Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Sunday, November 30, 2008

Moh g ipoh weh

Pagi2 dah kena bangun, siap2..ke Ipoh. Ada kenduri kahwin. Abg ipar aku ( Abg GG) punya adik kahwin. Jauh kan Ipoh tu. Sama jauh macam nak g kampung aku kat Muor. Dalam kereta haruslah sgt bosan. Kalau dah bosan, marilah kita menangkap gambar. Haha.


~Ceh..muka budget comel la ni~
*kembali kelabu mata hitam ku*

Dah tangkap2 gambar.Perjalanan still jauh lagi. Huu. Bosan. Tido. Bangun2 dah smpai Tapah. Eh..eh..Tapahla..Ada apa kat Tapah ni eh? Hee..gedik la. Pastu smpai..mkn2, tgkap gambar pengantin ( tapi gambar nya gelap..haih). Mama dan Ayah jumpa family pengantin. Balik. Bawak balik si Ammar sekali. Culik dia.Haha.

Petang tu abg aku dan keluarga tercentanya dtg. Yay!! Faris yg comel datang. Mari kta gomol2 si tembam itu. Mari kita buli dia. Agaga. Aku geram ngan budak ni. Rasa cam nak gigit pipi dia.(Huish..ganasnye mamacik ni). Oh..aku digelar mamacik ye.

Ini Faris Iskandar
~Agaga..mari kita masukkan dia dlm bakul~
*comel kannnnnnnnnnn?*

Ini Abang Ammar

~Dia pun nak masuk dalam bakul gak.. haha~
*malu2 kucing plak..eyy..comel!*



~Masing2 berebut nak baca blog mamacik~
*Ahaha..dannn2 je kan*


Saturday, November 29, 2008

Janggut sotong

Harini ke The Gardens, temankn si bestie ( Yah yg comel comot). Dia nak survey barang2 tuk hantaran. Kami jejalan, carik handbag, slumber masuk kedai jual handbag yang ribu riban, test2 pakai pastu blah. Haha. Hari ni ada sale. Agak rambang matalah si Yah. Aku temankan je. Dah g jalan tak sah la kalau tak makan kan. Kami g makan di Sushi King (Midvalley). First time kitorng mkn kat sini. Aku selalu makan sushi beli kat dlm Jusco je tak pun Tesco. Ngehngeh.


~ Jeng..jeng..ni lah yang kami makan~

Oh..oh..yang warna oren (tak tau nama) tu sedap. Nyummy2! Yang bulat2 tu pun sedap. Yang bulat2 tu Yah yg order. Sampai2 je mknan yang bulat2 tu Yah terus makan tapi muka dia merah pastu sbb panas. Pastu aku pulak try. Tiup2 dulu pastu ngapp semua! Hmm..sedap. Juicy2. Cam ada inti dalam tu. Hen hao! ( sgt sedap! dlm mandarin). Tau mandarin je, Jepun tak tau. Hee.

~Yah comot comel & Aku~
*muka sendiri kena caras..huhu*

Kami mkn2 lah ngah penuh minat sambil tgk sushi tu bergerak pusing2 depan kami. Pastu Yah bukak buku menu, aku terpandang 1 menu ni dari baby octopus. "Ahh..tak boleh blah nye. Aku kalau sotong mknla, tapi janggut sotong ngan kepalanya aku tak makan..geli!" aku gtau Yah. Pastu aku terus ambik mknan yang bulat2 tu lagi. Kali ni aku gigit separuh dulu sbb nak tgk apa isi dalamnya. Sekali tengok2..ade JANGGUT SOTONG!! huhu..


~Bebola janggut sotong namanya..huu~

Yah dah tergelak2. Aku tak tau pulak yang dia order tu dari baby octopus gak. Terus badan aku terasa geli geleman cam sotong. Tapi memandangkan Yah belanja pastu rasanya pun sedap, aku pun ngapp je, buat2 tak tau yg dlm tu de janggut sotong. Hahaha. Maceh Yah sbb blanja. Nanti aku dah keje aku blanja kau plak eh.Hee. Sayangg kau sgt *peluk*

Haa..psl kek evergreen yang aku bg kt supervisor aku smlm, mlm smlm aku dapat msg dari dia

" Erina. tq 4 de kek. hijau nye! kek slimming t ke? jgn mare. tp sedap. buat penat i p gym td. naik balik apa yg dah burn" -Pn Zuraidah (supervisor aku).

Ahaha..puan perli nampk. Mentang2 aku buat thesis pasal slimming tea. Tapi yg penting, dia ckp kek aku sedap. Bangga2. Hee


Friday, November 28, 2008

Akhirnya..Hairannya..



Akhirnya, segala yang berkaitan ngan thesis dah settle. Tadi g hantar hardcover kat supervisor. Dengan hantarnya hardcover tu, maka segala bab2 berkaitan ngan thesis dah tamat. Huu. Penat dah buat thesis ni. Buat repot pun penat. Tapi bukan aku sorang je yang penat. Supervisor aku pun mesti penat gak melayan karenah student dia yang degil dan suka buat keje last minute ni. Hehe. Mahap la ye puan. Tuk membalas jasa baik supervisor aku yg dah sememanganya baik tu. Aku buatkan dia kek. Harap2 dia suka. Terima kasih ye puan.


