Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label minta pendapat. Show all posts
Showing posts with label minta pendapat. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Masalah rambut gugur yang kronik.

Mesti semua wanita pernah mengalami masalah ni kan especially mommies yang ada baby.Kalau baby dah pandai menyembur2 tu, jaga2 lah..mesti rambut mamanya akan start gugur. Ni memang masalah biasa yang mommies kena hadapi sebab badan mengalami perubahan hormon lepas bersalin dan membuatkan rambut2 kita gugur dengan banyaknya. Sobs.

Mama Aqil tengah mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik sekarang ni. Memang sangat2 banyakkkkkk rambut yang gugur especially kalau lepas mandi. Memang penuh lah lubang air dekat lantai bilik air tu dengan rambut. Memang sedih sangat tengok keadaan rambut yg semakin hari makin menipis ni. Macam2 jenis shampoo khas untuk masalah rambut gugur ni dah cuba. Dove, Pantene, Rejoice..semua sama je. Tak nampak perubahannya. Rambut tetap gugur dengan jayanya. Kekadang rasa macam takmo syampu rambut je sebab tak sanggup nak tengok rambut gugur..huhu.Tapi 2 hari tak syampu rambut pun dah tak tahannnn sebab kelemumur pulak muncul dengan banyaknya. Gatal gila kulit kepala ni. Ergh!! Masalah berganda. Memula masa rambut ni baru2 gugur macam tak risau sangatlah sebab memang normal lah lepas bersalin rambut gugur,tapiiii..kalau dah kronik sangat ni rasa risau. Takut botak pulak. Huhuhu

Orang kata kalau rambut pendek kurang sikit rambut gugur tapiii..dah serik nak gunting rambut pendek sebab tak sanggup nak tahan rimas, tak boleh ikat. Lagipun encek hubby lagi suka isteri dia ni berambut panjang.Tapi kalau berambut panjang tapi makin menipis..haru jugak tu kan. Huhu T_T. So, ada any sugestion untuk syampoo yang sesuai or any petua ke tips ke untuk atasi masalah rambut gugur yang sangat kronik ni? Please share ok :)

Pasrah T_T

Wednesday, March 23, 2011

Keyword minggu ini

*klik untuk besarkan


Ini keywords untuk minggu ini.Yang aku yakin mostly keyword2 ni di google oleh bakal2 pengantin.Harap2 dapatlah membantu mereka. Tak kurang juga yang baru dalam dunia blogging, so mereka google cara nak tukar background blog. Berguna jugak tutorial yang pernah aku buat dulu tu kan. Good ;)

Err..malam pengantin pun ada jugak orang google. Mesti yang meng google tu hampa bila taip2 je malam pengantin, masuk blog ni, takde pun apa yang diorang harapkan. Beli buku adab malam pengantin la brader kalau tahap curiosity tu tinggi sangat. Hahaha :D

Tapi kan..dalam semua2 keyword kat atas ni, ada satu keyword ni buat aku scary. Erina Asmawani. My full name. Sangat scary ok bila setiap hari ada orang meng goole nama penuh kita. I mean, kenapa diorang atau seseorang tu nak google nama aku? Kenapa?? Kenapa?? Why?? Adakah mereka ini stalker? Ataupun peminat misteri? Tak pun maybe boss sendiri yang meng google nama aku? Ala..kalau dia google pun, jumpa blog ni, bukan ada apa pun. Cerita pasal aku je. Bebel2. No issues. Tapi kan paling scary kalau yang meng google tu ialah seorang penjenayah. Pembunuh bersiri? or perogol bersiri? Ya Allah. Takut kan. Mintak dijauhkan.Huhu.Tengok aku dah start fikir bukan2 & paranoid. Sebelum ni selalu juga check keyword, tapi takde pulak keyword nama penuh aku. Minggu ni je tetiba ada. Kalau google sekali boleh terima lah, ni kalau dah 7 kali google nama penuh aku, deym! Scaryy lah.

Ok, kawan2 sekalian..cuba bagi jawapan kat aku tengah cuak ni kenapa perlu seseorang itu meng google nama penuh orang lain? Kenapa eh rasa2 nya? Takut takut (T_T). Ni yang rasa macam nak private blog ni. Serius!


Thursday, November 11, 2010

Perlu cadangan & pandangan

Agak komfius disini. Kalau dalam majlis pertunangan, yang mana kalau merisik & bertunang dijalankan sekali, mestilah ada 2 bentuk cincin kan. Satu cincin merisik, dan satu cincin bertunang. Jadinya, yang mengkompiuskan aku disini ialah di jari mana patut cincin2 ini disarungkan? Adakah ianya begini....



