Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, October 09, 2009

Ianya ialah Geoduck!

Bukan..ianya bukan kepah atau kupang mahupun siput. Jawapan tuk gambar semalam ialah Geoduck (disebut Gooey-dak).Walaupun namanya ada 'duck' tapi ia tak ada apa2 kaitan dengan itik.Meh aku share sikit info pasal geoduck ni. Haiwan ini merupakan spesis kerang yang paling besar di dunia. Dijumpai di sekitar pantai baratlaut U.S dan Kanada, ianya berhabitat di kawasan lumpur air masin.Mempunyai cengkerang (shell) keras yg boleh membesar hingga 20 cm panjang dan juga leher yg sangat jinjang. Leher tersebut dinamakan siphons, yang mana boleh memanjang sehingga 1 meter! Ia mempunyai berat antara 0.5 -1.5 kg, tapi geoduck paling berat pernah ditemui ialah 5kg! Geoduck ni antara haiwan yang mempunyai jangka hayat hidup paling lama iaitu lebih kurang 150 tahun dan juga haiwan yg sgt produktif. Geoduck betina boleh menghasilkan sehingga 5 billion telur sepanjang hidupnya.Wohoho.



(image credit to Google & edited by me)


Walaupun rupa fizikalnya agak errr...mengerikan dan selalu di salah anggap oleh sesetengah orang, haiwan laut ni sebenarnya menjadi makanan kegilaan di sesetengah negara Asia seperti di China, Korea dan Jepun. Dan sekarang, percaya atau tidak, Geoduck dah mula popular di restoran2 makanan laut di Malaysia. Wow!





Gambar semalam adalah ehsan dari seorang memberku. Harizah. Thanx babe. Kalau dia tak letak gambar ni kat Fb dia, sumpah aku tak tahu kewujudan haiwan aneh ni. Gambar tu diambil di South Sea Restaurant area Subang Airport. Dia bukan saja2 tangkap gambar haiwan tu, tapi telah memakannya juga. Ewwww~ Dia cakap even agak terkejut masa 1st time tengok haiwan ni,macam tuutttt (pepaham sendiri) katanya tapi rasanya sedap!Huhu..


Ini ialah rupa geoduck yg telah dimasak (T_T)
Adakah ia nampak menyelerakan??


Aku letak kan sekali video pasal geoduck ni. Korang tengokla, mesti korang akan TERUJA dengan ciptaan Tuhan ni. Tengok cepat. Dapat ilmu baru harini. Hehe. Macam biasalah, kasi loading habis dulu baru best tengok. Enjoy the video ;)






P/s: Setelah menggoogle, mungkin juga ini ialah mentarang tapi versi giant sebab fizikalnya lebih kurang sama. Kan kak Masy??

P/s 2: Bro John, aku try google pasal Ambai tapi tak jumpa info pasal kerang ni, tapi pasal buah ambai dekat Sarawak. Huu



7 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

aiyarrrrkkkk

Beruwang said...

sedap ke?

moment said...

kasian!!~~~
rendam dlm air panas idup2 tu...

nasib baik ni yg komersial pny, klu yg asli pny.. menganggu ekologi pulak..huhu

*series yg dlm aquarium tu jenis yg agak cantek.. ada lg yg mmg sebijik la.. kikiki

Firol said...

ERRR...KUPANG,KERANG MENTARANG BENDA TU DOK DALAM ..NAK MAKAN PUN LALU LAGI..

NI DAH MACAM_______(isi tempat kosong)

SEMACAM LAK RASA

Izzatul Azma said...

err.. dah masak tu tak nampak cm menyelerakan pun... :|

Sharif John said...

Cis... kawan aku tipu!!!! argh!!!!... tp nmpak sgt sedap... rasa mesti best... nk makan la... lapar dh ni

Masy said...

akak x penah tgk pon mentarang tu. agak2 je heheehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015