~Kek Sarawak Evergreen yg sedap~

Oh..hari ni dah masuk keje balik. Maklumlah dah 'off day' dua hari. Hari ni masuk awl, tghari sbb ayah g solat Jumaat. Mmg setiap Jumaat aku masuk tghari. Tapi setiap kali aku jaga gerai hari Jumaat, aku tgk customer2 Fradoo mesti aku hairan. Hmm..kul 1.20 ptg, pada hari Jumaat mengapakah lebih ramai customer lelaki berbanding customer perempuan? Buktinya gambar kat bawah yang aku tangkap pd kul 1.20 ptg tadi..Hairannya..


~ Mungkin abg2 ni "uzur" kot? Hehe~

Perhatian: Silalah ke masjid dulu sebelum ke Fradoo.


Thursday, November 27, 2008

Girls' Day Out

Aku ngan angkatan girlfriend2ku..Bubud, Maria & Zalika merayau Alamanda harini. Maria & Zalikha nak balik Kuching da tak lama lagi. Harusla melakukan farewell activity tuk mereka. Maria pulak InsyaAllah grad sem ni. Kuranglah sorang girlfriendku thun depan. Huhu.

~Depan : Aku & Bubud, Belakang : Maria & Zalikha~

Sampai kat Almanda, terus cari mkanan. Yela..masa tu dah pukul 2, mestila perot dah bergoncang mintak isi. Ngehngeh. Walaupun Maria & Zalikha sibuk nak bershopping tapi kitorg (Aku & Bubud) heret diorang g foodcourt dulu. Kita mknnn dulu!

~Jeng..jeng..jeng..Chicken chop ngan meehoon sup~

Ahaha..Aku mkn meehoon sup. Yang chicken chop tu kongsi ngan bubud. Tapi meehoon sup agak mengecewakan la. Tak sedap. Sup tawar mcm air. Huhu. Jadi, aku tak habislah mkn meehoon tu. Mkn Chicken chop yang lazat tu je.

Lepas makan, perut dah gembira. Kitorang jejalan jap. Beli tiket wayang. Cerita "Quarantine". Semalam kuar ngan cintahati tak dapat tgk kan, hari ni aku dapat gak tgk. Agaga.Beli show kul 6.20 tapi time tu baru kul 4.45. Sebabkan dah boring jejalan dalam Alamanda tu, sementara nak tunggu masuk wayang. Jom kita g piknik kawan2....


~Tadaa..Kami di Taman Botani~

Sempat lagi kami g Taman Botani. Wahhh..Cantiknya tempat ni. Kami teruja gila. Yela..masing2 first time datang sini. Bersih dan sgt indah. Dahla takde orang. Sunyi je. Apa lagi, bergambar la kejenya dan dah namanya piknik, haruslah ada mkanan. *mkn lagi*

~Sgt nyummy..waffle banana choc & butter honey~

Lepas dah bersuka ria, santai2 mkn waffle, tgk jam dah kul 545. Haruslah pergi Alamanda balik nak tgk wyg. Huhu. Tak sempat nak tawaf satu Taman Botani yang indah tu. Sebelum balik, jum tangkap gambar kejap kawan2..


~Aksi gembira riang ria~


~ Aksi lompatan tak berjaya~

Masa ni dah kul 6, haruslah kami ber'drift' ke Alamanda balik. Sampai Alamanda dah kul 6.15, sebelum masuk tgk wayang, kami sempat beli popcorn lagi. Ahaha. Makan lagi. Pastu berlari2 anak yang comel masuk wayang. Dah duk dlam tu, iklan2 jap, cerita pun start. Memula tgk cerita tu, part dalam balai bomba..Haih..bosannya. Aku menguap 2-3 kali. Dah la pening tgk video tu gerak2. Dalam hati "Haih..siapalah ckp cerita ni best". Aku pun tgk jela. Tapi bila dah part dlam apartment tu, dah saspen2. Tak ngantuk dah. Mata aku terus bulat. Tak tahan scene yang dekat lif, kami terr..menjerit berjemaah serentak, terkejut nye pasal tgk zombi anjing gle tu. Huhu. Skali lagi kitorng terr..menjerit berjemaah scene yg kat ats loteng. Maria menjerit kuat gile. Ahaha. Klaka tgk dia. Kesimpulannya, cerita ni boley tahan lah. Agak seram (sbb berjaya buat kitorng terr..menjerit) tapi mula2 bosan.

Pastu balik kul 9. Hujan lebat. Aku kalau drive mlm2 nie mmg agak tak sukala sbb rabun2 ayam skit. Ditambah ngan hujan lebat kan, mmg slow motion jela aku drive. Drive slow motion pun leh terbabas smpai Puchong. Kitorang pun hairan. Ahaha. Mybe slh masuk exit kot. Tapi berjaya gak akhirnya smpai Shah Alam. Smpai Shah Alam, perut aku lapar blik. Ajak dorang mkn, dorang surrender dah, tak muat dah perut dorang. Tapi kenapa perut aku lapar lagi nih. Huhu. Aku beli nasi lemak bawah umah Maria & Zalika pastu mkn lagi. Ye..perut je kecik tapi nafsu mkn cam buaya. Macam mane nk diet nie?


