Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label cintahati. Show all posts
Showing posts with label cintahati. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Ada apa dengan 121212??


Tarikh ni sangatlah special sebab ianya birthday encek hubby! 


Malam sebelumnya kami dah celebrate sempoi2 je dekat rumah mak (mother in law). Kek tu kakak ipar yang belikan. Sedap sangat! Birthday boy tu dapat hadiah perfume M&S lagi dari along. Dapat spek baru juga. Dan isteri kesayangan ni hadiahkan beliau henfon!! Suka sangat tengok dia happy dapat hadiah tu.Senyum sampai ke telinga.Heee..Alhamdullilah. Moga encek hubby dikurniakan kesihatan yag baik, dimurahkan rezeki :) Aqil dan mama Aqil sayang ayah manyak2! 


Wednesday, August 08, 2012

Friday, February 11, 2011

Alhamdulillah :)

2 hari lepas terima berita yang sangat gembira dari encek tunang. Memula macam nak merajuk dengan dia sebab takde morning call dari dia pagi tu (tu pun nak merajuk, gedik kan? hoho). Sekali bila call dia,terus tak jadi merajuk bila dapat tahu berita gembira ni. Gembira sangat. Sangat2! Encik tunang dah lepas 6 months probation period dan sekarang beliau sudah confirm dilantik menjadi exec.Alhamdullilah. Syukur sangat2 ;).Rezeki kami nak kahwin.Terima kasih Allah :)



Congratz sayang! I'm soooo proud of u ;)

Tuesday, November 02, 2010

Permulaan November yang indah~


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Permudahkanlah  segala urusan ku 
Semoga segala apa yang telah dirancang 
selama ini berjalan lancar
Amin ya rabbal alamin


(^_^)


P/s: sekarang tiap masa hati berdebar2, cam ada rerama dalam perut. Oh, simptom jatuh cinta kah ini? Jatuh cinta sekali lagi ;)

Thursday, June 10, 2010

Cuci mata meh~


Minggu lepas si cintahati sangat baik hati membelanja makan sempena gaji pertama beliau ;) Dan aku sebagai kekasih yg baik hati tak mahulah minta dia belanja memahal kan..yang biasa2 sudey. Jadi, kami ke PizzaHut je. Kagum jap, menu PizzaHut sekarang banyakkk yg baru. Nampak sangat aku dah lama tak jejak PizzaHut.Sadis. Sebelum gi makan tu, bawak madu aku gi mandi jap. Kotor gila. Tak cantek dah.

Hai madu..awak kelihatan sangat gorjes sekali!
Walaupun dia madu aku, tetap sayang dia tau sebab dia comelllll ;)


Seterusnya ke PizzaHut
Ini namanya Choc Volcano yg tempting~
Panas dibawah, sejuk diatas. Slurrpp!


Ini pula Cheesy Lava Pizza yg sangatlah cheesy. Nyummmmm~

Emm..ni baked cheese with meatballs kot. Sodapppp!

Adeh..tengok pic2 ni balik boleh membuatkan aku lapar pulak. Chisdel yu pizza! 

 Muka senang hati. Perghh! Tu eyebag ke ape tu? (@_@)
Aik! Cam besar sebelah je mata tu.Abaikan.

Mekaseh ye sayang. Pasni tak perlu belanja2 makan lagi (makanan mahal, kalau murah2 takpe..haha), simpan duit dalam bank "Misi Kita". Lagi berbaloi2 ;) 

Haaa..ni lagi satu nak bagitau..stok baru sudah sampai. OMG! (lagu Usher ni best! eh, tetiba pulak). OMG lagi. Stok kali ni sangat superb. Cantik2. Tunggu akan diupdate esok ok. Nah, ni bagi pratonton dulu. Eceh..pratonton bagai.


Restock tudung lycra awning cotton. Shawl tomey2. Oh, pashmina pun dah ada ye.Lovely! 

