Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label harilahir. Show all posts
Showing posts with label harilahir. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Ada apa dengan 121212??


Tarikh ni sangatlah special sebab ianya birthday encek hubby! 


Malam sebelumnya kami dah celebrate sempoi2 je dekat rumah mak (mother in law). Kek tu kakak ipar yang belikan. Sedap sangat! Birthday boy tu dapat hadiah perfume M&S lagi dari along. Dapat spek baru juga. Dan isteri kesayangan ni hadiahkan beliau henfon!! Suka sangat tengok dia happy dapat hadiah tu.Senyum sampai ke telinga.Heee..Alhamdullilah. Moga encek hubby dikurniakan kesihatan yag baik, dimurahkan rezeki :) Aqil dan mama Aqil sayang ayah manyak2! 


Monday, November 05, 2012

28 tahun :)


Alhamdulillah. Harini umur menginjak ke 28 tahun. Bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang penyayang, anak yang membesar penuh ceria dan aktif dan suami yang sangat memahami. Terima kasih Ya Allah. Atas semua yang anugerah ini. Semoga kami sentiasa didalam lindungan Mu.


 Saham syurga mama :')

Dah 28 tahun. Setahun lebih jadi surirumah. Aqil pun dah besar. Terfikir, semakin kita dewasa menambah usia,mama dan ayah juga semakin tua. Mungkin dah sampai masa saya bekerja semula. Balas jasa ayah mama yang tak mungkin terbalas. Kumpul harta sama2 dengan suami tercinta.Aaa..seronoknya!! Bukan maksudnya jadi surirumah ni tak seronok..hanya wanita yang pernah jadi surirumah je yang tahu keseronokan jadi surirumah ni macam mana. Tengok anak membesar depan mata, masak, jaga makan minum suami.Memanglah suami mampu tanggung kami anak beranak tapi saya dah mula rindu nak bekerja. Nak rasa "stress" dengan kerja.Rindu nak rasa duit sendiri. Ye, saya tahu ramai wanita2 bekerjaya di luar sana impikan nak jadi surirumah,tapiiii..bagi pendapat saya, kalau dah ada kerja best dan tetap,fikirlah masak2 dulu sebelum nak resign. Fikirkan anak tapi jangan lupa fikirkan ibubapa kita juga. Kerja tu pun satu ibadah kan. Rezeki ada di mana2.InsyaAllah.Moga saya dimurahkan rezeki.Aminn :) 


P/s: Kerja dengan ayah sendiri pun best. Bonus! :D


Thursday, May 05, 2011

Birthday dinner si Adik :)

Salam semua.Busy bebenor pulak sekarang ni sampaikan takde masa nak mengupdate. Takpe2,lepas ni InsyaAllah akan ada banyaaaak masa untuk mengupdate blog.Ngihihi. Ni nak cerita pasal birthday adik aku yang lelaki tu, yang jatuh pada 29/4 minggu lepas. Kiranya ni backdated entry la ni. Alkisahnya malam 29 hb tu kami semua ke D' Arab kafe untuk makan besar. Besarrrr punya. Tapi tak cukup korum sebabnya ayah, abang & family dan Caca takde sekali.


Menu sedap. Harga not bad
Retoran ni betul2 sebelah Unisel, Seksyen 7, Shah Alam.


Mari lihat antara menu2 mantap yang telah diorder oleh kami. 

  Chicken kabsah. 
Terbaikkk! Portionnya amatlah besar. Memang macam selera orang arab.


 Royale Arabian




 Lahm Chop ni birthday boy punya.
Orang Arab eja Lamb, Lahm..ada dengung sikit masa nak 
menyebutnya tu.


Teh Arab. Barulah betul2 feel dekat Arab.



Sebelum mamam, abang Ammar baca doa dulu.
Hololoh..tomey2!


