Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, October 01, 2009

Apakah itu BEN 10???

Sekarang ni budak2 dah tak main dah Power Rangers, Ultraman semua tu. Doraemon, Digimon, Pokemon tu pun rasanya diorang pandang sebelah mata je. Diorang sekarang dah ada BEN 10!! Tahu tak anda apakah itu BEN 10?? Wohoho..bukan2..ianya bukanlah no plat kenderaan. Ia sebenarnya ialah hero pujaan kanak2 zaman ini. Kira hot stuff la. Kat mana2 je pun ada BEN 10. Sikit2 BEN 10. Dah takde dah Upin & Ipin. Sekarang semuanya BEN 10. BEN 10 ni cerita kartun, mengisahkan superheronya bernama Ben yang boleh berubah jadi 10 karakter. Cerita real pun ada. Kiranya pelakon betul la. Kalau tak pernah tengok, rajin2lah bukak CN. Kat TV3 pun ada. Kena amik tahu jugak pasal hero2 kartun baru ni. Kang kalau tak tahu, tak pasal2 kena cop kodi ngan anak2 buah & sepupu sepapat yg baru nak membesar. Nanti anak buah tanya " Aunty..aunty, jom main lawan2 Ben 10". Terus blur, tak tau kejadah BEN 1o tu apa. (hahaha..bercakap tentang pengalaman sebenar)


Ni versi kartun. Ben bersama 10 karakternya



Ni pulak versi real. Oh..semua budak nak jadi macam dia (T_T)
(Gambar ehsan En Google)


Bila semua budak nak jadi macam Ben 10, anak buah aku sorang ni pun turut terjerumus. Walaupun umur baru 2 tahun setengah, cakap pun pelat2 lagi, tapi ya ampunnnn..dia punya obses dekat Ben 10. Boleh fengsanlahhh~ Semuanya nak Ben 10 ok.


Ni lah budaknya. Ammar Dini. Sekarang ni kalau suruh dia kemas balik mainan2 dia bersepah, kalau cakap " Ammar, simpan balik semua mainan2 ni". Dia akan buat dono je. Buat2 tak tau. Tapi kalau cakap " Ben 10, simpan balik semua mainan2 ni", berdesuppp simpan. Hahaha..nak dipanggil Ben 10 baru buat kerja tau. Ish..ish


Baju semestinya Ben 10

Wuish. Baju pun memilih. Nak yang cantik2 je. Kalau dah cantik tu, pepahamlah, harga pun mesti cantik. Muahaha. Kecik2 dah pandai demand.




Siap ada Ben 10 kat belakang. Jangan main2



Kasut Ben 10. Patung Ben 10 beli tak sampai seminggu dah patah tangan.




Jam pun Ben 10. Canggih. Kalau picit tepinya boleh keluar gambar Ben 10. Hoho


Semuanya lah serba serbi Ben 10. Pastu, nak dijadikan cerita, haritu aku ada belikan dia briefs (spenda..wihiihi) Ben 10. Punyalah dia excited. Siap nak pakai terus dalam kereta. Sampai je kat rumah, terus pergi kat atuk dia (ayah aku la tu ;p), bukak zip seluar, cakap " Atokkkk, ammar ada enten!!". Sambil tunjuk briefs baru dia yg warna kuning tu. Hohoho. Atuk dia yg tak tahu apa2 pasal Ben 10, sekarang dah tau dah sebab cucu sorang ni asyik Ben 10 je.

Kalau dulu tanya si Ammar ni " Izz Ammar Dini bin apa???". Pandai dia jawab " Ajiji". Nama ayah dia Azizi. Kalau sekarang ni tanya balik soalan sama " Izz Ammar Dini bin apa?". "Ben 10!!!" Laju je dia jawab. Hahah. Sadis sungguh.

Sekarang ni Ben 10, nanti time anak aku, hero kartun ape pulak la yang jadik idola diorang . Ngihiihi. Macam2~


P/s: Kodi = outdated = ketinggalan zaman


4 comments:

Jard The Great said...

hehe.. aku pon layan citer neh..

Sharif John said...

Serius baju tu lawa... mana dapat ha?

Erina Asmawani said...

best kan jard ;)

tak silap ibu dia beli kat parkson..hehe..mmg smart!

sweethOneY said...

best ke ben 1o ni??? taw, tp x penah tgk..

baju tu lawaaaaaaaa.. :D nasib baik dia bukak seluar kt atuk dia.. klo kt org lain sbb nk tnjk brief entenn, maluuu.. hihi









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015