Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label thesis. Show all posts
Showing posts with label thesis. Show all posts

Saturday, November 29, 2008

Janggut sotong

Harini ke The Gardens, temankn si bestie ( Yah yg comel comot). Dia nak survey barang2 tuk hantaran. Kami jejalan, carik handbag, slumber masuk kedai jual handbag yang ribu riban, test2 pakai pastu blah. Haha. Hari ni ada sale. Agak rambang matalah si Yah. Aku temankan je. Dah g jalan tak sah la kalau tak makan kan. Kami g makan di Sushi King (Midvalley). First time kitorng mkn kat sini. Aku selalu makan sushi beli kat dlm Jusco je tak pun Tesco. Ngehngeh.


~ Jeng..jeng..ni lah yang kami makan~

Oh..oh..yang warna oren (tak tau nama) tu sedap. Nyummy2! Yang bulat2 tu pun sedap. Yang bulat2 tu Yah yg order. Sampai2 je mknan yang bulat2 tu Yah terus makan tapi muka dia merah pastu sbb panas. Pastu aku pulak try. Tiup2 dulu pastu ngapp semua! Hmm..sedap. Juicy2. Cam ada inti dalam tu. Hen hao! ( sgt sedap! dlm mandarin). Tau mandarin je, Jepun tak tau. Hee.

~Yah comot comel & Aku~
*muka sendiri kena caras..huhu*

Kami mkn2 lah ngah penuh minat sambil tgk sushi tu bergerak pusing2 depan kami. Pastu Yah bukak buku menu, aku terpandang 1 menu ni dari baby octopus. "Ahh..tak boleh blah nye. Aku kalau sotong mknla, tapi janggut sotong ngan kepalanya aku tak makan..geli!" aku gtau Yah. Pastu aku terus ambik mknan yang bulat2 tu lagi. Kali ni aku gigit separuh dulu sbb nak tgk apa isi dalamnya. Sekali tengok2..ade JANGGUT SOTONG!! huhu..


~Bebola janggut sotong namanya..huu~

Yah dah tergelak2. Aku tak tau pulak yang dia order tu dari baby octopus gak. Terus badan aku terasa geli geleman cam sotong. Tapi memandangkan Yah belanja pastu rasanya pun sedap, aku pun ngapp je, buat2 tak tau yg dlm tu de janggut sotong. Hahaha. Maceh Yah sbb blanja. Nanti aku dah keje aku blanja kau plak eh.Hee. Sayangg kau sgt *peluk*

Haa..psl kek evergreen yang aku bg kt supervisor aku smlm, mlm smlm aku dapat msg dari dia

" Erina. tq 4 de kek. hijau nye! kek slimming t ke? jgn mare. tp sedap. buat penat i p gym td. naik balik apa yg dah burn" -Pn Zuraidah (supervisor aku).

Ahaha..puan perli nampk. Mentang2 aku buat thesis pasal slimming tea. Tapi yg penting, dia ckp kek aku sedap. Bangga2. Hee


Friday, November 28, 2008

Akhirnya..Hairannya..



Akhirnya, segala yang berkaitan ngan thesis dah settle. Tadi g hantar hardcover kat supervisor. Dengan hantarnya hardcover tu, maka segala bab2 berkaitan ngan thesis dah tamat. Huu. Penat dah buat thesis ni. Buat repot pun penat. Tapi bukan aku sorang je yang penat. Supervisor aku pun mesti penat gak melayan karenah student dia yang degil dan suka buat keje last minute ni. Hehe. Mahap la ye puan. Tuk membalas jasa baik supervisor aku yg dah sememanganya baik tu. Aku buatkan dia kek. Harap2 dia suka. Terima kasih ye puan.


~Kek Sarawak Evergreen yg sedap~

Oh..hari ni dah masuk keje balik. Maklumlah dah 'off day' dua hari. Hari ni masuk awl, tghari sbb ayah g solat Jumaat. Mmg setiap Jumaat aku masuk tghari. Tapi setiap kali aku jaga gerai hari Jumaat, aku tgk customer2 Fradoo mesti aku hairan. Hmm..kul 1.20 ptg, pada hari Jumaat mengapakah lebih ramai customer lelaki berbanding customer perempuan? Buktinya gambar kat bawah yang aku tangkap pd kul 1.20 ptg tadi..Hairannya..