Alhamdullilah. Syukur dengan segala nikmat yang diberi ni.  
Adik & isterinya yang sekarang tengah pregnant 6 bulan :)


Kepada satu2nya adik lelaki ku, selamat hari lahir ke 25 buatmu.Terasa kejap je kan masa ni berlalu. Teringat zaman kecik2 dulu. Masa kecik2, kami ni la kaki gaduh. Gaduh2 pastu baik. Gaduh baik, gaduh baik. Macam tulah. Tapi dah besar takdelah nak gaduh2 lagi kan. Ingat lagi masa tu tak silap aku 7-8 tahun gitu lah, dia pulak 5-6 tahun camtu. Duduk rumah berdua je. Semua orang takde masa tu. Apa lagi, buat ekperimen lah kami. Tak tahu kenapa kami ni masa kecik memang obses dengan api.Suka sangat. Masa tu bila line semua dah clear, kami pasang la api kat lilin. Happy2 la ni tengok api ni. Lepastu datang pulak idea bakar2 barang, kitorang sukaa sangat bakar plastik sebab suka tengok plastik tu mencair bila kena api. Haha.Sekali haritu kitorang bakar tanah liat. Tengah syok2 main bakar2, tengok tanah liat tu cair sekali ntah macam mana tanah liat cair yang panas gila tu terjatuh atas tangan adik aku tu. Waaaa..menjerit dia!! Aku pulak dah cuak, takut punya pasal cepat2 bawak dia gi toilet basuh tangan dia tu. Sebab ingatkan kalau basuh ngan air, tangan tu dah ok baliklah kan sebab air tu sejuk. Yela, kecik lagi, pemikiran mana nak logik. Sekali tengah basuh tu..kulit adik aku yang terkena tanah liat tu pun mencair sekali, mengalir masuk dalam lubang sinki. Waaaaa..scary yang amat masa tu.Huhu.Dalam hati dah cuak2 dah. Akibatnya, luka dan bernanah la kesan kena tanah liat tu dan meninggalkan parut sampai sekarang.Ngeee..Tak ingat pulak kena marah ke tak lepas tu ;p

Itulah kisah yang tak boleh nak lupa sampai sekarang. Pejam celik, nanti adik aku dah ada anak dah.Jadinya adikku, nanti jangan bagi anak tu main api ye. Kalau dia nak main api jugak, tunjuk je parut kat tangan tu, mesti dia insaf. Haha.Didoakan juga semoga tahun mendatang ni anda sentiasa dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik serta family yang bahagia. Aminn.


Semoga baby awak comel macam awak masa kecik2 ye ;)

Kami 23 tahun yang lalu.

Ye..yang sebelah kanan, kulit putih, rambut toncet, jelir lidah tu dialah tu masa kecik. Comel kan. Jeles! Yang sebelah kiri tu siapa?? Haa..tulah dia kakak dia yang suka main api dengan dia masa kecik tu.Disebabkan adiknya terlalu putih, jadinya si kakak memang semedang tempek bedak rupa tepung gomak gitu dengan harapan dapat jadik putih macam si adik. Hahaha.


Tengok gambar ni serius rindu masa kecik2.Kalau lah masa ni boleh diputar balik kan..


Sunday, February 20, 2011

Happy Birthday Mama :)

Malam semalam kekononnya nak buat suprise BBQ party untuk mama, sekali Caca dah pecah lubang pulak. Agaknya dia dengar kakak2 & abang dia duk berbincang pasal rancangan ni sebelum ni, terus la dia bagitahu mama.Haiyo..tapi takpela, even mama dah tahu, majlis BBQ berjalan dengan sangat happening nya. Yeahhh!


Big bro & fam ditugaskan untuk handle bahagian seafood. 
Siap beli seafood fresh dari pasar Pasir Penambang lagi.


Lokan giant!Terbaikk!



Ketam & udang lipan. Ye udang lipan.Rare!
Tapi sedap!



Udang manis2..nyam nyam!


