Mengapakah Celcom broadband adalah teruk kebelakangan ni? Buat aku tension je, dah la aktiviti pada weekend lepas amat menarik tuk di share bersama. Terpaksa share lambat sikit. Huhu. Ye..aktiviti menarik itu ialah meluangkan masa bersama2 mama tercenta di Kakiku Reflexology (menarik bukan?). Hehe. Biasalah, bila penat bekerja, badan2 pun mulalah sakit2 mintak dimanja2 . So, kat sinilah tempat yg paling best sekali tuk memanjakan badan ;)
Kakiku reflexology ;)
Terletak dekat SACC Mall Shah Alam. Tingkat 3, sebelah KK deco home.Tempat ni mmg besttt. Banyak keistimewaannya. First time pergi, aku jamin korang akan nak pergi berkali2.
(Blackberry mmg canggih tapi maaf kualiti gambarnya tidak canggih langsung. Huu)
Environment yg mmg tenang and nyaman. Fuhhh..langkah je kaki kat sini dah rasa tenang je. Dalam ni ada beberapa bilik khas, tmpat basuh kaki (sebelum urut, kena lah basuh dulu kan) and tmpat urutan luar ( seperti gambar di atas). Kalau pergi time tak ramai org (weekdays), mmg akan dapat bilik khas, which is more private. Kalau pergi weekend (sah2 ramai org), dapat kat luar ni je.Aku & mama lagi suka bilik khas ;) Oh..jgn risau, kalau customer perempuan, tukang urutnya juga perempuan.Same goes to customer lelaki, tukang urutnya pun lelaki, jadi takde apa2 masalah disitu.
Kaki yg siap sedia tuk diurut. Yeahh!
Price kat sini pun amatlah berpatutan. Dari RM18 ke RM99. Dan ada beberapa pakej jugak. Pakej paling mahal pun RM99 (60 minit foot reflexology+ 60 minit body massage= 2 jam). Sgt berbaloi2 bukan? Ye..kat sini juga ada macam2 jenis reflexology & massage juga. Foot, hand reflexology ada, head & shoulder, body massage pun ada. Aku suka buat foot reflexology tuk 40 minit, hanya RM36 je. Mama pulak suka pakej 40 minit foot reflexology + 20 minit body massage = RM51. Affordable :) Dan sememangya, korang akan rasa perbezaan lepas diurut, rasa ringan2 je badan.
Syokk2!
Paling istimewanya Kakiku ni ialah, semua tukang urutnya ialah orang2 istimewa. Maksudnya mereka ialah orang OKU yg cacat penglihatan. Tapi mereka mmg pandai mngurut, they have the magic of touch. Setiap inci kaki, masa dia urut, kalo kita terasa sakit2 kat bahagian tu, mereka tahu kita sakit apa. Contohnya kalau dia tgh urut ibu jari kaki, kalau sakit, dia tau kita tgh pening. Sama jugak kalau dia urut belakang tumit kita, kalau sakit, maksudnya kita tgh period or ada masalah dengan ovari ( bagi perempuan). Masa aku first time urut kat sini, masa si tukang urut tgh mengurut2 blakang tumit aku, dia tekan kuat sangat, sakitt gila smpai aku termenjerit. Dia tanya, adik ni tgh period eh? Hoh..magic2..camne dia tau ni. Pastu dia pun explain la.Hee..kantoi disitu.Hebat kan, inilah keistimewaan mereka ;) Apalagi, silalah terjah kesini. Dijamin puas hati.
Dan sekarang, tamatlah riwayat ku sebagai babysitter. Huhuk. Baru 3 hari mereka balik, aku dah rasa rindu. Sunyi pun ada jugak, yela..lama kot aku jaga cinonet2 ni, hari2 dengar dorang nangis ketawa bagai. Huu..memula mmglah rasa penat jaga budak kecik ni, lelama hilang dah rasa penat tu, terus tukar enjoy. Suka jaga diorg, bila tgk diorg ketawa especially baby Iman, alahaiii..comey sungguh. Masa awal2, time basuh beraklah paling mencabar, tapi dah lama2..ianya bukan masalah lagi. Hee. Dah expert dah ni, tinggal nak praktikan kat anak sendiri je nanti. Awwww~ ;p
Huu..rindu :(
Masuk semalam, dah dua malam aku terjaga pukul 3 pagi secara automatiknya, sbb time ni baby Iman meraung mintak susu. Huu..magic betul. Tapi yg lagi magic, aku jaga diorg bukan susut berat badan, naik 1 kg lagi ada. Haha. Mmglah tak cukup tido, tapi mana tak naik, 1 sudu bubur suap kat baby Iman, 2 sudu suap kat mulut aku. 1 sudu nasi suap kat Ammar, 3 sudu nasi suap kat mulut aku. Wihihihihihi..sedap tau ;p
Comey2! Alahai..baby iman cenyum2 ;)
(Opss baru perasan tangan baby Iman kat mane. Wahaha)
Oklah, moral of the story sayangilah kanak2 dan bayi sepenuh hati. Jgn disepak, diterajang, di buang sesuka hati. Lagi, kalau badan2 tu terasa sakit, maksudnya badan dah bagi amaran tuk dimanjakan, silalah pergi Kakiku. Hee..bagus kan penutup entry ni.
8 comments:
pasni, nk gie try lerr...
badan yg dah makin tua nie asyik sengal2 je kebelakangan nie... hehehe... ;)
warghh.. 2 jam gi mengurut.. ehehe..
Wah! ena cam best jek urut mengurut nih. Tapi my x bese urut badan.Ngeh! Ngeh! cam geli-geli. Nanti nak suruh bf amy gi sana. Alah depan opis dier jek. Lagiiipun kalo sy turun kl asssssiiiiikkkk la nak suh tolong urutkan bahu. tangan ai yang lenguh-lenguh..
btw..nama kedai itu saaaangat cumell
comeynya budak2 ni..grrrr...
aku nk urut 'gajah comel' aku buleh??nyiahahahahaha...
nak jgak reflexology..layann ohhh..
waduh, mesti sakit kena urut.. hohoh... lagi2 kalau kena tekan...
rajin betul ea kak, hehehe...
aku penah try, tp kat tpt lain la...
balik jer kaki aku bengkak hari.... benci!
but maybe side effect sbb aku sblm tu sgt bz n on my foot from 6am till 2pm, n xcukup tido
Post a Comment