1. Cincin merisik di jari manis kiri dan
 cincin tunang di jari manis kanan




2. Cincin merisik di jari tengah kanan dan
 cincin tunang di jari manis kanan



3. Ataupun kedua2 cincin merisik dan
cincin tunang di jari manis kanan




4. Cincin merisik di jari kelinking kanan dan 
cincin tunang ni jari manis kanan.


Haa..mana satu ni? Ke main sarung je, ikut bakal mak metua nak sarung jari mana? Hehehe.
Pandangan & cadangan plissss ;)


P/s: Gambar semua ihsan pak google ya 

Tuesday, September 21, 2010

Lelaki & Perempuan


Si kakak & sang raja sehari.;)
Lain pulak aku tengok muka adik aku tak pakai spek.
Kecit je mata dia ropenye. Hehe.
Ni masa majlis sanding belah perempuan kat Dengkil Sabtu lepas.


Hmm..harini ku MC.Kak Zona, saya dapat MC.Hehe.Gara2 kaki manja ku yang lebam tu la. Menghabiskan masa bergulek2 atas katil dan tido je.Banyak benda nak diceritakan sebenarnya. Tapi..macam takde mood pulak nak cerita. Nanti2 lah cerita. Simpan buat pekasam dulu. Oh ye..tadi masa dalam kereta, dengar Fly Fm, DJ Hafiz tu kata, tak kan wujud hubungan bestfriend antara lelaki & perempuan. Tak kira berapa lama dah korang kenal each other,5 tahun ke, sejak tadika ke, mesti samada si lelaki atau si perempuan tu sebenarnya memendam perasaan sayang & cintan kat kawan dia tu. Dan dia sebenarnya nak lebih dari hanya seorang kawan.Uiks..begitukah? Jadinya lelaki & perempuan memang tak boleh jadik bestfriend la ye? Hmmm..boleh pakai ke teori si DJ Hafiz tu? Hmm..any comments? 

Tuesday, June 22, 2010

Tumpang tanya boleh?

Apakah ini?Buffered Earnings? Untuk apakah ini? Apakah kegunaannya?






Dan apakah pula ini? Metered Earnings? Apakah bezanya Metered Earnings & Buffered Earnings?




Aku baru perasan benda ni kat akaun nuff aku. Almaklumlah, lama gila tak bukak. Tetiba terkezut pulak ada benda ni. Hmmm..yang kempen2 produk iklan nuff tu kena buat sebab ada benda ni ke? Aku tak tahu apa2  ni. Budak baru belajar. Yang aku tahu tempek iklan nuff je. Hehe .Jadinya, kepada otai2 nuff sekalian, sila beri tunjuk ajar kepada newbies ni ye ;))


P/s: Tetiba duit nuff dah ada RM60 lebih. Hehe. Excited! (baru RM60 lebih je punn ;p)

Wednesday, June 16, 2010

Sushi King Haram?








Sabtu lepas, si cintahati buat permintaan nak pergi breakfast dekat Sushi King. Wahh! Amazing. Macam tak percaya sebab dia memanglah tak suka makan sushi. Tapi kali ni, dia nak pulak, katanya teringin. Aku layankan aje.Oh, sangat berselera dia makan. Paling tak tahan dia pergi bubuh wasabi bebanyak kat sos, pastu dia sendiri rasa nak muntah sebab kepelikan rasa wasabi tu. Haha. Apa dia ingat wasabi tu sedap? Sangat tak sedap.Rasa pudina pedas kelat2 adalah.Sambil2 makan, mata tengok sekeliling. Ramai jugak org Melayu suka makan sushi ni eh.Sekali sekala tukar selera jepun, apa salahnya ye dak ;)

Balik2, terus update status kat FB, pergi makan sushi king tadi. Biasalah, semua benda nak di update kat fb kan (eh, sukatilah nak update apa, fb aku.Hoho ;p). Sekali dapat satu komen dari Kak Ida, member sama2 gi camping dulu. Katanya Sushi King TAK HALAL. Aku terkejut & terkedu. Huhu. Betul ke ni? Dia sertakan dengan link ni sekali Jurnal Halal (Sila klik dan baca tuk mengetahui apa yang tertulis). Aku jadi bertambah cuak. Google lagi, tuk cari bukti yang lagi sahih. Jumpa ni OH! Sushi King Tidak Halal dan ini Forum: Sushi King Halal/ Haram.Semua mengatakan Sushi King adalah HARAM kerana sebahagian menu dia mengandungi Mirin.Sejenis alkohol yang diperbuat daripada beras, digunakan sebagai penambah perisa.Warna jernih seakan-akan cuka.Beras? Hmm..aku tertanya2,kalau nak diikutkan tapai yang kita makan tu pun mengandungi alkohol jugak dan diperbuat daripada beras. Tapi halal je. Aku gigih lagi menggoogle , dan aku jumpa ini dari website iLuvIslam berkenaan makanan halal dan haram

