Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label tips berguna. Show all posts
Showing posts with label tips berguna. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Masalah rambut gugur yang kronik.

Mesti semua wanita pernah mengalami masalah ni kan especially mommies yang ada baby.Kalau baby dah pandai menyembur2 tu, jaga2 lah..mesti rambut mamanya akan start gugur. Ni memang masalah biasa yang mommies kena hadapi sebab badan mengalami perubahan hormon lepas bersalin dan membuatkan rambut2 kita gugur dengan banyaknya. Sobs.

Mama Aqil tengah mengalami masalah rambut gugur yang sangat kronik sekarang ni. Memang sangat2 banyakkkkkk rambut yang gugur especially kalau lepas mandi. Memang penuh lah lubang air dekat lantai bilik air tu dengan rambut. Memang sedih sangat tengok keadaan rambut yg semakin hari makin menipis ni. Macam2 jenis shampoo khas untuk masalah rambut gugur ni dah cuba. Dove, Pantene, Rejoice..semua sama je. Tak nampak perubahannya. Rambut tetap gugur dengan jayanya. Kekadang rasa macam takmo syampu rambut je sebab tak sanggup nak tengok rambut gugur..huhu.Tapi 2 hari tak syampu rambut pun dah tak tahannnn sebab kelemumur pulak muncul dengan banyaknya. Gatal gila kulit kepala ni. Ergh!! Masalah berganda. Memula masa rambut ni baru2 gugur macam tak risau sangatlah sebab memang normal lah lepas bersalin rambut gugur,tapiiii..kalau dah kronik sangat ni rasa risau. Takut botak pulak. Huhuhu

Orang kata kalau rambut pendek kurang sikit rambut gugur tapiii..dah serik nak gunting rambut pendek sebab tak sanggup nak tahan rimas, tak boleh ikat. Lagipun encek hubby lagi suka isteri dia ni berambut panjang.Tapi kalau berambut panjang tapi makin menipis..haru jugak tu kan. Huhu T_T. So, ada any sugestion untuk syampoo yang sesuai or any petua ke tips ke untuk atasi masalah rambut gugur yang sangat kronik ni? Please share ok :)

Pasrah T_T

Friday, October 05, 2012

Aqil kembali ceria :)

Syukur Alhamdulillah. Hari ni Aqil dah sihat dari demam. Bangun pagi2 ceria2 macam biasa.Malam tadi pun elok tidonya. Takde cranky2. Lega hati kami :)

Pagi2 selak langsir nak tengok cahaya matahari ;)


Dah pandai main cak2 sekarang. Alahai anak..cair hati mama :D


Cak mama. Cakkk!


Heee..ngade tau senyum manja2 gitu.


Cheeky! Banyak dah akalnya sekarang ni


Senyum menggoda.Aummm! Pandai pulak tu angkat kening sebelah ;p
Terima kasih ya Allah atas anugerah Mu ini.

Semalam kami bagi Aqil minum ubat cara CikNaa, memang berkesan!! Aqil tak muntahkan balik ubat tu. Caranya lepas slow2 tolak ubat kat mulut Aqil pakai syringe (memanglah dia meronta2 kan, tapi tenangkan dia, pegang kaki tangan dia semua), lepastu cepat2 tiup muka dia. Terus Aqil telan ubat tu masa muka dia kena tiup!! Hehehe..magic. Mekasey CikNaa for the tips.

Lepasni InsyaAllah kami tau dah macam mana nak jaga baby demam. Belajar dari pengalaman ye dok. Banyak tips dan petua kami dapat, cara nak masukkan ubat dalam mulut, jaram pakai air asam jawa untuk surutkan panas.Banyak. Thank u for sharing.Sayang kalian semua. Muahh! Yang penting Kool Fever memang nak kena standby, sebab kita tak tahu bila baby kita nak demam kan.Jangan jadi macam kami, badan Aqil dah panas baru teringat nak beli Kool Fever.Huhuhu. Lepastu, termometer pun penting untuk check temperature baby.

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Semoga kita semua diberkati olehNya.Have a great day :D


Monday, March 19, 2012

Yang sangat diperlukan selepas bersalin..

