Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, January 29, 2009

Cinta Baru Aku

Nama cinta baru aku Aboy. Dia comel. Comel sangat. Rambut dia warna hitam keperang-perangan. Mata dia bulat sgt, warna kuning coklat2. Jari jemari dia kecik comel2 je. Kuku halus. Tapi dia ni sgt hyperactive. Tak boleh duduk diam.

Masa memula aku jumpa dia, dia taknak ngan aku. Aku gagahkan diri gak pujuk dia supaya dia nak kat aku. Aku hulur tangan tuk salam. Tapi dia taknak. Huhu. Pastu aku hulurkan tangan lagi tuk kali kedua. Dia taknak jugak. Buat bodoh je. Kali ketiga aku hulurkan tangan, baru dia sambut. Kitorang bersalam. Heee..aku suka! Aku suka! Pastu dia dah tak takut ngan aku. Dah semakin mesra. Meh aku kenalkan korang ngan Aboy. Tapi jgn kacau dia tau. Aku punya tu..haha.





Inilah ABOY...
~Lil baby monkey!! Hakhak~
*comelll kan?*




Haa..tengokk..suke je Aboy bergambar ngan aku..
~Aboy siap2 senyum2 lagi..haha (tak nampak cam senyum pun)~




Dia dah mula sayang kat aku time ni..
~Peluk tangan aku sampai taknak lepas~
*Alololor..manjenye ko!*



Aboy dah menujukkan bakatnya..





Tengok tu! Slumber je dia bertenggek kat bahu aku..




Mungkin aku mempunyai bakat terpendam tuk menjadi "monkey trainer" kot..*Hahahahaha*




Masa ni Aboy betul2 tak nak lepaskan aku. Punyalah kuat dia peluk tgn aku
Aku yang cuak. Haha..padan muka aku.




Tapi akhirnya dia turun gak pastu. Dan2 dia turun je kat tanah terus kencing. Hahaha.Terus aku tak nak main ngan dia dah. Nasib dia tak kencing masa tgh main2 ngan aku tadi. Aboy..aboy..geram sungguh aku ngan ko! Aboy ni monyet peliharaan keluarga Romi. Balik dari mandi sungai tu, kami singgah rumah Romi jap.Makan2. Mak dia masak sedapp woo!! Haih..bila lagi aku dapat jumpat si Aboy ni kan. Pasni mesti dia dah membesar ngan sehat pastu dah tumbuh taring. Wuu..mesti dah tak boleh nak manja2 camni dah. Selamat tinggal Aboy. Hakhak..cinta baru aku bertahan 30 minit je.




~Bye..bye..Aboy~
*kalau ada jodoh kita jumpa lagi..lol*


2 comments:

paiseh said...

buleh pulak lu main cinta2 30menit je.. kesiaaaan si aboy..

Erina Asmawani said...

nak wat camne..dah xde jodoh..lol









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015