Soalan:
Tapai mengandungi alkohol jenis "Ethyl Alkohol" atau "Ethanol", ialah jenis alkohol yang sama dihasilkan menerusi process penapaian atau "fermentation". Ia itu proses yang sama untuk membuat minuman keras yang lain seperti 'Beer' 'Wine' 'Saki' dan air tapai [minuman orang iban atau sakai'].

Apa hukum tapai jika diminum dan adakah ia nya najis, kerana ianya:

1. Mengandungi Alkohol [ethyl alacohol atau ethnol] yang sama zatnya atau bahan kimianya seperti 'beer' 'wine' dan 'saki'.
2. Proses membuanya pun sama.
3. Tahap memabukkan juga sama [ Jika minum air 'beer' 3 glass [1.5 liter] akan mabuk begitu juga dengan air tapai jika diminum 4 glass kita akan mabuk.
4. Kandungan alkohol [ehnol] dalam tapai diantara 2% hingga 17 % [tertaluk jangak masa disimpan. Sama seperti kandungan 'beer' antara '4% hingga 17%.

Jawapan:
Arak yang diharamkan di dalam Islam adalah melalui proses dan jenis daripada buah anggur dengan niat menghasilkan satu jenis minuman iaitu arak. Manakala satu proses lain dengan buah atau bahan tertentu (yang halal )yang lain adalah satu hasil yang terjadi,
dan memang tidak ada niat membuat arak maka ia pada tahap makruh bukan haram. Walaubagaimanapun jika peminumnya mabuk maka haramlah minuman itu ke atas dirinya.

================================================


Sesiapa boleh tolong huraikan ayat yang aku bold tu. Aku kurang faham lah. Huhu.Ya Allah,selama ni aku main makannnn.. je. Tak pernah terfikir ianya tidak halal sebab berasaskan ikan & makanan laut. Terima kasih Kak Ida sebab bagitau pasal benda ni, kalau Kak Ida tak bagitau, sumpah aku tak tahu semua ni. (T_T)

Lepastu aku berborak2 ngan member pasal benda ni, dia cakap, nak ikutkan sekarang ni memang banyak restoran takda cop Halal dari Jakim pun, tapi pekerja2 semua ramai yang bertudung dan customer2 pun majority Melayu, camne tu? Mestilah automatik kita akan fikir restoran tu halal, sebab pekerja & customernya pun Islam. Asalkan kita yakin makan makanan tu, halal lah dia. Bila kita was2 je nak makan, tu yang akan jadi haram.Sama jugak kalau kita pergi certain restaurant besar atau tempat karaoke, dia akan hidangkan air kita dalam gelas tiger.Aku secara jujurnya memang tak kan minum air dalam gelas tu, tapi bila tengok orang yang lebih dewasa dengan slumber teguk air tu, pastu dia cakap "Alaa..gelas je tiger, tapi air dalam ni halal, jgn rasa was2. Perasaan was2 tu mainan syaitan.Haaaa..macam mana pulak tu?

Yang penting, lepas ni aku akan lebih berhati2 pilih tempat makan. You are what you eat. Lepas ni kalau mengidam nak makan sushi, beli sushi kat Tesco or Jusco jelah. Ehhh..jap2..sushi2 kat Tesco & Jusco tu halal tak? (T_T)Huhu.. 





P/s: Sesiapa yang ada info pasal Sushi King or mana2 lagi restoran famous yg tidak halal, share lah kat sini ye supaya kita sama2 tak termakan makanan yg tidak halal. 

Thursday, January 07, 2010

Lebah pun tak busy cenggini



Teh tarik hazelnut ais @ Noodle Station. Sedappppppp! Slurppp ;)


Lately, adalah sangat sangat busy. Huhu. Banyak benda nak kongsi tapi takde mase nak taip.Postpone ke next week la gamaknya. Weekend ni nak rest puas2. Rehat badan, rehat otak. (-_-").Ingat nak gi tgk wayang nanti..any suggestion?? Cerita ape yg best tuk ditonton (selain avatar)?? Share with me ok. Have a nice weekend semua ;)


Monday, January 04, 2010

Idea halus...sehalus kulit bayi




Menyarung baju kurung sambil berposing dengan scooter pink yg comel di bandaraya Perth,cool bukan?? (^_^)


Gambar hanya sebagai hiasan.Tiada kena mengena dengan entry. Kali ni, ku cuma nak mintak cadangan & idea je, cemana kita nak tegur seorang kakak (umur 30 lebih) yg ada masalah bau badan yg kronik?? Cara yg paling halussssss sekali. Nak tegur tapi takut dia kecik hati, tak tegur tapi tak tahan (@_@). Macam mana ni?? First time ku berdepan ngan kawan yg ada body odour kronik ni. Tolong..tolong..




