Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Saturday, October 31, 2009

1st Anniversary~

Pejam celik pejam celik, hari ni genap setahun rupanya aku berblogging . Daripada cerita kasut putih (kehkehkeh..), tukar jadi cerita erina. Tadi aku belek2 entry lama, first komen dan org yg rajin komen entry aku dulu ialah Paiseh. Hehe. Kira pemberi semangat la tu, ye la..mestilah kita happy sebab ada org komen entry kita. Terima kasih bebanyak bro. Then 1st follower, ialah Aklima. Sekarang dia dah jarang update blog dia mungkin sebab semakin busy. Daripada zero, sekarang dah ada 46 followers.Walaupun sikit je bagi korang tapi bagi aku jumlah tu sangattttlah ramai sebab ku bukanlah blogger tegar, update pun sekali sekala (termasuk entry ni, aku baru post 176 entries je ;p),so I really appreciate those yg suka baca blog ni.Paling penting sekali terima kasih kat kawan2,followers and those yg rajin meninggalkan komen2 membina.Terima kasih jugak kat those bloggers yang mempromote Fradoo Abc kat blog dorang. Terharu babe. Dan dari blog juga aku dapat kenal ramai kawan baru. Tak sangka pulak blog ni lebih kurang macam social networking jugak, padahal dulu masa mula2 berblog motif nak luahkan isi hati je. Kalau tak berblog, mesti aku tak jumpa mereka2 yang best ni. Para senior bloggers ;)


Kepten Luffy, Kueh Bakar, Jard, Wafa & Sis Masy yg hensem ;)
(huhu..baru ku tau Kapten dah privatekan blog dia..sadis)


Sis Aima yg comel ;)
(Ala..lama tak jumpa sis..huhu)



Shahrul, Sis Zonaku, Sis Dahlia, Sis Anne, Joegrimjow, Bro John, Bro Hemy



Dan kalau aku tak berblog, mungkin aku tak dapat hadiah konvo best ni dari Kak Zonaku
Terima kaseh banyak2 kak ;)


Even ada jugak komen dari sorang dua anonymous yg tak membina langsung dan berunsurkan cacian, sikit pun tak patahkan semangat aku tuk terus berblogging. Sebab ni hobi aku and I enjoy it. (Bukan macam si anonymous yg hobi suka mengutuk org!Bwuekk..Loser! Kalau tak suka blog ni jgn baca lah!). Lastly, thanx again kepada semua & semoga ukhuwah kita berkekalan. (^_^)


~Sayang anda semua~
Gambar takde motip.Lol



Friday, October 30, 2009

Thursday, October 29, 2009

Convocation Day Part 6


~Mereka kesayangan saya~

~Sahabat sejati & Centahati~
Sama2 penting, sehidup semati



~Mereka pembakar semangat~



~Mereka pemberi dorongan~



~Sentiasa ada ketika susah duka lara~




~ Dan juga saat suka gembira~



Moga hubungan ini berkekalan selamanya..
Aminn ;)

Wednesday, October 28, 2009

Convocation Day Part 5

Saya sudah grad! Yay! Yay!
Cepatlah dapat kerja..
Cepatlah dapat kerja..
Cepatlah kawin..eh???
Lambat lagi kot ;p


~Sahabat sampai mati~
Sayang bini org ni sgt2
Susah senang kita sama2 ok?


~Kakak & Adik~
Masa kecik2, belajar sama2,main sama2, gaduh sama2,
ketawa sama2, nangis sama2.
Dah besar, grad sama2. Wuhuhu..
Ntah2 nanti masa kawin pun sama2. Adehh..
Apa2 terjadi pun, aku sayang bangat ini budak.
Adik aku ni weh..ada ke kakak yg tak sayang adik??



Mereng kami sudah mari. Wahaha






Apa yang penting..kami dah..
MERDEKA!!!!!



Lepasni, misi tuk balas jasa mama ayah tercenta ;)

Convocation Day Part 4

~Kakak & Adik~



Add Image~Bersama Mama tercenta & Caca tersayang~
(P/s: See the choc in my hand..huhu..kenangan )



Centahati & Me, Mama & Caca, Adik & Lily
Our family will getting bigger next year. InsyaAllah~
(^_^)



~My life~



Mmmmmmmwahhhhhhhhh!!!
Maceh banyak2 Mama tuk segalanya
Love u so much!!



Erina versi cikgu
Thank you so much too Ayah!!
Love u so much!!

