Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Saturday, June 05, 2010

Lagenda Budak Shetan~

Malam semalam aku dengan adik lelaki aku dah gi tengok movie ni. THX lagi..jangan memain ok. Memang sound system terbaekkk lah kan.Kekonon nak tgk kat Bukit Raja je tapi mak aihhhhh..nak ke sana jem sikit punya panjang. Tak pernah pulak tengok jem macam tu. Luar biasa sungguh. So kami decided untuk tengok kat Summit je. Walaupun tempatnya sendu..tapi ada THX. Oklah tu kan.

Sampai2 kat sana, ada lagi 15 minit sebelum masuk cinema hall, apa lagi..bercamwhoring lah kami berdua kejap. Gila takde keje budak dua orang ni.



Baru aku tahu hero Prince of Persia ni berlakon jadik gay terlampau dalam filem gay teragung Brokeback Mountain. Patner gay nye ialah Heath Ledger.Nasib naik aku tahu LEPAS menonton movie ni, kalau sebelum tengok ni aku tau mesti fikir 10 kali tuk tengok Prince of Persia nih. Hahah


Terus dari hensem, meremang bulu tengkok tengok gambar2 dia dalam filem gay tu.Yuckiee!


Yeahhhh! Toy Story 3. Filen wajib tonton ni ;))

Dan kami si budak gila yg tak sabar2 nak tengok movie. Hahaha



Filem yg diadaptasi dari novel. Masa sekolah menengah aku rasa ada layan novel2 ni, tapi dah tak berapa nak ingat. Yang aku ingat Kasyah memang nakal gila, pastu jadi baik lepas jumpa Ayu. Samalah jugak dalam movie ni, 30 minit pertama kisah Kasyah(Farid Kamil) berkenalan ngan Ayu masa kat kolej, terus terjatuh centa ngan Ayu (Lisa Surihani) yang sememangya cun melecun. Tu pun sebab Kasyah dajalkan si Ayu dengan bubuh cicak dalam coke dia sampai minah tu fengsan tercekik. Haha. Gila jahat. Dari situ, bermulalah cinta Kasyah & Ayu. Semuanya indah2 belaka sampailah bila Ayu kena kahwin paksa ngan Azmi (Que Haidar). Masa ni bermulalah segala episod airmata. Kasyah masa ni takde, kena duk jauh dalam pendalaman sebab nak siapkan final projek. So memang tak tahu apa2 berita pasal Ayu. Eh..perlu ke aku cerita sipnosis movie ni?Sikit2 takpelah eh. Hehe.

Banyakkkkk scene airmata tumpah lah dalam movie ni, memang banyak rintangan betul dalam percintaan diorang. Saat Kasyah kecewa tahap unta bila tahu Ayu dah berkahwin ngan Azmi,dari kisah Ayu bertukar menjadi Amylia, saat Amylia kena belasah dengan Azmi sampai hilang ingatan dan saat Kasyah kehilangan isterinya yg dia paling cinta, semua ni buat airmata aku meleleh2. Konon nak tahan, tapi tak boleh. Dengan lagu yg sikit punya sedih, termeleleh gak lah 5-10 titik air mata. Memang sedih. Dahlah tak bawak tisu, kesat jelah airmata kat pashmina lobang2 tu. Haha.Tapi filem ni bukanlah sedih sokmo, adalah part2 yg kelaka & comel2 ;) Semua tu lepas si Katrina muncul. Dilakonkan oleh Fazura. Even sebagai pelakon tambahan je, aku rasa Que Haidar & Fazura nya lakonan memang mantap & terbaik. Berjaya hidupkan filem ni. Dan terpaksa jugak cakap, lakonan Shiqin (pelakon baru) sebagai Amylia memang mengspoilkan sikit jalan cerita yg sememangnya dah best. Lakonan dia sangatlah hambar. Pada pandangan jujur aku lah. Tapi takpelah, nama pun pelakon baru, boleh dimaafkanlah ;)