Tuesday, September 15, 2009

Terima kasih ;)

Terima kasih semua atas pendapat2 korang pasal entry sebelum ni. I really appreciate it. Betul2 sgt membantu. Untuk makluman semua, Lisa tak pernah terlanjur dengan Azmi, dia tak dapat tinggalkan Azmi sebab sayangggg sangat dengan lelaki tu. Terlalu sayang. Dan juga kesian.Lisa mmg deserve lelaki yang jauh lebih baik dari Azmi sebab Lisa ni baik dan pandai orangnya. Aku dah nasihatkan dia dengan pendapat2 yang korang bagi.


1) Aku nasihatkan dia untuk putus. Memang dari dulu aku dah suruh dia buat. Tapi alasannya tetap sama. Sayang. Kalau boleh dia tinggalkan Azmi, dah lama dia buat. *Sigh*. Aku pun tak tau apa yang buat dia sayang sgt dekat Azmi. Even Azmi dah bodoh2kan dia, tetap juga dia sayang. Sampai satu tahap, aku syak Azmi dah "mandrem" si Lisa ni. Tapi tula, tak baik syak wasangaka, tapi kalau fikir logik akal, Lisa tu berpelajaran tinggi, takkan dia tak boleh fikir baik dan buruk. Hmm..dia tetap nak kat Azmi tu.


2) Aku nasihatkan dia tuk buat solat istikharah.Minta petunjukNya. Dia cakap, InsyaAllah akan buat. Semoga dia akan mendapat petunjuk ;)


3) Aku nasihakan dia tuk rujuk pakar kat JAIS. Lisa cakap dia dah pernah suarakan hasrat tu kat Azmi. Tapi Azmi taknak. Takut dengan ustaz katanya. Masa aku dengar jawapan Lisa ni aku terkejut. Dalam hati "Apa yang Azmi takut sangat dengan ustaz ni. Bukan ustaz makan orang. Minta nasihat dia je". Akhirnya mereka berdua pergi ke unit kaunselor Uitm sahaja. Tapi tak berjaya juga ubah si Azmi ni


4) Aku nasihatkan dia untuk terus terang sahaja dengan ibubapa dia. Betul cakap Hemy, semua ibubapa mahukan yang terbaik tuk anak2 mereka. Memang secara mata kasar, Azmi dah penuhi kriteria menantu pilihan mereka, tapi sebaliknya?? Aku yakin parent dia tak kan malu tuk batalkan majlis kalau tahu perkara sebenar. Tapi Lisa cakap, belum ada kekuatan tuk berterus terang. Ishhh..dia cakap macam tu seolah2 macam taknak lepaskan Azmi. Sebab dia tahu, bila dia terus terang, kemungkinan besar family dia terkejut dan akan putuskan hubungan mereka. Itu yang terbaik, tapi aku tak faham kenapa Lisa susah sangat nak terus terang dengan familynya.


5) Lisa minta pendapat aku tuk bawa Azmi berubat secara batin (contoh: Darussyifa') sebab katanya, Azmi bagitau yang dia sekarang dah tak macam dirinya sendiri. Macam ada benda lain yang dah menguasai dirinya. Lisa nak tolong ubahkan Azmi. Aku terkedu. Dalam masalah ni, aku terfikir, yang patut diubatkan ialah Lisa, bukan Azmi sebab aku rasa Lisa ni lagi "sakit" dari Azmi.Hmm..


Aku dah jalankan tugas sebagai seorang kawan. Aku dah nasihatkan dia dan akan terussss nasihatkan dia selagi boleh. Semoga pintu hati dia terbuka tuk lepaskan jantan tu. Terima kasih banyak2 sekali lagi atas pendapat korang semua. Sama2 kita doakan yang terbaik tuk Lisa ;).


Sunday, September 13, 2009

Apa yang patut aku nasihatkan?