Lepas bersalin, automatik semua akan berubah. Takde lagi tido yang lena, makan yang sedap2 (berpantang kan), masa yang cukup untuk diri sendiri..banyak lagi. Emosi dan fizikal lepas bersalin pun automatik berubah. Penat sebab tak cukup tido memang buat emosi tak stabil, fizikal pulak makin mengurus (yang ni sangat seronok sebenarnya.hoho). Oh,walaupun happy sebab dah turun berat badan,tapi jangan disangka perut yang licin tanpa strecth mark masa mengandung akan kekal licin mulus lepas bersalin ok. Macam saya, sebelum ni memang happy tengok perut bebas strecth mark tapi lepas bersalin,bila perut dah meleper terus nampak stretch marknya. Huhu. Walaupun sikit je (bahagian bawah perut) , tetap jugak rasa stress sebab terasa perut ni dah tak sexy.Mengundang ketidakstabilan emosi juga. Haha. Tapi tu perasaan kejap je, lama2 dah ok.Boleh terima.Bukan masalah besar pun.Ni lah pengorbanan menjadi seorang mama kan.Betul lah orang cakap, lepas bersalin, emosi memang ke laut.Benda kecik2 pun nak stress.Sebab tu kena banyak bersabar & istigfar banyak2.Tapi memula je emosi tak berapa betul, dalam seminggu pertama..lama2 kelamaan dah mula biasa :) Dah tahu nak uruskan masa dan diri sendiri macam mana. Tau dah macam mana nak susukan baby (masa mula2 agak kekok sebab festime kan, tambah pulak ngan c-sect, jadinya memang kekok bila nak kendong baby masa menyusu tu).Tau dah nak tukar pampers, pakaikan baju baby segala. It's a learning process for me & encek hubby.Bila dah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ni, stress pun hilang.Terus rasa enjoy menghabiskan masa membesarkan si kecil ;)

Alhamdullilah harini dah 26 hari saya menjadi mama. Jadi saya nak kongsi sikit apa dan siapa yang sangat2 diperlukan lepas bersalin..

Yang pertama sekali, mama & mak kesayangan.

Tok mama & Aqil Hamzah :)

Mama sangat2 diperlukan lepas bersalin. Mama yang tolong jagakan saya dan baby. Walaupun dalam masa yang sangat emosi, tapi bila mama datang tolong, semua stress tu hilang sekelip mata. Aura penenang seorang mama memang menakjubkan. Lagi satu, segala makan pantang saya beliau yang jaga. Tak kira kena makan ikan bilis & ikan haruan hari2, tapi bila mama yang sediakan, saya makan berselera (bila BF, memang sangat lapar & haus ok). Tak tolak & mengeluh pun sebab saya tahu mama tahu apa yang terbaik untuk saya.Standard la makan masa berpantang, yang rebus2, bakar2,halia banyak.Jangan nak banyak songeh sangat memilih makan. Nama pun berpantang kan. Lepas pantang nanti makan la sedap2 sesuka hati.Hee.Mama memang penjaga yang terbaik. Terima kasih sangat2 mama :') Dah jadi mama ni barulah saya tahu macam mana perasaan seorang mama tu macam mana. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak2 nya.


Opah & Aqil Hamzah :)
Masa ni opah tengah bagi Aqil kurma & madu.

Mak mertua juga penting sebab beliau bagaikan mak sendiri. Mak pun ada pengalaman melahirkan anak secara c-sect, jadi banyak nasihat & kata2 semangat yang mak bagi. Lagipun mak dulu bekerja sebagai ketua jururawat, jadi kalau ada apa2 nak tanya pasal luka c-sect ke pasal baby ke cepat2 refer kepada mak. Kalau ada apa2 yang saya blur pasal menyusukan baby, baby kembung ke apa, saya tanya je dekat mama & mak.Diorang masing2 ada pengalaman menjaga anak kan.Lebih tau segalanya. Jadinya tak payah susah2 google kat internet.Tanya je kat mereka.Saya lebih percaya kepada mereka dari percaya dekat encek google :D Saya bersyukur sebab adanya mereka dalam hidup saya. 