~ Mungkin abg2 ni "uzur" kot? Hehe~

Perhatian: Silalah ke masjid dulu sebelum ke Fradoo.


Wednesday, November 19, 2008

Final Year Project

Heavy metal dlm teh kurus atau lebih spesifiknya " Determination of heavy metals in slimming tea". Tu la tajuk Final Year Project aku atau lebih ringkasnya FYP atau nak senang lagi thesis. Oh, heavy metal ni sememangnya takde kena mengena ngan mana2 band heavy metal. Ni heavy metal yang boleh membahayakan kesihatan. Sem ni aku mmg banyak habis masa buat benda ni. Memula buat experiment ni, excited habis..lebih2 lagi time nak detect heavy metal guna FAAS. Aku suka guna benda alah ni. Mcm dalam CSI je. Haha. Seronok buat thesis ni sebab aku byk belajar benda baru. Bertambah ilmu dan pengalaman tapi ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa time buat thesis ni. Cam biasa, teh2 tu aku treat guna "acid digestion". Memula timbang teh kurus tu, pastu rendam teh tu dalam acid nitric semalamam. Esoknya aku panaskan teh tu bawah "fume hood" sampai teh2 tu hancur . Bila dah hancur, tapis teh tu dalam "volumetric flask", tmbah air suling pastu simpan dalam botol ubat.

~ Hai obat..hai obat..mari beli obat~
* ni la sampel teh aku, setiap sampel kena triplicate*

Biasa time aku panaskan teh tu, ok je..takde apa2 masalah, tapi ada satu hari tu time aku panaskan teh, tetiba aku dengar bunyi cam benda meletup. Aku tengok teh yang aku panaskan tadi tu menggelegak pastu meletup2. Aku memang dah panik gila time tu. Encik Kerol (lab assistant) pulak takde time tu, tinggal aku dengan sorang student (kelas lain) yang tengah buat experiment gak. Dia pun cuak. Makin lama makin kuat letupnya sampai terpercik2 ke lantai. Aku tak boleh nak buat apa dah time tu, jantung berdebar2. Aku takut bikar tu pecah, pastu meletup, lab tu terbakar. Masa tu otak aku fikir macam2. Nak tutup suis "hot plate" tu takut sebab nanti teh tu terpercik kena tangan ke, muka ke. Tak psl2 je nanti. Aku biarkan je. Tgk aksi "letupan teh" tu dari jarak jauh. Lama2 letupan tu jadik slow, pastu senyap sebab teh dalam bikar tu dah habis. Semua dah terpecik ke luar. Aku pun pe lagi, cepat2 tutup suis "hot plate" tu, pastu amik kain buruk cpat2 lap lantai yang da kotor kena teh tu. Bila Encik Kerol masuk, aku wat tak tau je macam takde apa2 berlaku. Ngehehe..Tapi akhirnya dia tau gak sebab aku ada meninggalkan bukti yang jelas lagi nyata kat dinding "fume hood" ngan "hot plate" yang aku guna tu. Aku kena bersihkan kesan2 letupan tu sampai bersih berkilat2 guna acetone. Huhuhu.

~Dinding "fume hood" lepas kena bom teh~
*pastu aku kena bersihkan sampai berkilat..huhu*


~"Hot plate" yang terkena bom teh dan"Hot plate" suci~
*aku kena sental benda ni sampai berkilat gak..huu*


Pas kejadian tu aku terus g repot kat supervisor aku. Rupanya aku dah wat satu kesalahan besar. Tak cover bikar tu time panaskan. Sbb kalau guna "acid digestion" , letup2 ni memang normal. So aku kena cover bikar tu biar tak bahaya. Yang pelik, sebelum ni tak pernah pun jadik. Tapi memndangkan letupan teh aku ni agak over (kuat sangat), supervisor aku ckp mybe "hot plate" tu dah rosak. Ye..mmg patut dibuang ke tong sampah je sebelum ramai yang jadik mangsa.

Tapi sekarang Alhamdullilah projek da settle. Tak payah nak timbang2 teh lagi. Tak payah nak rendam teh kurus tu dalam nitric acid lagi. Tak payah nak panaskan teh tu lagi. Tak payah nak tapis teh tu masuk dalam botol ubat lagi. Semua dah tak payah. Tinggal nak buat hardcover report je. Lalala..


~Aku tgh me"ninja"kan diri~
* tgh tekun wat thesis ni*










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015