Ni bergambar kat rumah.Ayah tak pergi konvoku. Aku yang sarankan. Sebab konvo adalah perkara yg memenatkan, meletihkan, mengantukkan bagi ibubapa dan para penunggu. Huhu. Jadi, aku tak mahu ayah kepenatan dan keletihan. Yelah, beliau kat kedai dari pagi. Mestilah beliau kepenatan tahap maks nanti kalau beliau pergi konvoku pada petang tu. Beliau juga sgt tak minat pergi tmpat2 crowd. Pening kepala. Ayah memang seorang workaholic. Jangan harap lah dia nak cuti, tutup kdai. Kalau boleh, time hari raya pertama pun dia nak berniaga jugak. Haih..Cepatlah dapat kerja.Nak balas jasa ayah & mama. Nak bagi diorang duit pulak. Nak suruh ayah rehat puas2 je kampung lepas ni. Tak payah sibuk berniaga lagi.Terima kasih segalanya.Ayah & Mama.


Tuesday, October 27, 2009

Convocation Day part 3

~With the guys~




~With the ladies~




In the line...




CAKK!!!




"Hello sayang, dah sampai ke??"




Are they serious wanted us to wear this thing??




OMG! It's a MUST! Now we become ninjas




Health checkup: " I'm very healthy sir, see the green sticker"




After hand sanitized, now we are ready to enter Sri Budiman Hall
Fiuuuhh~


Saturday, October 24, 2009

Convocation Day Part 2

Dengan segala hortmatnya, minggu ini diisytiharkan sebagai minggu konvokasi untuk menghargai dan memperingati hari bersejarah tuan punya blog. Jadi, sepanjang minggu ini, entry2 dalah berunsurkan konvo sahaja. Selamat menjamu mata dengan gambar2 menarik yang akan dikongsi oleh beliau ;)



My convo heels ;)


Yup, Uitm punya konvo, untuk perempuan, tak perlu pakai kasut bertutup. As long as kasut yg dipakai mempunyai heel sekurang2nya 2 inci. Tu je syaratnya. Heels ni pun di beli di saat2 akhir. Esok nak konvo, malam sebelumnya tu baru sepantas kilat pergi beli. Wajib jugak beli sebab ku mmg takde heels maaa..kasut semua flat2 je. Paling koman pun wedges lah. Tak berapa nak reti sgt pakai heels ni. Maklumlah, I ni ada ganas skit. Haha. Dibeli di Vincci,Sacc Mall. Ditemani oleh si bestie Puan Yah, lagi 15 minit kedai nak tutup. Gopoh gapah try heels2 yg ada. Bukan tak nak beli awal2, ku ni jenis seorang yg fussy sikit. Last2 jumpa jugak yg berkenan di hati. Cantik kan? Kan? ;p


-H1N1 Precaution-


Ye..mmg wabak H1N1 sekarang dah berkurangan tapi Uitm tetap ambil langkah berjaga2. Mencegah kan lebih baik dari merawat. Nak2 bila ada event besar macam ni kan, macam2 kemungkinan boleh berlaku. Standard macam semua konvo, kami beratur ikut angka giliran dulu sebelum masuk dewan. Then, ada pegawai kesihatan check suhu kami sorang2 guna imbasan suhu yg check dekat dahi tu. Wajib pakai mask & hand sanitizer lagi sebelum masuk dewan. Tapi bila dah dalam dewan, kami bukak lah mask tu. Mana tahan, berpeluh muka. Habis semua makeup cair ;p



Wihihi. Terasa macam ninja graduation pulak
Terasa macam Cat Nur kasih pun ada jugak. Haha


Bukan senang nak konvo pakai macam ni. Korang ada? ;p Nanti gambar ni boleh tunjuk kat anak cucu bila dah tua. Mesti diorang proud dengan nenek diorang nanti. Hahaha. Oklah, have a great weekend semua ;)



Thursday, October 22, 2009

Convocation Day Part 1

Cute pink octopus given by Zalikha. Thanx babe ;)


Thanks Mama & Ayah. Akan ku balas jasa kalian
(^_^)



A cute handmade hamper full with chocs & ML frame given by my bestie, Yah
Thanks babe. Luv ya~