Kakngah & fam pulak ditugaskan untuk buat "cucuk2"

Daging ayam+bawang+capsicum+timun.
Niceeeee! 
Oh, ada lamb lagi.

Adik & family ditugaskan untuk membuat coctail

Serioussss sedap.
Segar gila rasa bila lepas minum. 

Aku pulak, ditugaskan tuk membuat spageti & pai ayam

Spageti buatan saya.Hoho
Yang bebulat putih tu chicken ball ok, 
jangan korang ingat fish ball pulak ;p

Makan sampai perut memasing kenyang bangat!


Encek tunang  pulak ditugaskan untuk mengipas bahan2 BBQ
dan juga melayan bakal anak2 buahnya. Hehe.Kena buli ;p



Ammar berlakon jadik barber.
Uncle Amir pasrah je. Hahaha
Tengok muka Ammar tu? Notty! haha


~The cake~

Nyummayyyyy!!


Acara memotong kek! :D

Sila abaikan adik beradik berambut bunga tu. Hoho


Ammar pun join sekali sebab beday dia 27.2
Yang ke 4 tahun.
Dah besar dah abang ;)

Mama walaupun dah masuk 55 tahun,
mantain muda & ceria.
Nak tahu apa rahsia beliau? 
Sentiasa berfikiran positif. ;)


Mama bersama cucu2 nya & anak bongsunya, Caca 
Si Caca dah lagi besar dari mama kot. Haiyooo!

Our family is getting bigger & bigger.
Tahun ni bulan 4 & 8 tambah lagi ahli baru ;)
Tahun depan maybe tambah lagi sorang kot. Hehe
InsyaAllah ;D

Buat mama tersayang, semoga mama dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilidungi olehNya. Kami semua sangat2 sayangkan mama dan kami akan cuba sentiasa menggembirakan hati mama. We love you so much!! Dan untuk adik beradik, syukurlah majlis ni berjaya jugak akhirnya. Hoho. Nice! Good job memasing.Next time kita boleh buat lagi ok. Mengeratkan lagi hubungan kita satu family. Yeahh~







Friday, November 05, 2010

It's my day :)


Hari ni hari menambah umur saya ;)
Semoga saya menjadi semakin matang.
Dikurniakan kesihatan yang baik.
Dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.
Dipermudahkan segala urusannya.
Dan dipercepatkan jodohnya ;))

Amin ya rabbal alamin~

Malam tadi tepat pukul 12 sangat meriah berdentam dentum dengan bunyi mercun kan. Rasa macam semua orang tengah menyambut harilahir saya. Hehe.Mama dah bagi suprise malam tadi, hadiahkan 1 beg yang super duper comel, Warna pink lagi.Sangat suka! Katanya beg untuk pergi outstation nanti. Terima kasih mama ;) Dan juga terima baaaanyakkk birthday wishes kat fb.Bangun pagi tadi buka fb tengok ada 50 lebih notifications. Sangat terharu! Thank u so much pada semua yang wish ;) Rasanya tahun ni sangat cepat masa berlalu,pantas! Suprise birthday party dari kawan2 kesayangan tahun lepas pun still fresh lagi dalam memory. Tup tup, tiba dah harilahir tahun ni.Harilahir kali ni, saya takda apa2  wish list, nak adiah apa, macam wish list tahun lepas, saya dah pun terima hadiah yang sangat2 indah November ini. Cukuplah itu membuatkan saya sangat happy dan bersyukur. Cuma saya mahukan agar segalanya berjalan lancar :)



P/s: Happy diwali too tuk semua yg beragama Hindu ya ;) My colorful birthday.Hee

Friday, March 12, 2010

Happy birthday babe ;)

Sampai syurga....