Bila habisnya filem tu, ada pulak tulis "Tamat Bahagian Satu". Lohh..maksudnya ada lagi Bahagian 2 dan seterusnya filem ni. Logik lah jugak ada banyak bahagian sbb novel LBS ni pun dulu ada smpai 3 series kalau tak silap.Tebal2 pulak tu. Last sekali dia jumpa balik & bercinta dengan Katrina. Kalau tak silap lah.Aku pun dah tak berapa ingat.Hehe. Overall bagi 3.57/5 bintang. Filem yang tak mengecewakan & aku puas hati. Kenapa sikit sangat? Hmmm..bagi aku filem ni best memanglah best tapiii macam ada kurang lah sikit2. Korang tengok lah dulu, nanti baru tahu part yg kurenggg tu kat mana. Susah nak cakap ;p Lepas ni tak sabar nak tengok LBS 2 pulak. Heroinnya dah tahu dah siapa. Poster promo filem pun dah keluar dah.









~Lagenda Budak Shetan 2~
Kahkahkahkah. Sila muntah sekarang!
Tak boleh blah tengok gambar ni
Hahahhahaha.Keji.

Oklah,selamat berhujung minggu semua ;))))


16 comments:

Frodo Baggins said...

perghhhh
last pic tu
x menahan ...
cam kene cium dgn nikmat
wakakakkakka


>>___<<


((x jd nak komen movie yg lu tgok. cilake ... hahahhaa))

zonaku said...

rasa nk bakar jer baju ko y belum bagi ni...........









ces!

kan ker LBS byk siri..... mls la nk tgk....
karang x cukup tisu sekotak... hati tgh tisu camni bukan leh wat main

me said...

hahahahahaha pic yg last tuh plg xtahan!!! siap muke mcm best gile jek =P

Aidy Shahiezad said...

kahkah....
last pic tue mmg tk boleh blah sungguh.... siap dgn feel mata tertutup yg tk tahan btul tue... ade bakat rupanya... ahaha...

Izzatul Azma said...

hehe. pandai ena buat kelakar ;p
sambil pejam2 mata tu kena cium pipi. hihi

Anonymous said...

tetibe nak pengsan tgk gmbr last

cisssssssssss sungguh
hahhahahaha

kueh bakar said...

lbs 2...kalah lisa surihani..ahaks

CaDLyNN said...

gilelah last pic tu ena..muke feeling abes! hahahahaha....adoi..lawaklah...

Masy said...

bingai giler ah pic last. HAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAH

ena! bile nk jmpe ni? mcm jauh sgt pon hehehhehe

en_me said...

ammvoiiii..

Jard The Great said...

hahahaha.. suka gmbr last tuu

Erina Asmawani said...

Frodo:
wahahahahahhahahha..gua tgh menjiwai watak tu..tu pasal mata terpejam bagai..keji2..haha

Kak Zona:
Alaaaaa kak..jgnlah kuyak kan bajy kuning kite tu..hehe

tapi serius ar cite ni asek2 nak nages je..adoyai..dasar ciwek

Arie:
Hahahahahah..lakonan semata2 je ok tuk bagi ko muntah haha

Aidy:
well..ai mmg ade bakat terpendam. Ahaks..geli je ;p
ishh kalo farid kamil tengok ni..malu seyh ;p

Izza:
hahaha..tetiba dtg idea spontan nak tutup mata..tak tau la plak hasilnya sgt keji gini..wahaha

Erina Asmawani said...

Jane:
sila jangan fengsan ok..haha..jeles tak? jeles tak? ;p

Kueh:
Tauuuu xpeeee bro..hahahahah

Kak Masy:
Amik..terus kena bingai..hahahahaha..tapi mmg agak bingai ar gambar tu..aku tgk pon tak bley blah kak ;p

Jom. Rabu malam ok ;)

en me:
amvoi amvoi amvoiiiii ;p

Jard:
hahah..mekasey. At least ade org suka. terharu aku ;p

Redbloodsnow said...

haaa citer prince of persia tuh nape entah zie tgk cam kurengg ckit ek...hehe

Stilla Royazrie said...

uwwwaaa... mek lom ngr gik eh...huhuhu...

mek suka gbr last ya....stylo aih..=))

Erina Asmawani said...

zie:
mebi sbb zie dah tau heronye pernah jadik gay sebelum ni kot ;p

Stilla:
Gi nangga yunk..besttt! iboh lupak mbak tisu k ;p

Stylo yg ngegeh..hahaa









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015