Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Saturday, December 06, 2008

Sesi membuat kek coklat dan sesi pulang ke kampung

Pada sebelah paginya, sesi membuat kek coklat....


Sebelum




Selepas



Pada sebelah malamnya, sesi pulang ke kampung...

(Updated)

Kek kat atas ni di buat sempena raya Haji. Cam biasa lah, setiap kali raya, tak kiralah raya Aidilfitri ke Aidiladha ke, wajib balik raya kat kampung. Kampung nye pun the one and only Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Muor. Sesape yg penah g bandar Muor, pas tol tangkak harus lalu simpang g kampung aku. Dalam kul 7.30 mlm camtu, kami bertolak ke kampung. Smpai lebih kuranga kul 9.30 pm. Sebelum sampai kampung, singgah kat satu gerai kecik, kita makannn dolu.

Encik Haji Abu Bakar ngan Puan Hajah Hamidah order teh sarbat. Apakah? Tak pernah pulak aku dengar jenis minuman ni. Kat Fradoo takde pon. Dalam pemikiran aku, mesti minuman ni special, mungkin kat Kesang Tasek je ada. Sesampainya minuman tersebut, aku tgk..Hmm..biasa je. Macam air susu je. Pastu aku rasa sikit, rasa halia. Huhu. Baru ku tau rupanya teh sarbat tu, teh halia la.


~Teh sarbat~

Aku wajiblah makan mi bandung. Apa barang g Muor kalau tak mkn mi bandung. Tak complete la. Dan mi bandung kat gerai ni mmg terbaikla. Sluuurpp. Superb!


~Mi bandung, nasi lemak Rm1 ngan teh o ais~
*perghh*

Aku agak tertarik la ngan bekas nasi lemak tu. Bersusun cantik je kat meja sebelah. Aku ingatkan burger. Dalam hati time tu "Wah, canggih gak gerai ni, siap de burger susun2 cenggini..selalu gerai taruk nasi lemak ke, tapai ke". Sekali bila aku bukak bekas tu, mmg nasi lemak rupanya. Tipah tertipu bang..Haha

Sesampai je rumah, dah kul 11 mlm. Rehat2 jap, pastu g kat ruang tamu tgk mama dah mulakan operasi menganyam ketupat. Wahaha. Aku suka operasi ini. Aku pun tlg la mama, memula buat, failed. Pastu buat lagi, failed. Huhu. Dah lupa pulak camne nak anyam. Pas dah try byk2 kali baru jadik ketupatnya. Sambil tgk cerita The Mummy Return, akhirnya berjaya gak aku anyam 40 lebih biji ketupat. Tido kul 4 pagi. Punyalah semangat.


~Hasil operasi menganyam~


No comments:









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015