Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, December 25, 2008

Cerita sebelum tido


Aku ngan girlfriendku, Bubud gi JJ Bukit Tinggi harini. Aku tersangatlah mengidam nak makan donut Big Apple. Sampai2 sana je, bateri handphone kong. Ciss..kalau keluar, pastu bateri takde, paling pantanglah bagi si cintahati. Dia tak suka betul kalau aku keluar mana2, pastu dia call tak dapat. Buat dia risau. Aku pulak kalau setiap kali nak keluar suka je lupa nak charge handphone dulu. Pastu menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Huhu. Nasib baiklah kat JJ Bukit Tinggi ni canggih, ada benda alah ni. Selesai masalah aku.


First time aku guna benda alah ni. Agak teruja. Agaga. Cabut bateri hp, pastu biar je benda tu charged. Sementara nak tunggu siap, kami haruslah gi makan. Lalala..aku suka.

* Big Apple..Nyum..Nyum*

Sebenarnya kitorang makan KFC, donut ni makan time tgk wayang. Wuu..sedapnya donut ni. Hehe..Jemput2..silalah makan. Pastu da kenyang perut, haruslah gi tgk wayang. Sebelum tu, gi amik bateri handphone aku jap. Sampai2 kat mesin, agak panik jap sbb benda alah tu dah tak beroperasi. Apakah? ( masa tu dah pukul 1030 malam, jadi suisnya da kena tutup). Huhu. Nasib baik suisnya kitorang dapat cari. Kitorang on kan, selamatkan bateri handphone ku, pastu off kan balik. Handphoneku kembali bernyawa. Agaga..

Kami menonton cerita ini

Cerita ni sgt2 kelakar. Cerita pasal Skeeter lakonan Adam Sandler yang terpaksa kena jaga anak2 buah dia. Before tido, dia akan ceritakan bedtime story tuk anak2 buah dia tu pastu keesokan harinya apa yg dia ceritakan tu, jadik kenyataan. Scene paling kelakar, masa dia kena present, tetiba lidah dia kena sengat lebah. So, dia kena present ngan lidah yang bengkak, cakap pun macam bahasa alien. Aku gelak2 sampai terkeluar air mata. Lawak sangat time ni. Bagi aku, bestla cerita ni. Sesiapa belum tgk lagi, silalah pergi tgk. Hehe..


P/s: Aku nak tgk Yes Man ngan Histeria


2 comments:

paiseh said...

lol.. jauhnye carik big apple..! kat jusco setiawangsa (yg baru dan berseri2 ni) pun ada.. dekat ngan umah. ngee...!! tp wayang blom ada laa..

Erina Asmawani said...

encik paiseh..bukit tinggi,klang ngan setiwangsa dari shah alam mana lagi jauh eh? lalala..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015