Oklah, mahu pergi jadik model tangkap2 gambar jap. Hee.Selamat makan tengahari

Friday, March 19, 2010

Degup jantung laju



Abang Ammar & Baby Iman :)


Alhamdullilah..semalam diorg dah discharge dari hospital. 6 hari kat hospital. Cian mereka. Hopefully pasni sentiasa sehat ye anak2ku~ (anak buah). Jadinya tugas ku sebagai nurse tuk 6 hari dah berakhir, sekarang transform menjadik superbibik kembali! Yeahh..superbibik! (excited pulak ko jadik bibik ye..haha)

Sepanjang aku kat hospital, semua nurse2 dah salah anggap, ingat si cinonet2 ni anak aku. Adehh..memula rajin gak aku explain yg diorang ni anak buah aku, tapi bila dah selalu tukar nurse, diorang asek duk tanye2 soalan same je, aku yeeee kan aje. Haha..jadi mak org jap aku. Sekarang rutin harian kembali kepada biasa. Settlekan rumah & anak2 buah. Takpe Erina, sabar..lagi 6 hari je.Tapiiiiiii..esok nak pergi tgk hot balloon kat Putrajaya.Huhuk (-_-) Takpelah..bekorban demi anak2 buah tercenta.

Oleh kerana kehidupan sekarang amat amat mendatar, jadi ku telah mengambil keputusan petang tadi membeli sesuatu untuk melajukan adrenalin ku. Melajukan adrenalin (peluh2 dan jantung) ku! Yeaaahhhh Beyyyybehhhh!! Apakah itu?? Jeng..jeng..





Yeaaahhhhh!!! ADRENALIN by Faizal Tahir

Sukaaaaa!!!
(^_^)

Selaku biggest fan FT, aku sgt2 puas hati ngan album baru ni.Sgt2 best! Ada 9 lagu baru termasuk lagu Bencinta + Selamat Malam. Ohhh..best2..hidupku tak mendatar lagi. Penuh dengan simbol2 Superman Faizal Tahir. Hohoho. Oh ye..oh ye..album ni juga disertakan dengan free gift yg super duper cool which are limited edition FT 1 Malaysia stamps!! Sila jeles..aku ada..korang ada tak? Bahhahaha (ok, adrenalin melampau dah ni)


Memang takkk lah aku nak guna kan..sayangg tau ;p


My favvy songs dalam album ni Muzik, Karma dan jugak Hanyut. Lagu Hanyut ni best, setiap kali dengar, terhanyut2 perasaan aku teringat kat cintahati. Rasa nak nangis pun ada, maklumlah..lama tak jumpa, jadi tahap rindu terlalu tinggi smpai tukar menjadi emo. Oleh itu, sebagai penutup, marilah kita berjiwang dengan lirik Hanyut ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu"



This song's for u, syg

(tetiba jiwang mode pulak..bagi can la..gihiihi)


Oklah, nak sambung melajukan adrenalin balik. Happy weekend semua ;)



Wednesday, January 13, 2010

Raja Lawak vs Raja Hantu

Semalam sesi berjumpa centahati tercenta (semalam ku cuti ye kawan2 ;p). Kami ke KLCC. On the way ke sana, sibuklah kami bercerita pasal AJL malam Ahad haritu.

Aku: Ee..best gila kan Aizat perform lagu "kau pergi" malam tu syg? Sayu gila masa dia perform tu

Centahati: Tak best lah! Politik lebih tu..

Aku: Hellooo..ape politik pulak??


Centahati: Yelahh..kekonon 1 Malaysia


Aku: Eh, lagu tu sebijik macam filem dia tau. Kalau tgk Talentime, suara perempuan India & instrument erhu tu mmg ada tau


Centahati: Eleh..tak bestlah! Dah la nyanyi dalam BI, 'kau pergi" jadi Hai O...Hai O..ntah pape ntah..tak de kena mengena..


Aku: Hai O??? Hai O mende nih??


