Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, June 20, 2011

Cuti-cuti Penang:Aktiviti Memuah hari pertama!

Alhamdullilah. Memuah Penang  trip yang dirancang lebih setahun lepas akhirnya berjalan dengan lancar. Congtazzz Memuah.Congtazzz! Di dahulukan dengan ucapan terima kasih kat Wafa selaku pensonspor tiket flight kami semua dan juga kak Zona selaku tuan rumah yang dah buat sehabis baik untuk kami sepanjang kat sana.Mekaseh bebanyak. Trip kali ini disertai oleh kakak Masy, Bella, Keri, Jard, Wafa, Zona, Hemy & isterinya, Wawa.7 perempuan & 2 lelaki.Sepatutnya encek hubby join sekali, dah siap belikan tiket dah tapi hampa beliau tak dapat cuti. Huhu.Takpelah, takde rezeki.Sama jugak dengan Kak Aima & suami yang sepatutnya join sekali trip ini tapi atas faktor keselamatan beliau dan babynya dalam perut, beliau pun tak dapat join. Huhu. Next time ok kak ;)




Berlepas ke Penang adalah jam 6.55 pagi hari Jumaat. Jadinya untuk tidak menyusahkan orang lain dan juga tidak mahu merabakkan poket untuk naik teksi tuk ke LCCT awal2 pagi tu, Khamis malam lebih kurang pukul 1250 pagi, aku dengan kak Masy dah ada di airport.Bersama2 ngan pasangan kekasih kawan tetapi cinta si lelaki tidak dilayan oleh si gadis, Bella & Keri. HAHA. Kami lepak2 di McD kejap sambil makan2.




Bella, aku, kak Masy dan Keri. 
Haih. Geleng2 kepala aku tengok si Keri nih.


First time kami tido airport uolls.Tido tepi2 jalan je. Dengan beralaskan lantai sejuk dan beg sebagai bantal.Sangat kesian. Tapi disebabkan terlalu sejuk sampai lemak2 ini pun tak mampu tuk membekalkan haba secukupnya, pukul 4 pagi macam tu kami pergi ke surau. Nasib bukak, sambung tido disitu dan terus solat Subuh sekali. Jam 615 pagi, semua geng Memuah dah berkumpul di departure hall. Yeahh. Penang, kami datang menyerang!!




Penambahan Hemy & isterinya dibelakang itu. Wafa duduk sebelah aku. Tiada dalam gambar.Dan itu yang jelir lidah itu,Si keri lagi. Ish ish.Kesian budak ni.Geleng kepala lagi. Hahaha




Awan yang cantik sangat sepanjang perjalanan. Ditemani bulan siang.Begitulah awan nano nano nano nano nano nano nano nano.Ok cukup2.Perjalanan adalah amat sekejap. Borak2 dengan Wafa perihal tunang & kawennya, tup2 je dah sampai. Cuba bayangkan kalau naik kereta..fuhh! Mau kematu buntuit kan ;p


Sesampai je dekat airport Penang, kak Zona dah menunggu kami dengan banner atau kertas ini. 

Hahha. So cute la u kakak! Sampai buat banner lagi.

Dan terus kak Zona bawak kami makan breakfast. Macam tau2 je perut aku tengah mendidih kelaparan kan. Lapar sangat ok! Kak Zona bawak kami ke sini.


Pergi Penang haruslah pekena nasi kandaq wehh!!

Sepanjang hidup ni aku tak pernah makan nasi kandar, jadinya misi trip kali ni aku memang dah menanam azam (menanam azam katanya) untuk mencuba nasi kandar! Yeahh! So, haruslah aku memilih nasi kandar sebagai menu breakfast.


Hohoho. Sedap ok. Nyum2. Tapi harganya, kalau bukan RM5 ke atas bukan nasi kandar la tu.


Ini adalah patung lelaki yang membawa kandar.
Sama je pulak mukanya dengan uncle cashier tu kan.Hehe

Ok, bukan nak cerita pasal uncle tu. Motip aku letak gambar ni sebab nak menceritakan sedikit pasal sejarah nasi kandar ni. Menurut kak Zona, orang dedulu jual nasi berlauk pakai kandar tu. Jadinya sepanjang perjalanan, kuah2 dalam kandar tu tertumpah2 dekat atas nasi tu. Tu pasal lah, kalau makan nasi kandar, wajib kena ada kuah campur. Segala jenis kari & kuah dibubuhnya dan haruslah nasi putih. Kalau nasi warna kuning tu bukan nasi kandar dah, nasi beryani namanya.