Wednesday, November 26, 2008

Wendy's dan hantu raya

Harini jumpa si cintahati, pergi sunway pyramid, makan kat Wendy's. Kitorang first time mkn kat sini. Menarikla mkanannya. Walaupun fast food tapi lain dari yang lain. Sedap pun sedap. Walaupun agak mahal berbanding fast food yg lain tapi bg aku berbaloi. Burger nya superb. Oh..aku dah terjatuh centa ngan baked potato chili & cheese nya. Sgt nyummy. Pasni nak try saladnya pulak. Nampak cam superdelicious je.


~Chili & cheese baked potato, uiltimate chicken grill ngan 3/4 lb triple with cheese~

Pastu g tgk wayang, aku nak tgk quarantine tapi si cintahati taknak.Takutla tu. Ngehngeh.Kami tgk Madagascar. Nasib baik kelaka dan best. Tapi potong je bila awek yang duk sebelah kitorang gelak cam hantu raya. Boyfriend awek tu siap sound dia lagi suruh gelak perlahan. Tapi awek dia buat tak kesah. Ketawa jugak mcm hantu raya lagi. Tu baru tgk Madagascar, aku tak dapat bygkan dia gelak kalau tgk Trophic Thunder.


Tuesday, November 25, 2008

Jenis2 customer

Mcm2 ragam manusia aku tgk sepanjang "part time" kat Fradoo. Sangat banyak. Ada yang yg menjengkelkan, ada yang sangat tak boleh blah. Antaranya:

1) Jenis tak tetap pendirian. Contohnya seperti..

Datang sorang lelaki
Lelaki: Dik, bungkus air tembikai 1
(aku taruk air gula, dan terus mencedok air tembikai dari balang.Baru je nak masukkn air tu dalam plastik...tiba2..)
Lelaki: Eh, dik.Cancel la..tak jadik air tembikai..bungkus air kelapa
(aku pergi kat balang air kelapa pulak, baru je nak cedok air kelapa tu..tiba2 lagi..)
Lelaki: Eh..eh..tak jadikla dik..nak air tembikai la ( sambil buat muka tak bersalah)
Aku: *dalam hati* Haih..Mengong la mamat ni, kejap air kelapa, kejap air tembikai..apa kata kau bungkus air ni sendiri. (muka maintain tersenyum)

Perhatian: Sila buat keputusan ngan tepat lagi jitu sebelum meng'order'.

2) Jenis cerewet. Contonya seperti..

Datang sorang makcik
Makcik: Dik, bungkus ABC 3. Mmm..dalam tu makcik taknak cendol, taknak cincau, taknak 'telur katak', taknak sagu..
Aku: Ok (muka tersyum)
Makcik: Lagi makcik taknak kacang merah..tapi coklat makcik nak lebih, kacang goreng nak lebih, nata de coco nak lebih, jagung pun nak lebih...
( aku pun bagitau si pembuat ABC, apa yang makcik tu nak dan taknak..Bila dah siap, masa nak taruk aiskrim, si pembuat ABC taruk aiskrim coklat)
Makcik: Eh..eh..makcik taknak aiskrim coklat..aiskrim keladi ada?
Aku: Aiskrim keladi takdelah makcik..Ada aiskrim coklat,vanilla ngan strawberi je..
Makcik: Mm..makcik nak aiskrim vanilla..
Aku: Ok
(si pembuat ABC tarukla aiskrim vanilla, pastu taruk coklat..taruk lebih)
Makcik: Taruk lebih lagi ye dik coklat tu, pastu taruk kacang goreng lebih, jagung lebih (dia ulang lagi ayt yg sama td tu)
Aku: * dalam hati* makcik buat sendiri ABC pasni eh..

Perhatian: Sila jangan memeningkan kepala si pembuat ABC.

3) Jenis kaya berlagak. Contohnya seperti...

Datang sorang perempuan beli ais 50 sen je..diulangi ais 50 sen je..
Masa nak bayar, bagi duit RM50..
Aku: Mmm..takde duit kecik ke?
Perempuan: Takdelah, ni lah note yang paling kecik yang ada dlm purse I skrg..
Aku: *dalam hati* Cheh, kalau takde ckp jelah takde, tak payah nak berlagak!

Perhatian: Sila sediakan wang kecik sebelum membayar, kalau nak bayar guna wang besar, sila beli dalam kuantiti yang banyak.

4) Merpati berjola joli.

Haih..ni mmg menyampah. Ramai pulak tu customer camni. Datang gerai. Order air. Minum. Pastu berborak tgn masing2 nak merayap. Tangan laki usap2 belakang pompuan. Tangan pompuan dekat celah peha laki. Pastu siap cium2 pipi, cium2 dahi.
( tak malu ke org lain tgk? Aku yang tgk pun malu..ish..ish..)

Perhatian: Sila jangan membuat 'onar' di Fradoo. Sila dtg minum dan makan je.Nak usap2. Cium2. Pergi tmpat lain.Syuh!Syuh!

5) Jenis suka buat drama.

