaAllah, jadi.

Dah siap buat adunannya, asingkan dalam mangkuk2 kecik untuk bubuh pewarna kesukaan.




Untuk hasil kerja yang lebih cantik & mudah, bubuh adunan tu dalam piping bag. Senang! Picit2 je 




Ini ialah apam polka dot versi belum masak.



Bila dah masak, harus menggebu begini. Kalau tak gebu mungkin disebabkan masa pukul telur tu tak lama, jadi telur tak kembang.

Si comel2 telur dinosor ;)

Tapi disebabkan saya dah bosan buat polka dot ni, saya buat corak lain pulak. Corak pelangi !!


Hoho. Comel bukan?

Lepas ni nak try buat corak ladybird macam ni. Serius comel, dahla gebu sangat!

Si comel2 ladybird! Kredit to Kak Ila

Sangat comel untuk dihidang masa Hari Raya nanti. Cubalah ;)


P/s: Haritu ada someone email tanya no telefon Abg Man pelamin,masa nak reply tertekan button delete pulak, jadinya..tak dapat nak reply. Huhu. Btw,kepada yg bertanya tu..ni no Abg Man tu ok (0192000798) ^_^

Tuesday, June 28, 2011

Main masak2 mini pizza ;)

Malam tadi adalah sesi main masak2 bersama encek hubby. Hoho. Masak mini pizza yang amat sempoi tapi sedap. Thanks to Puan Arie for the recipe.Anda2 pun boleh cuba, semudah 123 je.


Meh kita tengok bahan2 dan cara membuatnya:


Bahan2 nya ialah,hotdog, cendawan butang dan cheese yang dipotong2 kecil. Semalam saya guna Kraft Singles cheese je. Hehe.Sos spagetti. Tak kira apa2 brand pun.Oh ye, roti burger jangan lupa ye ;)




Belah 2 roti burger tersebut, sapukan planta diatasnya, kemudian bubuh sos spagetti ikut citarasa anda.Saya suka bubuh lebih biar rasa masam2 gitu.



Kemudian, bubuh la hotdog, cendawan & cheese diatasnya. Hias ikut sukahati. Dah macam main game pizza frenzy je ni.Haha. Oh ye, bak kata Puan Arie, untuk bau yang lebih sedap, taburkan dried oregano di atasnya.


Encik hubby membuat mini pizza extra cheese nya ;D


Bakar didalam oven lebih kurang 8-10 minit.


Tadaaaa!! Mini pizza yang telah siap!

Perasan tak cheese tu macam tak berapa cair? Mungkin kalau pakai mozarella cheese baru cair kot kan.Yang penting rasanya memang sedap sangat . Keluar dari oven je terus ngap! Roti bawah tu rangup2 je dan isi di atasnya pulak panas2 dan bila bercampur dengan cheese,walahhh! Memang perfecto!Kesedapan sangatlah adoinya pun!! Hoho.Sila lah mencuba ye kalian semua! :)

Thursday, February 03, 2011

The way to a man's heart is through his stomach :)

Buku resepi saya :)

Mulai sekarang, saya kena belajar masak.Almaklumlah, nak kawen kan, tak kan lah tak pandai masak. Nanti lepas kawen, nak bagi encek suami makan apa? Coklat hari2? Takpun kentang goreng hari2? Haha. Kesian nye la dekat encek suami nanti.Saya mengaku, saya memang kurengg sikit bab2 masak ni. Ala..setakat yang senang2 tu boleh la (itu, adik bongsu saya pun reti ;p), cuba suruh saya masak kari ayam ke, tomyam ke, daging masak merah ke, siakap 3 rasa ke..manalah nak tahuuuu! Selama ni mama je yang masak kan semua. Tak pun order je kat kedai. Huhu. Saya kalau bab2 buat coklat & masak kek ni pandailah. Hee. Jadinya, sebagai initiatif untuk memajukan diri sendiri dalam bidang masakan (cewahh), mulai harini semalam, setiap hari saya akan cuba masak. Masak makanan yang saya tak pernah masak. Dan juri masakan nya opkoslah mama selaku juri utama yang akan menilai masakan saya.Juri2 yang lain selaku adik beradik.Diorang yang akan bagi komen tentang masakan saya.Lulus ke tak masakannya. Resepi2 nye senang je nak cari. Klik jelah dekat myresepi.com ni. Cari jelah resepi masakan apa yang kita nak. Semua ada ;) 

Jadinya semalam, gigih cari resepi nasi ayam. Tetiba macam nak buat nasi ayam pulak. Pergi beli bahan2 nak buat nasi ayam kat kedai runcit depan rumah (pakcik kedai tu pun pelik, tak pernah nampak pulak anak dara sorang ni kedai dia sebelum ni.hoho), balik tu terus berperang kat dapur. Sambil potong bawang, kejap2 tengok resepi. Sambil goreng ayam, kejap2 tengok resepi. Haha. Dummies sungguh. Dan akhirnyaa...



Inilah hasil cubaan pertama saya memasak nasi ayam madu ;P


Bukan nak puji diri sendiri. Tapi semua yang makan cakap sedap. Hoho
Mama cakap lulus, cuma sup nye tu je. Cair sikit.
Indah rupanya perasaan bila orang puji masakan kita sedap kan.:D
Ni yang buat semangat berkobar2 nak masak2 lagi ni.


Nak resepinya? Klik sini ok ;)


Saya bukanlah seorang yang sempurna. 
Tapi saya cuba untuk jadi yang terbaik.
Saya tak pandai masak, tapi saya cuba untuk pandai memasak. 
(Dey, apa yang saya merepek ni?Haha) 




Maksudnya, saya nak cakap,lepas kawen nanti saya nak jadi isteri yang terbaik. Yang menyenangkan suaminya. Pandai kemas rumah, pandai masak, pandai urus rumahtangga, pandai jaga anak2, pandai jaga badan juga. Eh eh..termasuk ke? haha.. Pendek kata, pekej lengkap untuk seorang isteri.Haa..tengok..kan saya dah berangan ni.Awal2 cerita pasal masak, tetiba masuk pasal berangan pulak.Tapiii..saya rasa setiap perempuan ada angan2 macam ni kan? ;)


P/s: Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuaile ;)

Sunday, December 07, 2008

Sesi membuat custard caramel dan sesi berBBQ

Pada sebelah paginya, (pagi tak pagi sgt la..sbb semalamnya dah tdo lewat kan anyam ketupat), sesi membuat custard caramel yg sedap lagi sgt senang. Cara2nya ialah

Pertama : Sila beli dulu custard caramel instant seperti di bawah

~Di luarnya begini~


~ Di dalamnya begini~

Ada 2 peket custard mix ngan 2 peket sos karamel


Kedua: Campurkan custard mix tu ngan 1000 ml susu dan kacau kacau kacau smpai mendidih




Ketiga : Masukkan custard tadi dalam bekas pastu terus tuangkan sos karamel




Akan kelihatan lapisan sos karamel seperti di atas


Keempat: Sejukkan custard karamel tadi dalam peti ais. Masa nak hidang, terbalikkan custard.


Tadaa..inilah hasilnya. Sedappp...

Petang tu, family abang dan kakak ku tiba. Meriahla rumah ngan tentera2 kecik tu. Bila dah ramai2 ni, confirmlah best buat BBQ kan. Jadi..Pada sebelah malamnya pulak ialah sesi berBBQ..

Para2 ibu ditugaskan untuk mencucuk daging sate


Para2 bapa ditugaskan untuk membakar




Dan para2 anak ditugaskan untuk makan makan makan.
Nyummmmyy!











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015