Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Saturday, December 13, 2008

Misi ke perkahwinan Syida & Azmil

Lebih kurang kul 12 tghari, gerak gi amik member2 sekolah menengah aku dulu bermula ngan Pyan. Pastu gerak gi TUDM (sebelah politeknik Shah Alam), amik Ayu. Last sekali gi amik si Hafis kat Taman Medan. Time nak gi amik Hafis, tukar driver, Pyan plak drive. Siap bwk kami mkn2 angin sampai kembung. Bila sesi pengumpulan member2 dah settle, misi gerak ke penjara kajang bermula. Dan aktiviti setiap kali berhenti kat traffic light, menangkap gambar menggunakan kamera Pyan yg canggih. Haha.


~Pyan, Ayu, Aku & Hafis a.ka. Turkey~

Selalu dalam kereta tangkap gambar dari depan, ni dari belakang pulak

*Haha*

Dalam kereta, boleh pulak mamat dua orang tu memperkotak- katikkan barang2 Hello Kitty yang comel2 dalam kereta aku tu. Chis..chis..ada ke patut geli nak pkai seat belt semata2 ada Hello Kitty kat seat belt tu. Dorang tak tau ke Hello Kitty tu seekor makhluk yang comel dan warna pink tu sememangnya warna cun feveret aku. Tapi akhirnya dorang pakai gak, walau terpaksa. Siapa suruh naik kereta aku. Agagaga.

Dan akhirnya...


Pukul 2 lebih, kami sampai kat sini. Perut masing2 sgt berkeroncong makyong. Jumpa member2 yang lain, salam peluk cium. Makan. Time makan, kami berempat duduk semeja. Lauk semua dah siap terhidang atas meja tu. Bila dah ceduk nasi, lauk segala, dah baca doa makan, tinggal nak suap nasi dalam mulut. Tiba2, salah sorang (lelaki) di antara kami berempat, tanya pulak waiter yang kebetulan berdiri kat meja kitorang. "Bang, air basuh tangan ada tak?". Abg waiter jawab, "Takdelah dik, pakai la garfu dan sudu ni, barulah sepadan duk kat meja ni". Ahaha. Malunya aku dengar jawapan abg tu. Konon2 member aku tu nak jadik lelaki melayu sejati lah mkn pakai tgn. Sekali abg waiter bagi jawapan cenggitu. Haru..haru..

Pas makan2, aku haruslah bergambar2. Happy sgt dapat jumpa member aku sorang ni. Zaza. Katil kami berjiran masa aku duk hostel masa form 5 dulu. Pastu, kalau timbul cerita2 seram kat hostel tu, memasing rapatkan katil sebab nak tido sesama. Pengecut betul kami. Hehe. Banyak kenangan ngan dia ni. Aku tak pernah jumpa dia pas SPM. Pas SPM dia terus pindah oversea, sambung study kat sana. Sekarang dia dah pindah sini balik dan kerja kat sini.

~Aku & Zaza~


~Ex-Aspuri Projekian~






~Sesi bergambar ala2 gambar kelas dalam majalah sekolah~


~Sesi bergambar bersama mempelai~


~Pasangan ratu & raja sehari~

*Tahniah Syidot & Azmil*

Cantik sangat Syidot. Sepadan sgt dorang. Kahwin dah member aku sorang ni, member sesama study time skolah menengah merangkap sesama study masa kat Sarawak dulu. Best tgk member2 kahwin. Tengok dorang bersanding, berangan cam aku pulak yg tgh bersanding. Haha. Berangan je la boleh. Kahwinnya confirm lambat lagi. Haih. Syidot..semoga berbahagia ke akhir hayat & moga dapat baby yang comel2. Hee..

Friday, November 28, 2008

Akhirnya..Hairannya..



Akhirnya, segala yang berkaitan ngan thesis dah settle. Tadi g hantar hardcover kat supervisor. Dengan hantarnya hardcover tu, maka segala bab2 berkaitan ngan thesis dah tamat. Huu. Penat dah buat thesis ni. Buat repot pun penat. Tapi bukan aku sorang je yang penat. Supervisor aku pun mesti penat gak melayan karenah student dia yang degil dan suka buat keje last minute ni. Hehe. Mahap la ye puan. Tuk membalas jasa baik supervisor aku yg dah sememanganya baik tu. Aku buatkan dia kek. Harap2 dia suka. Terima kasih ye puan.


~Kek Sarawak Evergreen yg sedap~

Oh..hari ni dah masuk keje balik. Maklumlah dah 'off day' dua hari. Hari ni masuk awl, tghari sbb ayah g solat Jumaat. Mmg setiap Jumaat aku masuk tghari. Tapi setiap kali aku jaga gerai hari Jumaat, aku tgk customer2 Fradoo mesti aku hairan. Hmm..kul 1.20 ptg, pada hari Jumaat mengapakah lebih ramai customer lelaki berbanding customer perempuan? Buktinya gambar kat bawah yang aku tangkap pd kul 1.20 ptg tadi..Hairannya..