Yang kedua adalah encek suami

Suami adalah penting juga. Dia adalah peneman & juga pemberi semangat. Lepas bersalin, encek suami kena banyak bersabar & kena rajin ringan tulang untuk tolong si isteri. Yela, isteri masih dalam keadaan lemah kan, nak menstabilkan emosi & mental lagi, jadinya dengan adanya encek suami di sisi, betul2 membantu.Kekadang terfikir sebenarnya encek hubby saya adalah orang yang lebih penat berbanding saya.Yela, masa mengandung, penat melayan karenah saya selama 9 bulan, lepas bersalin,penat menolong  saya dan baby pula. Walaupun saya tahu encek hubby saya penat, tapi dia tak pernah mengeluh atau say no. Sentiasa ada disisi saya sepanjang proses kelahiran anak kami,gigih tukarkan pampers Aqil, gigih bangun malam2 untuk panaskan susu, encek hubby berusaha belajar untuk jadi ayah yang terbaik. Terharu :') Kekadang macam tak percaya je bila tengok dia tukarkan pampers Aqil semua, dia tak kekok. Terima kasih sayang untuk segalanya :').Jadinya para2 encek suami, cubalah menjadi suami dan ayah yang terbaik ye. Lepas isteri bersalin, rajin2 kan tulang untuk tolong si isteri.Kalau kekok nak uruskan baby, tolong lah dari segi lain, basuhkan baju baby ke, urut2kan badan si isteri ke, sediakan makan si isteri ke. Banyak yang boleh dibuat.

Ayah Aqil superdad! Sambil cakap tepon, sambil bedung si Aqil :D


Yang ke tiga yang sangat diperlukan ialah Breastpump! 

Yup..ianya sangat penting lepas bersalin sebab walaupun kita DF (direct feeding), tetap jugak bila sampai satu2 masa miss B akan membengkak sebab susu dah penuh. Bila miss B bengkak, dah semestinya sakit sangattt, baby pula masih kenyang, jalan penyelesaian ialah pump! Pump sampai lega dan kumpul stok BM (breastmilk) banyak2 untuk kegunaan masa depan. Dan juga nasihat saya, breastpump tu jangan terus beli yang mahal2 dulu, sebab kita tak tahu susu kita banyak mana lagi, cukuplah awal2 tu beli yang termampu dulu (tapi berkualiti) macam Avent manual,bila susu dah mula banyak mencurah2, barulah beli yang mahal (ikut kemampuan). Sebab bila kita spend mahal2 untuk breastpump, tapi bila kuantiti susu sangat sikit masa awal2 tu, kita akan stress.Avent manual memang sangat selesa dipakai, ia ada silicon massager, jadi tak sakit bila mengepam. Memangla agak lambat sikit sebab manual kan, tapi memang berkesan. Saya pakai ni masa awal2 berpantang dulu (masa susu tak banyak lagi). Sekarang saya guna Spectra3, memang bagus dan laju. Jadi saya recommend mommy-to-be sekalian kedua2 brand ni :D Dan BF baby adalah sangat menyeronokkan :)

Dan yang keempat ialah Nursing cream @ nipple cream. 

Ini bagi saya penting sebab masa lepas bersalin, baru nak belajar menyusukan baby, kita jadi kekok, lepastu cara menyusukan tak betul. Bila cara menyusukn tak betul,baby hisap pun tak betul jadinya nipple akan sakit dan crack. Nipple crack amatlah sakit Huhu .Jadinya, nursing cream adalah penyelamat. Saya gunakan Palmer's Cocoa Butter Nursing Cream. Memang sangat berkesan. Saya apply pagi, tengahari tu dah boleh BF baby macam biasa, dah tak sakit dah. Jadinya mommy-to-be sekalian, sediakanlah nursing cream ni awal2 before bersalin ye, supaya senang nanti. Macam saya langsung tak terfikir nak beli nursing cream ni sebelum bersalin, bila dah sakit, baru emergency mintak tolong encek hubby carikan, mujur dia tahu nak cari nursing cream mana yang bagus :)

Lagi satu, saya nak share dengan mommy-to-be sekalian, prepare yourself mentally & physically for labor. Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Walaupun kita yakin yang kita boleh melahirkan anak secara normal, setiap kali  antenatal checkup, semuanya ok,takde tekanan darah tinggi, takde kencing manis, takde penyakit2 yang berisiko,tapi kita kena bersedia untuk c-sect juga. Kita hanya merancang tapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Jangan bersedih kalau ditakdirkan tak dapat melahirkan anak secara normal sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :) Macam kes saya, sebabkan takde masalah setiap kali antenatal checkup dan yakin boleh lahirkan anak secara normal, tak prepare langsung untuk c-sect. Sebab tu bila kena c-sect, saya jadi terlalu sedih. Jangan2 sedih2 ok, lahirkan anak secara normal ke c-sect ke, masing2 ada kelebihannya, yang penting baby dan mama selamat :) Dan saya yakin semua wanita nak lahirkan anaknya secara normal, tapi kalau dah ditakdirkan c-sect, kena terima dengan redha dan  tabah. Sebenarnya, c-sect takdelah seteruk yang disangka ;) 



 Hilang segala stress bila tengok keletah si kecil ni :')
Aqil..Aqil..kekadang mama rasa kamu ni macam dah besar :)




Friday, January 20, 2012

Sedikit tips untuk pengantin.