"Puan Nazliah, Happy birthday yg ke 26 ;) Moga panjang umur & dimurah2kan lagi rezekinya. Moga tahun ni membawa 1000 kebahagian n kegembiraan dekat ko. Yang penting, jaga diri, makan, emosi semua ok. Jangan tension2 & marah2 k. Jangan fikir benda yg bukan2.Always think positive.Sekarang kena hapyy2 je tau. Kalau ada apa2 prob, I always there for u beybeh. Sayang ko sgt2! :hugs:"


Hari ini adalah hari lahir beliau, sahabat sejatiku selalu. Tahun ni dia dapat hadiah palingggggg best sekali, yg tak ternilai harganya.Sangat indah hadiah tu. Hadiah nya ialah..




Tadaaaaaaaa.....

She already 8 weeks preggy!!! :)))


Congratz babe! Congratz yg ke 100 kalinya. Hee. I'm so happppppy for u. Eeee..bestnye.Nanti kite sopin barang2 baby, beli baju preggy sesama eh ;p Mari sama2 kite doakan kesejahteraan beliau & baby, moga mereka berdua selamat & sehat senantiasa ;) Aminnn...


Thursday, January 14, 2010

Birthday Otomen yg ke 2

29 Disember lepas, birthday fruitbaby ku yg comey ni. Masuk 2 tahun dah. Tema birthday party dia haritu ialah ultraman sebab budak kecik ni mmg obses gila ngan ultraman. Wuishhh..kalau roh ultraman dah masuk badan dia, siap berlawan hiyak2 ngan sepupu dia si Ammar tu. Jgn tak tau eh,umur baru 2 tahun, cakap pun pelat2 lagi, tapi dah hafal lagu ultraman. Wow Wow Daina Chikara No Kagiri Daina~



Faris Iskandar punya kek



Fuh..fuh..fuh~
Sayang sgt ngan ultraman sampai dia tak bagi potong kek tu.Mama dia potong je dia menjertit sakan. Sedih kot tengok ultraman dia kena potong. Mungkin dia terasa sakitnya tu..holoh..holoh..holoh..comel betul!



My brother happy family ;)

Faris gigih pakai topeng tu, takmo bukak2. Bila terasa dah lemas2 tak boleh bernafas baru dia bukak. Hoho. Tegar betul peminat ultraman sorang ni

Sekarang dia dah pandai nyanyi2. Aku paling suka dengar dia nyanyi lagu ni..

Saya ayam "kok..kok..kok..kok"

Saya lembu "boo..boo..booo..boo"

Tu je dia tau..pastu kalau kite sambung "saya kambing"..dia buat bunyik "bing..bing..bing..bing".Kalau kite sambung lagi, "saya kucing"..dia buat bunyik "cing..cing..cing..cing". Hohohohoho..dia main suka2 buat bunyi ikut last ayat tu. Hoho. Ceria hidup ada budak2 kecit nih.Sorang Ultraman, sorang lagi Ben 10.(^_^)




Monday, November 09, 2009

Supriseeee!!!

Tarikh kejadian : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa kejadian : Lebih kurang 1pm
Lokasi kejadian : Chicken Hartz, Sunway Pyramid



Alkisahnya begini, pagi Sabtu haritu, aku ngan Yah dah planning nak pergi Wangsawalk, shoppin2 + berjumpa centahatiku. Sekali masa ku sampai rumah Yah tuk jemput dia, Ipah pun nak join. Takpela, the more the merrier kan ;). Aku suruh Ipah drive Cik Lisa sebab badan aku kena alergik gatal2, so tak boleh fokus driving. Dok tergaru2 je. Masa kami bertiga on the way, tetiba Ipah cakap nak singgah Sunway Pyramid kejap, nak ambil tiket wayang yg kawan dia dah tolong belikan. Kawan dia tu staff kat pyramid katanya. Kitorang pun ok je ( padahal dlm hati aku "ish..banyak songeh la minah ni". haha).Boleh gak sambil2 tu cuci2 mata tengok kasut. Sekali Ipah tetiba ajak makan Chicken Hartz, katanya dah lapar. Aku on je sebab dia nak belanja. Masa ni aku blur2 dan pelik sikit sbb tadi dia cakap nak gi ambil tiket wayang, ni tetiba nak makan pulak. Haish..macam2..


