Dulu masa kecik2, teringat mama ada cakap, jangan buat pasal dengan tikus sebab tikus ni haiwan yg pendendam. Telinga dia besar, sebab tu dia boleh dengar kalau kita maki2 atau marah. Ingat lagi dengan satu insiden yang mana baju kakak aku kat ampaian kena gigit dengan tikus lepas dia marah2 tikus sehari sebelum tu ( mungkinlah, aku pun tak berapa ingat sebab apa,tapi berkaitan dengan tikuslah). Yang peliknya, baju kakak aku sorang je yang kena gigit. Baju orang lain tak. Tu membuatkan aku percaya dengan cakap mama.Masa kecik2 mmg sgt naif.
Tapi bila dah besar ni, aku tak ambik kisah dah. Kalau ada tikus terperangkap dalam mouse trap kat rumah ni, rendam terus dalam baldi sampai lemas lepastu buang. Bukan niat nak sakitkan binatang,tau tikus pun makhluk Allah, tapi binatang perosak mmg harus dibunuh kan?? Dekat depan rumah ni (tempat letak kerata) memang banyak gila tikus. Hari2 mesti ada tikus terperangkap. Tak tau sejak bila datang tikus2 nih, tetiba je rasa macam banyak. Yela..tikus kan cepat membiak. Jadinya seminggu sebelum raya haritu, aku bertekad nak cari & hapuskan port pembiakan tikus2 durjana ni. Cari punya cari rupanya rumah tikus ni kat sebuah rak kasut kat depan rumah ni. Rak kasut ni mmg lamaaaa gila tak berusik.
Perghhhh!! Memang sarang lah. Tak boleh nak diungkap.Bayangkan sendiri sarang tikus macam mana. Dia punya busuk hancing.MasyaAllah~~Sepanjang proses penghapusan tmpat pembiakan tikus tu, sepanjang tu la mulut aku menyumpah2!! Dengan kerjasama adik lelaki aku,rak kasut tu selamat dibuang & aku bersihkan tempat tu sampai hilangggg semua2 bau2 tikus tu. Tak sanggup! Perasaan bengang, geli,semua ada. Aku sental lantai tempat tu pakai clorox semua sampai betul2 hilang bau.
Senang hati bila port tikus dah tak ada. Dapat tinggalkan rumah masa balik kampung raya nanti dengan hati tenang. Tak serabut otak fikir pasal tikus lagi. Masa balik kampung seminggu, Cik Lisa tinggal dekat rumah sebab balik kampung pakai 2 kereta. Banyak kosong lagi, nak bawak banyak2 kereta mcm membazir pulak.Banyak kos.Dan korang nak tau apa terjadi kat cik Lisa masa kitorang semua sampai dari kampung?????
Tikus2 telah berjaya membuat rumah baru dalam enjin Cik Lisa!!!Deymmmmmmmmmmmm!!!
Pergh!!! Memang bengang gila lah, bau enjin Cik Lisa teramatlah busuk hancing. Sekali bukak2 je bonet enjin tu...Great!!! #%*@^&%*!!! Najis tikus di merata2 enjin Cik Lisa dan bau kencing tikus tu mmg menusuk hidungku. Paluiii! Memang tikus bermaharajalela dalam enjin cik Lisa sepanjang kitorang takde. Ingatkan masalah tu small matter je sebab aku fikir lepas cuci enjin ni hilanglah bau2 haramjadah ni. Sekali masa aku bukak aircond. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...Bau tikus, bau najis kencing tikus semua keluar dari aircond tu!!!! Macam harammm! Mmg busuk teramatlah. Huhu..
Malam tadi bawak Cik Lisa pergi carwash. Mmg kena cuci habis2an ni. Huhu. Tak sanggup aku. Masa kat carwash tu aku dah ckp awal2 kat uncle tu, aku nak basuh enjin sekali sebab busuk bau tikus. Dia tak percaya. Sekali dia bukak bonet enjin, terus bising2 " Haiyaaa..manyak musuk oo..apa macam boleh jadi ini macam??". Tak tahan siap pakai mask H1N1 lagi masa cuci enjin Cik Lisa. Adeeeehhh. Nasiblah kat carwash time tu dah takde customer lain. Aku yang last sekali. Kalau tak maluuuuu weh, kereta comel tapi bau tikus. Muahaha.
Bau tikus dari aircond still ada lagi tapi tak berapa kuat lah. Tapi stilllllllllllll ada lagi bau tu. Huhu. Tension aku! Nak drive pun kena bukak tingkap bagi hilang semua2 bau2 tu. Kalau 2-3 hari tak hilang jugak, mmg kena buat service aircond. Tapi bersyukur jugaklah tikus2 tu tak gigit wayar2 dalam enjin tu. Kalau tak lagi sadis. (T_T)
Memang betul la cakap mama. Tikus mmg haiwan pendendam. Dah kena kat diri sendiri baru percaya.Huhuhu.Aku tak nak carik pasal dengan Cik T dah. Serik!
P/s: Cik T vs Cik Lisa = siapa menang?
6 comments:
aku pon sll maki tikus kat umah aku ni..memang betul la diorang ni mmg pendendam..
taruh ambi pure lah wehh..
Akhirnya berbau binatang jua keter cik erina wakaka...
hahaha lawakla entry kak cik! ;D
hahha...mmg dia balas dendam habis2an...pink yg busukkk...ahahahha
huuuuuu..ketahuilah olehmu ena bahawa sesungguhnya 'mereka' itu memang haiwan pendendam. ;P
haha.. sian ena.. keta dh comel.. tiba2 bau tikus.. mst saket hati gila2 time bukak bonet kereta tu bau tikus.. sabaaarrrrr.. pasni klo ada tikus terperangkap lg, xyah ragu2 rendam dorang bg mampos.. hoho.. pedulik ape, anti tikusssss
Post a Comment