Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label perihal customer. Show all posts
Showing posts with label perihal customer. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Maaf! Tiada cerita lucah di sini ye.



Klik tuk elak rabun


Ni keywords blog aku tuk bulan lepas.Cerita erina 155 hits?? Tak hairan sgt sbb aku rajin tengok blog aku, type kat google je.Haha.Syidot bp?? Siapa pulak tu. Abaikan. Yang aku kelakar tu yang digaris merah2 tu. Boleh dikatakan setiap hari ada je lah manusia horny yg menggoole word burit terpelanting masuk blog ni. Sorrylah bai, blog ni suci ok.Ni semua gara2 satu entry yang aku buat on 16 Disember 2008 dulu. Dah berkurun2 dah.Air burit?? What the fish la..haha. Korang nak baca ke entry tu?? Paiseh, gua tau lu dah pernah bace, so jangan gatal2 klik link ni eh. Hoho. Sebelum tu nak remind awal2 eh, entry tu ditulis tuk share pengalaman aku je, takde unsur2 lucah (mybe tuk gambar tu ada lucah sikit lah kot),tapi bukan letak sesaje je eh, tuk pembelajaran & pengajaran.




Selamat belajar bahasa baru~



Thursday, August 06, 2009

Karenah customer2 kesayangan

Kesayangan? (eceh..bodek..haha). Sebelum ni aku dah buat entry pasal jenis2 customers ni. Semenjak pindah kat gerai baru ni..customer pun makin ramai. Ada yg regular customers, ada jugak customers yang baru. Customer baru ni majority adik2 Uitm, yang baru masuk, fresh lagi. Student card tak lekang bergantung kat leher. Gi mana2 pun pakai. Sgt kagum mereka menjadi warga Uitm dihatiku. Hehe. Perangai mereka juga kekadang agak lucu, jengkel dan kadang2 menyakitkan hati gak. Mehla aku bagi contoh..


Perangai lucu pertama

2 org student Uitm. Lelaki. Datang kat kaunter order/pertanyaan/pembayaran(yang mana aku slalu duduk la) tersenyum2, terpinga2, lagak ala2 malu2 kucing gitu

Aku: Ye dik, nak order ke?
Adik 1: Haah, kak..kami nak tapau FRODO dua eh..
Aku: Ok. Tahan gelak.
Adik 2: Weh!! Ko ingat ni kedai lord of the ring ke? (sambil siku kawan dia tu).Cuba ko eja btul2.F.R.A.D.O.O. Fradu lah. Haha.Sorilah kak, kawan saya ni mengong. Kak, bungkus abc special dua eh. Tapi pe kebenda nye Fradu ni kak? Pelik betul bunyinya.
Aku: Fradu ni adik tiri Frodo (Hahaha..ketawa dalam hati)


Perangai lucu kedua

Seorang student Uitm. Perempuan. Ayu. Bertudung sopan. Muka innocent je. Datang kat kaunter nak buat pembayaran.

Aku: Ye dik, minum apa tadi?
Adik: Teh O limau ais. Berapa eh kak?
Aku: Satu dua ( stands for Rm1.2o)
Adik: Satu
Aku: Err..harga air tu singget 20 sen la dik..hehe
Adik: Ooo..(sambil senyum2 malu)


Ok. nak cerita perangai customer yang menjengkelkan pulak. Ya..ya..i know, customer is always right. Even dia buat salah, always right jugak. Kena maki, kena marah, buat bodo je.Senyum. Sabar je lah.Always right kan.Tapi kekadang panas gak hati ni. Contohnya macam ni:

Ada 3 orang perempuan. Again. Student Uitm (tau sebab duk canang student card dia tu). Budget hot chick.Ngan muka snobbishnya masing2, mintak order.

Perempuan A: Bagi Abc 3. (ngan muka berlagak, mata jeling2 pastu buat gaya gedik)
Aku: Bungkus ke?
Perempuan B: Yela, kan kitorg tgh berdiri ni (gaya cakap berlagak nak mampus)
Aku: ( Dalam hati) Hek eleh..menyampah nye aku tgk ko. Tanya baik2 jawab kerek gila macam tak belajar adab. Hello adik, ko tak payah berlagak ok. Penat belajar tinggi2, muka budget cantik tapi takde adab.