Yay! Semalam adalah perkara paling happy dan bersejarah dalam hidup. Even penat gila tapi sangat2 happy. Thanks a lot for those who came to my convo yesterday. Mama, Caca, Yah,Cintahati, Lily (my future adik ipar ;)) & abg Boya who became my superb photographer. Not forget to my lil bro too, Aidil.Forgot to mention, yesterday was his convo too.Congratz bro! Kebetulan dalam hari & sidang yg sama, tapi course berlainan lah. He was a plantation student. Bukan senang tau kakak & adik nak konvo sama2 ni. Macam kembar pulak.Haha. Jgn la pelik2, anggap jela kakak dia ni ada lambat sikit, suka main2, tu pasal lah grad sama2.But finally I've made it ;p Tapi disebalik happy2 tu ada sedikit rasa kiciwa. Suppose there is a big box of ferrero rocher in the picture, which was given by cintahati. But sadly, I've lost the choc (T__T) Sedih+terkilan sgt2. Excited sgt bergambar sana sini sampai tertinggal choc tu. Adehhh. Sedih gila. Takde rezeki bak kata cintahati. Hukhuk. Sorry syg.Happylah sesiapa yg jumpa choc tu. Takpe, aku halalkan.Huhu. Moral of the story, kalau nak bergumbira tu beringat2 sikit, jgn sampai lupa diri, nanti sendiri yg rugi.


P/s: More pics coming up soon ;)

Tuesday, October 20, 2009

What I want for my convo day??


(1)



(2)


(3)

Strictly NO


Yay! I'm so excited for tomorrow. Lalalala~



P/s: Still don't have convo heels yet.Tolong! Tolong!

Sunday, October 18, 2009

Sekali sekala menjadi burung hantu tak salah

~Nono, Maria, Me & Zalikha~


Kami menjadi gadis burung hantu pada Jumaat malam. Aktiviti start pukul 9 mlm, pergi ke Sunway Pyramid secara solo tuk berjumpa bestie2 ku sekalian di sana. The Sarawakian girls ;) Konon nak carik kasut konvo tapi takde yg berkenan di hati (eh..eh..minggu depan aku dah nak konvo lah. Akhirnyaaa. Yahoooo!). Jadinya, pergi menonton wayang tengah malam. Mungkin minggu ni boleh dianugerahkan "Minggu menonton wayang secara cemerlang" sebab dah 3 kali termasuk ni pergi tonton wayang. Kali ni menonton filem seram, sepanjang menonton filem tersebut, handbag menutup separuh muka kerana ngeri dan terkejut2 mcm haram sambil menyumpah2 didalam hati setiap kali keluar scene mengejutkan.



Inilah filem yang dimaksudkan. Sorority Row. Hmm..bagi aku cerita ni takdelah best sgt dan tak jugak bosan sgt. Kira bolehlahhhh. It's a typical horror movie macam I know what u did last summer, Scream semua tu. Serial killer yg akan bunuh sorang2 dalam geng tu dengan sgt kejam dan si pembunuh biasanya watak yg kita tak expect. Oh, sgt typical. Yang buat filem ni best sikit sebab scene2 terkujat beruk dia je. Tu yang buat tak mengantuk. Tontonan 18 tahun ke atas sebab ada dua tiga scene bongok2 dan gadis2 dalam ni harapkan rupanya je cantik tapi semua pun tak boleh pakai kecuali 2 org je. Nak tau ke sipnosis filem ni? Hmm..tak payah la kot. Aku bagi 3/5 stars la tuk cerita ni.

Habis movie lebih kurang pukul 1 pagi, then terus gerak balik Shah Alam. Since Maria punya flight balik Sarawak pukul 7 pagi hari Sabtu, so kitorg decided tak mau tidur malam tu. Takut terlajak tidur. Kitorang menceriakan mata ke Uptown Shah Alam. Semenjak ku dah mula berjinak2 dengan tudung lembik ni, akhirnya berjaya aku grab 4 helai tudung lembik di situ ;p


Favourite colors. 4 helai = rm 26 saje ;)


Oh, yang Toblerone with bear tu bukan free gift beli shawl secara borong tersebut, tu convo gift from Maria. Thanx babe. Luv it so much! Mestilah luv sebab tu choc favourite. Tihihi. Lepastu, kitorang duduk borak2 sambil layan sate. Sebenarnya aku sorang je kot yang makan banyak sate tu. Dorang dah kuyu2 ngantuk dan muka masing2 macam kena makan sate secara terpaksa. Wuhuhu

Pukul 3 lebih baik rumah sewa diorang sebab Maria nak pack barang. Pukul 5am bertolak to LCCT. Sepatutnya Zalikha temankan aku hantar Maria sekali, tapi disebabkan dia dah tertido mati, kejut2 pakai air pun tak bangun jugak, macam kesian je nak paksa2 bangun orang yg dah tidur nyenyak, so I decided to send Maria alone. Alah, macam tak biasa je.Mmglah biasa pergi airport sorang2, cuma tak biasa pergi awal2 pagi je.