Sekali aku masuk, jalan belakang sikit (ikut Ipah). Tiba-tiba...




SUPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!

Ok, aku terkejut, terharu, tergamam, terkedu..semua ada..





Siap dikalungkan bebulu angsa pink vogey2 gitu oleh Lan
Omaigod! Omaigod!


Ramai yang ada kat situ, kawan2 tercenta..

Pijan, Yah (selaku the planner), Ipah (yg peluk aku), Dini dan Linda



Jejaka kat depan tu Pojie dan Lan (selaku planner assistant)



Aaaa..terharunyaa..sampai termenangis2 aku..huhu


Tiba-tiba, ada satu lagi suprise...






Centahati tetiba muncul dari mana ntah datang bawak cake..Omaigod!!
Padahal baru call 1/2 jam sebelum tu, cakap tak sabar nak jumpa nanti,alih2 dah terpacul tersengih2 depan aku. Haha. Gila kentang punya terkujat.Masa aku call tadi dia kata baru bangun tido,siap buat suara baru bangun tido lagi. Haha.Pandai coverline eh syg.




A lovely yummilicious cake from him :)
BR tau..tihhihi (gedik, nak yg mahal2 je)



Me with 1 of my birthday gift wish ;p
Muka tetiba berubah menjadi pink dan mata bengkak2 sebab over nangis.Oh..tidak comel



Lepak2, makan semua. Pastu balik. Kesimpulannyaaa..sangat happy! First time dapat birthday suprise selama 25 tahun hidup.Thanks kepada semua especially my besties Yah & Lan sebab diaorg yg sgt byk bersusah payah tuk semua ni. Trillion Thanks ;)



Bergambar reramai sebelum memasing bersurai. Kena pakai gak bulu angsa pink vogey2 tu..tetiba terasa diva pulak..ahaks. Yang penting muka aku mmg pink jelah. Masa datang menangis, masa nak balik pun menangis.Apa ke ciwek sgt minah ni?? huhu..




Tetiba aku dibagitau bubud baru sampai. Ala..kesiannya dia. Kitorg dah kuar dia sampai. Huhu. Sebab aku tak tahu menahu pun dia akan join, so we dicided to eat at foodcourt JJ je. Huhu. Kenapa kat situ?? Ntahla..sbb ada tako tao sotong berjanggut merah ala2 milipede kot. (milipede= ulat gonggok. Uuu..) Takpe eh bubud, nanti aku blanja kau aiskrim BR :)




Tada..the lovely gifts & cards from them. Sukaaaa!!!!
2 ekor kucin pink,cute pink strawberry, & Malindi leopard. Wow2!
Thank u so much. U all really made my day ;)
Happy gila!
\(^_^)/






P/s: Walaupun ada benda kecik yg menspoilkan hari bahagia tu, xpela,aku anggap tu sebagai dugaan. Kadang2, orang yg paling dekat dengan kita ialah orang yang paling menyakitkan hati kita & akan menikam kita dari belakang. Chill Erina ;)


Thursday, November 05, 2009

Ke alam dewasa



Alhamdullilah. Hari ni genap umurku 25 tahun. Syukur sebab umur ku dipanjangkan sehingga harini tuk menikmati segala yg diberi oleh Nya. Kalau dulu masa zaman baru masuk U, 25 tahun ialah target ku kahwin. Tihihi. Rupa2nya takdelah semudah tu kan. Panjang lagi perjalanan ni tuk sampai ke arah itu. Sekarang yang penting tuk melangkah ke alam pekerjaan. Ingatkan dulu, kerja ni senang je dapat, lepas2 habis study, tup2 terus dapat kerja. Tapi sebaliknya. Takpelah, aku akan terus berusaha dan berdoa. Allah know the best for me :)


Malam tadi, pukul 11.55 malam jam aku, tengah aku duk leka melayan facebook, tetiba "Meow..meow..meow..meowwww" bunyi handphone ku, tanda ada mesej masuk. Dari si bestie. Ku bukak mesej tu "Burfday girl turun bawah jap skrg!". Wohoho. Ada suprise kah??? Cuak2 jugak la nak turun sebab dia pernah tibai member dia ngan telur & tepung sampai jadik cekodok member tu time birthday dia. Tapi perasaan excited aku lagi tinggi dari cuaklah. Hehe.


