Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label gather. Show all posts
Showing posts with label gather. Show all posts

Tuesday, February 08, 2011

Kami setelah 10 tahun meninggalkan sekolah (edisi panjang)

Ini adalah kami yang sekarang
(ulang tayang gambar sebelum ni)

Dari kiri: Fatien,Aku, Nazliah, Zira dan Hanin.
Kami sekelas since form 4.4 Anggerik, masa form 5. 5 Anggerik


Nak tengok gambar kami 10 tahun lepas?









Nah!
Kami 10 tahun yang lalu.Hahaha

Masa ni form 4.Join Kem Ibadah dekat Masjid Shah Alam
Dari kiri: Aku lah tu weh!!, Zira, Nazliah,Ipah, Fatien, Hanin, Ayu
 Tengoklah aku masa form 4, dengan gumuknya,dengan spek nerd nye.
Serius dah macam makcik2 pun ada. HOMAIGOD!


So hari Ahad haritu, satu gathering kecil2an diadakan ;) Tempatnya dekat Serai Empire, Subang Jaya. Jumpa balik lah kami semula. Beramai2.Bukan lah maksud lepas sekolah kami terus tak jumpa, memang berjumpa, tapi semalam jumpa sebab nak kenal dengan sorang ahli baru ni. Baby Harith ;)


Gathering kali ni memag lain dari lain sebabnya, memasing bawak hubby & baby. Sangat comel ok. Memasing dengan busy nak melayan karenah baby masing2, dengan gilir2 bf (breastfeed) baby masing2. Aku tengok diorang semua macam "Eeeee..bestnyeee!! Cepat2lah aku dapat baby nanti!". Boleh gitu? Haha. Lepastu borak2, macam tak percaya ye yang kitorang dah 10 tahun tinggalkan sekolah. Kalau lepas2 sekolah terus kawen, mesti memasing anak dah 10 tahun  kan ;p


Jom kita berkenalan dengan baby2 comel ni. Rasa nak geget sorang2!


Hai. Nama saya Khalid ;)
Umur saya 7 bulan.





 Hai.Saya Luqman ;)
Umur saya 5 bulan.
(ni pic masa pergi rumah dia dulu)
Sekarang dah bam2!


Haiii..saya baby Harith ;)
Umur saya 2 bulan.
Si kecit comel2!

Itulah dia si Harith ;) Orang baru. Baby boy Hanin. Dari sehari2 nak visit dia tak sempat2, alih2 sampai mama dia dah habis pantang, Harith pun dah 2 bulan, baru sempat jumpa dia. Huhu. sorry baby, aunty Ena sangat2 sibuk.Ye..baby2 semua adalah boy. Tomey2 je ;) Oh seronoknya hidup dikelilingi baby2 kecit ni.Hehe.


Dan mereka bersama keluarga2 mereka yang tersayang ;)

Fatien & Family ;)


Nazliah & Family.


Hanin & Family

(^_^)

So sweeet kan memasing dengan family memasing. 
Gathering tahun depan tambah satu lagi pic family macam ni ok
Eceh..aku dah berangan dah ni.Haha
InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin  ;)


Rasa macam tak puas je jumpa diorang haritu, kalau boleh rasa macam nak borak lama2 je lagi tapi apakan daya, baby masing2 dah keluarkan alarm. Banyak benda jugaklah aku belajar masa gathering haritu. Yang pertama, mak ngan ayah tak boleh makan sekali, kena sorang makan, sorang lagi pegang baby. Gilir2. Yang kedua, kalau boleh carik meja yang sembunyi2 sikit, sebab nanti senang nak bf (breastfeed) baby (nasib kebetulan haritu aku reserved meja hujung2). So masa diorang nak bf, just pusing menghadap dinding pastu bf kan baby diorang. Senang ;) .Yang ketiga, jangan sesuka hati bagi baby diorang makan, kena mintak izin mak ayah baby dulu. Haha. Yang ni aku bagitau sebab aku dah terrrbuat ok. Slumber je lah pulak aku suap si baby Khalid macaron. Dengan niat nak suh baby Khalid rasa kemanisan macaron tu.Sekali mama dia tak bagi daa.Hahhaha. Ampunn Fatien.Ampun! Nasib baik mama Fatien tak marah. Hee.Pheww~ Suka2 hati aku je kan nak bagi baby orang makan benda pelik2. Haha. Dan yang last sekali, senangnye laaaa kalau bf. Tak payah susah2 nak bancuh susu baby kalau dia mengamuk lapar. Pakai nursing cover tu, sumbat nenen (nenen? ;p). Terus senyap! Lepas kenyang. Tido. Senang sangat tengok diorang bf baby diorang.