Untuk bakal, pengantin dan ex-pengantin pun boleh.Berdasarkan dari pemerhatian sendiri & kawan2 yang lain juga, bagus untuk di sharekan supaya perkara yang sama tak terjadi lagi oleh mana2 pengantin. Of course semua pengantin nak kan yang perfect masa hari bahagia mereka, tapi mereka tak sedar yang sedikit kecacatan boleh membuatkan majlis tu nampak hambar & tak meriah. Hmm..

Untuk bakal pengantin.

1. Silalah buat perancangan awal. Ni penting. Sangat2 penting. Semuanya kena dalam perancangan. Kenduri kawen bukan sesimple birthday party. Carik vendor semua tu at least 3 bulan sebelum kawen (lagi awal lagi bagus). Lepas dah carik vendor catering,pelamin, mak andam segala, tiap kali jumpa discuss dengan diorang kalau boleh bawak mak sekali. Ye tahu, kenduri kawen anda, ikut kehendak anda tapi...berbincang dengan mak adalah yang sebaik2 nya. Sebabnya memang kekadang pilihan mak tu macam apa yang kita nak tapi percayalah dia tahu yang terbaik untuk hari kebesaran anda. Dan untuk mengelakkan kita sakitkan hati mak, kita ikut jela cakap dia. Apa yang susah.Dapat pahala lagi. Daripada nanti bersanding kita susah hati memikirkan mak yang tak puas hati dengan pilihan kita.Contohnya, tak bincang2 ngan mak & ayah, sekali vendor datang pasang pelamin dekat rumah mak ayah yang sekangkang kera tu, haaa..ambik,pelamin bersaiz dewan! Dekat rumah tak sesuai pakai pelamin dewan 3 panel dik non. Mau tak pening kepala mak ayah bila tengok pelamin tu. Dah makan banyak space rumah. Berbincang dengan ayah & adik beradik lain pun penting.Sebab masa kenduri, merekalah yang banyak tolong kita.Family! Jadinya, buatlah perancangan awal & berbincang dengan parents untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku ;)

2. Doorgifts. Ni pun kekadang menjadi isu masa kenduri kawen. Si pengantin (biasanya perempuan) selalu sediakan doorgift yang berbeza2 untuk kawan2 dia. Untuk kawan sekolah lain doorgiftnya, untuk kawan office pulak lain, untuk bff lain, tetamu2 ( yang majoritynya kawan mak ayah) lain. Lepastu bila orang yang membagi doorgift tu tersilap bagi dekat orang sepatutnya, marah2 orang yang bagi tu. Haihh..dik non. Pengantin marah2 di hari kebesaran adalah sesuatu perkara yang tak baik. Nak2 bila tetamu2 pandang.Ishh..nak dimarah kepada si pembagi doorgift tu kenapa, bukan dia tau pun yang datang tu kawan awak sekolah awak ke, kawan ofis awak ke.Sebab yang bagi doorgift tu biasanya sepupu2, adik beradik yang tak kenal pun kawan2 anda. Lainlah kalau pengantin yang bagi sendiri doorgift tu kat tetamu, kompem tak silap bagi punya sebab dia je yang kenal kawan2 dia. Jadinya, penyelesaian nya, sediakan doorgift yang sama je untuk semua tetamu. Tak perlu ada beza2. Si pengantin tak pening, si pembagi doorgift pun senang nak buat kerja, majlis pun berjalan lancar. Tenang je.Oh ye, doorgift untuk keluarga belah lelaki bolehlah nak buat special sikit sebabnya mereka memang special. Dalam 30 bags macam tu.Lagipun mereka duduk dekat meja khas masa makan, tak jadi masalah masalah nak bagi doorgift tu nanti.

Untuk pengantin

1. Masa kenduri,ringan2 kanlah mulut untuk senyum dan ucap terima kasih. TERIMA KASIH.A simple word  but invaluable! Kalau berkesempatan jumpa tetamu yang hadir (dari meja ke meja)cakaplah terima kasih. Terima kasih sebab sudi datang memeriahkan majlis.Tak kira lah kita kenal ke tak ke tetamu tu, asal berkesempatan, cakap terima kasih. Terima kasih..terima kasih..terima kasih! Kita tak tahu yang datang tu kawan mak ayah kita yang datang dari jauuuuh, jadinya apa salah ringankan mulut cakap terima kasih.Lagi satu senyum. Memang masa majlis nanti pengantin akan penat, yelah..sehari suntuk busy kan, tapi jangan biarkan kepenatan tu nampak kat muka. Monyok, masam. Buruknye lahai kalau pengantin masam2 masa majlis.