Red velvet yang dibawa oleh Jard.Thank u Jard ;)



Dan mereka2 yang kegirangan menikmati red velvet sambil menunggu roti canai & tosey memasing.Ok, pic ni mesti Keri crop buat profile pic fb.HAHA



Hemy yang tak sabar2 nak menikmati nasi lemak telur gegar nya itu. Kita kasi gegarr telur itu! Haha

Terima kasih banyak2 kak zona sebab belanja kami semua breakfast pagi tu, seterusnya kami terus ke kedai jeruk tuk menyoping jeruk2. Apalah maknanya kalau ke Penang tak bawak balik ole2 jeruk kan.

Macam macam2 jeluk ada maa.Lu pilih saja.Mulah2 punya

Kemudian terus kami ke TM resort pula.Puas hati stay dekat sini sebab bayar murah je & servisnya bagus. Thanks to Bella sebab uruskan hal2 kediaman nih.


Tapi tak boleh check in pun lagi time ni. Masih awal, jadinya kami letak barang2 dulu dan lepak2 kejap.

^_^
Tengok lah si Keri tu. Memang budak #dasarputnam




 Lepas tu kami semua terus shoot ke Bukit Bendera yo! 




Hemy si driver terlampau.
Terima kasih jugak kat beliau sebab sudi jadi pemandu kami. Walaupun kekadang terasa macam naik roller coaster tapi beliau berjaya memandu dengan amat cermat sekali. Congtazz Hemy..congtazz!

Kami di dalam van.
Motip ko nak makan kepala Wafa tu Keri? Haihh. 
Budak si Keri memang tak reti duduk diam. Dialah yang paling bising, yang paling putnam dan yang paling emo.Kalau gelak tu dah macam Seth Tan.Haha

Dia senyap time ni je.Tapi still jugak ada bunyi sebenarnya.
Krohhhh.Krohhhhh.Krohhhhhh.

Haih. Adik siapalah ni.


Sebelum sampai Bukit Bendera, hati ini sangat berkobar2, sekali dah sampai sana, scaryyyynya! Rail cable car tu nampak sangat curam ok. Takut. Huhu. Ye, ni first time naik cable car ke tram ke panggilnya tu.Panggil tram je la eh. Huhu.Nebes nebes.



Sangat curam @_@



Tiket RM8 sajok! ;)

Eceh, sekali bila tram ni dah bergerak..tak nebes pun uollss. Mak je yang cuak lebih. Haha.


Berhimpit2 dalam tram untuk bergambar comel.
Ok, kak Zona, awak sangat comel di sini ;)


 Pemandangan di atas Bukit Bendera. Subhanallah. Memang cantik!




 Sejuk je atas ni. Mendamaikan ;)
Dah puas melompat2, bergambau2, kami pun turun. Banyak lagi tempat nak pegi nih.


Masa turun amatlah scary (sekali lagi) sebab berjaya duduk depan sekali.Pergh! Memang gayattt! Tapi kejap jela. Huhu



Nice picture! Tengok bendera tu. Berkibar seiringan;)
Kredit to kak Masy



Sebelum balik resort untuk mandi & rehat, kita isi perut dulu. Sekali lagi aku makan nasi kandaq tu tau.Haha. Kali ni makan dengan ikan goreng pulak. Sedap2! tapi tak sesedap yang Kayu tadilah.


Nasi kandaq Khaleel




Kami yang segar bugar selepas berehat dan mandi. 

Tahniah kak Masy kerana berjaya mencaras Wafa. Haha



Next pitstop kami adalah ke Taman Botanic Penang.


Sebelum masuk tu kami pekena aiskrim RM2 ni dulu. Heavennn~
Dan disebabkan aiskrim ni jugak aku nyaris kena kejar dengan seekor monyet rakus. Demyuh monyet! Isk! 

Apa yang menariknya Taman Botani ni? Hmm..sesuai untuk berekreasi & bergambar. Oh, membuang peluh pun ye. Kami siap terlompat2 dah rupa teletubbies dah. Haha.


Ai memang suka bergambar ;)



 Ai suka tangkap gambar orang jugak tapi tak reti pkai kamera DSLR. Sekian.