Biasanya mmg couple2 la yg suka buat drama ni. Kalau ada masalah pun, yang lelaki tak payah la kau nak tengking2, jerit kuat2 kat si pompuan. Yang pompuan pulak tak payahla nak menangis sakan macam org bru lepas mati laki. Tu semua mengundang mata2 org lain tuk tertumpu kat meja korang yang tgh buat drama tu. Belum lagi kes bila si lelaki mengamuk sampai baling kerusi kat sorang lelaki lain yang tak dikenali sbb lelaki tu duk ushar awek dia. Laa...yang kau bwk awek ko bersinglet putih dan berbra hitam serta bermini skirt duk mkn kat gerai watpe?. Memanglah semua org pandang. Bukan takat lelaki tu je, makcik2, pakcik2 yang tengah minum pun geleng2 kepala, mengucap panjang tgk awek kau tu. Kau nak emo2 sampai baling kerusi apa hal? Kau ingat kerusi tu bapak kau punya? Haih..tak paham..tak paham

Perhatan: Sila berpakaian dan berperangai sopan di gerai2. Dan kalau aweknya seksi teramat jangan bawa minum dan makan di gerai. Sila pergi ke tempat yang meletup dan high class ok.


Monday, November 24, 2008

FRADOO

Apa tu FRADOO? Yang penting ia mmg lgsung takde kena mengena ngan Frodo (LOTR). FRADOO dalam bahasa Thailand ialah pokok sena. Ia sebenarnya nama sebuah gerai minuman bernombor 39 yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam (betul2 depan wetworld) dan dimiliki oleh Haji Abu Bakar B Yusof. Ye..beliau ialah ayahku yg tercenta. Aku kerja "part time" kat sini la. Shif aku dari kul 3 ptg sampai kul 6 ptg. Time ni ayah aku balik jap, berehat. So, aku lah yang take over jadik bos. Lady boss. Hoho. Best dapat tolong ayah aku kat gerai ni. Dapat tgk mcm2 perangai manusia, mcm2 drama dan yg pling best dapat upah RM10, 1 jam. Cuba kira kalau sebulan aku dapt berapa. Tu blum masuk overtime lagi. Ngengeh..tak ke masyukkk tuk aku yang masih sorg student lagi.Tapi aku takla direct sebulan, kekadang aku gilir2 dengan adik lelaki aku. Kalau petang tu dia ada kelas, aku jaga. Kalau aku pulak ada kelas ptg, dia jaga. Sem nie memndangkan aku takde kelas petang, mmg selalu akulah yg jaga gerai petang2. Dan ni lah aktiviti wajib aku setiap cuti sem. Mengisi masa lapang dan mengisi "poket kosong". Haha. Apa yang best kat FRADOO? Macam biasa, macam gerai2 minuman lain, ada segala jenis air panas, segala macam air sejuk, segala jus buah, mcm2 warna air balang, tapi yang luar biasanya kat FRADOO ni mestilah ABC specialnya...


~ABC FRADOO~

Ye..ngan ada aiskrimnya, coklat kokonya, segala longan, anggur, kacang ngan "bhn2 dalamannya" yg mmg superb. Malas nak cakap byk, dtg sendirila rasa. Haha. RM2.50 je pulak tu. Mari ramai2 kita ke Fradoo. *promote pulak..hee*


~ Air balang yang warna warni~
*mata kucing, kelapa, bandung, j agung, asam boi, tebu, mangga, soya*


Kalau weekday, mmg relaks skit, customer tak padat sgt, sempat lagi aku duk baca majalah, baca notes, gurau ngan pekerja2 FRADOO yg agak sewel2, tapi kalau weekend mmg tak menang tangan la. Kerja aku duk jdik cashier je, tapi kalau dah ramai customer, pekerja2 lain pun dah sgt busy, mmg akulah yang tolong dermakan tangan tuk handle segala air dalam balang. Tolong masukkan air dlm cwn dan tolong bungkus. Masa memula belajar bungkus air, mmg failed lah aku, sbb lembik je plastik tu, siap air mengalir keluar lagi betapa tak kuatnya aku ikat. Tapi sekarang da expert dah. Tak lembik2 lagi. Haha..


~ "Lady boss" membungkus air~
*bungkus air pun nak senyum ke? hoho..*

Aku dah biasa duk gerai ptg2. Ada member2 aku tanya gak "tak penat ke nanti?", "malam nanti mcm mana nak study?" ( lebih2 lagi kalau dekat nak exam). Alah, aku duk gerai kejap je..balik umah nanti kalau penat tidolah jap. Pastu bangun, studyla, buat notes. Tak menjejaskan pun status aku sbgai sorang pelajar. Berbanding ngan ayah ayah duk lama kat kdai, tiap2 hari, berdiri lama2. Haih..kesian kdg2 tgk dia. Patutnya dia skrg dah boleh relaks kat umah besarnya kat kampung tu. Petang2 boleh beriadah masuk kebun buah dia. Tapi ayah aku mmg tak suka duk diam, sgt suka kerja kuat. Apa2 hal pun, aku sbgai anak haruslah membantu dia. Bukan je dapat pahala, upah pun dapat. Hehehe..


~Aku bersama Encik Haji Abu Bakar yang hensem lagi peramah~


P/s: Fradoo ialah sebuah gerai minuman dan sila jangan bandingkan persekitarannya dengan persekitaran yg meletup dan high class mcm DOME, Starbucks dan sbgnya. Sesungguhnya aku paling menyampah org mcm ni.

Saturday, November 22, 2008

Mun rindu baca blog tok

Tgh hari tadi anta nisa g LCCT. Dia da balik Kuching da. Huu..sampai jumpa kawanku. Iboh lupak kamek.