Centahati:Yelah..aizat nyanyi lagu tu mase die perform last tu, kan dalam BI, Hai o..hai o..Ape ntah!


Aku:.........................................(senyap seketika). Hahahahahahahahahaha. Itu dia ckp I go la syg. I go! Mana ada hai o..hahah.Ingat dia duta Hai O ke nak nyanyi Hai O, Hai O ni syg.Hohoho


Centahati:Laa..dia ckp I go ke?? Manelah ubby tau..dgr hai o, hai o je..


Aku: Hahaha..lawak ar syg ni
(gelak smpai mengalir air mata)

Dah reda tu sambung borak balik.


Centahati:Eleh, Aizat tak best..daripada Aizat, best lagi performance Faizal Husin! (cakap penuh semangat)


Aku: Faizal Husin?? Kahkahkahkahkahakhakah. Tu gila2 remaja boleh lah syg..


Centahati:Eh salah, Faizal Tahir lah ( sengih2 sambil tahan malu. Muka dah merah)


Aku: Hahahaha..power lah Faizal Husin masuk AJL


Centahati: Salah cakap lah..huhu..


Hohoho. Lawak gila syg aku semalam. Akibatnya, sepanjang hari kena bahan ngan aku. (Ngee..tak marah kn syg? ;p)

---------------------------------------------------------------------------------------


Semalam kitorg cadang nak tgk Avatar 3D tapi timing tak kena, so kitorg decided tgk cerita ni. Tu pun lepas sedaya upaya pujuk si centahati yg penakut tu.




Ala2 filem "Blair Witch Project". True story recorded. Cerita ni oklah. Tak lah best sangat & takdelah boring sgt. Tapiiii..ada certain part tu memang gila scary. Meremang bulu roma aku. Huhu (-_-"). Kalau korg suka tgk cerita Seekers, Entity semua tu maybe filem ni best gilelah kot, but not for us lah. Bak kata centahati, cite Ghost Lab lagi seram.Ku bagi 2.8/5 stars je lah. Korang tengok pirate cd jelah, lagi berbaloi ;p



Monday, November 09, 2009

Supriseeee!!!

Tarikh kejadian : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa kejadian : Lebih kurang 1pm
Lokasi kejadian : Chicken Hartz, Sunway Pyramid



Alkisahnya begini, pagi Sabtu haritu, aku ngan Yah dah planning nak pergi Wangsawalk, shoppin2 + berjumpa centahatiku. Sekali masa ku sampai rumah Yah tuk jemput dia, Ipah pun nak join. Takpela, the more the merrier kan ;). Aku suruh Ipah drive Cik Lisa sebab badan aku kena alergik gatal2, so tak boleh fokus driving. Dok tergaru2 je. Masa kami bertiga on the way, tetiba Ipah cakap nak singgah Sunway Pyramid kejap, nak ambil tiket wayang yg kawan dia dah tolong belikan. Kawan dia tu staff kat pyramid katanya. Kitorang pun ok je ( padahal dlm hati aku "ish..banyak songeh la minah ni". haha).Boleh gak sambil2 tu cuci2 mata tengok kasut. Sekali Ipah tetiba ajak makan Chicken Hartz, katanya dah lapar. Aku on je sebab dia nak belanja. Masa ni aku blur2 dan pelik sikit sbb tadi dia cakap nak gi ambil tiket wayang, ni tetiba nak makan pulak. Haish..macam2..


Sekali aku masuk, jalan belakang sikit (ikut Ipah). Tiba-tiba...




SUPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!

Ok, aku terkejut, terharu, tergamam, terkedu..semua ada..





Siap dikalungkan bebulu angsa pink vogey2 gitu oleh Lan
Omaigod! Omaigod!


Ramai yang ada kat situ, kawan2 tercenta..

Pijan, Yah (selaku the planner), Ipah (yg peluk aku), Dini dan Linda



Jejaka kat depan tu Pojie dan Lan (selaku planner assistant)



Aaaa..terharunyaa..sampai termenangis2 aku..huhu


Tiba-tiba, ada satu lagi suprise...