Photobucket


Dah selamat hantar Maria, on the way balik acara menyanyi secara kuat dan snap pic sorang2 tuk hilangkan ngantuk. Huhuk. Serius sgt ngantuk. Syukurlah berjaya sampai rumah dengan selamat dalam pukul 6 lebih camtu. Dan sepanjang hari Sabtu semalam, burung hantu anak dara ni mentopap tidurnya secara berhabis habisan. Bagus Erina, bagus! Amalkan selalu. Dan pukul 10 malam tadi, kena pergi airport sekali lagi, ambil mama pulak. Beliau balik meeting dari Sarawak. Huhu.Hari Sabtu ku dihabiskan di atas katil dan di atas jalanraya. Sadisnya (T_T)


Friday, October 16, 2009

Movie Marathon

Hari Selasa lepas, aku telah berjaya buat movie marathon. Lama sangat tak tengok wayang, jadi alang2 tengok wayang biar sampai separa pengsan. Muahaha.First tengok Papadom, yes..i'm a big local films supporter (tapi tuk movie yg berKUALITI saje, yg movie setakat tangkap muat, harap maaf!). Lepas filem Papadom ni menang sebagai filem terbaik masa FFM yang lepas, aku memang nakkkk sgt tengok filem ni.Dan akhirnyaa..berjaya jugak



Papa Saadom= Papadom ;)
(kredit Google)

Mengisahkan Saadom, si bapa tunggal yang sgt sayanggggkan satu2nya anak dia, si Miasarah sampai jadi sgt proctective dan sanggup buat apa sahaja demi keselamatan anak dia. Sebelum kematian isterinya, Saadom ni sgt busy dengan kerja. Kerja kerja kerja. Sampai isteri dan anak kesygan dia terabai. Sehinggalah satu hari ni, isterinya meninggal dalam satu accident. Lepas daripada kejadian tu baru Saadom rasa menyesal dan cuba buat sehabis baik tuk jaga anak dia sorang ni.Tapi Miasarah tak selesa dengan kongkongan papa dia ni. Yelahh..siapa pulak tak rimas kan dah form 5 ayah ikut je pergi mana2, siap hantar masuk kelas, cium2 pipi dia depan clasmates, pastu hari2 datang bawak bekal kat anak dia.Kalau tuk 7 tahun mmg sweetlah papa dia buat cam gitu, tapi tuk anak gadis 17 tahun, tak berapa sesuai kot.Mia betul2 tak tahan dengan perangai papa dia dan memberontak. Dia buat perjanjian dengan papa dia yang papa dia tak boleh ganggu hidup dia masa dia dah masuk U nanti. Yess..papa dia mmg betul2 kotakan janji dia kat Mia. Mmg dia tak kacau pun Mia masa dekat U. Mia pun rasa bebas dan start bergaul dengan seorang senior playboy nama Hisham. Mia diulit bunga2 centaaa dari Hisham sampai abaikan Yvone, bestfriend dia since kecik lagi. Dalam masa yg sama, si nerdy "Wajib Tayang" pun syok kat Mia. Sangkaan Mia yang dia sudah bebas dari jajahan "bawah ketiak" papa dia salah sama sekali setelah papanya telah berkerja sebagai tukang kebun di fakultinya semata2 untuk mengawasi anak kesayngn dia dari jauh ni. Tapi Mia tak tahu menahu pun hal ini. Sampailah semuanya kantoi di satu tragedi yang menyayat hati. Apa tragedi tu, tontolah sendiri. Lalalala~


Wajib Tayang, Yvonne, Miasarah
(kredit Google)