~Nisa & Aku~
*baju kami yang cantik beli kat uptown aritu..hee*


~ Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik~
* sayangg korang*

P/s: Aku sangat fasih berbahasa sarawak


Friday, November 21, 2008

Uptown oh uptown..

Tengah malam semalam kul 1230, aku ngan member aku Nora & Nisa g uptown. Saje nak bwk dorang g jejalan.Memasing dapat rembat baju cantik yang dari RM 28 jadik Rm20. Pastu balik. Time nak balik tu terjadilah satu kejadian yang agak mengharukan. Biasalah, jalan balik keluar dari uptown tu mmg agak serabut. Ngan takde lampu, penuh tanah merah. Masa kitorang balik tu kul 130. Memang dah gelap gile pastu kereta pun tak banyak. Time drive tu aku bwk slow je sbb aku komfius nak lalu jalan mana. Aku tak nampak. Aku drive je ikot kesan2 tayar kat tanah merah tu. Bila da sampai satu simpang ni aku komfius lagi sebab kereta belakang aku lalu jalan seblah kanan, tapi aku straight je. Komfem aku dah salah jalan. Masa aku nak reverse, tetiba kereta aku termasuk dalam "tanah liat". Tanah merah yang penuh lecak sbb time tu pun baru pas hujan. Aku reverse tak boleh. Aku tekan minyak pun tak boleh gerak. Keta aku stuck dalam tu. Huhuhu. Agak lama aku duk tekan2 minyak. Tak berjaya. Aku dah nebes, call adik aku mintak tolong dia datang. Time tunggu adik aku tu, tetiba dtgla sorg lelaki ni, nak tolong kitorg. Dia suruh kitorg semua keluar sbb kena kurangkan berat kete tu baru senang dia nak reversekan. Aku turun2 keta terus g tgk tayar depan belah kanan keta aku yang dah terbenam tu.

Part yg paling best sekali, time aku tgh duk kusyuk tgk tayar tu, tiba2 laki tu terus tkan minyak sekuat hati dan secara automatiknya segala lecak2, tanah liat, lumpur dan sebagainya tersimbah kat aku. Dari kepala sampai kaki. Sampai masuk mata dan mulut. Dah macam hantu kubur. Hahaha.. Aku terkejut gle time tu. Tergamam. Tak tau nak ckp apa dah. Nisa dan Nora dah tergelak2. Aku maintain je senyum. Padahal dlm hati mcm2 perasaan ada. Haha. Pas aksi tekan menekan minyak sekuat hati berlaku, kereta aku dapat kuar dari tanah liat tu. Lega gle. Lelaki tu mintak maaf byk kali kat aku sbb dia tak nampak aku ada kat tepi tu tadi. Hee. Salah aku gak. Sape suruh duk depan tu. Aku berterima kasih byk2 kat lelaki tu dan aweknya. Walaupun awek dia tak buat pape tapi sanggup tunggu bfnya tlg kitorg. Kitorng balik umah ngan rasa nebes dan kelaka. Nebes sbb ni 1st time terjadi kat dorang dan jugak aku, kelaka sebab tak boleh blah tgk aku mcm orang jatuh sawah. Hahaha.


~ Cantik kn keta aku?~
* macam kerbau baru pas berkubang..huhu*


~Cantik kn tudung aku?~
* masa pergi bersih je, balik da bercorak..haha*


~"Hantu kubur" yang cover malu~
* huhu..beg tu baru beli sebulan*


Wednesday, November 19, 2008

Final Year Project

Heavy metal dlm teh kurus atau lebih spesifiknya " Determination of heavy metals in slimming tea". Tu la tajuk Final Year Project aku atau lebih ringkasnya FYP atau nak senang lagi thesis. Oh, heavy metal ni sememangnya takde kena mengena ngan mana2 band heavy metal. Ni heavy metal yang boleh membahayakan kesihatan. Sem ni aku mmg banyak habis masa buat benda ni. Memula buat experiment ni, excited habis..lebih2 lagi time nak detect heavy metal guna FAAS. Aku suka guna benda alah ni. Mcm dalam CSI je. Haha. Seronok buat thesis ni sebab aku byk belajar benda baru. Bertambah ilmu dan pengalaman tapi ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa time buat thesis ni. Cam biasa, teh2 tu aku treat guna "acid digestion". Memula timbang teh kurus tu, pastu rendam teh tu dalam acid nitric semalamam. Esoknya aku panaskan teh tu bawah "fume hood" sampai teh2 tu hancur . Bila dah hancur, tapis teh tu dalam "volumetric flask", tmbah air suling pastu simpan dalam botol ubat.

