Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Congratz Cikgu Why ;)

Jumaat lepas kami berdua ke kampung Muar. First time balik kampung dengan encik hubby lepas kawen ni. Perjalanan 2 jam terasa kejap je bila dengan encik hubby. Hee.Sampai kampung semua makcik2, atok pun tegur aku dah montel. Semua pun cakap macam dah ada "isi" ni. Senyum je la.Padahal memang tengah membesar bagaikan juara sekarang ni. Tapi mana tau kot2 masin mulut mereka tu kan. Aminnn ;)


Si montel yang bahagia..ohoii :)
Sekarang memang suka makan. Makan makan dan makan. Ayoyo.

Sabtunya tu ada majlis pertunangan sepupuku merangkap pengapitku masa wedding dulu,Cik Why kita.Haaa kan..dah kena berkat pengantin. Hee


Pengapit terbaik ku ;)


Beliau ketika tunang. Sangatlah gojes! 
Berseri2 sangat ;)


 With the hantarans ;)


Encik Tunang & Cik Tunang.
Sweet bangat. Bagai pinang dibelah 2. Dah la dua2 ni pun cikgu. Memang padanlah ;)

Alhamdullilah, majlis pertunangan beliau berjalan dengan lancar. To Cik Why, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke saat lafaz sakinah dan seterusnya ke akhir hayat. Masa bertunang ni darah manis, banyak2 kan bersabar ok.Majlis kawen mereka pun tak lama je lagi. Semoga dipermudahkan segalanya ;)

Malam tu bawak encek hubby makan mee bandung. Dah jadi orang Muar kenalah makan mee bandung, barulah Muar sejati.Tapi encek hubby tak minat mee bandung, nasi pattaya jugak diordernya. Haiya.Apa macam ini? Nanti nak pujuk beliau jugak supaya minat mee bandung. Sedaplah mee bandung. Kuah pekat, ada daging, udang.Me like it very2 much! Nyumaay~ (Ok, bercerita pasal makan aku memang excited. Haha. Dan secara otomatik menjadi lapar (T_T))

Esok paginya sebelum bertolak balik, kami ke kebun ayah belakang rumah, ayah pesan suruh amik nenas yang dah masak. Nenas dekat kebun tu memang lah super besar2 ok. Nenas Sarawak.

Encek hubby gigih menebas nenas. 


Nenas gomok2. Sedapnyaaa! 
Tapi encik hubby tak bagi makan.Baiklah, saya akur menurut perintah.

Tapi yang ini lagi lazattt..

Duriann beybeh! 
Mengharapkan mereka ini gugur tapi sampai kesudah takde sebiji pun yang jatuh. Uhuk. Hampa.


Dan sempat beramah mesra dengan anak kambing belakang rumah atok juga.Comelnyaaa anak2 kambing ni, manja pulak tu. Rasa macam nak kendong sekor bawak balik Shah Alam. Haha

Dan begitulah aktiviti kami pada weekend lepas. Dan sekarang diri ini tersangatlah eksaited untuk aktiviti weekend ini pulak. Weheee. Penang, tunggu kami menyerang! :D



P/s: Misi hari ini, membuat 1000 pcs chos chips cookies. Wuhuuu!

Monday, June 21, 2010

Durian..durian..siapa nak durian?


Sekarang dekat kampung tengah musim durian. Yay! Musim buah memang best. Tapi yang tak best nye, on the way nak balik kampung semalam, terpaksa mengharungi jem (baca: kesesakan lalulintas) yang amat dahsyat! Tak pernah lagi kena bertarung dalam jem sedahsyat semalam. Bayangkan, perjalanan pergi Muar yang patut amik masa 2 jam je,boleh jadik 4 jam!! Gila bosan. Kereta pun bergerak ciput2 je macam hidup segan mati tak mahu.Dari masuk Seremban sampai ke Ayer Keroh jem! Argghh..tension! Masa tu dok pikir, tak guna jugak bawak kereta besar,sama je tersangkut kat jem. Terasa bawak motor jugak yang best time tu, boleh cilok2 sambil babai2 kat pemandu kereta yang tengah tension dalam kereta.Huh!