2 teletubbies jantan sdang menari canggung diatas udara.Ewah ewah


Jangan bagi makan dekat monyet, kalau tak..kakak berdua ni akan datang menggigit kamu! Haha




Bagaikan raksasa & orang kecil. Haha

Dah puas mengeluarkan peluh & membakar lemak, kami ke tempat menambah kalori pula.Barulah seimbang.




Tempat seterusnya adalah, makan2 di Gurney Drive yo! Aku berjaya menelan..

Asam laksa penang. 
Uniknya asam laksa penang ni banding dengan laksa tempat lain ialah petis atau otak udangnya.Kena gaulkan sekali baru makan. Sedap tapi ada rasa manis sikit.


Char kuey teow. Sedap!! RM 3 je. Murah!

  Dan ini.Apa eh nama ni kak Zona. Rojak kan? Yang ini adalah terbaikk! 

Dan pitstop terakhir pada hari Jumaat tu adalah ke pasal malam Batu Feringgi. Even kaki dah lenguh2 time ni tetap jugak gigih nak berjalan. Ate, dah sampai Penang, haruslah jalan pepuas kan.Memang panjang gilaaa pasar malam ni. Terus rasa kaki semakin mengurus lepas balik dari pasar malam ni. Haha.Antara barang yang telah berjaya menarik perhatianku..

Lampu bulat2 ini.Memang comel ok,menyesal pulak tak beli 2 3 set.Boleh pakai time hariraya.


Macam2 warna & jenis ada.Ada bentuk bola takraw. Bentuk bunga, rerama. Eh memang syomelll lah!



T shirt ini pun comel ;)

Sesampai je resort, terus kepengsanan memasing. Tapi yang tak tahan tu pukul 545 pagi aku dah dikejutkan oleh Wafa, ajak turun swimmimg pool. Gila kan diorang, lepas Subuh terus terjun berenang dalam swimming pool. Haha. Aku taklah, sambung tido balik. Swimming dalam mimpi lagi syok. Hoho.Dan begitulah aktiviti kami sepanjang hari Jumaat. Next entry sambung aktiviti hari Sabtu pulak yang semestinya lagi happening!

Ni entry2 dari Memuah yang lain pula. Enjoy reading  ;)


(^_^)


9 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

koreksyenn..mane de pasangan kekasih..nak kena babap si erina nih..! jatuh saham ai..wuwuwu

Izzatul Azma said...

alahai, meriah gilaaaaaaaaa hihi

Oh TM resort. dulu2 klo buat TM pny family day kt Penang, mst stay situ :)

Jard The Great said...

hahaha.. ok... suka entri neh jugak. gmbr masy dok atas riba wafa smpi tak nmpk wafa tu yg tak menahan tuu..

GELAK SAKAN AKU OKEH!

HAHAHAHHAHAHA

Erina Asmawani said...

Bella:
hahhaha..ok2..ai buat koreksyen k. sowi ;p

Izza:
memang sangat meriah. diorang ni mmg happening, jumpa kat memana pun sure havoc la.Ena first time g TM resort ni. Ngeee.Penang ni pun pergi selepas 23 tahun yang lalu ;p

zonaku said...

ai memang comel.. sebab tu jarang letak muka di blog. sekarang dah malas mo kesah dah. sebab keja dah x cam dulu.



er.. itu kalau di sini dipanggil takua rendang. yang ko panggil rojak ialah pasembur

Aima Othman said...

saye enjoy tgk gmbr 2 teletubis jantan dan juge raksasa & org kecil.

hahahaha.sgt best entry ni!!!

owh..kalau saye ikut...mmg tak mampu nak berjalan2 ni.huhuhuhuhu

korang mmg enjoy!!!!!best!!!!

Masy said...

skrg adalah lapau menyaksikan mknan2 tersebut. heheehehheheheh

Erina Asmawani said...

Jard:
tula..aku masa festime tgk pic tu pun gelak sakan..hahaha..kejam tau kak baby ni..babab kang :D

Kak zona:
kelllasss nora..hehe...tapi akak mmg comel pun. Picit2!

oooo..takua rendang eh namanya, thanks for the info. Mmg sedap!

Erina Asmawani said...

Kak Aima:
tula, kalau akak ikut mesti kaki akak sakit sbb kami mmg berjalan non stop n super hyper active. Best kan gegambar tu, cuma kualiti gambar je kureng..ade yg nampak gegar2..

thank u kak ;)

Kak Masy:
apalagii..mintak tolong kak zona delivery kan..hehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015