Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, June 07, 2011

Wachaaaaaa!

Po the Dragon Warrior

Malam tadi bersama2 dengan kakak montok-yang-dah-kurus-ai-jeles-tau, Kak Masy kita ke TGV Bukit Raja tuk menonton pilem si beruang panda montel2 berkungfu, Kungfu Panda 2.Niat di hati kakak kita tu nak tengok abang breeze berlakon dalam KL Gengster tu, tapinya belum kuar lagi pulak pilem tu.Kite tengok beruang panda dulu la ye kak.Kami amik seat couple, sebabnya seat normal tinggal yang depan2 je,koser lah kami nak menjulingkan bijik mata tengok depan2 tu, baik tambah RM2 je dapat duduk kat belakang, seat selesa, boleh peluk2 manja. Awww. Haha. 



Seat normal RM14,Seat couple RM15
Tiket wayang sekarang memang mahal eh? Hish.




Bersama kakak yang mukanya dah mengecil. Isk. Geget kang!
Happy bersama popcorn memasing.

Padahal Kak Masy suruh beli satu je popcorn tu, tapi aku yang tamak ni takmau kongsi2, jadinya beli 2 terus, last2 tak habis pun. Kak Masy punya popcorn tinggal separuh, aku punya tinggal separuh, cantumkan dua2 popcorn tu dapat balik satu popcorn penuh. Hehe. Tulah nya, tak mau dengar nasihat kakak. Tamak lagi.

Kungfu Panda 2 ni mengisahkan si Po bersama2 kawan2 dia yang berlima tu bekerjasama untuk menewaskan si Shen,dan kuncu2nya yang jahat gila macam firaun, gila kuasa, yang nak musnahkan negara China.Asalnya nak bunuh si Po je tapi disebabkan Po seekor, habis satu China nak dibakaunya. Ish ish. Kejam sungguh. Si Po pulak ada dapat vision2 yang dia sebenarnya adopted. Duhh..sudah terang lagi bersuluh, abahnya angsa, takkan lah pulak anaknya panda kan. Jadinya, si Po ni nak carik lah siapa diri dia sebenarnya. Rupa2nya yang membunuh mak kandungnya itu ialah.....Ok, cukup sipnosis kali ini.Ate, nak mencerita dari A-Z tak suprise la kan tuk orang yang belum menontonnya. Overall, bagi 4/5 bintang. Lawak gila la si Po ni. Lawak comel si gendut. Tapii..untuk compare dengan Kungfu Panda 1, memang lah Kungfu Panda 1 tu sangat lawak banding ni. Yang ni ada elemen2 serius + sayu2 sikit. 


Po masa baby. Makan je kejenye.
Tapii comelllll lahhhh. Rasa nak cubit2 pipi kaw!
 Kredit to Google.

Lagi satu yang buat kami berdua gelak sampai nak terkentut2 masa tengok pilem ni ialah subtitlenya. Sangat lawak ok. Si Po cakap "Awesome!". Subtitlenya "Sempoi!". Sempoi katanya. Lagi satu yang tak boleh tahan "Mantis", subtitlenya " Cengkadak!". Hahahaha. Banyaklah dia punya cengkadak. Mentadak kot. Haih..memacam lah. Sakit perut extra gelak.Apapun pilem ni memang sempoi (baca: Awesome!) dan pada sesiapa yang belum tengok tu sila bawak adik, anak2 gi tengok pilem ni ok. Enjoy watching ;)




P/s: Ok, baru google word cengkadak tu, dan ye..memang betul pulak cengkadak ialah mantis.Hehehe. Mentadak pun ye. Jadinya, cengkadak dan mentadak ialah serangga yang sama. Cengkadak centadu betollah. Haha.Tak pernah dengar pun orang panggey cengkadak ;p

9 comments:

CaDLyNN said...

cengkadak?
haha..tahu mentadak je..

best ek cite ni ena..

zonaku said...

cengkadak centadu....
mentadak mentadu........


cenggitu????????

Unknown said...

dia gna GOOGLE TRANSLATE kot..hehehe...hambek kau sejibon dia translate...hahaha...

HEMY said...

masy kekal maintain sebenarnya..ko je yg mengembang erina...ekekekeke


nk tgok gak citer ni..sok kalau awal smpi kl aku try le..huhuhu

Izzatul Azma said...

keh3.. mmg ms kitorang tgk sempoi tu nk pecah perut gelak! hahahaha

tp tu la yg, skrg rs tgk wayang tu mcm mahal benarrr.. dulu rm20 dua org. or kurang. skrg dua org dh rm30.. hishh

Masy said...

cengkadak cengkadu
mentadak mentadu

ha lg sedap rasanya. hehehehheeh

tp betul laaaaaa.. apsal mahal nau rege teket ni? nampak nau laa akak dah lama x bayau teket sendiri hahahahahhahahhh

Erina Asmawani said...

Lynn:
tau xpe..aku pun baru tau dari hasil google tu..cengkadak betul lah..haha

best best best! ;)

kak zona:
cengkadak je la kak..centadu tu ena tambah sendiri..hahaha

Erina Asmawani said...

Pojie:
tau xpeeee..mmg sempoi!! haha..
kat google ade maksud awesome ialah sempoi ke? x paham aku..

Izza:
kannn..sakit perut gelak tgk subtitle nya itu..

tula pasal yunk, skrg tiket kemain lagi mahal..haih.filem melayu bek tgk astro first je gitu, sama je harga..

Erina Asmawani said...

Hemy:
cissss ko! mane de la..aku yg mentain,kak masy yg dah kurus(xley terima kenyataan kannn) hahaha..

g tengok weh, mesti baby ko pun suka tgk pilem nanti ;)

Kak Masy:
hahaha..cengkadak centadu, kak masy tido macam mana? (cengkadak wat gaya Po) haha

kannn..tau xpe..pesal mahal eh? gilo lah..eceh, akak tu, sapela yang selalu bayarakan tu..ehemmm









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015