Centahati tetiba muncul dari mana ntah datang bawak cake..Omaigod!!
Padahal baru call 1/2 jam sebelum tu, cakap tak sabar nak jumpa nanti,alih2 dah terpacul tersengih2 depan aku. Haha. Gila kentang punya terkujat.Masa aku call tadi dia kata baru bangun tido,siap buat suara baru bangun tido lagi. Haha.Pandai coverline eh syg.




A lovely yummilicious cake from him :)
BR tau..tihhihi (gedik, nak yg mahal2 je)



Me with 1 of my birthday gift wish ;p
Muka tetiba berubah menjadi pink dan mata bengkak2 sebab over nangis.Oh..tidak comel



Lepak2, makan semua. Pastu balik. Kesimpulannyaaa..sangat happy! First time dapat birthday suprise selama 25 tahun hidup.Thanks kepada semua especially my besties Yah & Lan sebab diaorg yg sgt byk bersusah payah tuk semua ni. Trillion Thanks ;)



Bergambar reramai sebelum memasing bersurai. Kena pakai gak bulu angsa pink vogey2 tu..tetiba terasa diva pulak..ahaks. Yang penting muka aku mmg pink jelah. Masa datang menangis, masa nak balik pun menangis.Apa ke ciwek sgt minah ni?? huhu..




Tetiba aku dibagitau bubud baru sampai. Ala..kesiannya dia. Kitorg dah kuar dia sampai. Huhu. Sebab aku tak tahu menahu pun dia akan join, so we dicided to eat at foodcourt JJ je. Huhu. Kenapa kat situ?? Ntahla..sbb ada tako tao sotong berjanggut merah ala2 milipede kot. (milipede= ulat gonggok. Uuu..) Takpe eh bubud, nanti aku blanja kau aiskrim BR :)




Tada..the lovely gifts & cards from them. Sukaaaa!!!!
2 ekor kucin pink,cute pink strawberry, & Malindi leopard. Wow2!
Thank u so much. U all really made my day ;)
Happy gila!
\(^_^)/






P/s: Walaupun ada benda kecik yg menspoilkan hari bahagia tu, xpela,aku anggap tu sebagai dugaan. Kadang2, orang yg paling dekat dengan kita ialah orang yang paling menyakitkan hati kita & akan menikam kita dari belakang. Chill Erina ;)


Friday, October 30, 2009

Thursday, October 29, 2009

Convocation Day Part 6


~Mereka kesayangan saya~

~Sahabat sejati & Centahati~
Sama2 penting, sehidup semati



~Mereka pembakar semangat~



~Mereka pemberi dorongan~



~Sentiasa ada ketika susah duka lara~




~ Dan juga saat suka gembira~



Moga hubungan ini berkekalan selamanya..
Aminn ;)

Sunday, October 11, 2009

Sindrom berbunga bunga

Akhirnya..mataku bertentang matanya, tanganku menyalam dan mencium tangannya, segala penyakit ketaq lutut, sejuk2 tangan hilang serta merta. Nya yg dimaksudkan ialah bakal mak mertua ku. Thanx to Hemy & Arabella dengan tip2 yg dikongsi. Semuanya berjalan dengan lancar & sgt baik. Alhamdulillah ;)


Sebelum jumpa macam2 bermain dalam otak. Takut, cuak, gelabah semua ada. Tapi bila dah jumpa..alahai..baiknya lah beliau. Aku je yang fikir bukan2. Ingatkan beliau garang ke apa ke. Rupa2nya tak garang langsung & sangat friendly. Berbaloi jugak la tangan kena belah dengan pisau haritu.Wihihi.Oh bukan setakat berjumpa dengan mak cintahati tapi dengan abang cintahati bersama keluarganya juga. Hopefully mereka pun happy berjumpa dengan aku ;P


