Sebagai pekerja dan cashier bertauliah Fradoo, aku dah terima mcm2 jenis duit yang abnormal. Ada yang jenis terkoyak dan di "salofan tape" kan (biasa duit RM5 la). Ada yang jenis warna duit tu dah pudar gila mcm kena rendam ngan clorox (biasa duit RM1). Ada pulak yang jenis berconteng nombor telefon atas duit tu, tak pun berconteng email adress dan segala macam jenis contengla. Tapi yg paling tak boleh blah, conteng macam ni..
~Haruskah diconteng2 mukanya? Haih~
Kalau nak tunjuk bakat menconteng sekali pun, tak payah la sampai conteng duit. Pastu bayar minum guna duit yang dah diconteng ni pulak. Tak ke menganiaya orang namanya. Huhu. Duit2 abnormal ni biasanya aku terima time customer ramai gila. Jadi, takde masa lah nak belek2 duit tu time dorang bayar. Dorang pun pandai gak cover, yang mana side yang dah kena conteng ke, koyak ke, dorang terbalikkan la. Ish..ish..tak patot.
Perhatian: Sila jangan menggunakan duit koyak mahupun duit yang berconteng untuk membuat sebarang pembayaran. Tak baik tau.
2 comments:
baiklah..!
elok jugak kalau fradoo sediakan mesin ATM.
hahahaha..!!
haa..tak lama gerai Fradoo yang baru bukak..
de mesin ATM depan tu..haha..sila cucuk duit di ATM sebelum buat bayaran..nak duit baru je..lalala
Post a Comment