Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, October 12, 2009

Mari belajar bahasa

Hari ini mari belajar beberapa perkataan Sarawak. Ini semua gara2 terjumpa seorang adik junior dari Uitm Sarawak, Fid membuatkan secara automatiknya aku rindu dekat sana, Sarawak tercentaa. Baiklah, mari kita mulakan.

1) Lawa
Jgn ingat kalau anda kena kacau dengan mana2 mat rempit kat sana dan anda tak layan mereka, pastu mereka panggil anda lawa, anda terus terasa bangga kembang2 hidung kerana menyangka mereka mengatakan anda cantik, hakikatnya mereka memanggil anda sombong!


2) Kacak
Jika anda seorang perempuan dan ada orang memuji anda kacak, tak kira lah yg memuji anda itu lelaki mahupun perempuan, anda jgn konfius. Jgn ingat muka anda kacak seperti seorang lelaki hensem. Anda patut merasa bangga kerana mereka memuji anda cantik.


3) Kemeh
Sesetengah negeri, kemeh ialah kemas kan? Tapi kalau kat sarawak lain. Kemeh ialah kencing. Jgn pulak ingat masa kat Sarawak, sedang anda menggunakan toilet awam sekali ada org diluar mengetuk2 pintu toilet anda dengan rakus sambil berkata dengan kuat "Cepat! Cepat! Nak kemeh!", anda ingatkan org tu nak mengemas. Wuhuhu..


4) Gago
Takde kena megena dengan tarian agogo. Gago bermaksud sibuk. Busy gila la tu. Sesuai jugak digunakan tuk org yng suka menyibuk. Gago lah kau!


5) Babo
Comel kan perkataan ni? Babobabobabo. Perkataan je la comel. Hakikatnya sesiapa yg babo tak comel pun. Babo ialah pelupa.


6)Nyaman
Takde kaitan ngan udara yg nyaman lagi segar. Nyaman kat sana bermaksud sedap! Khas untuk makanan2 sahaja


7) Ngegeh
Lebih kurang macam terhegeh hegeh tapi tuk lebih spesifiknya mengada- ngada. Perempuan gedik2 tu ngegeh la tu.Oppss!


8)Polah
Student mestilah rajin polah assignments. Polah ialah buat. Kalau nak tegur jiran sebelah..Yuuuuhuuuu..polah apa tu?? hoho


9) Mun
Bukan bulan. Mun ialah kalau. Mun ada umur panjang, esok kita jumpa lagi ;)


10) Motor
Disana motor ialah kereta. Yg motor bertayar 2 tu dipanggil motosikal.


Ok, smpai disini sahaja kelas kita pada hari ini. Kalau ada masa sambung lagi. Anak2 murid semua boleh bersurai sekarang.



P/s: Asuk dan pusuk. Anda tahu maknanya ;p?


10 comments:

Lady Antz said...

satu lupa.. Belon - kapal terbang. hehehe.. ;)

Ptit said...

asuk dan pusuk????asuk gua tau...pusuk gua tak tau....kalau pusak wa tau...kucing....

:: p R i n c E s S _ N :: said...

besh2....blaja bahasa..

fiD said...

madam hartini kat US, ikut husband dia pegi blaja, mdm hanita pon same, tapi xtawu oversea kat ne..madam liew ok, sir robin ok. mis chin still single, .. mdm khong xkenal ,heee.. maybe dia dah pindah kot..

ade lagi basic:
kamek=saye
kitak=awak
sik=tak

iban= "nama brita",, heee

dk-mie said...

Huuu..br td nk wat entri psl blaja bahasa..ri ni jaga paper kadazandusun..ade la blaja sikit2 bahasa tu.bahasa sarawak yg ena post di atas ade skit same makna ngn bahasa brunei like kemeh (brunei kata 'kameh'), mun, gago (brunei kata gagau)..

Wah! 1 malaysia tul ek kita ari nih.. ;P

Sharif John said...

Sungguh berinfomasi... klu terrer, tertomoih ape? hehe

jom join hike bukit Tabur, Taman Melawati Gombak sabtu ni... ajak ur fren skali... email me the feedback k... sarshiverson@yahoo.com
Hike 5 hour mcm tu... bukit ni x tinggi tp sangat menarik... kita pergi pagi by tghari dh boleh balik.... sempat pegi open house lg... what say u? haha

aidil62nd said...

wahahah .. kalau nangga?? bunyi macam rangga ala- ala ada apa dengan cinta plak .. wahahah ..kalau sik?? mesti orang ingat kedah.. he9 .. gud information

Erina Asmawani said...

ladyantz:
ye..betul tu kak eja..belon ;)

Ptit:
bro..pusuk is ikan bilis..tihihi

Princess N:
nanti blaja lagik ;)

Fid:
alahai..rindunya akak kat diorang..send my regard to them ok..eh, iban=nama berita?? blurla akak dik ;p

amysue:
Amy buat entry pasal bahasa kadazandusun pulak. Mmg, bahasa sarawak mmg ada sikit2 macam bahasa brunei. Support 1 malaysia ;)


Aidil:
Hahha..nangga=tengok, rangga=nicholas saputra..thanx bro ;p

Erina Asmawani said...

Bro John:
Tertomoih tu terpeleot eh?? hihihi

sweethOneY said...

hehehe.. taw gak semua perkataan ni sbb g umah zie hr tu.. ena lupa masukkan satu lagi yg pelik n biasa kita gunaa...

manuk = ayam

info tambahan :P









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015