Next gather nanti mesti baby dah besar sikit, dah boleh duduk atas baby chair, so senang sikit la mama2 nak bergosip.Hoho

Macarons. Si pemanis mulut ;)


Saturday, July 10, 2010

Geng Memuah~





Kami bukanlah blogger tegar, jauh sekali popular. 
Tapi..kami sangat gembira bila tiap kali berjumpa.
(^_^)

Semacam magik, kami yang dari berbeza2 umur, latarbelakang & tempat kerja, boleh menjadi sangat rapat dan mesra dalam masa yang singkat. Dah jadi macam adik beradik.Tak sangka. Mungkin ni la namanya ikhlas. Bila berkawan dengan ikhlas, cepat je timbul rasa sayang tu kan. Ish..sayang nye lah dengan korang! Hope our friendship remain forever ya ;)



P/s: Gambar cun ni opkoslah belas ihsan dari Jacob versi slim a.k.a Hemy. Jejaka berbaju belang itu :) Satu2 nya antara kami yang sudah berkahwin. Hoho

Friday, July 09, 2010

Gerhana


Malam semalam adalah sangatttttt best. Ada dua sebab, first sebab dapat jumpa geng memuah dan second sebab dapat tengok eclipse. Awuuuuuuuuu! (bunyi serigala ;p). Bagi aku movie ni ialah yg palingggg best antara tiga2 siri twilight. Best2! Movie Twilight yg first, macam oklah, best jugak..semua lepas tgk  movie tu jatuh centa ngan Edward, pergi mana2 je dengar cerita pasal Edward, almaklumlah, Jacob masa ni tak hot lagi, ala2 caveman pulak tu. Haha.Yang kedua, paling tak best, sebab masa ni Edward bagi aku sangat lemah dan jalan cerita pun macam slow gila. Haishhh. Dan yang ketiga ni sangat BEST! Sukaaa! Sexy vampire vs Hot wolfman! Dengan Edward yg super duper sweet, Jacob yg OMG, hotnya ko! Jalan cerita yang best, kesimpulannya memang best lah. Tapi memang paling menyampah dengan Bella la kan, even ko Switzerland ke hape ke tapi dia memang annoying tahap unta. So kanak2 & mengada2. Palui! Eh..aku teremo pulak.Apa2pun, it was a sweet happy ending story. I loikeee~

Malam tadi juga berjaya mengumpulkan 9 orang geng memuah.Wee..sangat seronok. Even last minute plan, tapi syukurlah menjadi. Lama tak jumpa diorang dan bila dah jumpa memanglah havoc. Gelak2, lompat2, gedik2, makan2 sampai tak larat. Eyyy..keseronokan yg tak boley di describe ngan kata2. Kena tunggu pic2 dari Hemy dulu baru ley cerita betapa seronoknya kami. Memang seronok gila! Sayang korang sangat tau. Mmmwwaahhh!Boleh baca jugak pasal gathering happening ni kat blog Jard.Tetiba aku teringat Arabella order satey 6 cucuk je.Wihihihi. Lawak comel la ko ni beb. Adoyai. Hemy, aku bersyukuurrrrr sangat2 ko tak dapat duduk tengah diapit oleh gadis2. Akhirnya, ko kat hujung, Keri pun kat hujung.Kalau tak konfirm gadis2 sebelah ko berbau serigala. Muahaha! Keri, dah belanja soft cheese cake, bubur mcD kire burn la eh? Lagipun, gigi ko kan dah sehat ;p.Kak Masy cantek, thanks sebab jadik copilot kite malam tadi. Nanti sambung cerita yg unsangkarable tu k. My God! Wafa, thanks for the betik,sangat sedap! Aku breakfast betik pagi ni ;). Kak Zona, hope u love the gift. Jaga leklok tau. Hee. Kak Aima comel, siaran world cup akhir pada 12 Julai,2.30 pagi ye kak.Lalala.Jangan lupa kita sama2 pakai baju oren malam tu. Go ORANJE go! Nanti bila dapat pic baru ley cerita banyak2 lagi ok.Kitew nak sambonk tidow baleq niw. Nantoks taw. (menyampah siot!. Haha).Oklah, daaa ;))

P/s: Entry yang banyak dengan words Best & Seronok ;p

Monday, June 28, 2010

Bergumbira sebelum bertapa.