2. Jangan buat2 tak nampak. Ini pernah jadi dekat diri sendiri & kawan2 seangkatan. Beria2 si pengantin menjemput ke majlis kawen dia, sampai je sana, nampaklah pasangan pengantin baru lepas makan beradab. Dari jauh, kami semua dah excited semangat melambai2 kat pengantin ni, pengantin nampak, tapi lepastu buat2 tak nampak dan kekonon busy melayan tetamu lain. Errr..motip? Kenapa perlu buat2 tak nampak. Tak paham la jenis pengantin macam ni.Dah nampak kawan dari kejauhan melambai2, apa salah lambai balik kot ye busy sangat pun. Ni buat kita terasa macam tak diundang pulak, macam tak kenal pun ada.So kepada pengantin2..jangan buat macam ni dekat para tetamu yang dah susah payah datang ke majlis kamu ok. So annoying!  


Untuk ex pengantin:

Dah selesai majlis semua, jangan lupa ucap terima kasih dekat family, orang rewang (kenduri gotong royong), makcik pakcik yang dah banyak tolong masa majlis tu.Bergambar dengan family pun jangan lupa. Tau dah selamat nikah, dah ada suami/ isteri, jangan ralit bergambar berdua je. Panggil family2 semua untuk bergambar sama2. Kenangan ni. Lepastu tolong apa yang patut, yang lelaki, lepas tukar baju, pergilah rajinkan tulang basuh periuk kat belakang tu ( kenduri yang masak sendiri), pengantin perempuan, kemas2 lah rumah sikit. Tak payahlah terus nak masuk bilik, lepastu pagi esoknya baru keluar bilik buat muka tak bersalah. Adoilah..Dan yang last sekali, tau feel pengantin baru, perasaan masing2 masih berbunga2 cinta, tapii..silalah jaga adab. Tau dah halal, tapi tak perlu la kot tunjuk mesra2 alam sangat depan orang ramai. Nak2 depan orang2 tua & budak2 kecik. Setakat pegang2 tangan & rangkul2 pinggang tu boleh diterima lagi, over dari tu, buat dalam bilik sudeyyy..tu pun nak kena bagitau ke? 

Haa..kan dah membebel panjang ni. Harapnya tips2 ni berguna untuk para2 pengantin sekalian ye. Ini sekadar untuk berkongsi pandangan je. Sorry kalau ada terkasar bahasa.Selamat hari Jumaat semua ;) 

Thursday, May 19, 2011

Persediaan Kehamilan :)

Salam. Hari ni saya nak bercerita pasal persediaan sebelum hamil. Eh..belum belum..saya belum pregnant lagi.Tengah membuat persediaan.Google sana google sini cari tip2 berguna untuk menambah pengetahuan. Persediaan mental je tak cukup, fizikal juga kena betul2 bersedia sebelum timang cahaya mata ;) Meh tengok antara persediaan yang perlu dilalukan sebelum hamil. Tips beguna ni saya dapat dari website ini

1) Sihat


Suami isteri yang merancang perlu mempunyai badan sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Keperluan ini lebih tinggi pada wanita kerana anda akan menjadi ‘rumah’ kepada bayi selama sembilan bulan. Anda bertanggungjawab membekalkan khasiat makanan kepada bayi. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan.

Hmm..saya ni dahla liat nak makan ikan, asik ayam ayam ayam je tetiap hari. Jadi kena rajin makan ikan la lepas ni :)

Nak kena belajar masak ikan lepas ni. 
Ikan stim, 3 rasa, masak taucu. Wallaa!


2) Ambil makanan tambahan

Ramai wanita tidak tahu bahawa mereka perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Asid folik penting kerana ia boleh mengurangkan risiko ketidaknormalan atau kecacatan pada bayi. Pengambilan asid folik selepas disahkan hamil dianggap agak terlewat kerana ketika ini, bayi sudah pun terbentuk dalam rahim anda.Selain itu, wanita disaran mengambil pil zat besi yang boleh menambah darah. Lebih baik jika anda berbincang dengan doktor mengenai pengambilan makanan tambahan sebelum dan ketika hamil.