~ Hai obat..hai obat..mari beli obat~
* ni la sampel teh aku, setiap sampel kena triplicate*

Biasa time aku panaskan teh tu, ok je..takde apa2 masalah, tapi ada satu hari tu time aku panaskan teh, tetiba aku dengar bunyi cam benda meletup. Aku tengok teh yang aku panaskan tadi tu menggelegak pastu meletup2. Aku memang dah panik gila time tu. Encik Kerol (lab assistant) pulak takde time tu, tinggal aku dengan sorang student (kelas lain) yang tengah buat experiment gak. Dia pun cuak. Makin lama makin kuat letupnya sampai terpercik2 ke lantai. Aku tak boleh nak buat apa dah time tu, jantung berdebar2. Aku takut bikar tu pecah, pastu meletup, lab tu terbakar. Masa tu otak aku fikir macam2. Nak tutup suis "hot plate" tu takut sebab nanti teh tu terpercik kena tangan ke, muka ke. Tak psl2 je nanti. Aku biarkan je. Tgk aksi "letupan teh" tu dari jarak jauh. Lama2 letupan tu jadik slow, pastu senyap sebab teh dalam bikar tu dah habis. Semua dah terpecik ke luar. Aku pun pe lagi, cepat2 tutup suis "hot plate" tu, pastu amik kain buruk cpat2 lap lantai yang da kotor kena teh tu. Bila Encik Kerol masuk, aku wat tak tau je macam takde apa2 berlaku. Ngehehe..Tapi akhirnya dia tau gak sebab aku ada meninggalkan bukti yang jelas lagi nyata kat dinding "fume hood" ngan "hot plate" yang aku guna tu. Aku kena bersihkan kesan2 letupan tu sampai bersih berkilat2 guna acetone. Huhuhu.

~Dinding "fume hood" lepas kena bom teh~
*pastu aku kena bersihkan sampai berkilat..huhu*


~"Hot plate" yang terkena bom teh dan"Hot plate" suci~
*aku kena sental benda ni sampai berkilat gak..huu*


Pas kejadian tu aku terus g repot kat supervisor aku. Rupanya aku dah wat satu kesalahan besar. Tak cover bikar tu time panaskan. Sbb kalau guna "acid digestion" , letup2 ni memang normal. So aku kena cover bikar tu biar tak bahaya. Yang pelik, sebelum ni tak pernah pun jadik. Tapi memndangkan letupan teh aku ni agak over (kuat sangat), supervisor aku ckp mybe "hot plate" tu dah rosak. Ye..mmg patut dibuang ke tong sampah je sebelum ramai yang jadik mangsa.

Tapi sekarang Alhamdullilah projek da settle. Tak payah nak timbang2 teh lagi. Tak payah nak rendam teh kurus tu dalam nitric acid lagi. Tak payah nak panaskan teh tu lagi. Tak payah nak tapis teh tu masuk dalam botol ubat lagi. Semua dah tak payah. Tinggal nak buat hardcover report je. Lalala..


~Aku tgh me"ninja"kan diri~
* tgh tekun wat thesis ni*


Tuesday, November 18, 2008

Monday, November 17, 2008

Korang jangan lupa aku tau

Hari ni ada "farewell activity". Aktiviti terakhir kami sekelas bersama2. Sebahagian dari kami. Tak semua, sebab ada yang InsyaAllah habis study sem ni dan sebahagian habis study sem depan. Aku antara yang tergolong dalam habis sem depan. Huhu..sedihnya. 5 sem dah kitorang bersama2, mestilah sedih nak berpisah. Tapi harap2 lepas ni jauh di mata je, di hati tak .

Aktivitinya g main boling. Aku sesungguhnya sangat tak pandai main boling tapi aku main redah je. Hahaha..

~Sesi berkumpul sahabat handai~

~Aku akan rindu kat an, amy, sue, jiha, fara dan linda..huhu~
"Shafa, kita jumpa lagi next sem kan? =)"

"Lan, kau jangan nangis eh, aku ada lagi sem depan..hee"
" Linda, nanti kita tak boleh tangkap2 gamba lagi..huhu"

~Ye..ye..serba serbi pink.Aku memang suka pink.~

~Aksi sebelum dan selepas men"campak" bola boling.Hoho~
* macam aksi sepak bola pun ada gak*

~Group aku: Fairus, Lan dan Pijan~

~Keputusannya: Mestilah markah aku paling sikit. Haha~
*tapi aku berjaya dapat 1 "rama2 kuning"..bangga2*

~ Game dah habis. Perut kami sangat lapar~
*tu pasal la muka aku jadi gitu..haha*


~ Jemput..jemput..silalah makan~

~ Oh tidak..aku akan sangat2 rindu ngan 2 orang gadis ni nanti =( ~
* ratu sehari, ratu sporting dan ratu serius*

Walaupun dalam gambar muka kami nampak happy, senyum2 tapi dalam hati masing2 terbuku rasa sedih tau. Kawan2, semoga korang berjaya di masa akan datang. Ingat aku selalu tau. Jumpa lagi. Thanks and sorry for everything kawan2. Aku sayanggg korang. *peluk kuat2*

*sob sob*


Sunday, November 16, 2008

Air mata mengalir di pagi Ahad.

Ni semua gara2 tengok video yang member aku send kat email aku pagi tadi. Serius sangat menyentuh perasaan. Tetiba air mata mengalir cam air terjun. Tapi tak taulah kalau aku sorang je yang sedih tengok video ni, orang lain tengok tak ada perasaan. Mungkin aku seorang pecinta haiwan sejati. Hee..

