Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, January 24, 2011

Mesti cakap terima kasih

Tengahari tadi, lepas lunch, mintak kebenaran encik boss, nak pergi buat HIV test dekat klinik kerajaan berhampiran. Dekat je pun dengan opis. 5 minit sampai.Encik boss sporting, boleh saja katanya. Aku pun berdesup lari kejap. Kena buat hari ni jugak sebab lepas ni kompem dah busy, takut tak sempat buat. Tangguh2 kang, nangis. Huhu. Encik tunang dah setel dah borang kebenaran kahwin dia, aku je yang terhegeh2.


Bagus klinik ni, tak ramai orang plus tak payah nak buat appointment2 bagai. Isi borang, amik no giliran. Tunggu kejap. Pastu misi (nurse) dah panggil dah.




Erkkk!! Sakit. Huhu. (sikit je pun. Ngade lebih ;p)

Prosedurnye pun kejap je. Misi pakai ala2 pregnancy kit untuk buat HIV test ni. Kalau pregnancy test pakai urine, ni pakai darah. Setitik je pun. Bubuh dalam kit tu, tunggu seminit, nah..keluar line. Kalau single line..Tahniah!! anda bebas HIV. Kalau double line..errr..pepaham jelah ye. Dan ofkos aku bebas HIV. Syukur Alhamdullilah ;)

Lepas dah buat test ni, kena masuk satu bilik lagi, untuk ambil balik borang yang dah disahkan plus kena ada sesi kaunseling sikit lah oleh pembantu perubatan pasal HIV ni. Dia tanya tau tak HIV tersebar ni macam mana,kena buat test ni 6 bulan sebelum kawen etc. Lepastu ada satu insiden tak boleh blah berlaku. Kelakau aku rasa. Kalo teringat balik mesti terasa macam bunguk diri ini.Pembantu perubatan (PP).

PP: Lepas ni awak dah tahu ye macam mana HIV ni tersebar?
Aku: Ye, saya tahu. 
PP: Tadi dah jumpe misi kan? Misi cakap apa??
*Yang aku pulak dengar MESTI cakap apa??*
Aku: Err..(sambil buat muka blur comel2). Mesti cakap terima kasih lah.
PP: Haaa? Misi tu cakap terima kasih? (sambil senyum2)
Aku:Oooo..misi tu cakap saya normal. Ingatkan tadi encik cakap mesti cakap apa? (tersipu2 malu)
PP: (bantai gelak dengan sopan)

Hahahahahaha.Bunguk betul. Mesti cakap apa katanya. Hahaha. Adehh! Malu ai tau ;p





P/s: HIV Test: Done! :)





10 comments:

CaDLyNN said...

agaga..ko excited sgt ni ena~
tp ucap terima kasih itu bagus.tanda penghargaan ~ :)

sweethOneY said...

hahaha. adoi. rasa mcm innocent sgt je bunyinya. haha

owg pun br semlm isi borang g kursus kawen. hehe. majlis lambat lg, takpe :p

eh yunk, HIV test ni kena buat 6 months before kawen ke? maksudnya result tu cuma valid 6 bulan kan? eh? ke cane?

Dayang_Amy said...

hihihii lawakscomel kamu ni ena.Dah selesai satu perkara ek.

btw..kite de tag kamu kat contest muslimah paling bergaya. Leh cek kat blog kite klu nk join. Kamu kan gojes. Sesuai join. Hehehe

zonaku said...

heehheheeee.....

cam budak tadika.... cakap apa??? 'terima kasihhhhhh....' <-- jawab reramai

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

cm seram je kan bunyi nye..

Masy said...

mekasih kakak misiiii ahahahhaha

p R i n c E S s _ N said...

satu2 sudaa done...psni setel borg kahwin laks..

Erina Asmawani said...

Lyn:
Bukan eksaited la..nebess..hehee..darah gemuruh datang..

Izza:
Yeay!! Nak g kursus kawen da dia..katne yunk?

yup..hiv test ni valid 6 bulan je..so 6 bulan kebawah, before kawen, ley wat test ni..nanti masa kursus ade org tu terangkan pasal HIV test ni yunk..

Erina Asmawani said...

Amy:
huuu..masa tu ade sedikit lampy & kurang pendengaran..haha..

Gorjes?? hee..maceh dear. Nanti ena join k ;)

Kak Zona:
hahahahaha..ye cikgu..terima kasih cikgu! Nasib PP tu pakai mask, kalo nampak dia ketawa, lagi maluuu ai kak..huhu

Pojie:
Sikit je pojie darah yg dorg amik..hehe

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
same2 adik lampy..haha

N:
yess!!! x sabar tuk settlekan sume ;)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015