Kawan aku seorang perempuan. Lisa namanya (bukan nama sebenar).Perhubungannya dengan si lelaki ( Azmi, juga bukan nama sebenar) dah masuk tahun ke enam. Awal tahun depan mereka akan bernikah. Masalahnya sekarang ialah si Azmi tu KAKI PEREMPUAN. Even Lisa ni dah tau si Azmi ada perempuan lain dibelakangnya, dia dah tak ambil peduli. Pada mulanya, diawal2 perhubungan, memang Lisa histeria bila dapat tau dia dimadukan. Tapi bila dah lama2, dia jadik tak kisah. Dah immune katanya. Diawal 3 tahun pertama, memang sikap kasanova Azmi menjadi2. Bukan setakat curang dengan seorang dua perempuan, tetapi ramaiiii termasuklah janda dan isteri orang. Lisa memang selalu makan hati, menangis siang malam dan banyak kali minta putuskan hubungan tetapi Azmi taknak lepaskan. Azmi terlalu sayangkan Lisa dan berjanji akan berubah. Lisa bagi peluang atas rasa sayang (kalau aku mmg tak lah!). Sikap Azmi semakin hari semakin berubah katanya. Semakin baik. Tak main perempuan lagi. Hubungan mereka bertambah baik. Keluarga masing2 dah rapat.


2 minggu lepas mereka menghadiri kursus kahwin. Habis sesi tengahari Azmi minta tolong Lisa untuk menjaga begnya sebab dia mahu ke tandas. Tiba2 telefon Azmi di dalam beg yang dipegang Lisa berbunyi. Tergerak hati Lisa untuk baca sms yg sampai. Sebelum ni mmg dia tidak pernah usik hp Azmi. Tapi kali ni tak tau kenapa, tergerak hati tuk baca msg yg sampai tu.Rupa2nya dari seorang perempuan. Gaya bahasa manja, bersayang abang. Berderauuu darah Lisa. Menggigil tangannya sewaktu baca sms perempuan gatal tu. Dibuka inboxnya. Penuh dengan sms dari perempuan tu. Kecewa teramat sangat. Dia tak sangka Azmi yang kononnya dah berubah selama ni, pasang lain dibelakangnya. Paling Lisa kecewa, dia telah diperbodohkan selama ini.


Lisa dah ambil keputusan untuk putus seputusnya dengan lelaki tak berguna tu. Setelah kantoi, Lisa paksa Azmi mengaku adakah selama ini dia setia. Azmi menjawab tidak. Dia meminta maaf bersungguh2 kat Lisa. Sekali lagi Lisa terasa amat bodoh dan perkara yang paling tak boleh diterima oleh Lisa, Azmi mengaku dah pernah terlanjur dengan beberapa orang perempuan sebelum ni.


Keluarga masing2 dah berbincang tarikh nikah. Ibu si Lisa dah war2kan kepada semua org yang anak gadisnya ini akan bernikah tak lama lagi. Baju nikah semua dah ditempah. Tapi akhirnya jadi macam ni. Lisa buntu dan malu. Tapi dia masih merahsiakan perkara ini dari keluarganya. Belum bersedia. Hanya dengan kawan2 terdekat diluahkan untuk mintak pandangan.


Azmi, macam biasa tetap merayu2 tuk Lisa terima balik cintanya dan sekali lagi berjanji dan bersumpah untuk berubah. Katanya selepas berkahwin akan tutup semua buku2 lama. Lisa tak tahu nak buat apa. Dia sudah memaafkan Azmi kerana terlalu sayangkan Azmi dan bersedia tuk terima Azmi kembali jika dia betul2 berubah. Azmi minta tolong Lisa tuk ubahkan perangainya.Tapi Lisa tak tahu sekarang adakah Azmi akan betul2 berubah dan bolehkah dia ubah perangai kaki perempuan selepas kahwin nanti.


Lisa minta nasihat aku. Apa yang patut aku nasihatkan? Aku sayangkan kawan aku ni dan tak mahu dia menyesal dengan keputusan yang dia buat nanti. Memang kalau ikutkan perasaan, aku nasihatkan dia tinggalkan je jantan tak guna tu. Bodoh betul! Gerammmmm aku! Tapi kalau ikut akal, aku tahu bukan senang bagi Lisa. Kalau boleh dia tinggalkan Azmi mmg dari dulu lagi dia buat.Dia teramat sayangkan lelaki tak guna tu dan dia pun kena fikirkan perasaan orang lain jugak. Sebab perkara ni melibatkan banyak pihak. Keluarga terutama sekali. Hmmm..Kalau terjadi kat kawan korang. Apa korang buat??







P/s: Lisa bagitau yang dia akan betul2 tinggalkan Azmi jika Azmi HIV positif. Hmm..










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015