Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, January 17, 2011

Rombongan ke Nilai 3

Hari Sabtu lepas, rombongan Cik Midah  ke Nilai 3 untuk membeli barang2 doorgift dan bekas hantaran.Rombongan kali ni disertai oleh Cik Midah ialah mama, aku, mak andak & sepupu aku Kak Han. Sampai2 je kami ke kedai VR. Barang2 dalam tu semua tertarik, menarik dan murah. Tapi kami taklah terus beli, nak survey dekat kedai2 lain dulu sebabnya kat Nilai 3 ni, harga barang setiap kedai adalah sangat berlainan. Tak masuk akal betul. Jadi, rajin2 lah survey untuk mengelakkan kekecewaan dan ke"meroyan"an.

Lepastu kami ke kedai Bagus pulak, as recommended by my friend, katanya kat kedai tu barangnya murah2. Masuk2 tengok barang, hati tertarik dengan pomander balls yang cantik tergantung2 kat kedai tu. Memang dah lama dah teringin nak buat sendiri pomander ball ni, sebab tengok tutorial DIY pomander ball ni kat blog B2B yang lain, macam kacang je buatnya. Plus, lagi jimat kata mereka. Lagi bersemangat la aku.Terus amik 2 sponge bulat, dan bunga2 dalam 9 tangkai (setiap tangkai ada 5 kuntum bunga),dan terus bayar. Tak terfikir pulak nak tengok2 kat kedai lain sebab fikir tak mungkin pulak sponge biasa2 tu berbeza sangat harganya. Yang bunga tu pulak sebab bagi aku dah murah, RM3.90 setangkai, warna bunga tu pulak aku dah sangat berkenan. So just grab jela dan bayar tanpa was2. Oh ye, sebiji sponge bulat biasa harga RM4.50.

Lepastu (lagi), rombongan kami terus ke kedai ZC. Kedai ni sangat2 lah cantik, barang2nya menarik dan harganya sangat berpatutan. Even dari luar nampak kedai ni macam mewah, tapi percayalah, once dah masuk dalam, tengok barang2nya semua, amatlah berpatutan, dan murah compare dengan dua kedai sebelum ni. Bukan murah sikit2, tapi banyak, adalah beza dalam singgit, 2 hinggit macam tu. Tula, harga barang2 kat Nilai 3 ni memang ntah hape2 skit.Ridiculous! Jalan2 pusing2, kagum tengok bunga pahar diorang, cantik gilos. Serius! Pastu mata ni terkagum tengok pomander balls diorang pulak. Comel & sweet2 belaka.




Inilah dia si pomander balls.Cantik kan?? 
Saya mahu banyak2 macam ni di bilik tidur saya!!


Jalan2, belek2 barang, sekali mata ni terpandanglah dekat sponge bulat, sama yang macam aku dah beli dekat kedai Bagus sebelum ni dengan harga RM4.50. Sama saiz, sama diameter, sama jenis, sekali aku tengok harga sponge bulat yang ni...






RM1.90 je!!! 
WTH! Pfftttt @#*^%#@%!!!

Macam bongok je kan. Tak sangka pulak sponge bulat tu sebegini murah, tapi apehal kedai Bagus tu jual sampai Rm4.50!! Bagus sangatlah tu kan!! Termeroyan aku kejap. Nasib aku beli 2 bijik je, kalau ikut napsu sebenarnya nak beli 4 biji terus. Tapi 2 biji pun= RM9.00, kat kedai ZC ni tambah lagi 50 sen aku boleh dapat 5 biji weh!! Ye..5 biji!!  Nak meroyan lama2 pun tak guna, nasi dah jadik bubur. Mama asiklah duk gelakkan aku, katanya tak penyabar sangat, kan dah rugi. Ye..ye..salah saya (-_-"). Haisshh..survey2 pun terkena jugak. Mama kata, anggap je lah sponge aku tu mahal, sebab berkualiti. Ye la mama, sponge yang saya beli tu made from Italy. Sebab tu mahal kan? Huhu.

Masa tengah pilih bunga untuk bubuh atas dulang hantaran, mama jumpa bunga ni,bentuk semi bulatan, lepastu bawah dia macam ada tempat gam.Paham tak macam mana??




Macam ni ha bunganya. Separa bulat.

Tiba2 mama panggil,lepas tu mama amik lagi satu bunga ni, mama buat2 lekatkan kat tengah2 dia. Jadilah bulat." Nah chik, mama buat pomander ball tak sampai 2 saat je".Sambil ketawa2. Baik punya perli kan. Huuuu..nangis. Dahla mama, takmo dengar perkataan pomander ball dah. Kiciwa!


Pomander ball 1 saat buatan mama.
Cantik jugak kan. Dah la senang. Lagi jumat dan  mudah.
I love ur idea mama ;)

Jalan2 lagi, terjumpa satu benda yang sangat menarik jugak. Sireh palsu. Yee...artificial sireh. Baru tahu kewujudan sireh ni. Serius nampak macam ori.Bagus jugak pakai sireh palsu ni, takdelah layu, taklah membazir dibuang2.Tak ke sadis, dah penat2 gubah,tempah mahal2, akhirnya ke tong sampah. At least, kalau pakai yang palsu ni, boleh simpan kan.Tuk dijadikan kenangan dan perhiasan. Betul tak? ;) Lagi satu, dah boleh siapkan sirih junjung awal2, kalau pakai yang betul, kene tunggu sehari sebelum baru gubah, takut layu. Kalau artificial, dijamin segar sepanjang masa.



