Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, January 01, 2009

Aku penat gila..

dan juga selsema yang kronik..srot..srot.. 3 hari aku tak update. 3 hari aku dekat Kelantan. Ye..kelantan negeri cik Siti Wan Kembang. Cuti2 Malaysia di hujung2 tahun. Memang aku excited sebab aku tak pernah gi sini ( tapi ikut cerita mama aku, masa aku kecik2, 1 family pernah gi bercuti kat sini..tapi aku dah tak ingat). So kiranya ni first time aku gi Kelantan masa aku dewasa. Hehe. Sebenarnya mama aku ada meeting kat Kelantan ni, jadi aku ngan Caca ikotlah. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Agaga. Apakah?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

29/12/2008 (Maal Hijrah 1430)


Bertolak jam 830 pagi. Naik Waja. Kawan mama, (Encik Pawi) yang drive. Kiranya kami pergi berempat, aku, mama, caca dan Encik Pawi. Kami lalu jalan nak ke Perak. Singgah R&R Simpang Pulai. Makan.

~Sedap woo nasik ayam Simpang Pulai ni~

Pastu sambung balik perjalanan. Lalu Cameron Highland. Oh tidak. Dah la cuaca dari bertolak tadi sampai ke Cameron Highland, hujan. Jadi faham2 lah camne keadaannya. Ngan jalan yang bengkang bengkok, ditambah ngan hujan, dengan sakit telinga nye, dengan sejuk nye lagi. Aku terus rasa nak demam. Pening.

Sampai Kota Baru lebih kurang kul 5 petang. Cuaca masih hujan. Kami stay kat hotel Grand Riverview. Serius badan lemah2. Tak pernah aku duk dalam kereta sehari suntuk camni. Huhu. Sepanjang perjalanan nak ke Kota Baru aku perasan semua model pompuan kat billboard pakai tudung. Fara Fauzana bertudung tuk iklan nescafe, Vanida Imran pun bertudung tuk iklan Dumex. Hee..come lote je dorang bertudung.

Malamnya, kami makan kat Restoran Four Seasons. Restoran Chinese Muslim. Kami makan makanan laut. Sedap. Tapi aku pelik ngan tom yam nya..warna lain sikit. Macam campur santan. Mama cakap tom yam kat sini mmg campur santan sikit, tak pun campur susu. Oooo..baru ku tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
30/12/2009 (Hari Shopping Sedunia)

Walaupun badan tak berapa nak sihat. Aku gagah kan jugak. Rugi la kalau dah sampai sini tak shopping2 kan? Lagipun badan aku ni kalau nak shopping terus rasa cam sihat. Auto-immune gitu. (Cheh..yo yo or je). Lepas mama habis meeting, lebih kurang pukul 12 tghari camtu. Destinasi pertama dituju haruslah..

~Pasar Siti Khadijah~
*hari still hujan dari semalam tak berhenti2*

Aku cam agak kagum la bila masuk kat dalam pasar ni sebab aku perasan mostly yang jual barang2 basah kat pasar ni adalah seorang perempuan.Oo..mungkin sebab tu namanya Pasar Siti Khadijah kot.

~Level bawah sekali..Barang2 basah~

Naik tingkat dua. Barang2 kering. Keropok, kuih2 segala. Aku sempatlah beli keropok tuk bagi member2 tersayang dan juga tuk yang tersayang. Ngehehe.

Naik tingkat tiga. OMG. Memang lagi aku teruja. Sebabnya..

~Syorga segala jenis tudung~

First time aku jumpa tudung harga Rm95. Agaga. Jakun jap aku. Pastu ada macam2 jenis. Tapi aku tak beli tudung kat sini pun. Mama aku yang memborong banyak tudung ngan kain baju kurung batik kat sini. Mahal2 jugak tudung kat sini rupanye. Harga semua Rm2o ke atas. Sesuai tuk orang2 dah kerja je la. Aku selalu pakai tudung student je (harga Rm20 kebawah..haha.Kat Shah Alam melambak). Kang kalau aku pakai tudung mahal2, kalah lecturer pulak. Ngee..

