Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, March 15, 2011

Kawan ;)

Apa beza kawan & kawan sejati? Kawan, rasanya semua orang pun ada kawan kan.Tapi kawan sejati?? Hmm..susah nak cari. Kawan ni pula ada banyak kategori. Kategori baik = kawan baik.Kawan baik ni, yang sangat baik dengan kita. Baik yang jujur. Bukan baik yang bersebab.Bila kita berkawan dengan mereka, kita dapat rasakan the warmness of their friendship.Betul2 ikhlas. Kita pun rasa sangat sayang dengan kawan kategori ini.Tak kiralah baru kenal ke, dah lama kenal ke, tapi bila mereka masuk kategori kawan baik ni, automaticly kita akan sayang mereka.Anggap mereka macam adik beradik sendiri.Even kalau duduk berjauhan pun, ada rindu dalam hati ;)

Kategori lain pula ialah kawan kategori busuk hati = kawan jahat. Ehh..ehh..ada tau kawan jahat, yang busuk hati dengan kita, tapi still jugak kita yang baik hati ni labelkan dia sebagai kawan. Kategori yang macam ni tak tahulah nak cakap mana eh, kekadang dia sangat baik dengan kita tapi pada masa yang sama dia ada perasaan tak puas hati dengan kita. Tak tahulah tak puas hati kenapa, tapi ada jelah perasaan tak puas hati dia tu. Pelik. Merangkap kawan talam bermuka jugaklah ni. Mintak di jauhkan la ye dengan kawan sebegini.


Yang ni pula kategori kejap ada, kejap tak ada = kawan chipsmore namanya. Kawan kategori ni..hmmm..ibarat bila dia susah takde duit, dia akan datang cari kita, tapi bila kita pulak takde duit..dia pun hilang entah ke mana. Tak pun kawan yang dah lamaaaaa tak jumpa, tetiba dia ajak jumpa konon rindu segala, sekali dah jumpa dia kenalkan kita dengan bisnes MLM dia.*Sigh. Biasanya kategori macam ni tak memberi kesan pun dalam hidup kita. Dia datang, lepastu pergi. Kita pun tak rasa apa2.

Kawan sejati pulak macam mana?Kategori ini yang persahabatannya kekal selamanya. InsyaAllah.Kawan yang biasanya dia boleh jadi semua untuk kita. Jadi kawan, jadik adik beradik, jadik tukang bagi nasihat, tukang dengar, tukang simpan rahsia, tukang marah, tukang nangis,tukang sokong.Eh,semua jenis tukang lah. Yang memang kita sangat2 serasi bersama dan orang yang paling kita percaya. Tanpa ragu2 kita luahkan segalanya kat dia. Yang kadang2 dengan adik beradik sendiri pun kita susah nak buat macam tu. Yang bila masa senang dia ada, kalau masa susah lagilah dia ada bersama. Yang kalau gaduh pun ( uishh..tipulah kalau kawan tak ada salah faham kan), kita saling maaf memaafi. Senang nak maafkan kawan kategori ini.Sebab kita sayang dia sangat ;)

Dan terima kasih Tuhan sebab temukan saya dengan kawan2 yang baik.Tak terhingga syukurnya bila ditemukan dengan kawan sejati yang seorang ini.Yang saya kenal 12 tahun lalu. Masing2 berhingus lagi. Zaman masing2 duk fanatik dengan cinta monyet masing2. Hahaha. Dari sekolah, universiti, kerja & berkeluarga,dia akan tetap jadi diri dia. Dan saya tetap menjadi saya. Sebab tu lah kami ngam together ;)


Mungkin sebab kami kawan baik, jadi muka kami pun orang kata macam nak sama?Jodoh kuat ni. Lol


Erina & Nazliah & Baby Luqman ;)

Babe, ingat tau..nanti kita preggy sama2. Weehee~

(^_^) 


14 comments:

HEMY said...

mmg best kan..antara kawan2 yg best yg ada kat sidebar tu..cun gambar tu..termasuk yg tukang amek si zonaku tu

zonaku said...

ya anul, aku mmg cun....


korang jgn tkejut tgk betapa 'cun'nya aku bulan 6 ni....

x sabar nk jumpa korang!

Izzatul Azma said...

hehehe comel betul dah planning nk preggy sama2 :P

Unknown said...

hahaha..bole plk nk plan sme2 kan..hehehe..hope sme laaa...

CaDLyNN said...

baby luqman sangat cute ok..
a'a la ena..muke ko ngn yah nk ala-ala ...

err..aku kategori kawan yg mane ek?

Linda Musa said...

best sgt last statement tue (:

Masy said...

angguk laju2 kat komen anul. ehehehehehhheehh

Siti Humairah said...

saye xtau saye kawan ketegeri ape,,tp best la kwn ngan awak ena,,hehe,,

Erina Asmawani said...

Hemy:
yezzaa..yezza..we r good fiend ;) eh, kak zona ade la dalam gambar tu..gambar atas ;)

Kak zona:
akak mmg cun ok (ikhlas) ;)
tula..x sabauuuuuu..eh, masa tu cembam dah emm..4 bulan kot, ley naik flight ke kak?

Erina Asmawani said...

Izza:
ada member ena punya member ni, dorang best friend, preggy sama2, pastu deliver pun sama tarihk..comeyyyy kan camtu ;)

Pojie:
Aminnnn ;)

Erina Asmawani said...

Lynn:
Cute sangat kan ;) kalo ko jumpe dia depan2, ko rase nak geget2 je pipi dia tu tau..tula, ramai cakap sama.Mebi dalam gambar kot ketara nampak sama..hehe

ko mestilah kawan baik babe ;)

Linda:
semoga jadi kenyataan. aminn ;)

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
angguk2 jugak..mmuahh kat kakak! ;)

Umie:
awak kawan baik la umie ;) saya pun happy kawan ngan awak~

Siti Humairah said...

hehehe,,senang hati saye awak ckp mcm tu,,

Anonymous said...

wot.. babe baru bace blog ko. ko buat hati aku sayu. serious sayu.

betul2. kawan sejati akan buat mcm2 yang terbaik utk kita (itu yg die buat kat aku). camner eh kalo ko dah kawen nnt? dah jauh? hope friendship kite bertambah ukuh k.

ni khas tuk ko:
aku sgt,sgt, sgttt sayanggg ko sbb ko selalu igtkan aku tentang asal usul aku (dlm semua hal lah).

if you're one of erina's friend, consider yourself lucky!!

p/s: insyaAllah kite ngandung same2. aku akan berusaha keras! heheheh..

luv u always..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015