Duduk dalam kereta dia, lepak2 borak2 jap. Dia datang semata2 nak wish birthday,siap ngan nyanyi2 sekali. Comeyyy gla bini orang ni. Mentang2 lah suami dia takde, slumber kuar memalam eh. Haha. I really appreciate it babe & sangat terharu. Dia buat aku sengih2 happy malam tadi. Borak tak lama, sebab dia kerja harini, so kena balik awal. Sebelum dia balik tu, dia ada bagi aku somethiing yg buat aku lagiiii terharu.



Ko saje nak bagi aku gemuk kan ?? Haha
Tapi aku sukaaaaa..Love u so much babe!!
U made my night~~


Thanx babe for the cake and the book. Moga kita sama2 memperoleh rezeki yg melimpah ruah tahun ni k ;) Hmm..sekejap je dah 25 tahun. Ku harap dengan melangkah ke alam dewasa ni, aku menjadi semakin matang, mendapat kerja yg stabil dan sentiasa di berkati oleh Nya. InsyaAllah. Korang doakan aku cepat dapat kerja ok dan moga2 tahun depan ku dapat hadiah "itu" juga.Hehe. Aminnnn..



P/s: Harini centahati first paper. Good luck syg. Do ur very best ok ;)


Wednesday, November 04, 2009

Untuk mereka2 tersayang


Saya mahu ini, Malindi, saiz 6 ok ;)




Saya mahu ini juga, vintage sling bag ;)
Lagi vintage, lagi sukaaa..




Ini pun, Mng wallet ;)





Dan yang ini juga, skinny jeans ;)




Last sekali, mahu yang ini, Baskin Robin cake :)
Tak mahu yg gabak, nak yg kecik comel je
(All pics credit to Google)




Sempena esok, saya mahu hadiah2 kat atas ni.Tak malu ke mintak2 hadiah ni?? Ngee..setahun sekali apa salahnya kan. Lagipun mintak ngan org2 tersayang je bukan dengan semua org.Ni kira berangan2 jela tapi kalau mereka nak bagi betul2 lagi bagus. Suka sangat2. Sebab benda2 kat atas ni (kecuali kek) nak diguna pakai masa gi holiday nanti. Kira dah save budget lah kalo diorang nak hadiahkan. Yang wallet tu tak penting pun, tapi kalau ada org kesiankan saya pakai wallet buruk koyak2, hadiahkanlah. Hohoho(tak malunya).To kakngah yg cun,abang yg hensem dan adik yg macho, please..please..please..saya mahu benda yg kat atas tu. Tak mahu benda2 lain. To bestie & centahati juga, jgn buat2 lupa & buat2 tak nampak ok ;p I Love you all so mush~


P/s: Esok tua setahun. Gugugu (harini guna "saya" nampak sopan sikit, yelah..nak mintak hadiah kan. Haha)


Thursday, August 13, 2009

Pemenang Anugerah Kawan Lelaki Terbaik 09

Aku ada seorang kawan baik. Lelaki. Aku kenal dia masa study 3 tahun lepas. Macam mana aku boleh berkawan baik ngan dia? Ntah. Tetiba je. Macam ada chemistry with each other ( tau lah sama2 amik course Science Chemistry dulu..bhahaha). Memang ngam. Sekepala gitu. Dia memang partner segala partner lah bagi aku. Partner for study, partner in library, partner in gym, but most of time partner in gosipping la. Bak kata pepatah classmate kitorang dulu "Di mana ada Erina, di situ ada Lan. Ibarat adik beradik, air dicincang takkan putus".Over! Kahkahkah..