~Christian si singa yang comel~


p/s : Kan best kalau aku dapat bela singa cam ni. Huhu

Saturday, November 15, 2008

Selamat pengatin baru & Selamat mengeTag

Baru lepas balik wedding member sekolah rendah merangkap sekolah menengah aku tadi. Zaireen namanya. Tahniah Zaireen & Shauqi. Masuk dia, tahun ni dah 3 orang member sekolah aku kahwin. Bulan 12 nanti ada wedding invitation lagi dari member sekolah ku jugak. Aiyoo..ramai dah kahwin ni. Aku bila? Sabar la...study pun tak habis lagi. Haha. Seronok jugakla tadi. Jumpa member zaman sekolah dulu. Member2 sekolah menengah ( projekian) memang aku still contact lagi tapi yang tak tahan jumpa member2 sekolah rendah balik. Ada sorang dua yang aku still rapat tapi yang lain tu memang aku dah tak ingat. Bukan sebab aku sombong berlagak tapi sebab aku dah lama lost contact ngan dorang sejak aku pindah kat Sarawak masa darjah 6. Walaupun aku tak se"nerd" zaman sekolah rendah dulu dengan spek mata bagai, tapi dorang still kenal aku. Agak terharu jap. Tahi lalat aku ni yang buat dorang kenal aku lagi kot. Member2 perempuan, semua stok dah kerja. Mantain comel2 lagi. Tapi member2 laki, yang dulu time sekolah rendah muka stok comel lote, handsome & digilai ramai, sekarang dah stok bapak2. Yang mana dulu stok tak comel, rendang2 je, sekarang dah tinggi lagi hensem. Ahaha..Last aku jumpa dorang masa darjah 5, 11 tahun, sekarang aku dah 24 tahun. Huiiyoo..memangla dorang ( termasuk aku) berubah fizikalnya. 13 tahun yang lalu pulak kan. Yang penting, happy dapat jumpa dorang balik. Korang, keep in touch ok. Apa la guna Friendster, Myspace, Facebook korang tu kan. Sila lah add aku. Hee..

~Semoga berbahagia Shauqi & Zaireen~
* gambar candid..hehe*

~Awek2 ex-projekian~
* gambar blur*

~ Ex- SRK Seksyen 18~

Oh ya..Masa aku tengah tunggu member2 lain sampai, sebelum gerak gi wedding Zaireen tadi, aku menyempatkan diri tengok blog jap, rupanya aku telah ditag tuk pertama kalinya. Apakah?


RULES :

1. Take a recent picture of yourself & take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

Di tag oleh Encik Paiseh yang suka makan buah hati manis..ahaha

RESULT :

Sempat pulak aku tangkap gambar macam nak hantar kat majalah Mangga kan? Haha..
* sengal*

Gambar ni aku snap sebelum gi wedding Zaireen tadi, jadi haruslah aku dalam keadaan sangat ayu. Tak payah tukar2 baju, tak payah betul2 kan rambut. Haha.Kena tag 10 orang jugak ke? Kalau Encik Paiseh bagi diskaun 50% kat diri dia sendiri sebab dia still freshie, orientasi pun belum. Aku bagi diskaun 100% kat diri aku sendiri sebab aku bukan takat belum orientasi, kad matrik pun belum buat lagi. Haha.. Jadi, aku tak payah la tag siapa2..lalala..

Friday, November 14, 2008

Hip Hip Hooray!!!

Bergembira tepuk tangan sama2..
Kita menari sambil langkah kanan kiri..
Goyang badan goyang kaki..
Hooray..Hooray..
Hip..Hip..Hooraayy..
Hooray..Hooray..
Bergembira..Hahaha!!
* menyanyi penuh semangat walaupun lirik main hentam je*

Wahaha..sangat gembira. Petang tadi baru habis paper. Dari keluar kelas exam tadi sampai masuk dalam kereta, dalam hati duk nyanyi lagu ni je. Happy sangat pulak kan. Tetiba perut bunyi2. Rupanya memang dari pagi tak isi apa2 lagi kot. Haih..harus cari makanan. On the way balik, singgah Hakim bersama girlfriend2 ku. Lapar..Lapar..Mari kita makan nan cheese tandoori dengan sirap limau ais. Agak teruja sebab ni 1st time makan nan cheese. Tetiba teringin pulak nak cuba. Yela..aku selalu dengar "mamat" tu dok cakap pasal nan cheese je. Terliur gak aku. Nak tunggu dia blanja ntah bila. Hee..

Sebelum melantak..

Burpp..Alhamdulillah..
Yee..aku memang sangat lapar time ni. Kena pulak ngan nan cheese yang superb ni kan. Terasa hidup ini amat indah. Hahaha..dietla sangat aku ni.

Thursday, November 13, 2008

CHM 621

Van Deemter

GC

HPLC

SFC

SFE

CE

Apakah? Ya..esok aku ada paper separation methods atau dalam bahasa melayu nya "kaedah pemisahan". Kaedah ini tidak boleh diguna pakai untuk pemisahan sesuatu hubungan. Sekian..Terima Kasih~


Tuesday, November 11, 2008

Kalaulah kucing ni boleh bercakap...

