Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, December 08, 2008

Hari Raya Korban

Pagi raya, hujan sehujan hujannya. Bestnye tido. Nasib baiklah hari raya, kalau tak, mau tido sampai tengahari. Bangun, kemas2, kuar bilik tgk juadah raya dah terhidang baik punya atas meja. Wuu..sedapnya. Tapi aku tak haruslah gelojoh, tunggu mereka2 pulang dari masjid dulu barulah sama2 makan.


~Ketupat, kuah lodeh,kuah kacang,kari ayam ngan kek oren~


Pas mkn2, hari still hujan. Ayah dah bersiap2 nak g tlg orang kampung sembelih lembu. Aku ikut ayah sbb aku nak tgk live ngan mata sendiri camne proses penyembelihan ngan pelapahan lembu tu. Selalu tgk kat tv je. Tak pernah tgk live. Abg aku ngan abg GG (abg ipar) aku pun join. Sampai2 tempat penyembelihan tu, ramai org. Semua lelaki pulak tu. Mula2 rasa segan tp aku slumber jela redah, semangat punye pasal.

12 ekor lembu dikorbankan
*huhu..sangat "wangi"*


Seekor lembu berjaya ditumbangkan


Syukurla aku tak fobia darah. Sbb aku rasa kalau org yg fobia darah ni, tgk lembu ni kena sembelih, confirm dia pengsan. Walaupun lembu tu meronta2, bunyi mendengus time kena sembelih, aku tak boleh rasa sedih dan simpati sbb aku ingat dulu ustazah aku ckp tak boleh sedih tgk lembu kena sembelih sbb nanti haram kita mkn dagingnya.


Lembu tu disiat kulitnya.


Lepas tu setiap kaki lembu diikat kat tiang, dikangkangkan ke atas. Proses melapah dijalankan. Masa perut lembu tu kena belah, aku nampak cam asap2 haba keluar. Wuu..tu membuktikan dalamannya still panas. Time ni, aku belajar anatomi dalaman seekor lembu ngan lebih dekat. Hehe. Selalu bedah katak ngan tikus je, kali ni aku dapat tgk lembu pulak.

~Perut, usus lembu~

*Patotla lembu ada 4 perut, perut lembu sgt2 besar*


~Hati,buah pinggang lembu~



~Testikel lembu~

*Lembu yg disembelih wajib lembu jantan*

~Tulang rusuk lembu~



~Kapak dan kulit lembu~



~Encik Haji Abu Bakar sedang melapah kaki lembu~


Seronok gak dapat tgk proses penyembelihan lembu. Memang pastu kami makan daging lembu jela. Daging goreng kunyit, daging msk asam, daging salai, tapi feveret aku mestila sup daging yg mama ku buat, mmg terbaiklah. Kalah Ani Sup Utara. Yang bawah ni feveret mama ngan ayah. Aku tak suka yg ni. Besar sgt. Ngeri. Tak tau camne nak mkn. Huu..

~Sup Gearbox~




No comments:









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015