Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, January 14, 2009

Jodoh di tangan Tuhan

Tadi,aku belek gambar2 masa kat Sarawak. Terjumpa beberapa keping gambar member aku ni dengan cintahati dia. Mereka sgt mesra, sgt comel, sgt sepadan, macam pinang di belah dua. Gambar tu tahun 2005. Masa tu dah 3 tahun diorang bercinta. Tahun lepas, aku dikejutkan ngan 1 berita yg paling aku tak sangka. Diorang putus. Setelah hampir 5 tahun bercinta. Si lelaki yg putuskan, dengan alasan, si perempuan tak faham keaadaan dia. Aku tak faham maksud si lelaki tu. Bagi aku, alasan yg dia bagi tu tak boleh diterima langsung. Si lelaki bekerja kat Sabah, si perempuan masih study kat Shah Alam. Si perempuan bukannya minta dimanja hari2, hanya sms dua tiga kali je sehari tuk bertanya kabar pada si lelaki tapi, si perempuan pulak dituduh tak memahami keadaannya. Salah ke sms tuk tanya kabar? tuk tanya dah makan ke belum? tuk tulis "i miss u much"?. Itu je. Bukan call setiap jam, sms setiap minit. Tapi, si perempuan sgt tabah. Redha seredhanya. Baginya, bukan jodoh dia ngan lelaki tu. Air matanya dah kering tuk menangis hari2.

Teringat pulak kisah kawan aku sorang lagi ni. Si lelaki minta putus setelah 4 tahun bercinta, atas alasan, dah bosan!. Hati siapalah yang tak hancur ngan alasan yg keji macm ni. Bosan? Bercinta lama2 ni membosankan ye? Tak pulak kau fikir nanti dah kahwin, kau kena bercinta ngan pasangan kau tu sampai ke akhir hayat. Takkan lah nanti bila dah kawen, suka2 hati je kau nak bosan, pastu suka2 hati jugak ko nak ceraikan isteri kau, pastu kawen ngan org lain. Camtu? Tak ke sia2 je segala waktu, segala duit, segala kasih sayang yang si perempuan tu dah curahkan, akhirnya putus macam tu je. 4 tahun bukan sekejap. Takkan tak pernah terfikir kot semua tu. Tapi, bak kata si lelaki, dah takde jodoh, nak buat macam mana, nak menangis air mata darah pun tak guna.


Baru2 ni, member aku, perempuan, minta putus ngan si lelaki setelah bercinta lebih kurang 5 tahun atas alasan yang sama. Dah bosan. Tapi bosan ni tak sama macam bosan tadi. Ni bosan dengan hubungan yang takde hala tuju. Si perempuan mahukan percintaan yg berakhir dengan perkahwinan, bukan asyik bercinta je betahun2 tanpa sebarang ikatan, seolah2 lelaki tu tak serius dengan hubungan mereka. Si perempuan kemudian bertemu dengan lelaki lain dan akhirnya akan berkahwin tak lama lagi. Inilah namanya jodoh kan? Selama mana bercinta pun, kalau orang tu bukan tertulis sebagai jodoh kita, tetap kita akan berkahwin ngan org lain. Jodoh, kuasa Allah. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.


6 comments:

paiseh said...

nak tanya ciket dokter cinta ye...

nak bagi alasan apa lagi kalau si laki dah betul2 bosan, betul2 tak ndak dah sama centa hati beliau..? nak tipu? nak kata mak bapak..? tolong la gua ye cik sri siantan. hakhakhakhakk..!!

*ini soalan gua masa lampau

Erina Asmawani said...

Encik Paiseh..

Apekah sebab musabab yg membuatkn lu bosan ngan cinta hati lu dulu? Mengapakah perlu timbulnya isu bosan? Dan kalau lu tau dia membosankan, mengapa lu bercinta ngan beliau?

tak perlu tipu2,tak perlu cari sebab musabab bila dah bosan, sebaiknya kalau dah tau bosan tu cepat2lah kawen, sy yakin kehidupan pas kawen sgt tidak membosankan..hakhakhak!

Amacam? sebijik cam cik sri siantan tak wa? Lol..

ninjasiam said...

kalo dah takde keserasian,nak buek camno kan...yg kawan ena keje kat sabah tu mst ada pompuan lain tu...kita bila plak ekk ena nak jejak pelamin...??? :D

Erina Asmawani said...

tapi ngape dah 4-5 tahun baru sedar xde keserasian? dah 4-5 tahun baru nak mintak putus? kalau 1-2 tahun takdelah terase sgt tol tak? huhu..ni la namenye jodoh kan..

ena isnyaAllah tahun dpan kot..hehe..abg boya bler plak? :p

Yah de keai!!! said...

hohoho..thn dpn ke cik erina?? sanggup ke tggu lelamer?? xper2..pengobanan..sadis biler bace citer2 ko nie..tp nk wat cmnr..blr pk2 blk, mmg bukan jodoh kot..mgkn dlm mase yg lame tu baru tsedar yg tu bukan pasangan kiter, yg kite nk hidup bsama..then baru t'pk sblm kte buat kesilapan yg betol2 dah xboleh patah blk, baik sakitkn ati org tu skrg.erm..n kdg2 mgkn (sbnrnye iye jgk!!) itu adalah jln yg tbaik tuk diri kiter dan ex2 kiter.huhuuh... **sadis**

Erina Asmawani said...

sanggup la cik yah oi..sedangkan gunung daik rela ku daki, inikan pulak tunggu lagi setahun lebey..ahaks (tetibe je kan..lol)

babe, mmg btol tu,berpisah adalah jln terbaik kalau dah tak bley go on lagi.Ini semua jodoh. Bukan semua percintaan yang dah 4-5 tahun berakhir ngan perpisahan. Ada gak yg dah bercinta 5-6 tahun, end up ngan perkahwinan.Tol x? Ni semua jodoh..

Semoga jodohku bertemu ngan Amir. Mari amin sesame..Aminnnn..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015