~ Mungkin abg2 ni "uzur" kot? Hehe~

Perhatian: Silalah ke masjid dulu sebelum ke Fradoo.


Wednesday, November 19, 2008

Final Year Project

Heavy metal dlm teh kurus atau lebih spesifiknya " Determination of heavy metals in slimming tea". Tu la tajuk Final Year Project aku atau lebih ringkasnya FYP atau nak senang lagi thesis. Oh, heavy metal ni sememangnya takde kena mengena ngan mana2 band heavy metal. Ni heavy metal yang boleh membahayakan kesihatan. Sem ni aku mmg banyak habis masa buat benda ni. Memula buat experiment ni, excited habis..lebih2 lagi time nak detect heavy metal guna FAAS. Aku suka guna benda alah ni. Mcm dalam CSI je. Haha. Seronok buat thesis ni sebab aku byk belajar benda baru. Bertambah ilmu dan pengalaman tapi ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa time buat thesis ni. Cam biasa, teh2 tu aku treat guna "acid digestion". Memula timbang teh kurus tu, pastu rendam teh tu dalam acid nitric semalamam. Esoknya aku panaskan teh tu bawah "fume hood" sampai teh2 tu hancur . Bila dah hancur, tapis teh tu dalam "volumetric flask", tmbah air suling pastu simpan dalam botol ubat.

~ Hai obat..hai obat..mari beli obat~
* ni la sampel teh aku, setiap sampel kena triplicate*

Biasa time aku panaskan teh tu, ok je..takde apa2 masalah, tapi ada satu hari tu time aku panaskan teh, tetiba aku dengar bunyi cam benda meletup. Aku tengok teh yang aku panaskan tadi tu menggelegak pastu meletup2. Aku memang dah panik gila time tu. Encik Kerol (lab assistant) pulak takde time tu, tinggal aku dengan sorang student (kelas lain) yang tengah buat experiment gak. Dia pun cuak. Makin lama makin kuat letupnya sampai terpercik2 ke lantai. Aku tak boleh nak buat apa dah time tu, jantung berdebar2. Aku takut bikar tu pecah, pastu meletup, lab tu terbakar. Masa tu otak aku fikir macam2. Nak tutup suis "hot plate" tu takut sebab nanti teh tu terpercik kena tangan ke, muka ke. Tak psl2 je nanti. Aku biarkan je. Tgk aksi "letupan teh" tu dari jarak jauh. Lama2 letupan tu jadik slow, pastu senyap sebab teh dalam bikar tu dah habis. Semua dah terpecik ke luar. Aku pun pe lagi, cepat2 tutup suis "hot plate" tu, pastu amik kain buruk cpat2 lap lantai yang da kotor kena teh tu. Bila Encik Kerol masuk, aku wat tak tau je macam takde apa2 berlaku. Ngehehe..Tapi akhirnya dia tau gak sebab aku ada meninggalkan bukti yang jelas lagi nyata kat dinding "fume hood" ngan "hot plate" yang aku guna tu. Aku kena bersihkan kesan2 letupan tu sampai bersih berkilat2 guna acetone. Huhuhu.

~Dinding "fume hood" lepas kena bom teh~
*pastu aku kena bersihkan sampai berkilat..huhu*


~"Hot plate" yang terkena bom teh dan"Hot plate" suci~
*aku kena sental benda ni sampai berkilat gak..huu*


Pas kejadian tu aku terus g repot kat supervisor aku. Rupanya aku dah wat satu kesalahan besar. Tak cover bikar tu time panaskan. Sbb kalau guna "acid digestion" , letup2 ni memang normal. So aku kena cover bikar tu biar tak bahaya. Yang pelik, sebelum ni tak pernah pun jadik. Tapi memndangkan letupan teh aku ni agak over (kuat sangat), supervisor aku ckp mybe "hot plate" tu dah rosak. Ye..mmg patut dibuang ke tong sampah je sebelum ramai yang jadik mangsa.

Tapi sekarang Alhamdullilah projek da settle. Tak payah nak timbang2 teh lagi. Tak payah nak rendam teh kurus tu dalam nitric acid lagi. Tak payah nak panaskan teh tu lagi. Tak payah nak tapis teh tu masuk dalam botol ubat lagi. Semua dah tak payah. Tinggal nak buat hardcover report je. Lalala..


~Aku tgh me"ninja"kan diri~
* tgh tekun wat thesis ni*










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015