Ceriakan pagi anda dengan mencuci mata melihat gambar haiwan2 comel ini ;). Hari ke empat ialah hari yg palinggng best."Hari Sayangi Haiwan Australia". Kami mulakan aktiviti dengan pergi melawat Caversham Wildlife Park. Yay!! Tempat ni mmg besttt bagi animal lover cam aku. Dahla haiwan2 kat sini semua comel2, rasa cam nak seludup sekor2 bawak balik Malaysia. Haha
Haa..tengok! Tengok! Ayam dia pun comelllll! Ni ayam tau, jangan confius pulak. Huhu. Comel sgt ayam ni, semua putih, siap kaki dia pun berbulu.
Sesampainya kat sini kami terus ke Molly's Farm tuk tgk farmshow. Best! Tapi yg tak syoknya masa kami terhad. Sebab banyak aktiviti lain nak buat lepas ni. Jadi tak dapatlah tgk show2 yg lain.Huhu
Disebabkan masa terhad, terkejar2 kami mencari haiwan2 Aussie yg rare tuk bergambar. Tempat ni dahla besar, pening gak kami nak mencari. 1st place to go mestilah tempat kangaroo kan.
Tadaaaaaa!! Welcome to Kangaroo Land
First time bertentang mata ngan kangaroo. Comel gila haiwan ni. Ya Allah, rasa nak dukung peluk kuat2. Haha. Tapi jgn haraplah boleh buat gitu kan, ada several rules lah kena ikut masa kat kangarooo land ni. Yg paling penting sekali jangan sesekali pegang ekor dia. Dia akan melibas!!! Ekor dia besar ok.
Ayah kangaroo. Macho je. Pijak kang!! Hiyahh! Comel2!
(tak dpat mengawal perasaan geram tgk haiwan2 ni..even dlm gambar)
;p(tak dpat mengawal perasaan geram tgk haiwan2 ni..even dlm gambar)
Masa ni sangat lawak. Masa ni, dua ekor kangaroo ni aku tengok macam tido je, aku pun pergilah bergambar kat diorang. Aku peganglah badan sekor tu, elok je lepas gambar ni di snap, kangaroo yg aku pegang badan dia tu pandang aku pastu terus tepis tangan aku (pakai tangan dia tula). Terkejutttttt ok! Garang gila kangaroo tu! Haha. Nasib ko kangaroo, kalo kucing aku dah piat2 telinga ko.
Masa ni cuaca agak panas. Jadinya banyak kangaroo bergelimpangan tido. Macam mati pun ada. Ko tonyoh daun kat hidung dorang pun taknak bangun.Huhu
Haaa..yang ni versi putih. Bukan albino tapi spesis lain sikit. Comellllll.Makanan kangaroo ni mmg diorang ni dah sediakan, diletakkan dalam satu tong besar. So, boleh lah ambik seberapa yg kite nak. Tapi mostly kangaroo kat sini buat tak layan je kalau kite bagi makanan tu, agaknya diorang dah kenyang ke dah bosan. Bagi daun jugak yg diorang layan.
Haaa..ini pulak ialah walabi. Spesis binatang berpoket jugak cam kangaroo tapi ni kecik & muka macam tupai sikit.
Ni mama kangaroo. Tengok tu aku dah bubuh makanan depan hidung dia pun tido mati gak. Huhu. Perasan tak poket dia tu?? Ada kaki!! Baby dia tdo terbalik. Haha. Comel betul!!
Nak share sikit info dengan kamu semua pasal haiwan comel ni, kangaroo membesarkan anak dia di dalam kantung. Kiranya macam mengandung di dalam kantung.Ini kerana, dia melahirkan anaknya waktu kandungannya sebulan, yang mana waktu tu babynya hanya sebesar kacang merah je & baby ni terus akan masuk ke dalam kantung mama dia. Kat dalam kantung tu la baby ni akan menyusu & membesar selama 9 bulan. Lepas 9 bulan barulah baby ni boleh keluar sekejap2 dari kantung tu. Dan lepas 18 bulan barulah baby ni boleh cari makanan sendiri.
Inilah rupa baby kangaroo yg baru lahir. Kecik sgt kan?? Merah.Mata pun takda lagi. Ni tengah menyusu dalam kantung mama dia. Unik betul ciptaan Tuhan ni. Subhanallah ;) Oklah, nanti sambung cerita pasal haiwan lain pulak. Bye
P/s: Baby kangaroo is called joey ;)
10 comments:
amboi sonoknye g jalan2 obersea!
nak bitau kemarin akak g pekena abc fradoo uiii sedapnyeee hiii
A'ah ler rina. Comel jek ayam kat perth tuh ek. cam bola² kapas jek...miahahahaha :P
Eeeeee geram giler zie nengok kanggaroo tuh weh. Lebih² lg yg terbongkang terbaring tuh...geram weh nk pijakkkkk pijakkk...hikhikhk
rina...jaga² ko yang. jgn dekat² nnti kene boxing ngan dorg kang....hehe :P
Sis Jivebumz:
Memang sonok..kalo ley nak gi lagi! hehe..
thanx kak sbb slalu dtg Fradoo..nanti kalo de rezeki kite jumpalah ;)
Zie:
Tau xpe zie oi..mmg comey giloz ayam tu. konfirm zie tak sanggup nak buat ayam penyet kalo ayam comey gini..hehe
Haha..sebelum zie pijak, ena dah pijak dulu..comeyyykan?? Ye la tu yunk..tgk tangan dia tu..kecik je..ley ke boxing?? ;p
comel
anak kangaroo kecik giler kan...
tapi tak syok la xdapat resling ngan binatang tue, heee
yang putih tu macam itik la pulok...
mmm, tazmania ade x? tazmania dr australia jugok kan?
gmbr last tu geli laa hukhuk
yunk...klo awk x stowee sal kangaroo..N pon x to pape..thnx for da info..
huhuhu..
ayam putih!
ayam ausi la katakan..
hahahhaha..
bapak kecik kngaroo tuh.. bezaa gilee..
kangroo tuh x blasah lk kak erna usik2 anak dia.. isk2.
Fradoo? huhuh.. leh blanje minum nih..
isk2.. hah
thanks for the buah tgn!! ehehe
fid:
jgn fid..sekali dia wrestling, terpelanting kak erina..huhu..
tazmania ade..sat aa..next entry ;)
Masy:
comel la kak ;p
N:
Maceh yunk ;)
Ayeen:
tau xpe,white chick! telo ayam tu pun putih tau, cam telo masin..eheh
tak..anak kangaroo tu da bosar, mak dia dah tak hirau dah..
Mehla dttg frdoo..setakat abc special, xde hal la nak belanja ;p
Jard:
U r most welkem ;)
Post a Comment