Ohooo..lepas ni nak pegi survey asid folik & pil zat besi lah. Dah kena makan asid folik ni ;)

Folic Acid by Appeton


3)Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat

Ramai wanita menganggapnya sebagai bukan perkara penting walaupun tahu senaman boleh meningkatkan kesihatan. Kegemukan juga boleh menyebabkan wanita sukar mengandung dan ramai yang dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan terlebih dulu.Kegemukan boleh menyebabkan perubahan hormon dan fungsi ovari (organ yang mengeluarkan telur) terjejas; akibatnya wanita lebih sukar untuk hamil dan berisiko mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak cukup bulan.Sepanjang kehamilan, wanita gemuk berisiko untuk mengalami keguguran, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kelak. Namun apa yang lebih kerap terjadi ialah bayi dilahirkan tidak cukup bulan sama ada secara normal atau pembedahan.

Haaa..ni lah dia budak sehat sorang ni,sebelum bertunang siap pergi gym hari2 lepas balik kerja,punya gigih bersenam,sebelum kawen pun ada jugaklah bersenam,tapi lepas kawen..eerrr..rasanya tak penah bersenam lagi.Wuwu. Walaupun BMI saya masih dalam kategori normal,memang nak kena reducekan sikit sebab takut masa pregnant berat badan naik mendadak.Dahlah badan ni jenis cepat bulat.Jadinya, haruslah berkurus2 dahulu, bermontel montelan kemudian. Hiyakhh..hiyakhh..gigih bersenam lepas ni dan turunkan beberapa kilo lagi!
Kemas rumah pun kategori bersenam ok.Chaiyok Erina!!


4) Jalani pemeriksaan kesihatan 

Ramai wanita hanya menyedari mereka mengalami masalah fibroid atau barah pangkal rahim ketika mengandung. Ini akan menimbulkan banyak konflik kerana rawatan kanser, khususnya berbahaya untuk kandungan. Lebih baik jika masalah kesihatan tidak kiralah kencing manis, tekanan darah tinggi atau rendah, sakit jantung atau penyakit lain dikesan sebelum hamil.

Semoga dijauhkan dari penyakit2 ini. Jom buat medical check up jom!

5) Ujian darah 

Ini adalah untuk mengesan talassemia iaitu penyakit keturunan. Jika wanita menunjukkan beliau adalah pembawa gen talassemia (juga dipanggil talassemia minor), suami juga perlu menjalani ujian darah. Seandainya hanya isteri saja menjadi pembawa gen talassemia, ia tidak membimbangkan kerana anak hanya akan menjadi pembawa juga.Bagaimanapun, jika suami turut mengalami talassemia, anak bakal dilahirkan mempunyai kemungkinan 25 peratus mendapat penyakit talassemia major. Dalam keadaan ini, bayi dalam kandungan akan diperiksa ketika masuk bulan kedua.

Hmm..inilah pentingnya buat ujian talassemia kan. Sebelum kawen dulu,masa buat HIV test, ingat nak buat talasemmia test sekali tapi tak sempat. InsyaAllah nanti nak ajak encik hubby sama2 gi buat talesmmia test ni.

6) Tips untuk para2 suami...

Persediaan untuk hamil tidak terletak pada wanita saja bahkan lelaki juga perlu bersedia sekurang-kurangnya tiga bulan dan antara yang harus dilakukan ialah mengurangkan atau berhenti merokok dan pengambilan alkohol kerana ia boleh menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma.Lelaki juga dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang bagi membolehkan badan menghasilkan sperma yang sihat. Jangan letakkan semua persediaan kepada wanita saja kerana kerjasama berdua diperlukan untuk mendapat anak.

Encik hubby sekarang pun tengah belajar kurangkan merokok, kalau dulu perokok tegar, sekarang dah kurang. Sangat kurang.Yela,kalau dah namanya tegar kan, mana boleh nak suruh diorang berhenti on the dot.Takpe, slow2..asal dia ada niat ke arah berenti merokok pun dah kira ok. Chaiyok2 sayang! I will always support you.


Stop for our baby ;)

So,inilah antara persediaan2 yang perlu dilakukan sebelum hamil.Sila ke website ini ye untuk menambah lebih pengetahuan.Apa2 pun, berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kita merancang, Allah yang menentukan.Semuanya datang dari Dia dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita :)

Doakan kami dimurahkan rezeki ya :)

.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015