Hari Selasa lepas, aku telah berjaya buat movie marathon. Lama sangat tak tengok wayang, jadi alang2 tengok wayang biar sampai separa pengsan. Muahaha.First tengok Papadom, yes..i'm a big local films supporter (tapi tuk movie yg berKUALITI saje, yg movie setakat tangkap muat, harap maaf!). Lepas filem Papadom ni menang sebagai filem terbaik masa FFM yang lepas, aku memang nakkkk sgt tengok filem ni.Dan akhirnyaa..berjaya jugak
(kredit Google)
Mengisahkan Saadom, si bapa tunggal yang sgt sayanggggkan satu2nya anak dia, si Miasarah sampai jadi sgt proctective dan sanggup buat apa sahaja demi keselamatan anak dia. Sebelum kematian isterinya, Saadom ni sgt busy dengan kerja. Kerja kerja kerja. Sampai isteri dan anak kesygan dia terabai. Sehinggalah satu hari ni, isterinya meninggal dalam satu accident. Lepas daripada kejadian tu baru Saadom rasa menyesal dan cuba buat sehabis baik tuk jaga anak dia sorang ni.Tapi Miasarah tak selesa dengan kongkongan papa dia ni. Yelahh..siapa pulak tak rimas kan dah form 5 ayah ikut je pergi mana2, siap hantar masuk kelas, cium2 pipi dia depan clasmates, pastu hari2 datang bawak bekal kat anak dia.Kalau tuk 7 tahun mmg sweetlah papa dia buat cam gitu, tapi tuk anak gadis 17 tahun, tak berapa sesuai kot.Mia betul2 tak tahan dengan perangai papa dia dan memberontak. Dia buat perjanjian dengan papa dia yang papa dia tak boleh ganggu hidup dia masa dia dah masuk U nanti. Yess..papa dia mmg betul2 kotakan janji dia kat Mia. Mmg dia tak kacau pun Mia masa dekat U. Mia pun rasa bebas dan start bergaul dengan seorang senior playboy nama Hisham. Mia diulit bunga2 centaaa dari Hisham sampai abaikan Yvone, bestfriend dia since kecik lagi. Dalam masa yg sama, si nerdy "Wajib Tayang" pun syok kat Mia. Sangkaan Mia yang dia sudah bebas dari jajahan "bawah ketiak" papa dia salah sama sekali setelah papanya telah berkerja sebagai tukang kebun di fakultinya semata2 untuk mengawasi anak kesayngn dia dari jauh ni. Tapi Mia tak tahu menahu pun hal ini. Sampailah semuanya kantoi di satu tragedi yang menyayat hati. Apa tragedi tu, tontolah sendiri. Lalalala~
(kredit Google)
Tula dia serba sikit sipnosis dari filem Papadom. Kesimpulannya, bagi aku, filem ni mmg BEST! Untuk filem bercirikan family dan kasih sayang, memang TERBAIK. Dengan scene lawak gila tak hengat, dengan scene sayuuuu. Mmg cukup rasa lah filem ni. Paling tak boleh blah scene dekat dalam wayang (sesiapa yg dah tgk tahulah apa jadi). Lawak gila ok! Sakit perut aku ketawa tengok kepala si Hisham tu kena helmet & kaki Saadom. Wihiihi. Lagi satu scene yg lawak time last sekali, si Mia geletek2 teddy bear kat baju yang Wajib Tayang pakai. Ya ampunn..muka Wajib Tayang masa tu rasa cam nak kena lempang je. Tapi di sebalik lawak2 tu, ada juga diselitkan scene2 sayu yang mana berjaya buat aku melelehkan air mata sebanyak 3 kali. Huhu. Ye..bila lawak, lawak gila. Bila sedih pun sedih gila. Dari cerita ni kita dpt tau kasih sayang seorang bapa kepada anak macam mana. Bak kata Saadom, org lelaki ni mmg susah nak tunjuk rasa sayang tapi sebenarnya sgt syg. Betul tu, majority kaum ayah termasuk ayahku juga juga macam tu kan? Tak cakap i love u hari2, tak hug hari2 to show that he loves you so much tapi dia tunjukkan syg dia dari segi lain. Macam support kita, tegur kita kalau buat salah dan catkan kereta kita supaya comel. Eh..eh???? Terlebih sudeyyy ;p
Oh ye, penggambaran filem dlm ni mostly dekat fakulti aku dulu. Fakulti SAINS GUNAAN, so mcm agak kureng feel lah sebab kita dah tahu tu sebijik2 fakulti kita tapi diorang tu semua (Mia & geng) , student course perfileman. Ngeh2. Yela, nama pun filem kan, mestilah ada sikit tipu2 ;p.Lyana Jasmay dalam filem ni mmg sgt comeyyyy, rasa nak cubit2 je pipi budak tu. Lagi satu, Yvonee dalam ni betul2 buat aku rindu kat bestie aku masa kat UiTM Sarawak dulu.Namanya Kelly. Chinese look & agak2 tomboy gak. Macam si Yvonnne ni lah. Sama! Dulu orang selalu salah anggap ingat si Kelly ni Chinese, hallooo..uitm for bumiputeras only and of course la Kelly ni bumiputera. She is Kadazan sino. Means Kadazan+Cina. Jadi, sesiapa yang mempertikaikan watak Yvonne dalam Papadom tu konon ingat dia cina, mana boleh masuk Uitm, silap besar lah mereka. Sila pergi buat ulangkaji dulu sebelum menghentam watak Yvonne. Alamak, tetiba dah meleret2. Oklah, tuk filem ni aku bagi 4.85/5 stars ;) Hoyeah! Hoyeah!