Jem tahap gaban! Tensi guwe!



Pemandu stress yang cuba menghilangkan stressnya dengan mengunyah kinder bueno. Malangnya, ia tidak membantu, tetap jugak aku stress! huhu..

Dah sampai Ayer Keroh baru smooth perjalanan. Aku pun tak pastilah sebab apa yg buat jem tu, tapi keadaan jalanraya penuh debu, dengan kaca pecah bersepah2, pekerja2 highway tengah sibuk bersihkan debu2 tu. Lori simen tumbang mungkin. Huu.


Dan masuk je simpang Kampung Sungai Mati, perasaan yang stress tadi secara automatik bertukar jadi tenang.Bila nampak je rumah, perasaan yang tenang tadi terus secara automatiknya lagi bertukar jadi happy. Yay! :))

Home Sweet Home beybehh!
Syukurlah selamat sampai ;))

Ingatkan malam tu nak pekena mi bandung marveles, tapi hampa, gerai makan tu tutup lah pulak. Huhu

Jadi,sebagai pengganti mi bandung: Sup tulang+ kailan ikan masin+ sotong goreng tepung+telur dadar pun sodap!
 Burpp! Alhamdullilah ;)

Pagi esoknya bersemangat wajar bangun awal, nak hirup udara kampung punya pasal. Pusing2 halaman rumah kejap, jenguk kebun belakang rumah, check pokok mana yang dah berbuah.

Kebun belakang rumah.Macam2 ada~

Sambil2 jalan jenguk atas tengok buah durian, cuak jugak, takut buah durian gugur atas kepala. Ishh..mintak simpanglah kan (T_T)



Kelihatan buah durian yang melambai2 riang di atas sana tunggu hari nak jatuh ;)



Ehee..buah rambutan pun dah start nak masak. 2 minggu balik ni konfem boleh buat kenduri rambutan ;)



Pokok duku langsat pun dah start nak keluar buah. I loikee ;)



Buah limau nipis yang lebat. Buat air limau ais pun syok nih!



Mangga muda. Makan masam2. Cecah kicap pulak. Slurpp. Tetiba terliur ;p



Pokok nenas Sarawak pun banyak yg dah berbuah. Tapi yang ni pelik sikit. Hehe. Perasan  tak apa yg pelik?

Dah puas meronda2 kebun, apa lagiiii..melantak time lah. Melantak apa? Haa..mestilah Raja Lawak! Blergh..tak lawaklah. Raja Buah yang sebetulnya ;p


Breakfast durian, lunch durian, dinner durian. Huishhh..heaven!~


Kena pulak yang isi kuning kunyit & gebu camni.Nikmatnya!!
Makan sambil tutup2 mata ;p

Hee..dahla, sampai sini jela eh entry ni. Tetiba blank pulak. Mata dah ngantuk. Sok sambung lagi. Boleh gitu? Ehh..tetiba mari idea, ni kalau bawak geng2 memuah balik kampung pekena durian ni, macam best jugak kan. Haa..siapa nak pergi makan durian? Angkat tangan!! :))


Tuesday, September 01, 2009

Pantun KampungKu




Kampung Sungai Mati nama diberi,
Terletak di Muor, Bandaraya Maharani,
Gambar di atas adalah rumah kami,
Tersergam indah cantik tak terperi ;)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Di sekeliling rumah penuh pokok buah,
Durian, rambutan, pulasan, nenas semualah ada,
Sekarang musim duku langsat berbuah,
Kalau teringin, jomla datang merasa.

