Po the Dragon Warrior
Malam tadi bersama2 dengan kakak montok-yang-dah-kurus-ai-jeles-tau, Kak Masy kita ke TGV Bukit Raja tuk menonton pilem si beruang panda montel2 berkungfu, Kungfu Panda 2.Niat di hati kakak kita tu nak tengok abang breeze berlakon dalam KL Gengster tu, tapinya belum kuar lagi pulak pilem tu.Kite tengok beruang panda dulu la ye kak.Kami amik seat couple, sebabnya seat normal tinggal yang depan2 je,koser lah kami nak menjulingkan bijik mata tengok depan2 tu, baik tambah RM2 je dapat duduk kat belakang, seat selesa, boleh peluk2 manja. Awww. Haha.
Seat normal RM14,Seat couple RM15
Tiket wayang sekarang memang mahal eh? Hish.
Bersama kakak yang mukanya dah mengecil. Isk. Geget kang!
Happy bersama popcorn memasing.
Padahal Kak Masy suruh beli satu je popcorn tu, tapi aku yang tamak ni takmau kongsi2, jadinya beli 2 terus, last2 tak habis pun. Kak Masy punya popcorn tinggal separuh, aku punya tinggal separuh, cantumkan dua2 popcorn tu dapat balik satu popcorn penuh. Hehe. Tulah nya, tak mau dengar nasihat kakak. Tamak lagi.
Kungfu Panda 2 ni mengisahkan si Po bersama2 kawan2 dia yang berlima tu bekerjasama untuk menewaskan si Shen,dan kuncu2nya yang jahat gila macam firaun, gila kuasa, yang nak musnahkan negara China.Asalnya nak bunuh si Po je tapi disebabkan Po seekor, habis satu China nak dibakaunya. Ish ish. Kejam sungguh. Si Po pulak ada dapat vision2 yang dia sebenarnya adopted. Duhh..sudah terang lagi bersuluh, abahnya angsa, takkan lah pulak anaknya panda kan. Jadinya, si Po ni nak carik lah siapa diri dia sebenarnya. Rupa2nya yang membunuh mak kandungnya itu ialah.....Ok, cukup sipnosis kali ini.Ate, nak mencerita dari A-Z tak suprise la kan tuk orang yang belum menontonnya. Overall, bagi 4/5 bintang. Lawak gila la si Po ni. Lawak comel si gendut. Tapii..untuk compare dengan Kungfu Panda 1, memang lah Kungfu Panda 1 tu sangat lawak banding ni. Yang ni ada elemen2 serius + sayu2 sikit.
Po masa baby. Makan je kejenye.
Tapii comelllll lahhhh. Rasa nak cubit2 pipi kaw!
Kredit to Google.
Lagi satu yang buat kami berdua gelak sampai nak terkentut2 masa tengok pilem ni ialah subtitlenya. Sangat lawak ok. Si Po cakap "Awesome!". Subtitlenya "Sempoi!". Sempoi katanya. Lagi satu yang tak boleh tahan "Mantis", subtitlenya " Cengkadak!". Hahahaha. Banyaklah dia punya cengkadak. Mentadak kot. Haih..memacam lah. Sakit perut extra gelak.Apapun pilem ni memang sempoi (baca: Awesome!) dan pada sesiapa yang belum tengok tu sila bawak adik, anak2 gi tengok pilem ni ok. Enjoy watching ;)
P/s: Ok, baru google word cengkadak tu, dan ye..memang betul pulak cengkadak ialah mantis.Hehehe. Mentadak pun ye. Jadinya, cengkadak dan mentadak ialah serangga yang sama. Cengkadak centadu betollah. Haha.Tak pernah dengar pun orang panggey cengkadak ;p