Wow.Sangat tak sangka kan Ana Raffali boleh menang Juara Lagu? Aku tercengang masa lagu ni di announce jadik juara lagu semalam.Haaa!! (sambil bukak mulut luas2).Unexpected betul! Tak tersenarai dalam list lagu-bakal-menang aku pun. Walaupun aku minat gila dengan lagu "Tolong ingatkan aku" ni, tapi aku rasa persembahan dia sangatlah biasa2 kot. Setakat magik tukau baju & hantu mak limah berkeliaran je.Suara dia pun macam ala2 tak berapa nak dengar. Pendek kata, tak de Umpphh la!Best lagi performance Faizal Tahir (both songs), mantap lagi vokal Bunkface, teruja lagi layan Pelita dari A.P.I, bersemangat lagi dengar lagu Dira. Hee.. tapi tu la kan..nak buat macam mana, juri2 yang hebat belaka dah buat keputusan sebulat suara. Maybe kekuatan lagu ni dekat lirik dia. Yes..I admitt, lirik lagu ni memang best (bagi aku) & maybe Ana Raffali ni ada aura nye tersendiri sebab first time aku dengar lagu ni kat radio terus dah terjatuh cinta kat lagu ni. Bukan sikit2 punya cinta, tapi stok siang malam, pagi petang layan lagu ni. Hebat tak hebat lah dia punya aura. Dan, video clip lagu ni pun super sweet. Bikin gua jatuh cinta lagi. Apa kata di pagi Isnin yang indah ni, kita layan video klip lagu ni. For those yang tak boleh terima kenyataan yang lagu ni menang, mana tau,lepas tengok video ni, dah boleh terima. Hehe. Redha je la eh ;)
Tolong Ingatkan Aku -Ana Raffali
Sambil dengar lagu sambil
layan liriknya yang indah lagi puitis ini :)
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
P/s: Kak Masy..Peace!! :P
7 comments:
ah takmo layan!
hehehehee.. hantu mak limah yer....
dia mmg nyanyi kepit eh?
ye..tlg ingatkan aku ye ena~
aku ni pelupe..ehehe
daa rezeki diye kan...
Fafau De Craft
http://my1craft.blogspot.com
Cupcakes,Homemade Choc for Wedding Gift
suara dia x jelasssssss semlm. why herrr.. whyyyy
Kak Masy:
dah agak dah..hohohahahaohoha
Kak zona:
haah, tu style dia nyanyi..ala2 yuna pun ada..
Lynn:
Haha..aku pun same weh..dah pelupa..
Zana:
yup..rezeki namanya ;)
Izza:
bcoz her song best kot ;p
Post a Comment