Macam2 warna ada. Pilihla mana yang berkenan di hati. 
Sirih junjung pink? Bha ha ha




Macam2 contoh sireh junjung ada, semua pakai artificial sireh ni

Yang ni cantik!!






Ni pun cantik. Gubah sireh jadi bunga rose. Rose hijau. Kreatip!




Haaa..ni lagi sempoi. Gubah bentuk bunga besar satu dulang. Senang






Aku tergoda dengan yang ini. Sweet. Tengah2 ada lilin wangi pulak. 
Sesuai bubuh kat bilik tido ni. ;)




Bagusnya kedai ZC ni, dia ada membership card. Boleh collect point. Nanti boleh redeem ngan hadiah. RM10 je buat kad ni.




Yess..ZC merealisasikan impian ku ;)





Inilah dia kedai tu. Perghh! Aku promote2 ni macam aku dapat komisyen pulak kan. Takdelah bukan apa, kedai ni sangat bagus. Ni barulah layak bagi nama Bagus. Sebab apa aku kata kedai ni bagus, sebab adalah lebih kurang 40 minit lepas kitorang keluar dari kedai ni, lepas dah beli2 semua. Sorang pekerja ZC ni call mama (diorang tahu no hp mama sebab mama baru apply membership card haritu), dia cakap ada tersalah punch barang dekat resit mama. Bila mama check balik resit, yess..ada satu benda ni mama takde beli pun, tapi pekerja ni terrpunch pulak, dan benda tu takde kat kami pun. Kot2lah lepas punch tu pekerja tu termasukkan sekali kat barang kami kan. Actually benda tu customer sebelum kami yang punya.Pekerja tu ingatkan kami yang punya, tu yang dia terpunch sekali tu. Harga benda tu RM29.90. Pekerja tu minta mama pergi kedai dia balik, diorang nak pulangkan duit RM29.90 tu. Tengok!! Bagus tak bagus nya kedai ni. Sikap yang harus dipuji.Kalau kedai lain, aku rasa tak buat kot.

Lagi satu recommended shop ialah VR, sederet dengan ZC jugak Barang2 kat sini pun murah. Banyak jenis dulang2 hantaran..Buy 1 free 1. Dah boleh jimat dah kat situ. 5 jam dekat Nilai 3, almost semua barang2 untuk doorgifts dan dulang hantaran dah beli. Alhamdullilah. Balik rumah dengan kereta yang padat dengan barang2. Terima kasih tak terhingga dekat mama dan ayah sebab tolong belikan semua ni.Terima kasih sangat2! Terima kasih untuk mak andak & kak han juga sebab sanggup join rombongan kali ni. Penat wooo..Tapi penat yang berbaloi. Pheww~ Next trip bulan dua pulak. Shoppping barang2 untuk bilik tidur. Yeay~



11 comments:

Izzatul Azma said...

amboiiiiii.. bagusnya kedai Bagus tu up harga banyak gilossss ! seb bek beli 2 je kan.. dlm survey2 tu terkena jugak. ehhe. takpelah yg, anggap je bukan rejeki

HEMY said...

hari bahagia ko..do it your way..tp jangan membazir...nk setup dok sama jauh lbih penting..=]

pRincESs_N said...

bilik pgntin N pon ade pomander balls tu..xto lak tu name die...N tau bunga bola2..hahaha..makcik N wat kan..ade lg smpai skg...

k.e.r.i. said...

nanti aku nak pomander balls yang 4.50 tu.
hahahaha!

Unknown said...

ririn ampuuunnnn...aku igt ni kire murah..kire aku pon dh kne tipuuuu la ek????waaaaa sentap pakcik!!!!

*pas ni nk kne p kdai ko ni if nk bli pape...kat area mne ek??? VR n ZR ni???

Masy said...

pomander ball rupenye nama dia.. ade nama rupanya mende tuu.. br tau arinie..

zonaku said...

oooo.... isu pomander ball ler ari ni.....



akak x dulik sgt sbb x minat bunga.... hehehehe....


tp cam x suka jer sireh palsu...... x ori......

Erina Asmawani said...

Izza:
Bagus sangat kan yunk..pasni izza namo g kdai tu tau..huhu..tula, xde rejeki namanya.

Hemy:
Baik cikgu Hemy.Akan ku ingat nasihat mu itu ;)

N:
wahh..bunga bola2..comey pulak..haha..cantik kan N kalo letak kat bilik tdo..sweet gila

Erina Asmawani said...

Keri:
Apa nak2? buat sendirik ar..hoho

Pojie:
hehe..it's oklah. Pasni ko rajin2 servey tau untuk elak tersentap

ZC & VR tu sederet je ngan Bagus.

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Iye kak..namanya pomander..bley panggey poman je..haha

Kak Zona:
Aloh..akak x minat bunga? Nanti bf akak bagi bunga cane? hehe..

saya minat sireh tu. Senang nak buat gubahan awal2 ;p

Anonymous said...

hi dear ! tq so much for this entry ..
smlm i g nilai 3 semata mata nk cari kedai ZC ni .. haha .. punya la berpusing2 cr kedai ni .. nk jgk pegi sbb u kata polifoam dia murah =)

akhirnya,pencarian berakhir .. i berjaya dptkan bola2 kecil size bola golf tu ha .. i nk buat flower ball kecik2 .. u tau, i serbey kt shah alam, ni hrga sebijik rm1.90, kat ZC ni i dpt 30sen je satu! oh sgt happy .. terus rembat 100 biji .. kikiki =P

anyway, tq so so so much for this info .. love!

note: oh tp ball size mcm u beli dh habis .. huhu .. kena dtg lagi sekali =P

-lily-









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015