Apakah tajuk macam tu? Haha. Lantaklah. Tak tau nak bubuh tajuk apa. Hari Ahad semalam apa aktiviti kalian semua? Eceh..tanya2 pulak. Sebenarnya nak bagitau, aktiviti aku semalam ialah ke Sunway Lagoon. Lalalala. Ye..2 bulan berturut2 pergi Sunway Lagoon. Belum sempat sunburn yg dulu pulih, datang sunburn baru lagi.Sadisss.(T_T) Kali ni bergathering dengan member2 masa kerja dulu. Macam2 idea aku bagi tuk aktiviti gathering ni, ajak piknik kat Bukit Cerakah lah, karok la sebab nak elak pergi Sunway Lagoon punye pasal, last2 majority mengatakan.."Kami memilih tuk berjimba2 di Sunway Lagoon!".Huu..pasrah je lah. Lagiii best sehari sebelum ke Sunway Lagoon, bendera jepun datang melawat.Perghhh! Bulan lepas gi Sunway Lagoon tak dapat mandi, kali ni pergi pun tak dapat mandi jugak.Adakah ini sumpahan?? Pasrah lagi buat kali kedua (T_T)

Nah2. Tempek gambar banyak2. Memandangkan aku tak dapat mandi, aku main puas2 kat drypark tu. Baru rasa berbaloi bayar tiket RM60.Bulan lepas masa gi ngan family tak dapat main banyak sangat, kali ni main puas, sampai rasa nak muntah.Haa..amik ko! (@_@ )


From left: Akmal, Fara, Maria, Pudin & Lalan



Haha. Excited lebih


Kembali ke alam dinosor. Even permainan tak mencabar tapi peduliikkk!
Main jugak.Haha


Weeeeeeeeeeeeeeee!


Kayu balak sungai Rajang. Benda ni besttt! Bikin jantung stop 3 saat.
Budak2 laki dua org ni gila tau, kalo bab jerit suka je. Jerit ngade2. Padahal takde mende pun, tapi suka suki jerit bazir suara. Ishhh..siku kang! haha


Akibat permainan tadi, kami semuaa keceburrrr!! Kebasahan.


Roller coster tak mencabar.Haha


Yang tengah tu kena hukuman sula sebab berkelakuan lucah melampau.


Roller coster ni bestttt! Syok2! 

Dah puas main permainan yang suam2 kuku je thrill nya, kami ke permainan yg super duper thrill pulak!


Kapal berpusing 360 darjah di langit biru!
Weeeeewuuuuuuuu!


Adakah anda berani naik kapal damn scary ni. Saya berani!. Mari saksikan kronologi saya menaiki kapal ini.



Bersemangat beratur dengan gigih


Mencari posisi tempat duduk dengan selesa


Siap2 pasang penghadang dada dengan semangatnya.

Tiba-tiba!

Teringat kenangan dulu2, pernah naik kapal ni, lepastu dada sakit berdenyut2 2 hari akibat penghadang dada tu!

Akhirnya amik keputusan drastik.

Untuk turun dari kapal itu serta merta.

Hahahaha.

Eh..eh..tetiba Fara pun join turun kapal sama.
Dia kata tetiba cuak.

Tapi betul, pengahadang dada tu bagi impak besar. Sakit tau kena tekanan. Dahla ketat benda tu. Huhu. Kesimpulannya, saya memang berani untuk "naik" dan duduk atas kapal sebelum ianya mula bergerak.Syabas kepada saya. Hahahaampeh!


Akhirnya, 3 org je dari kami yang naik. Lan, wan, maria.
Cayalah Maria! Dia first time naik kapal disaster ni. Memang cuak gila, siap jerit smpai takde suara dah. Hee.Cian dia ;p


Weeeeeee~


Yeahhh! Part ni yg best nih. Haha

Habis je, bila semua orang dah turun. Maria terhuyung hayang.Nangis2!
Holoh oloh holoh. Cian adik aku sorg ni. Hee. U go girl! ;)
Pasni nak naik lagi tak? Ngeeeee ;p


Dan setrusnya ke widlife park....sekali lagi (T_T). Macam dah siaran ulangan pulak
Tetiba aku kelihatan seperti sedang mengandung 5 bulan. Abaikan.Haha

Tapi yang best kali ni kau dapat gomol2 ngan haiwan kat situ. Haritu pergi ngan family tak sempat lama2 kat sini, lagi pun bawak baby Iman kan, tak boleh duk lama2 kat tmpat binatang ni. Takut asma

Nah..kekura pasrah! Agaknya aku ni org yang ke berapa ratus ribu la yg dok angkat2 dia kan.Nasiblah..siapa suruh ko comel dan pasrah. Haaha


Nah..arnab gebu pulak! Fara feeling pegang arnab sampai terpejam2 mata pulok!.Hoho

Akhir sekali.