Tula dia serba sikit sipnosis dari filem Papadom. Kesimpulannya, bagi aku, filem ni mmg BEST! Untuk filem bercirikan family dan kasih sayang, memang TERBAIK. Dengan scene lawak gila tak hengat, dengan scene sayuuuu. Mmg cukup rasa lah filem ni. Paling tak boleh blah scene dekat dalam wayang (sesiapa yg dah tgk tahulah apa jadi). Lawak gila ok! Sakit perut aku ketawa tengok kepala si Hisham tu kena helmet & kaki Saadom. Wihiihi. Lagi satu scene yg lawak time last sekali, si Mia geletek2 teddy bear kat baju yang Wajib Tayang pakai. Ya ampunn..muka Wajib Tayang masa tu rasa cam nak kena lempang je. Tapi di sebalik lawak2 tu, ada juga diselitkan scene2 sayu yang mana berjaya buat aku melelehkan air mata sebanyak 3 kali. Huhu. Ye..bila lawak, lawak gila. Bila sedih pun sedih gila. Dari cerita ni kita dpt tau kasih sayang seorang bapa kepada anak macam mana. Bak kata Saadom, org lelaki ni mmg susah nak tunjuk rasa sayang tapi sebenarnya sgt syg. Betul tu, majority kaum ayah termasuk ayahku juga juga macam tu kan? Tak cakap i love u hari2, tak hug hari2 to show that he loves you so much tapi dia tunjukkan syg dia dari segi lain. Macam support kita, tegur kita kalau buat salah dan catkan kereta kita supaya comel. Eh..eh???? Terlebih sudeyyy ;p


Oh ye, penggambaran filem dlm ni mostly dekat fakulti aku dulu. Fakulti SAINS GUNAAN, so mcm agak kureng feel lah sebab kita dah tahu tu sebijik2 fakulti kita tapi diorang tu semua (Mia & geng) , student course perfileman. Ngeh2. Yela, nama pun filem kan, mestilah ada sikit tipu2 ;p.Lyana Jasmay dalam filem ni mmg sgt comeyyyy, rasa nak cubit2 je pipi budak tu. Lagi satu, Yvonee dalam ni betul2 buat aku rindu kat bestie aku masa kat UiTM Sarawak dulu.Namanya Kelly. Chinese look & agak2 tomboy gak. Macam si Yvonnne ni lah. Sama! Dulu orang selalu salah anggap ingat si Kelly ni Chinese, hallooo..uitm for bumiputeras only and of course la Kelly ni bumiputera. She is Kadazan sino. Means Kadazan+Cina. Jadi, sesiapa yang mempertikaikan watak Yvonne dalam Papadom tu konon ingat dia cina, mana boleh masuk Uitm, silap besar lah mereka. Sila pergi buat ulangkaji dulu sebelum menghentam watak Yvonne. Alamak, tetiba dah meleret2. Oklah, tuk filem ni aku bagi 4.85/5 stars ;) Hoyeah! Hoyeah!



(kredit Google)


Filem kedua yang ditonton ialah 500 days of Summer. Sebenarnya tuk second filem ni kitorang tak tahu nak tgk filem apa. Sorrority Row pun macam best. Tsunami pun macam best. Last2 sebab poster filem 500 days of Summer ni nampak macam sangat sweetttt ala2 cintan cintun,so kitorang decide tgk filem ni.Hihi. Tengok filem based on poster. Boleh? Boleh kan ajeee ;p Hmm..it's a romantic comedy film. Mengisahkan perjalanan centa selama 500 hari seorang lelaki bersama gadis idamannya yang bernama Summer Finn. Cerita ni agak lain dari lovestory yang biasa. Sebab selalunya bila bercinta, lelaki yang akan approach si perempuan, dan bila si perempuan dah tangkap cintan, mahupun komitmen, lelaki yang tak nak. Selalunya lelaki yang suka cinta tanpa komitmen, dan perempuan akan meroyan bila kena reject kan? tapi dalam filem ni sebaliknya. Semuanya vice versa. Film ni agak flat tapi ada dua tiga scene yg sgtt comel,buat kita senyum2 sampai telinga, anti climax tapi tak menyesal untuk ditonton. Sebab lain dari yg lain so otak kita pun menerima sesuatu yang baru selain heronya yg kiuttt membuatkan mata kita tidak mengantuk dan sgt bersih dicuci. Lol. Aku bagi 3/5 stars lah tuk cerita ni.


Aku (yg semakin bulat) , Ina my lovely cousin (she's a dentist, hot, single & available), Puan Yah yg comel (bini orang tu wehh!)


Movie marathon pada hari tersebut diakhiri dengan pengisian perut di Wendy's secara kenyang! Oh, chili with beef..kau mmg mantap. Sesiapa yang mahu ke Wendy's, aku cadangkan korang try chili kat situ ok. Nyum2! Selamat berhari weekend dengan gembira semua ;)



P/s: Tuk entry sebelum ni, Asuk=anjing, Pusuk= ikan bilis ;p








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015