Kasihan kan? Kucing kat atas ni kepunyaan makcik aku. Badannya terkoyak camtu sebab bergaduh ngan kucing lain. Ngeri. Macam gaduh ngan harimau je. Mesti kucing ni menanggung azab yang teramat. Sedangkan aku yang pecinta kucing ni masa mula2 tengok pun terasa macam nak nangis dan terasa sakitnya, apatah lagi si empunya badan. Makcik aku bawa kucing kesayangan dia ni ke vet tuk rawatan. Vet jahit tepi2 kulitnya yang terkoyak tu biar tak merebak lukanya. Yang luka tengah2 tu di bagi ubat sapu supaya tak kerkena infection. Haih. Kucing2..kenapalah kau gaduh hebat sangat. 1st time pulak aku tengok kucing gaduh sampai camni. Tapi kucing ni dapat bertahan lebih kurang 2 bulan je. Lepastu dia mati. Lukanya time tu hampir2 nak sembuh. Kalaulah kucing ni boleh bercakap, mesti mulut dia tak lekang ngan ayat.."Adoi..Adoi..Sakitnya". Kalaulah kucing ni boleh bercakap, mesti dia berterima kasih banyak2 kat makcik aku tu (tuannya) betapa makcik aku tu sanggup jaga dia sampai mati walaupun dia dah cedera parah macam ni. Kalau setengah tuan kucing, tengok kucing dia cam ni, terus g hantar kat gerai2 makan, biarkan je kucing dia hidup melarat kat sana. Terus tak nak jaga dah.

P/s : Sila jangan muntah apabila melihat gamba di atas.


Monday, November 10, 2008

Kucing apa yang mula dari T?

Malam semalam, kul 730 camtu, g LCCT jemput mama yang baru balik cuti dari Bandung. On the way g sana, aku agak boring, ajak la caca (adik perempuan aku yang umur 8 tahun) main game ABC. Maka berlangsungla dialog di bawah. Aku= kakcik.

Kakcik: Ca, jom kita main game ABC. Kalau kakcik cakap apakah benda yang mula dari T, aca cakap la tisu ke, tuala ke, apa2 je yang mula dari T. Kita main tuk benda, buah2an ngan negeri je tau.
Caca: Ok2! Caca start dulu eh ( ngan nada yang xcited gila!). Ok kakcik, buah apa yang start dari A?
Kakcik: Eley, senang je..Anggur.
Caca: Betul!! Kakcik pandai..
Kakcik : Ok ca, negeri apa yang mula dari S?
Caca: Kacang je..Selangor la. Ok, aca pulak tanya * diam* (berfikir jap). Mmmm.. apakah kucing yang mula dari T?

Aku agak nak ketawa bila dengar soalan ni, dah la lari tema benda, buah2an ngan tempat. Tetiba masuk kucing pulak. Kalau dia tanya binatang apa yang mula dari T aku boleh terima lagi.
Hahaha..aku pun layan kan jela.


Kakcik: Mmmm..(tengah berfikir jap)
Caca: Ala..Lambat la kakcik ni jawab. Jawapan nya senang je. Kucing TOMPOK!
Kakcik: Ahahahahhaha (ketawa sakan sampai kena berhenti kat R&R Dengkil sebab pundi kencing tetiba rasa nak pecah! Sakit perut aku ketawa)

Lepas tu, kami sambung perjalanan ngan borak2 biasa je. No more ABC game. Haha. Bila dah sampai LCCT. Mulut dia bising2 tanya kenapa airport ni burukla, tak macam airport kita selalu jemput mama. Kenapa tak sejukla, kenapa tak de nampak kapal terbangla. Aku pun jawabla semampunya. Sebab ni baru 1st time dia jejak kaki kat LCCT, so dia rasa pelik. Selalu kitorang jemput mama balik out station kat KLIA. Masa sampai sana kul 8.30, kami tengok list ketibaan, flight dari Bandung dah tiba. Kira on time la kami ni. Kami tunggu mama kul 8.45 tak keluar lagi, kul 9 pun tak keluar lagi, kul 915 pun tak ada bayang. Caca dah bising2 tanya mana mama ni? , mana mama ni?. Aku cakapla, memangla lambat sikit ca, mama kena ambil beg lagi, cop lagi..bla..bla. Aku suruh dia duduk kejap, sebab memang dari tadi dia tak duduk. Kehulu-kehilir tak sabar2 tunggu mama keluar. Dalam kul 9.45, mama pun keluar. Caca excited habis. Terlompat2, peluk cium mama. Rasa rindu dia macam dah 3 minggu tak jumpa mama, padahal baru 3 hari kot. Tapi budak kecil memang sangat comel =)

Mama cerita kat sana barang2 leather dan jeans sangat murah2 sebab kat sana ada banyak outlet. Mama belikan aku jeans LC yang cun habis saiz 29. Oh tidak! Aku kena kuruskan badan sebab seluar tu agak ketat. Nak zip kena tarik nafas sedalam2nya baru boleh.Huhu..Aku semakin "sehat".



~Muka2 keboringan kami~


Saturday, November 08, 2008

Sabtu yang indah

Kenapa ianya indah? Sebab tadi dapat hadiah birthday yang paling best sekali dari si cinta hati.
1 jam tangan yang sangat diidam2 kan ngan 3 cupcake yang sangat comel2! Sayangnya la nak makan cupcake2 comel tu. Kalau awetkan cupcake2 tu pastu simpan dalam bekas kaca tuk kenangan boleh tak? Ahaha..Thank u so much sayang 4 these lovely gifts! Love u damn much! *hugs*


~Pinky Casio poptone watch & 3 cute cupcakes~

P/s : Malam ni tidur mesti tersenyum =)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015