Hari ni banyak jugaklah perkara pertama kali berlaku dalam hidup ku.
1) Pertama kali jejakkan kaki ke rumah cintahati.
2) Pertama kali berjumpa dengan bakal mak mertua (InsyaAllah)
3)Pertama kali drive secara SOLO ke Wangsa Maju. Selalunya mesti berteman sebab takut masuk KL.Huhu
4) Pertama kali pakai tudung lembik (shawl)
5) Pertama kali pergi Wangsa Walk


Disebabkan happy,selera makan naik mendadak.Lepas ke rumah cintahati, pergi ke 2 buah rumah yg buat openhouse dan destinasi terakhir adalah ke Wangsa Walk.Hasilnya,pulut kuning+ rendang daging+air sarsi+air coke+sate+laksa johor+air oren+yogurt cheesecake+ais lemon tea+chicken & cheese crispy ada dalam perut aku sekarang. Wohoho



Nyum2~





Nyum2 lagi~

\(^_^)/

Camnelah nak diet kalau gini kan? Wihihu


Saturday, October 10, 2009

Sindrom menggelabah labah~

Semalam tengah kupas2 oren, tetiba terkejut..jari tengah rasa pedih teramat. Rupanya dah terbelah kena pisau..serius tak perasan. Basuh2 darah, tampal plaster pastu sambung balik kupas oren.

Customer datang, nak bayar tuk Abc 4 dan air laici 1. Mulut ringan dan dengan confidentnya aku jawab RM6.50. Customer tak percaya. Tanya betul ke tak harga ni? Aku dengan selambanya cakap dengan penuh confidentnya sekali lagi, ye..RM6.50. Sekali kena tegur dengan pekerja aku. Sepatutnya RM11.50 lah. Ish..ish..ish..

Serius, 2 hari ni otak aku asyik melayang je. Hati dup dap dup dap.Nervous tahap maksimum.Tapi kekadang rasa happy pun ada. Ntah, perasaan bercampur2. Ni semua sebab..




Esok nak jumpa bakal (InsyaAllah) mak mertua buat kali pertama!!
Doakan semuanya berjalan lancar dan baik2 saje ok (^_^)




Wednesday, September 16, 2009

Kad raya & Iftar

Berbalik kepada entry ceria. Sebelum ni membincangkan hal serius, jadinya entry kena serius sampai adik aku ckp kalau aku buat entry serius dah macam novelist. Haha. Korang semua dah shopping raya? Raya lagi 3 hari ni. Yahoo!! ( eh, mcm bebudak pulak excited lebih ;p). Semalam terima 2 kad raya yang best dari org2 yg best. Jard & Kak Zonaku ;) (kak zona, dpt tak kad saya??). Happy dapat kad raya, terasa macam dapat surat centa plak.Hee..




Jard mmg peminat Abc Fradoo ;p


Semalam juga ku pergi bershopping dengan si centahati. Actually aku tak shopping pun, teman dia je. Baju raya aku dah ada dah. Lelaki kalau shopping senang je kan. Nampak berkenan terus beli. Tak payah nak pergi 2 3 4 5 8 tempat (err..merujuk kepada aku ke? ;P). Pastu kalau kedai tu ada jual semua, semua jugaklah dia gi borong dalam kedai tu. Dari baju melayu, kain pelikat sampai la songkok. Senang. Semudah ABC ;)



Oit syg, pehal buat muka budak sekolah? Nak kena sekeh? ;p
Ini olang banyak buat idup wa sinang la (tetiba feeling apek plak)


Lepastu, sudah tentulah iftar bersama2. Memula kami plan nak makan pizza hut, sekali sampai kat depan pizza hut tu, ada note terpampang "ALL TABLES ARE FULLY BOOKED". (T__T) Hampaaanya kami. Padahal masatu baru pukul 5.30 ptg. Huhu. So kitorg decide tuk berbuka kat secret recipe je.



3 types of foods for 2 person ;)
Kami mmg suka makan. Aum! Aum! Nyum!


