Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, December 22, 2009

Totally bersepai sepai!

Kalau aku bengang ngan broadband kat rumah ni, ku selalu pergi ke satu cyber cafe ni (cc). Memang selalu jugak lah aku pergi cc ni sampai anak owner cc tu dah sangat rapat ngan aku. Aku panggil dia Nin, comel, budak perempuan umur 6 tahun. Biasalah, kata anak tokey cc, confirmlah bab2 google, chatting ym ni dia dah advance kan even umur baru 6 tahun. Nak di jadikan cerita, hari Ahad haritu aku pergilah ke cc ni, kebetulan si Nin ni ada. Excited la dia duduk kat pc sebelah aku. Nak google bagai. Tiba2..


Nin: Kakak, gambar apa yg best eh?? Nin nak print, nak buat scrap book.
Aku: Hmm..gamba hello kitty.

Dia pun google gambar hello kitty


Nin: Tak best lah kakak. Nak gambar lain
Aku: Hmm..cuba Nin google Princess & the Frog. Filem baru ni tau. Bestttt~
Nin: Macam mana nak eja kakak??

Aku pun taipkanlah untuk dia. Teruslah keluar segala jenis gambar filem Princess & the frog. Excited lah budak kecik ni tengok segala gambar2 tu.

Nin:Kak, Nin nak gambar Totally Spies lah pulak. Kakak tolong taipkan

Aku pun gigihlah menaip tuk dia, kat pc dia. Walau agak terganggu sikit tapi takpelah, ku layan kan jugak. Lepas taip, keluarlah segala mak nenek gambar Totally spies ni



3 Gadis Spy kiut miut


Wah..budak kecik tu pun apa lagi, punyalah excited. Ditekan next, keluar lagi gambar lain. Excited sgt sampai riuh cc tu jadinya.

TIBA-TIBA...


Dia tergelak2. Kelaka sgt rupanya. Aku biarkan jelah. Dalam hati, mungkin excited sgt lah tu..


Nin: Kakak..kakak..cuba tengok gamba ni.(Sambil dia click & enlarge gamba tu. Sambil2 tu dia ketawa).

Aku pun tengoklah dengan perasaan lemah longlai (terpaksa melayan). Sekali tengok2, nak terjojol mata ku..

Gambar lusyahhhhhhhhhhhhhh ok!


Gambar salah sorang karekter totally spies tu tgh make love. Dengan keadaan sgt 18sx. Bogel dan terkangkang!


Huhuhu..masa tu aku rasa macam ada satu batu besar hempap kepala aku & pecah bersepai2. Huhu..patutlah budak tu gelak sakan. Mungkin bagi dia kelaka tngok kartun kesayangan dia tu berbogel. Adehhh...

Ku cepat2 tutup pic tu. Pangkah terus. Takut mak & ayah dia perasan. Terus aku cakap ngan dia tak baik tengok gamba camtu. Yelah, walaupun dia kecik lagi, tapi kena bagitau jugak, takut dia ingat tak salah tengok benda2 18sx gitu.


Huhuhuh. Dengan keadaan yg sangat bersalah, ku terus bukak yahoo game. Bagi dia main game "Kitchen Bridget". Haish..


Situasi tadi cukup buat jantung aku berdegup 1000 kali seminit.Berpeluh2 aku di buatnya (-_-")



P/s:Aku bersalah tak dalam hal ni?? huhu..


6 comments:

pRincESs_N said...

agak2 ena die igt x nk eja totally spice tu?? tkt t die google balek.. hihihihi...

shera said...

sila pantau kanak2 di cc even cc itu mak ayah dia yg punyerr.. ;p

p/s: salah la jugak..haha~

Sharif John said...

Sangat nakal hehe

HEMY said...

bukan salah ko.kalau bersalah tu mcm aku..aku gi ajar budak satu laman web baca komik online..ahahahaha

zonaku said...

hehheheeee... bukan salah ko laaa....

Izzatul Azma said...

hehehe. klo owg pun berpeluh2 dibuatnya

tp tersangat minat la TS ni..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015