Nah! Ulaq sawa albino. Aloloh..comeynye ko ulaq sawa..kunin gitu. Sesuai buat rantai raya ni. Baru exotic.
Tetiba feeling Brtiney bila pegang ulaq albino ni. Awww~
Hahaha.

Dan seterusnyaa..ke taman basah. Wetpark
Memandangakan aku tak boleh mandi, aku lepak kat kerusi panjang tepi pantai ala2 macam tengah buat sunbathing. Sambil2 melihat diorang mandi manda denagn seronok. Ishhhh!Nyampah ai tau. Ai hate u olls!Eceh..tetiba nak emo pulak. Blame it on hormone. Tetiba ;p


Dalam pukul 3 camtu aku mintak izin gerak dulu sebab kena jaga kedai petang tu. Kalo stay pun bukan bole mandi kan.Sob sob sob. So, terimala gamba ni sebagai penutup entry.

 Bersama jejaka2 basah.
Motip letak pic ni sebab dalam pic ni jelas kelihatan,aku semakin sehat, tembam, montel bagaikan juara.
Montel tanda bahagia. Setuju? ahaha.

Oklah,sekian terima kasih.

Thursday, March 11, 2010

Mesyuarat duta2 kecil Fradoo

Tersebutlah kesah..pada hari khamis minggu lepas, wujudlah satu mesyuarat dengan geng memuah sekelian. Mesyuarat adalah berkenaan ngan pakcik Hemy ni, nak sampaikan utusan raja sehari yakni beliau sendiri. Jadinya, berkumpul lah kami semua. Disebabkan salah faham, aku sampai agak lewat. Huu.Maafkan daku ye ;)

Tempat mesyuarat adalah di Fradoo. Tapi mahaplah, keadaan malam tu (dan malam2 selalunya) memang hangat..peluh2 ketiak dibuatnya. Macam duduk dalam sauna. Baiklah Hemy, seperti yg dicadangkan oleh kau, aku akan adukan masalah ni dekat Karam Sigh Walia. Aduan rakyat.Macam tak logik pulak, gerai besar gitu, kipas ada satu pastu sewa gerai ribu2. Tak patut betul.

Kad diberi oleh bakal raja sehari yg agak notty malam tu, aku syak dia ni dah terlebih gula. Selalu kalau jumpe baik budi je, tapi malam tu lain macam sikit, resah Bella dibuatnya. Haha. Sejurus kad dibuka, mulutku mengomel..


Ala..ingat aku Mawi ke..Asmawi pulak


Tapi takpelah, raja sehari punya pasal, dimaafkan ;).Bakal pengantin, Hasnul Efendi a.k.a Hemy dengan pilihan hatinya Najwa a.k.a. Teringat kata2 kak Masy, kalau pilihan mak ayah, tulis kat situ dengan pilihan ibu bapanya la ye. Hehehe. Hemy, mana ko dapat nama Hemy ni ha??

Kemudian, mesyuarat dibahagi dua, satu tuk wanita sahaja, satu lelaki sahaja. Adalah tu ilmu yg si Hemy nak tuntut tu. Hoho. Kami yg wanita2 ni membincangakan isu kahwin juga. Aku ngan Arabella berkongsi impian kahwin yg sama iaitu pada umur 25 tahun. Kitorg still 25 tahun lagi tau sekarang.Hopefully jadik kenyataan.Sep sikit Bella ;) Bella ni baru 1st time aku jumpe, alahai..sweetnye beliau, muka babyface. Tapi kesian dia malam tu kurang sihat, kak Masy pun kurang sehat tapi memasing bedal Abc jugak even dah pukul 11 mlm. Ubat mujarab kot abc fradoo tu ;p Jard berselindung di sebalik status in relationshipnya. Wafa membincangkan perihal langkah bendul (yg bakal kami berdua hadapi). Kak Aima seronok membincangkan tentang majlis tunangnya.

Tetiba, si Keri datang join kami, agaknya terasa kerdil tuk join mesyuarat lelaki2 dewasa tu. Beliau kelihatan agak montel (jgn marah haa ;p) lepas balik bercuti dari Sarawak. Yess..Sarawak mmg best, the foods also very the nyummy2, no wonderlah beliau sehat.Hehe. Kapten kelihatan agak diam malam tu tp sgt sporting kerana banyak tolong snapkan gambar. Mekaseh ye.