Ewaahhhhhh~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Hari pertama sampai dah duk mengidam,
Nak makan itu, nak makan ini, semua nak beli,
Paling mengidam sgt nak makan yang ini,
Akhirnya Cek Mek Molek berjaya dimiliki

Tihihihi ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Hari kedua pagi2 dah pergi pasar nak beli ikan,
Excited dengan kamera baru,semua benda nak ditangkap,
Sekali kena tegur dengan abg jual ikan,
"Dik, daripada muka ikan, baik muka hensem abg
ni yang kau tangkap"


Err..Errr..(T___T)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Pejam celik pejam celik mata,
Tetiba dah nak Syawal,
Kami dah siap beli pelita,
Buat persediaan awal :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Adik pun ada balik bercuti,
Atok tukang masak bubur lambok tarbaekkkk,
Kejap je rasa, tak puas bercuti,
Boleh tak rasa macam taknak balikkkkk??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Bendera cantik berkibar2,
Walaupun terlambat, Happy Merdeka!




P/s:Apalagi..balas la pantun! Wihihi

Tuesday, December 09, 2008

Kampung Kesang Tasek yang indah

~Rumahku Syorgaku~



~Dusun buah-buahan di belakang rumah~



~Sawah bendang di hujung kampung~



~Ammar berjoging di bendang~


Indah kan kampung Kesang Tasek? Jeles tak? Hee..Petang tadi aku ngan mama dan ayah sempat berkebun. Tanam pokok nenas sarawak cantik2 kat tanah sebelah umah. Tapi aku tolong kejap je, banyakkkk nyamuk ok. Huhu..aku rela masuk dan mengemop umah. Ngehngeh..

~Mama dan ayah tekun berkebun~


~Dusun nenas~


~Ini pokok nenas Erina~

*sempena aku yang tanam..hehe*




Saturday, December 06, 2008

Sesi membuat kek coklat dan sesi pulang ke kampung

Pada sebelah paginya, sesi membuat kek coklat....


Sebelum




Selepas



Pada sebelah malamnya, sesi pulang ke kampung...

(Updated)

Kek kat atas ni di buat sempena raya Haji. Cam biasa lah, setiap kali raya, tak kiralah raya Aidilfitri ke Aidiladha ke, wajib balik raya kat kampung. Kampung nye pun the one and only Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Muor. Sesape yg penah g bandar Muor, pas tol tangkak harus lalu simpang g kampung aku. Dalam kul 7.30 mlm camtu, kami bertolak ke kampung. Smpai lebih kuranga kul 9.30 pm. Sebelum sampai kampung, singgah kat satu gerai kecik, kita makannn dolu.

Encik Haji Abu Bakar ngan Puan Hajah Hamidah order teh sarbat. Apakah? Tak pernah pulak aku dengar jenis minuman ni. Kat Fradoo takde pon. Dalam pemikiran aku, mesti minuman ni special, mungkin kat Kesang Tasek je ada. Sesampainya minuman tersebut, aku tgk..Hmm..biasa je. Macam air susu je. Pastu aku rasa sikit, rasa halia. Huhu. Baru ku tau rupanya teh sarbat tu, teh halia la.


~Teh sarbat~

Aku wajiblah makan mi bandung. Apa barang g Muor kalau tak mkn mi bandung. Tak complete la. Dan mi bandung kat gerai ni mmg terbaikla. Sluuurpp. Superb!


~Mi bandung, nasi lemak Rm1 ngan teh o ais~
*perghh*

Aku agak tertarik la ngan bekas nasi lemak tu. Bersusun cantik je kat meja sebelah. Aku ingatkan burger. Dalam hati time tu "Wah, canggih gak gerai ni, siap de burger susun2 cenggini..selalu gerai taruk nasi lemak ke, tapai ke". Sekali bila aku bukak bekas tu, mmg nasi lemak rupanya. Tipah tertipu bang..Haha

Sesampai je rumah, dah kul 11 mlm. Rehat2 jap, pastu g kat ruang tamu tgk mama dah mulakan operasi menganyam ketupat. Wahaha. Aku suka operasi ini. Aku pun tlg la mama, memula buat, failed. Pastu buat lagi, failed. Huhu. Dah lupa pulak camne nak anyam. Pas dah try byk2 kali baru jadik ketupatnya. Sambil tgk cerita The Mummy Return, akhirnya berjaya gak aku anyam 40 lebih biji ketupat. Tido kul 4 pagi. Punyalah semangat.


~Hasil operasi menganyam~










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015