Dia baik. Seriously baik. Sanggup dengar segala masalah2 aku. Dengar bebelan aku. Dengar cerita aku yg panjang2 sampai bosan, tapi dia gigih jugak dengar. Walaupun dalam hati dia cakap "cepatlah abis cerita minah ni", tapi muka maintan macam tengah khusyuk dengar. Sanggup melayan karenah mengada2 seorang kawan perempuan yakni aku.Sanggup tolong aku saat aku susah dan still tolong gak aku saat aku senang.Yang sudi bagi kad raya setiap kali hari raya & kad birthday setiap kali harijadi aku (selain dapat dari kekasih hati ). Tau sekarang teknologi dah canggih, tapi dapat kad by hand adalah sgt best dari dapat e-card. Tengok! Aku dah banyak merepek ni. Banyak sgtlah baiknya kawan aku ni untuk dihuraikan satu2. (huraikan??). Hahaha..


Oklah, direct to the point. Anugerah Kawan Lelaki Terbaik 2009 jatuh kepada (jeng..jeng..jeng..)


~AZLAN SHAH ABDUL RAHMAN~



*clap..clap..clap
(single & available ;p)


Mengapa beliau diberi anugerah pada hari ini? Bukan pada hari Merdeka atau pada Hari Raya Aidilfitri? Ini kerana hari ini, bersamaan dengan 13.08.09 adalah HARI LAHIR beliau yang ke 24 TAHUN !!!


*HAPPY BIRTHDAY LAN!! Sila sedar diri yang anda semakin tua. Semoga berjaya dalam dunia pekerjaan (sebagai chemist yg berjaya!) dan bertambah2 rezekinya. Tidak lupa bertemu cintanya. Aku doakan kau bertemu jodoh ngan mana2 gadis cun (seumpama Agnes Monica mahupun awek yg kau selalu dok usha kat kafe tu) masa kau kerja nanti. Lan..huhu..kau nak kerja kat JB!! Sedihhh.(Di mana..kan ku carik ganti.Serupa dengan mu~~ok..stop..stop).




So, siapa cakap lelaki dengan perempuan tak boleh jadik bestfriend?
Kami bolehhh je ;)




P/s: Ala..siapa nak temankan aku gi Bazar Ramadhan nanti? tsk..tsk..tsk..

Thursday, March 12, 2009

Puisi agak jiwang buat teman

Dia seorang yang baik.
Teman menangis. Teman ketawa.
Teman bergaduh. Teman berbaik.
Teman bershopping. Teman bergosip.
Dia pinjamkan aku bahu waktu aku sedih.
Dia pinjamkan aku tangan waktu aku susah.
Dia pinjamkan aku telinga waktu aku semangat bercerita.
Cerita duka, cerita gembira, cerita bodoh, cerita toya.
Terlalu banyak kenangan dah kami coretkan bersama2.
Dia diary aku.
Aku video camera dia.


Dia yang ku kenal masa umur aku 15 tahun.
Hari ini dia genap berumur 25 tahun.
Tuhan, terima kasih kerana kurniakan aku
seorang sahabat seperti dia.
Terima kasih kerana hadiahkan aku 10 tahun
yang bermakna bersama dia.
Nazliah Bt. Hanafiah.


Yang mana 50 hari lagi dari sekarang status dia akan
bertukar dari cik kepada puan,
dari seorang anak dara kepada bini orang,
Aku harap dia masih seperti yang aku kenal dulu.
Dan semoga persahabatan kami kekal ke akhir hayat ;)





Friday, February 20, 2009

Happy birthday mama =)

Comel tak?


Cuppies made by me =)


1st time wat cuppies..hee..syukurlah menjadik. Senang je rupenye wat cuppies ni. Pas ni ley wat cuppies lagi.Lalala..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015