Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, December 06, 2008

Sesi membuat kek coklat dan sesi pulang ke kampung

Pada sebelah paginya, sesi membuat kek coklat....


Sebelum




Selepas



Pada sebelah malamnya, sesi pulang ke kampung...

(Updated)

Kek kat atas ni di buat sempena raya Haji. Cam biasa lah, setiap kali raya, tak kiralah raya Aidilfitri ke Aidiladha ke, wajib balik raya kat kampung. Kampung nye pun the one and only Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati, Muor. Sesape yg penah g bandar Muor, pas tol tangkak harus lalu simpang g kampung aku. Dalam kul 7.30 mlm camtu, kami bertolak ke kampung. Smpai lebih kuranga kul 9.30 pm. Sebelum sampai kampung, singgah kat satu gerai kecik, kita makannn dolu.

Encik Haji Abu Bakar ngan Puan Hajah Hamidah order teh sarbat. Apakah? Tak pernah pulak aku dengar jenis minuman ni. Kat Fradoo takde pon. Dalam pemikiran aku, mesti minuman ni special, mungkin kat Kesang Tasek je ada. Sesampainya minuman tersebut, aku tgk..Hmm..biasa je. Macam air susu je. Pastu aku rasa sikit, rasa halia. Huhu. Baru ku tau rupanya teh sarbat tu, teh halia la.


~Teh sarbat~

Aku wajiblah makan mi bandung. Apa barang g Muor kalau tak mkn mi bandung. Tak complete la. Dan mi bandung kat gerai ni mmg terbaikla. Sluuurpp. Superb!


~Mi bandung, nasi lemak Rm1 ngan teh o ais~
*perghh*

Aku agak tertarik la ngan bekas nasi lemak tu. Bersusun cantik je kat meja sebelah. Aku ingatkan burger. Dalam hati time tu "Wah, canggih gak gerai ni, siap de burger susun2 cenggini..selalu gerai taruk nasi lemak ke, tapai ke". Sekali bila aku bukak bekas tu, mmg nasi lemak rupanya. Tipah tertipu bang..Haha

Sesampai je rumah, dah kul 11 mlm. Rehat2 jap, pastu g kat ruang tamu tgk mama dah mulakan operasi menganyam ketupat. Wahaha. Aku suka operasi ini. Aku pun tlg la mama, memula buat, failed. Pastu buat lagi, failed. Huhu. Dah lupa pulak camne nak anyam. Pas dah try byk2 kali baru jadik ketupatnya. Sambil tgk cerita The Mummy Return, akhirnya berjaya gak aku anyam 40 lebih biji ketupat. Tido kul 4 pagi. Punyalah semangat.


~Hasil operasi menganyam~


Friday, November 28, 2008

Akhirnya..Hairannya..



Akhirnya, segala yang berkaitan ngan thesis dah settle. Tadi g hantar hardcover kat supervisor. Dengan hantarnya hardcover tu, maka segala bab2 berkaitan ngan thesis dah tamat. Huu. Penat dah buat thesis ni. Buat repot pun penat. Tapi bukan aku sorang je yang penat. Supervisor aku pun mesti penat gak melayan karenah student dia yang degil dan suka buat keje last minute ni. Hehe. Mahap la ye puan. Tuk membalas jasa baik supervisor aku yg dah sememanganya baik tu. Aku buatkan dia kek. Harap2 dia suka. Terima kasih ye puan.


~Kek Sarawak Evergreen yg sedap~

Oh..hari ni dah masuk keje balik. Maklumlah dah 'off day' dua hari. Hari ni masuk awl, tghari sbb ayah g solat Jumaat. Mmg setiap Jumaat aku masuk tghari. Tapi setiap kali aku jaga gerai hari Jumaat, aku tgk customer2 Fradoo mesti aku hairan. Hmm..kul 1.20 ptg, pada hari Jumaat mengapakah lebih ramai customer lelaki berbanding customer perempuan? Buktinya gambar kat bawah yang aku tangkap pd kul 1.20 ptg tadi..Hairannya..


~ Mungkin abg2 ni "uzur" kot? Hehe~

Perhatian: Silalah ke masjid dulu sebelum ke Fradoo.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015