Filem kedua yang ditonton ialah 500 days of Summer. Sebenarnya tuk second filem ni kitorang tak tahu nak tgk filem apa. Sorrority Row pun macam best. Tsunami pun macam best. Last2 sebab poster filem 500 days of Summer ni nampak macam sangat sweetttt ala2 cintan cintun,so kitorang decide tgk filem ni.Hihi. Tengok filem based on poster. Boleh? Boleh kan ajeee ;p Hmm..it's a romantic comedy film. Mengisahkan perjalanan centa selama 500 hari seorang lelaki bersama gadis idamannya yang bernama Summer Finn. Cerita ni agak lain dari lovestory yang biasa. Sebab selalunya bila bercinta, lelaki yang akan approach si perempuan, dan bila si perempuan dah tangkap cintan, mahupun komitmen, lelaki yang tak nak. Selalunya lelaki yang suka cinta tanpa komitmen, dan perempuan akan meroyan bila kena reject kan? tapi dalam filem ni sebaliknya. Semuanya vice versa. Film ni agak flat tapi ada dua tiga scene yg sgtt comel,buat kita senyum2 sampai telinga, anti climax tapi tak menyesal untuk ditonton. Sebab lain dari yg lain so otak kita pun menerima sesuatu yang baru selain heronya yg kiuttt membuatkan mata kita tidak mengantuk dan sgt bersih dicuci. Lol. Aku bagi 3/5 stars lah tuk cerita ni.
Aku (yg semakin bulat) , Ina my lovely cousin (she's a dentist, hot, single & available), Puan Yah yg comel (bini orang tu wehh!)
Movie marathon pada hari tersebut diakhiri dengan pengisian perut di Wendy's secara kenyang! Oh, chili with beef..kau mmg mantap. Sesiapa yang mahu ke Wendy's, aku cadangkan korang try chili kat situ ok. Nyum2! Selamat berhari weekend dengan gembira semua ;)
P/s: Tuk entry sebelum ni, Asuk=anjing, Pusuk= ikan bilis ;p
9 comments:
Orang kata citer Papadom tu bule tangkap nangis... betul ke? apapn best aktiviti kamu... ingat nk buat benda yg sama la
Yeha!!! 1st!!!!
ku tak minat la tgk cite melayu.. hurmmm
tp myb akn tgk...
sesuai buat movie review kamu ni.. huhu
bila laaaa mau nonton ni huhuh
Nak promote sket...sesapa nak host gambar sila la host kat sini
Free host ye...
http://www.fitri.comxa.com/host
teringin nk tgk papadom~ klo ade ms, esok nak g lah! :D
waa cam menarik..so far kebanyakan review yg aku baca semua kat citer ni best...maybe nak try tgk nanti..btw aku jaranggggg gileeee tgk movie melayu..last tgk Histeria..
lagi satu film melayu yg aku rase tak sabar nak tgk Pisau Cukur...Banyak pelakon2 best wehh..ekkek
Bro John:
Mmg ley nangis..huhuk..tapi bila lawak, ketawa terkekeh2..njoy urself tgk muvie plak bro sekali sekala ;)
Moment:
Wajib tgk sis..wajibbb~
Masy:
Akak free lari jap gi tgkk..rugi nanti
Bro ptit:
Bak komisyen..hehe
Sweethoney:
G tgk nanti k yunk.Best sgt ceritanya!
Arabella:
Pisau cukur pun cambest, tapi aku nak tgk new moon! hehe
dah tengok dah papadommmmm
ai loikkeeee! ;D
Post a Comment