Kepada Hemy, congratz bro, moga bahagia ke akhir hayat :). Soalan "Ada 4 benda yg sama tapi berlainan" tu apakah jawapannya. Semua org tertanya2 tau. Baik ko gtau. Hee .Tak lupe juga tuk kak Aima juga, tahniah sbb bakal jadi tunangan org tak lama lagi. Gong xi Gong xi ;)

Sebagai penutup, sebelum mesyuarat bersurai, sesi bergambar dijalankan macam biasa, layan gambar la ye..


~Bella, Jard, Aku~



~Aku, Wafa cumil, Kak Masy (sorry kak ;p)~




Apa motif Keri senyum gitu?haha



Hemy si baju hijau putih & Kapten si baju putih



Yezzzaaa..thanx for keep on supporting Fradoo
(^_^)



Monday, January 11, 2010

Bila bloggers berjumpa, gamat satu Seksyen 2

Malam sabtu lepas ada perjumpaan dengan para memuah sekalian. Sepatutnya memuah leader join sekali tapi terpaksa di cancel di saat2 akhir. Suka tau dia tu. Aku baru je nak temuramah dia. Huhu. Malam tu, hujan adalah sangat lebat, jadi majlis berjalan lambat sikit (majlis?? ;p). Memula Jard sampai dengan kakak housematenya,di ikuti ngan kak Masy yg super comel malam tu, then Kak Zona, Wafa & Keria sampai. Masing2 isi perut dulu, kali ni kami duduk port belakang, gerai2 makanan kat situ sedap2, takde yg kena subsidi garam. Gagaga. Owh, sekarang seksyen 2 dah ada bubur berlauk ye,sila terjah gerai no 7 (Anjung Melur). Sangat sedap. Nyum2~ (terbayang dah aku ni..wuu..lapar). Eh,sempat mempromote pulak ;p




Haaa..super duper comel kan kak Masy kita ni??
Rahsianya..gunalah sabun mandi tuk mencuci muka ;p




Jard & Wafa
Wafa tak berapa ready lagi time ni sbb kamera ku lambat sgt bertindak ;p




Keri the one n only pria (adakah dia sdg buat muka comel?), Kak Zona & kak Masy aum2~
Owh..tu simbol bulat2 tu Kak Masy nye idea, simbolik tuk kuih keria. Agagaga




Us ;)
Ooo..kelihatan bubur sedap itu
(haa..Keri, mamat sebelah ko tu kot yg copet rokok ko tu)




Abc special from me tuk Jard & Kak Masy ;)
Sgt special ok, org lain tak dapat cenggini
(Jard & Kak Masy, sila terharu ye ;p)



Lepas dah konyang, muncul lah tetiba kek yg nyummylicious ni. Actually, idea Wafa tuk beli kek ni. Nyum2. Kek sempena birthday Jard & Kak Masy. Hope korang berdua dipanjangkan unur, dimurahkan rezeki & bertambah2 hepy ;)



Wohoo..tempting nye ko!
The Walnut Cake~





The birthday girls ;)





Fuh..fuh..fuh~
(muncung mahal tu tauuu)




Potong! Potong! Potong!


Ooo..ku lupa, nak cerita satu peristiwa menyayat hati. Masa kami sedang bergumbira, tatkala si Keri busy snap pic2 comel kami (sbb kamera dia power, automatic jadik photographer),tiba2 boleh pulak rokok si Keri ni hilang. Ish..ish..ish..kesian. Rokok pun nak kebas ke. So, kitorng buat derma kilat tuk beli rokok baru ganti rokok yg hilang tu. (holoh holoh holoh..baik kan kami? ;p). Daripada muka monyok cam hilang awek, terus muka dia bertukar ceria. Ajaib jugak penangan rokok ni kan. Haha


Dah selesai acara makan2 segala, tibalah masa tuk balik. Tapi sebelum tu, haruslah ada adegan bergambar terlampau kan. Kata bloggerrr ;p



Say cheeseee :D
(kak Masy & tiang kesayangan..hee)



Sayang kamu2 lah~




Sekali tetiba Kak Zona bagi idea tgkp pic kaki. Haha. Terimalah..


~The Kakies~
Kaki Jard yg kena gigit lintah (gigit ke sedut?)
Sebenarnya gambar ni ada version shekshiiii aww2, tapi tuk menjaga nama baik pihak kaki tersebut, ku tempek yg ni je lah. Haha



Pastu Jard kata, asek gambar kakiiii je, cubalah gambar lain pulak. Untuk itu, tuk penutup entry ni, terimalah......



~The sikus & the lutut pulak~
Hohoho..


Kesimpulan nya, gathering malam tu best. Nanti kite buat lagi ok! Memuah~










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015