Pastu masa nak balik dari pasar ni, sempat pulak aku terpandang buah asam jawa. Selalu aku tgk yang dalam peket, tuk buat masak tu je, tak pernah pulak aku tgk yang camni. Beli..beli..nak rasa punya pasal. Haha..

~Ini ialah buah asam jawa~
*rasanya masam2 manis*

Kemudian, destinasi seterusnya ialah Rantau Panjang. Sampai kat sini dalam pukul 5 petang. Akhirnya sampai gak aku kat sini. Teringin sangat nak pergi sini sebab member2 klate aku ckp barang kat sini murah2. Dan mereka sememangnya betul. Sempat gak aku merembat baju, sweater, beg ngan hadiah tuk anak2 buah tercenta. Hehe.

~Beg dan sweater yang telah menjadi mangsa = Rm50~

~Budak sakit yang tetiba menjadi sehat~
*pelik..pelik*

Lepas dah memborong segala, destinasi terakhir dituju ialah Wakaf Che Yeh. Tempat ni lebih kurang macam uptown/pasar malam la kat sini. Tapi meriah ngan segala jenis tudung. Haa..kat sini banyakla standard jenis tudung aku. Murah tapi berkualiti. Hehe. Brooch2 pun murah. Pastu kami gi tapau makanan. Aku perasan kat sini ramai penjual yang jual hotdog. Caca tapau nasi goreng ngan hotdog. Aku tapau nasi kukus sebab tak pernah makan, mama tapau nasi dagang. Nasi kukus aku sedap. Nyum2. Tapi mama punya nasi dagang tersangatla manis. Mmm.. Pastu balik hotel, terus pengsan. Huu..penat gila weh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
31/12/2008 ( Bye Bye Kota Baru)

~Zzz..kami tido ngan nyenyak~

~Cak! Kami dah bangun. Agaga~

~Anak2 dara Hajah Hamidah yg comel~
*Mengapakah muka aku sgt gemuk? Abaikan..lalala~

Masa untuk mengemas2 barang. Lebih kurang pukul 1 lebih tengahari camtu kami bertolak. Masa on the way balik, masa tu kat Machang kalau tak silap, mama dapat panggilan, kawan mama meninggal mengejut.Innalillah..(Al-Fatihah.Moga rohnya di cucuri rahmat). Mama nak gi ziarah. Rumahnya dekat Kulim, Kedah. Oleh yang demikian, Encik Pawi terus ke Jeli.Dari Jeli (sempat makan Lompat Tikam), lalu Gerik (dapat tgk kawasan gajah melintas, walaupun takde gajah melintas time tu), pastu pergi Baling, seterusnya Kulim. Sampai Kulim, lebih kurang pukul 11 malam. Lepas ziarah arwah, kami bertolak balik. On the way balik, singgah makan kat R&R Juru, Pulau Pinang. Dapat gakla tgk bunga api tahun baru dari sini. Pastu teruskan lagi perjalanan. Sampai rumah lebih kurang pukul 430 pagi. Huu..badan lenguh2. Dalam masa 3 hari, aku melawat Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan kembali ke Selangor. Bak kata cintahati, aku pergi melawat negeri2 jajahan pembangkang. Aku baru perasan. Hee. Walaupun penat, aku happy =). Cuti2 Malaysia.

Masa kat Jeli, nampak air terjun kat tengah2 gunung. Subhanallah..indah sangat kan ciptaan Allah?


P/s: Selamat Tahun Baru 2009 =)

4 comments:

paiseh said...

lu kat penang sekejap je kan..? x nampak gua buat maksiat.. kan..?

Erina Asmawani said...

sekejap je..singgah Penang sebab nak makan je..agaga..lu buat maksiat kat Penang? Ish..ish..insaplah Encik Paiseh..

Yah de keai!!! said...

best nye cuti2 ena...jealous nye..nk jln2 jugak..jom cuti2 jom!!

Erina Asmawani said...

ala..nanti ko nak gi cuti2 gak..gi Indonesia lagik tu..huhu..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015