Pastu da siap2 bungkus semua. Perempuan A tu main campak je duit RM10. Di ulang sekali lagi. Campak! Campak cam campak ikan bagi kucing makan. Dalam hati (sabar Erina..sabar). Masa ni aku da start buat muka skit da. Yela, tak hormat langsung kot main campak2 duit camtu. Apa lah salahnya bagi elok2. Pastu bila aku bagi balance, aku cakap terima kaseh. Terus blah je without any response. Perghhh! Memang hari ini dalam sejarah lah aku deal ngan perempuan yang berlagak lagi sgt2 annoying.Bluekkk! Masa diaorang blah tu dalam hati aku sempat gak jerit ( Wehhh!!Takyah berlagak la. Aku pun student Uitm gak dulu tapi tak kerek mcm korang pun. Harap muka je cantik tapi perangai kambing lagi sopan!!!!). Maap.Terkeluar unsur2 makian sebab dah geram sangat.

Kalau jadik kat korang apa korang buat? Haih.


Ni perangai menyakitkan hati pulak. Yang buat ni selalu lelaki la. Perempuan so far tak pernah lagi la. Mintak order tapi main2. Macam nak mintak penampar pun ada. Contoh cenggini..

"Kak, bagi teh o ais limau satu eh tapi taknak limau"

"Kak, bagi teh ais eh tapi taknak teh"

"Kak, bagi bandung cincau eh tapi taknak cincau'

"Kak, bagi kopi panas eh tapi taruk ais"

Apakahhhhhhh? Samdol betol la mintak order memain camni. Macam budak tak sekolah je. Tau la kekadang tu dorang memain je tapi kalau dah selalu sgt orang yang sama mintak order camni. Menyampah ok!





Moral of the story: Please show some respect la. Kat mana2 pun.Tak kira lah org tu waiter ke, tukang sapu sampah ke, dorang ada perasaan gak. And jgn sesekali pandang rendah kat diorang. Helloo..kerja saya hari2 mintak order, jadik cashier, kekadang tukang lap meja, tapi i'm a degree holder.Tak de berlagak pon.

Wednesday, July 15, 2009

Laku ke tak?

Aku komfius jap semalam, ada sorang customer ni, bayar Abc yg berharga Rm2.50 dengan menggunakan duit ni..


Yang duit kertas RM1 tu aku memang tak kesah, yang aku hairan duit syiling Rm1 tu. Masa aku dapat duit ni, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku buat muka hairan sampai kerut2 kening, dia buat muka slumber tak tau. Huhu. Setahu aku duit syiling ni dah tak laku kan? Tapi malas nak banyak soal, aku bagi jela baki 50 sen balik. Haih~


p/s: Mybe adik tu baru lepas pecah tabung kot..huhu

Monday, February 09, 2009

Hari ini Fradoo di datangi artis

Tgh busy gila layan customer..tiba2 datang 2 orang lelaki..

Lelaki pertama: Kak, bagi tembikai 1 bungkus eh. *dengan nada yg sgt sopan..

Aku: Sambil pandang muka dia.Ehh..muka dia ni familiar gila * dalam hati

Sambil membungkus air tembikai dari dalam balang air, aku pandang lagi lelaki tu sambil buat dahi kerut sikit. Mamat tu agaknya perasan aku pandang dia ngan sgt obvious, tersengeh2 malu. Dengan ringan mulutnya aku bertanya..

Aku: Eh, muka adik ni look so familiar la..mcm pernah nampak..

Lelaki pertama: Eh..ye ke kak? * sambil tersenyum2 control comel

Lelaki kedua: Mmgla familiar kak..dia kan artist..

Aku: Senyum. Oo..Patutlaa..hehe..korang ni student UiTM eh?

Lelaki kedua: Ha'ah..terima kasih kak *sambil bayar dan ambik air tembikai yg dah dibungkus oleh aku tu

Aku: Akak minat gila payung pink & baldi pink awak, boleh pinjam tak? Hakhakhak* dalam hati je la..


Mmg betul la mamat tu seorang artis. Mau nye aku tak kenal, aku tgk cerita lakonan dia tu lebih 10 kali kot. Kalau aku bosan2 atau nak ketawa2, aku layan la tgk cerita dia. Dia sgt pandai berlakon dan cerita lakonan nya tu mmg best pon. Kisah "adik2" yg comel.Hee.. nak tau sape artis tu? Ni haa...