Aku sudahi entry berbaur ceria ni dengan 1 gambar misteri. Masa nak balik tu, tetiba mengada nak bergambar ngan cik Lisa. Mintak tolong centahati snapkan. Inilah hasilnya..ada asap putih..huhu..apa asap tu?






Oklah, tak jadi pulak nak misteri2. Sebenarnya asap putih tu asap rokok si centahati. Haha. Boleh pulak masa snapkan gamba ni dia tgh hisap rokok.Terima kasih syg sebab bagi effect seram kat gambar ni. Tak payah susah2 pakai adobe (T_T)


Friday, August 21, 2009

Quote of the day


" Tak cukup Empat Kurang, Lebih Empat Baru Curang,
Idop Poligami!!!(Mati Aku Kalau Awek Aku Baca Nih) hahaha"

- Amir Fozy



Status facebook si cintahati sebentar tadi. Tu menunjukkan penyakit sawan "fish a fish" dia dah datang menyerang la tu.Haih..sayangku ini. Orang pasang niat puasa, ko pasang niat curang2 pulak. Macam2!


*Beranilah ko syg curang, sebotol asid pekat ada dekat sebelah saya sekarang ni. Muahahahhaha!! Jagalah ko syg!!




~2 orang bahagia~
( Saya sikit pun tak jeles ngan quote feveret awak tu sayang!)
Hahaha



P/s: Setiap hari jatuh cinta dengan si badol yang annoying cintahati yang ngegeh ini! ;p

Tuesday, August 18, 2009

Pokok bertanya

Kadang2 perasan tak, kalau kita drive pergi sesuatu tempat tu, masa nak pergi terasa lamaaaa je perjalanan tu, terasa jauuuhhhhhhhhhh je, tapi bila dah balik terasa sekejap, terasa dekatttt je.

2 minggu lepas, aku dengan si cintahati pergi kenduri kahwin member aku kat Banting. Banting ngan Shah Alam adalah jauhhhh. Nak2 pulak masing2 tak pernah pergi Banting, jadinya perjalanan tu agak mencabar sikitlah.Tapi syukurlah kitorang selamat sampai tanpa sesat barat.

Lepastu, masa on the way balik, aku rasa macam kejappp je perjalanan, tetiba dah nak sampai highway..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku :"Eh syg, terasa macam kejap je kan on the way balik ni, masa nak datang tadi rasa lama gila..macam jauh sangat je"
Cintahati: " Tula pasal, tadi rasa cam lama je, ni rasa cam kejap pulak"
Aku: "Betul lah, masa kita nak datang mmg terasa lama, sebabnya pokok2 tepi jalan ni semua tanya kita " Nak pergi mana tu? Nak pergi mana tu?",tu yang lambat tu sebab semua pokok nak tanya kita"
Cintahati: "Yehhh?? Macam tu eh??"
Aku: "Yelah, mama cerita kat kitorang masa kecik2 dulu"

Tiba2 si cintahati bukak cermin kereta, lepastu jerit sekuat hati..
"KAMI NAK BALIKLAHHHHHH"

Aku:..............................................................
Cintahati: "Ha'ah lah syg, patutlah on the way balik ni terasa cepat je sebab pokok2 tadi tak tanya soklan dah. Ubby dah jerit bagitau diorang semua tadi." (sambil sengih2 unta buat muka perli)
Aku:....................(tahan gelak).Pastu masing2 gelak jin.
Kahkahkahkah

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Oh syg, boleh tahan jugak loyar buruk ko ni. Adehhh~

Sunday, February 08, 2009

Hari minggu..Hari bergumbira..

Hilangkan rasa curiga..duka dan nestapa..
Mari kita menyanyi lagu..Sha..na..na..na...na..
Esok kerja jadi hari ini kita berjumpa
dengan si dia yang tercinta..




~Aaaaummmmmm...~




~Hemoh..hemoh..hemoh ;p~



* Ok..sok cuti..tapi aku ade kelas..apa kes? Huhuu...











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015