Adik@Sutun


Tak kenal eh? Sesiapa pernah tgk cerita Sutun 1 & Sutun 2 kenal lah kot sbb aku rasa dia berlakon tuk cerita ni je. Cerita2 ni dah lama dah tayang kat TV1. 2-3 tahun lpas kot tapi baru2 ni Astro Ria rajin plak ulang tayang cerita ni. Yang penting aku sgt suke tgk cerita Sutun 2. Mmg best giler! Siapa yg tak pernah tgk tu sila lah download. Dapat tgk mamat ni berlakon ngan bestnye.Aauww..i like adik =p



Thursday, December 04, 2008

Jenis2 duit

Sebagai pekerja dan cashier bertauliah Fradoo, aku dah terima mcm2 jenis duit yang abnormal. Ada yang jenis terkoyak dan di "salofan tape" kan (biasa duit RM5 la). Ada yang jenis warna duit tu dah pudar gila mcm kena rendam ngan clorox (biasa duit RM1). Ada pulak yang jenis berconteng nombor telefon atas duit tu, tak pun berconteng email adress dan segala macam jenis contengla. Tapi yg paling tak boleh blah, conteng macam ni..


~Haruskah diconteng2 mukanya? Haih~

Kalau nak tunjuk bakat menconteng sekali pun, tak payah la sampai conteng duit. Pastu bayar minum guna duit yang dah diconteng ni pulak. Tak ke menganiaya orang namanya. Huhu. Duit2 abnormal ni biasanya aku terima time customer ramai gila. Jadi, takde masa lah nak belek2 duit tu time dorang bayar. Dorang pun pandai gak cover, yang mana side yang dah kena conteng ke, koyak ke, dorang terbalikkan la. Ish..ish..tak patot.

Perhatian: Sila jangan menggunakan duit koyak mahupun duit yang berconteng untuk membuat sebarang pembayaran. Tak baik tau.


Friday, November 28, 2008

Akhirnya..Hairannya..



Akhirnya, segala yang berkaitan ngan thesis dah settle. Tadi g hantar hardcover kat supervisor. Dengan hantarnya hardcover tu, maka segala bab2 berkaitan ngan thesis dah tamat. Huu. Penat dah buat thesis ni. Buat repot pun penat. Tapi bukan aku sorang je yang penat. Supervisor aku pun mesti penat gak melayan karenah student dia yang degil dan suka buat keje last minute ni. Hehe. Mahap la ye puan. Tuk membalas jasa baik supervisor aku yg dah sememanganya baik tu. Aku buatkan dia kek. Harap2 dia suka. Terima kasih ye puan.


~Kek Sarawak Evergreen yg sedap~

Oh..hari ni dah masuk keje balik. Maklumlah dah 'off day' dua hari. Hari ni masuk awl, tghari sbb ayah g solat Jumaat. Mmg setiap Jumaat aku masuk tghari. Tapi setiap kali aku jaga gerai hari Jumaat, aku tgk customer2 Fradoo mesti aku hairan. Hmm..kul 1.20 ptg, pada hari Jumaat mengapakah lebih ramai customer lelaki berbanding customer perempuan? Buktinya gambar kat bawah yang aku tangkap pd kul 1.20 ptg tadi..Hairannya..


~ Mungkin abg2 ni "uzur" kot? Hehe~

Perhatian: Silalah ke masjid dulu sebelum ke Fradoo.


Tuesday, November 25, 2008

Jenis2 customer

Mcm2 ragam manusia aku tgk sepanjang "part time" kat Fradoo. Sangat banyak. Ada yang yg menjengkelkan, ada yang sangat tak boleh blah. Antaranya:

1) Jenis tak tetap pendirian. Contohnya seperti..

Datang sorang lelaki
Lelaki: Dik, bungkus air tembikai 1
(aku taruk air gula, dan terus mencedok air tembikai dari balang.Baru je nak masukkn air tu dalam plastik...tiba2..)
Lelaki: Eh, dik.Cancel la..tak jadik air tembikai..bungkus air kelapa
(aku pergi kat balang air kelapa pulak, baru je nak cedok air kelapa tu..tiba2 lagi..)
Lelaki: Eh..eh..tak jadikla dik..nak air tembikai la ( sambil buat muka tak bersalah)
Aku: *dalam hati* Haih..Mengong la mamat ni, kejap air kelapa, kejap air tembikai..apa kata kau bungkus air ni sendiri. (muka maintain tersenyum)

Perhatian: Sila buat keputusan ngan tepat lagi jitu sebelum meng'order'.

2) Jenis cerewet. Contonya seperti..

Datang sorang makcik
Makcik: Dik, bungkus ABC 3. Mmm..dalam tu makcik taknak cendol, taknak cincau, taknak 'telur katak', taknak sagu..
Aku: Ok (muka tersyum)
Makcik: Lagi makcik taknak kacang merah..tapi coklat makcik nak lebih, kacang goreng nak lebih, nata de coco nak lebih, jagung pun nak lebih...
( aku pun bagitau si pembuat ABC, apa yang makcik tu nak dan taknak..Bila dah siap, masa nak taruk aiskrim, si pembuat ABC taruk aiskrim coklat)
Makcik: Eh..eh..makcik taknak aiskrim coklat..aiskrim keladi ada?
Aku: Aiskrim keladi takdelah makcik..Ada aiskrim coklat,vanilla ngan strawberi je..
Makcik: Mm..makcik nak aiskrim vanilla..
Aku: Ok
(si pembuat ABC tarukla aiskrim vanilla, pastu taruk coklat..taruk lebih)
Makcik: Taruk lebih lagi ye dik coklat tu, pastu taruk kacang goreng lebih, jagung lebih (dia ulang lagi ayt yg sama td tu)
Aku: * dalam hati* makcik buat sendiri ABC pasni eh..

Perhatian: Sila jangan memeningkan kepala si pembuat ABC.

3) Jenis kaya berlagak. Contohnya seperti...

Datang sorang perempuan beli ais 50 sen je..diulangi ais 50 sen je..
Masa nak bayar, bagi duit RM50..
Aku: Mmm..takde duit kecik ke?
Perempuan: Takdelah, ni lah note yang paling kecik yang ada dlm purse I skrg..
Aku: *dalam hati* Cheh, kalau takde ckp jelah takde, tak payah nak berlagak!

Perhatian: Sila sediakan wang kecik sebelum membayar, kalau nak bayar guna wang besar, sila beli dalam kuantiti yang banyak.

4) Merpati berjola joli.

Haih..ni mmg menyampah. Ramai pulak tu customer camni. Datang gerai. Order air. Minum. Pastu berborak tgn masing2 nak merayap. Tangan laki usap2 belakang pompuan. Tangan pompuan dekat celah peha laki. Pastu siap cium2 pipi, cium2 dahi.
( tak malu ke org lain tgk? Aku yang tgk pun malu..ish..ish..)

Perhatian: Sila jangan membuat 'onar' di Fradoo. Sila dtg minum dan makan je.Nak usap2. Cium2. Pergi tmpat lain.Syuh!Syuh!

5) Jenis suka buat drama.

Biasanya mmg couple2 la yg suka buat drama ni. Kalau ada masalah pun, yang lelaki tak payah la kau nak tengking2, jerit kuat2 kat si pompuan. Yang pompuan pulak tak payahla nak menangis sakan macam org bru lepas mati laki. Tu semua mengundang mata2 org lain tuk tertumpu kat meja korang yang tgh buat drama tu. Belum lagi kes bila si lelaki mengamuk sampai baling kerusi kat sorang lelaki lain yang tak dikenali sbb lelaki tu duk ushar awek dia. Laa...yang kau bwk awek ko bersinglet putih dan berbra hitam serta bermini skirt duk mkn kat gerai watpe?. Memanglah semua org pandang. Bukan takat lelaki tu je, makcik2, pakcik2 yang tengah minum pun geleng2 kepala, mengucap panjang tgk awek kau tu. Kau nak emo2 sampai baling kerusi apa hal? Kau ingat kerusi tu bapak kau punya? Haih..tak paham..tak paham

Perhatan: Sila berpakaian dan berperangai sopan di gerai2. Dan kalau aweknya seksi teramat jangan bawa minum dan makan di gerai. Sila pergi ke tempat yang meletup dan high class ok.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015